Tatkala
kereta yang kami naiki meluncur laju masuk ke garaj kereta sebuah banglo mewah,
aku terperanjat.
“Ini
rumah parents awak ke?”.
“Ya…”.
Aku
keluar dari kereta, mengikuti langkahnya.
“Rafael..
sampai jugak akhirnya!!”. Seorang wanita yang sudah agak berumur, yang kukira
tentu orang gaji menyapa Rafael. Pantas Rafael tersenyum seraya mengucup pipi
wanita itu.
“Oh
ini ke orangnya?”. Dia mengalih pandang.
“Ya
Mak.. Inilah bakal isteri Rafa.. Bashira namanya. Shira.. ini pengasuh I waktu
I kecil, you can call her mak ”.
Aku
mengangguk seraya menyalaminya. “Apa khabar mak?”.
“Baik…Rafa..Bashira..pergi
masuk dalam.. Datin dan Datuk dah tunggu dari tadi lagi”.
“Come..”. Rafael menghulur tangan setelah
Mak masuk ke dalam rumah.
Aku
menjengilkan mata. Tidak mungkin menyambut huluran itu. Dia tergelak. Aku tahu
dia sekadar bergurau.
Jejak
kaki ke banglo itu, aku terpegun melihat susun atur perabot yang begitu
menarik. Hanya orang yang tahu menilai dapat memberikan gambarannya.
“You are late, Rafael..”.
Tegur satu suara.
Aku
terus mendongak, bertembung mata dengan ibu bapa Rafael yang duduk di sofa.
“Be introduce to my
future wife, Amalina Bashira”. Suara Rafael
mendatar. Aku terkedu melihatnya. Langsung tidak ada segaris senyum di bibir
Rafael, gayanya bukan seperti bertemu muka dengan Mak seketika tadi.
Aku
melontar senyum, sebelum menyalami ibu Rafael. Dia berkerut merenungku.
“Amalina… we did meet
before this, right?”. Tegur ayah Rafael.
Aku
mengerutkan dahi. Cuba mengingati. Err.. “Tan Sri Musa!!”.
Lelaki
yang berumur itu lantas tertawa. “My
Godness.. what a suprises.. you yang kerja dengan Datuk Razif, the one yang selalu kena puji”.
Aku
tersenyum. Kemudian mengalih pandang pada isteri Tan Sri Musa. “Puan Sri
Rohaiza”.
“Ya..
Mummy tak sangka mummy dah kenal dengan menantu mummy sebelum ni ” . Puan Sri
Rohaiza memelukku erat. Dia tersenyum manis. Aku lega mendengar bicara manis
itu
“Duduklah
Amalina…Mak Yam..buatkan minuman pada menantu saya”.
Allah!!
Aku betul-betul tidak menduga kebetulan ini. Rupa-rupanya aku sudah lama
mengenali mereka. Resah di hatiku mula beransur-ansur hilang dengan penerimaan
mereka.
Saat
aku duduk, baru aku perasan Rafael yang masih terpacak di sebelah tanpa senyuman.
Aku merenungnya. Pelik dengan situsai yang sedang berlaku ini. Puan Sri Rohaiza
dan Tan Sri Musa seolah-olah buat tidak nampak akan kehadiran Rafael. Rafael
seakan hidup dalam dunianya.
“
Shira.. you berbual dulu. I naik atas. Lepas dah habis berbual, call I..can’t you?”.
Aku
mengangguk teragak-agak. Rafael meluru ke tingkat atas.
“Rafael
beritahu Shira tak nak majlis di sini?’. Soal Tan Sri Musa.
Aku
menelan liur. “Bukan tak nak Tan Sri..”.
“Daddy..panggil
je daddy..nanti Shira nak akan jadi anak
kami juga”. Celah Puan Sri Rohaiza.
“Err..
Daddy.. tapi Rafael tu nak buat majlis besar-besar. Tu sebab saya menolak.
Lagipun kami akan umumkan majlis kami
pada staf syarikat. Insyallah.. tak ada yang salah sangka nanti”.
“Okey..apa-apalah
Bashira.. Mummy setuju je. Tapi majlis bersanding nanti.. Mummy dan Daddy tak
dapat datang. Mummy hantar Mak Yam je sebagai wakil”.
Aku
terkedu. Masakan hanya Mak Yam yang menjadi wakil dari pihak lelaki. Tidak
nampak ganjilkah kalau ibu bapa pengantin tidak dapat menghadiri majlis
perkahwinan kami nanti.
“Amalina
tak kisahkan.. Mummy minta maaf tapi kami ada urusan di oversea”. Jelas Puan Sri Rohaiza lagi.
“Tak
apa mummy. Insyallah semuanya akan berjalan lancar”.
“Tak
bawak anak lelaki Amalina sekali ke? Mak Yam kata Amalina dah ada anakkan?”.
“Oh..
Haikal tak datang daddy.. Saya tinggalkan dia dan Era di rumah pengasuh”.
Raut
muka Puan Sri Rohaiza berubah masam. ” Shira..mummy nak pesan..Jangan rapat-
rapat dengan budak sial tu. Nanti sekali dengan kamu dan anak kamu dapat sial”.
Aku
terkebil-kebil mendengar ucapan sinis Puan Sri Rohaiza. Siapa yang sial? Aku
baru sahaja mahu bertanya ketika Tan Sri Musa sudah menukar topik tentang
pekerjaanku.
“ I DON’T care if you hate me, Mummy because I already
know. But never say a word towards Era”.
Aku
mengigit bibir. Tersentak melihat Rafael dan Puan Sri Rohaiza yang sedang
berdiri di tepi kolam renang dengan muka bengang. Mereka sedang bertelingkah,
aku yakin itu berdasarkan suara kasar Rafael. Aku pantas menyembunyikan diri di
sebalik tiang. Aku sekadar berniat mahu berjalan-jalan di sekitar ruang banglo
setelah Puan Sri Rohaiza meninggalkan aku sebentar di ruang tamu.
“Huh..kamu
jangan nak menangkan anak sial kamu, Rafael.. mummy tak suka”. Jerkah Puan Sri
Rohaiza bercekak pinggang.
“Era
bukan anak sial, Mummy.. she is my
daughter. Atau mummy sebenarnya nak cakap the one yang sial is me”.
“Yes you are…Mummy
memang tak suka kamu dari dulu lagi. Kamu cuma membawa malang pada mummy”.
Kulihat
Rafael mengenggam penumbuk. “ Saya tahu mummy tak suka. Okay fine… mummy..just ignore me, saya juga tahu mummy memang
sengaja tak nak datang majlis perkahwinan saya dengan Bashira, bukan sebab ada
urusan lain. Go ahead mummy, do as you
please”.
Puan
Sri Rohaiza tergelak sinis. “Baguslah..nampaknya kamu dah tahu itu cuma alasan
mummy. Apapun.. mummy nak ucap tahniah pada kamu sebab dah pandai pilih isteri.
Sekurang- kurangnya bukan perempuan sundal macam Lea”.
“Don’t mention her
name”.
“Why..?
bukan kamu ke yang tergila-gilakan sangat perempuan tu sampai tak nak ikut
cakap mummy. Sekarang tengok apa dah jadi pada kamu. Dia tinggalkan kamu macam
orang bodoh”.
“Semua
dah berlaku mummy. Tak ada guna nak ingat lagi”.
“Kamu
memang degil, Rafael. Mummy menyesal lahirkan anak tak guna macam kamu”.
Aku
berjalan pantas ke dalam rumah. Entah mengapa, telingaku tidak boleh lagi
mendengar ucapan Puan Sri Rohaiza yang kurasa sangat memedihkan hati. Aku
bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Sudah aku duga, hubungan Rafael
dan ibu bapanya bermasalah. Aku sudah dapat mengangak ketika kami berada di
ruang tamu tadi. Mindaku penuh dengan persoalan. Kenapa Puan Sri Rohaiza
kelihatan begitu benci pada Rafael?
“Bashira..
jom balik”. Rafael muncul disebelah, menarik pergelanganku kasar. Aku terkejut.
“Rafael... I’m not
finish talking to you, yet!!”. Melengking suara
Puan Sri Rohaiza mengejar langkah kami. Aku termangu-mangu. Menoleh ke arah ibu
Rafael.
“Rafael..
mummy nak cakap dengan awak..kita..”.
“Masuk!!”.
Rafel menolakku ke dalam kereta. Puan Sri Rohaiza mengetuk pintu dengan muka
bengis.
“Rafael..kenapa
dengan awak ni. Tak baik buat macam ni..”.
“Shut up!!!!”.
Jerkah Rafael dengan mata membulat.
Aku
tersentak. Terperanjat dengan jerkahan Rafael. Aku gerun melihat mukanya. Hati
jadi sayu.
Kami
diam sepanjang perjalanan. Masing-masing melayan perasaan. Tiada sepatah kata
yang meluncur dari bibir kami. Sungguh, aku berkecil hati dengan sikapnya.
Kalau pun dia marahkan aku, tidak sepatutnya dia berkelakuan sedemikian rupa.
“I
minta maaf”. Ucap Rafael tiba-tiba.
Aku
diam.
“I
terlampau ikutkan perasaan tadi. I tahu tak sepatutnya I tengking you macam tu,
tak wajar I lepaskan sakit hati I dengan
mummy pada you. I tahu you marah tapi I tak sengaja”.
Aku
memandang ke luar cermin. Kata-katanya seakan tidak langsung singgah di
telinga. Biarkan dia.
“Shira..jangan
buat I macam ni.. sayang.. please..”.
Rayu Rafael
“Awak
ada masalah dengan mummy awak?”. Soalku.
Kami
berpandangan. Dia tersenyum hambar. “Terlalu banyak Bashira. I can’t even list out the problem. Satu
tahun pun mungkin tak cukup”. Ungkapannya buat aku faham, dia tidak mahu
berkongsi rahsia masalahnya.
“Saya
faham kalau awak tak nak bercerita. Take
your time. I will be very understand”.
Rafael
tersenyum. “Thanks.. You berbual apa
dengan mummy tadi? She really likes you,
I guess”.
“Alhamdullilah..
saya pun tak sangka saya pernah berjumpa dengan mummy dan daddy awak. Mummy
awak tu client saya dulu. Daddy pula
berkawan dengan Datuk Razif. Tentang perbualan tu,ehmm.. nothing important. Just bertanya khabar. Don’t worry, she say nothing about you and Era”. Bohongku. Tidak
mahu Rafael tahu tentang kata-kata kesat yang dilemparkan pada Era.
“You
bohong I ye?”.
“You
dengar I bergaduh dengan mummy tadi?”.
Aku
angguk. Rafael melepaskan keluhan. “Setiap kali I balik, kami tak pernah miss bergaduh. Itu yang buat I rasa tak
nak balik rumah. I don’t know Bashira.
She really hates me. Dari I kecil lagi. Sampai sekarang, dia juga bencikan
Era”.
“Mungkin
mummy ada reason dia sendiri.
Insyallah, jauh dalam sudut hati dia, ada secebis kasih sayang untuk awak”.
“ I never hope so..
You tak faham Bashira, perasaan tak disayangi keluarga sendiri, sakitnya hanya Allah
yang tahu”.
Ya!
Benar.. Aku tidak akan faham perasaannya. Aku tidak akan pernah mengerti
hatinya. Kerana dialah yang merasai setiap hirisan luka itu. Dia yang
menanggungnya.
“Janganlah
engkau bersedih hati atas jalan yang sedang kau tempuh, kerana mungkin itulah
caranya Allah memberikan kebaikan-kebaikan demi masa depanmu..”. Ucapku
tiba-tiba.
Rafael
menoleh ke arahku seraya mengangkat kening.
“Waktu
saya bercerai dengan Nizam dulu, saya terbaca ayat ni dalam satu buku. Sampai
sekarang saya masih ingat. Kata-kata tu jadi penguat semangat saya”.
“Kita
tak dapat lari dari ujian. Tapi kita boleh hadapi dan tangani semua tu dengan
baik kalau kita yakin dengan pertolongan Allah. Mungkin sekarang ni awak rasa
masalah awak dengan mummy tak boleh diselesaikan tapi siapa tahu suatu masa
nanti semuanya akan berubah. Jangan sedih dengan semua ni, awak sebagai anak
mungkin perlu mengalah sedikit”.
“Kami
tak pernah berbaik. Kalau you nak tahu, I tak pernah rasa I ada mummy dan
daddy. I just have Mak in that house, you
know”.
Aku
dapat rasakan suasana mulai tegang. Mood
Rafael yang beransur baik tadi sudah berubah.
“Apa
kata awak bawak kereta laju sikit? Waktu Zohor dah nak habis. Karang tak sempat
nak bersolat pula. Nak ambil Era dan Ekal lagi di rumah Mak Inang”.
Rafael
tergelak.
Aku
mengerutkan kening. “Kenapa gelak pula ni? Saya buat lawak ke?”.
“Pandai
you ye.. bila I dah nak naik angin, terus tukar topik”.
Komennya
buat aku tersenyum nipis.
“Bashira..you
dah maafkan I”. Soalnya dengan muka mengharap.
Aku
angguk dan dia tersenyum lebar.
“Shira.!!”.
Panggil Rafael lagi.
“Apa??”.
“You
akan jadi isteri yang baik untuk I.. I akan sayang you sepenuh hati I..”.
Aku
termangu-mangu. Terkedu mendengar ucapannya yang bersungguh-sungguh. Dari mana
dia mendapat keyakinan untuk menuturkan kata-kata itu?
Kami
bertembung pandang. Hati menghantar rasa. Debaran di dada buat aku tidak keruan
sendiri.
No comments:
Post a Comment