“D
|
HIA!!”
jerit Fiqa sambil mendepakan kedua belah tangannya sebaik sahaja Dhia keluar
daripada perut kereta. Mereka sama-sama berpelukan. Melepaskan rindu yang sekian
lama bertapuk.
“Rindunya
kat kau… Wah, makin cantik kau sekarang ye?” puji Dhia setelah melihat penampilan
sahabatnya yang telah banyak berubah. Tidak sepertimana dia kenali di
universiti dahulu.
“Well, sekarang kan aku peramugari…
Mestilah kena jaga penampilan,” balas Fiqa dengan senyuman.
Dhia
hanya tersenyum. Memang dia sudah sedia maklum akan pekerjaan Fiqa yang tinggi
di awan itu. Lain bidang yang dia belajar, lain pula jenis kerjayanya.
“Ni
kereta kau ke… kereta pinjam?” soal Fiqa ingin tahu. Kereta kecil itu
dibeleknya sampai ke dalam.
“Kereta
aku la. Siapa la yang baik hati sangat nak bagi aku pinjam, kan?” kata Dhia.
“Mahal
siut kereta ni! Selalu aku tengok orang-orang kaya aje pakai kereta macam ni.
Hebat betul kau,” ujar Fiqa. Masih tidak lekang matanya membelek keseluruhan
kereta Mini Cooper S itu.
“Ayah
aku ada hulur sikit, sebab tu la boleh dapat kereta ni,” beritahu Dhia sambil membuka
bonet kereta dan mengeluarkan dua beg bagasi yang bersaiz besar.
“Banyak
ke barang kau? Meh sini aku tolong
bawakkan?” Fiqa menawarkan diri untuk membantu. Satu bagasi terus diambil dan
diheret masuk ke dalam rumah.
“Takde la banyak sangat. Aku bawak yang mana
perlu aje dulu,” balas Dhia sambil mengikuti langkah Fiqa.
Bagasi
diletakkan di sisi sofa. Sambil mencekak pinggang, Dhia melihat keadaan sekitar
dalam rumah itu. “Wah… besar jugak rumah ni. Kita berdua aje ke tinggal sini
nanti?” tanya Dhia.
“Erm…
kita berdua aje,” jawab Fiqa yang sudah duduk di sofa.
“Kalau kau nak tahu,
rumah ni mak saudara aku yang punya. Sudah dua bulan dia ikut suami dia yang
kerja di UK tu. Dia tak nak rumah ni jadi usang, jadi dia bagi la aku duduk
sini.”
Dhia
membesarkan matanya, lalu mengambil tempat di sebelah Fiqa. “Jadi, selama ni
kau tinggal sorang ajelah kat sini?! Tak takut ke?” tanyanya sedikit terperanjat.
Tidak sangka berani juga sahabatnya ini tinggal di rumah teres dua tingkat ini
berseorangan.
“Baru
dua hari aku duduk sini. Sejak kau beritahu aku nak datang KL, aku pun apa lagi
angkut la pakaian dari rumah parents
aku bawak sumbat kat dalam rumah ni,” beritahu Fiqa, lalu ketawa sendiri.
“Yeke? Ala, terima kasih tau kau bagi aku
tinggal sini. Eh! Sebelum tu, takpe
ke aku sewa sini?” tanya Dhia yang masih ragu-ragu.
Fiqa
ketawa lagi setelah mendengar pertanyaan Dhia. “Apa punya pelik soalan kau
tanya ni? Dah tentu la boleh. Aku dah tanya mak saudara aku dan dia tak kisah. At least, aku ada kawan untuk tinggal
sini. Takdelah bosan sangat. Tapi,
kau aje yang aku sewakan. Tak ada orang lain lagi dah,” beritahu Fiqa.
“Owh,
yeke. Terima kasih, Fiqa…” Tersenyum
lega Dhia mendengarnya, sehinggakan tubuh tinggi lampai Fiqa itu dipeluk
gembira.
“Sama-sama
kasih.” bahu Dhia ditepuk lembut. Dia juga gembira dapat rapatkan kembali
hubungan persahabatan diantara mereka dengan cara begini. Tinggal di rumah yang
sama. Pasti banyak cerita yang bakal dipersembangkan nanti.
“Eh!
Ralik menyembang aje ni. Aku sampai lupa nak tunjukkan kau bilik. Jom? kita naik
atas, bawa beg kau ni sekali,” ajak Fiqa.
“Jom?!
Tak sabar nak tengok bilik,” ujar Dhia yang begitu teruja. Dia membontoti Fiqa
dari belakang. Tapi, kali ini mereka menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
*****
SAMBIL
bersila di atas katil yang empuk itu, satu-persatu pakaian dikeluarkan dari
bagasi dan diletakkan di atas katil. Fiqa yang juga berada di dalam bilik itu
turut menghulurkan tangan dengan membantu sahabatnya mengemas apa yang perlu.
Dalam
asyik mengeluarkan barang-barang dari dalam beg, Fiqa terjumpa sebuah nota
kecil yang permukaan kulitnya merupakan gambar Dhia dan juga Saiful. Sebuah
nota yang sangat dia kenali.
“Kau
masih usung lagi buku nota buruk ni?” soal Fiqa sambil menayangkan buku nota
itu kepada Dhia.
Hanya
sekali pandang, Dhia kembali menunduk menyambung kerja mengemas. “Buruk-buruk
pun bermakna tau!” balasnya laju.
Fiqa mengkerutkan dahi.
“Bermakna? Maksud kau?”
“Kau jangan salah faham
pulak. Aku usung buku nota tu bukan sebab gambar aku dengan Epol, tapi sebab
kata-kata motivasi yang berlambak tertulis di dalam tu. Semua tu dapat
mengembalikan semangat aku ketika aku rasa down,”
jawab Dhia bersahaja.
Fiqa
memanjat katil dan dia meniarap di sebelah Dhia sambil membaca sekali lagi isi
nota itu. Dulu, masa di universiti dia selalu melihat Dhia membawa nota itu
kemana-mana sahaja. Tiada apa rahsia, sebab Dhia tidak lokek untuk berkongsi
apa yang terkandung di dalam buku nota itu.
“Yelah…
Aku tahu tu. Tapi, aku mushkil sikit la. Kau ni ada apa-apa dengan dia ke? Aku
tengok kau macam serius aje dengan dengan sepupu kau tu?” soal Fiqa.
Semenjak
dia mengenali Dhia, hanya nama Saiful yang sering meniti di bibir sahabatnya
itu. Saiful itu, Saiful ini. Sampaikan dia sendiri sudah tahu segalanya tentang
lelaki itu. Banyak kali juga semasa mereka di UM, Saiful datang menjenguk dan
dialah yang menjadi orang ketiga untuk menemani Dhia melepak dan keluar bersama
dengan Saiful.
“Ada
apa-apa tu… maksud kau, bercinta?” Dhia pula menyoal meminta kepastian. Dia
dapat rasakan, itulah perkara sebenar yang mahu dikatakan oleh Fiqa.
Fiqa
pantas menoleh. Riak wajahnya seperti terkejut. “Jadi, betullah kau bercinta
dengan dia?!” tanya Fiqa.
“Aku
tak cakap pun betul. Aku dengan Epol macam biasa aje. Sepupu tetap sepupu,
okey? Not more than that,” balas
Dhia. Rasanya, jawapan yang sama diberikan untuk soalan yang sama diajukan
beberapa tahun yang lepas.
Lebar
sahaja senyuman Fiqa mendengar jawapan yang still
maintain macam dulu.
“Kalau
macam tu… ada peluang la untuk aku kan? Apa kata kau ejas dia untuk aku.
Boleh?” Pinta Fiqa bersungguh-sungguh.
“Habis
tenaga aku aje ejaskan untuk kau. Aku kenal sangat la dia tu. Dia… kalau boleh
nak isteri yang sentiasa mendampingi diri dia. Ini kau? Terbang sana sini dua
tiga hari baru nak balik. Memang tak la…” Jawapan yang keluar sudah pasti
menghampakan Fiqa.
“Lagipun,
dia dah bertunang dua minggu lepas,” tambah Dhia lagi.
“Ha?!
Bertunang?!” Hancur dan berderai hati Fiqa. Dhia pula hanya mengulum senyum.
“Mohon
bersedih ye?” usik Dhia.
“Erm…
Melepas seorang jejaka idaman,” keluh Fiqa. Dia bangun dengan perasaan kecewa
dan merebah tubuhnya bersama buku nota milik Dhia. Gambar Saiful di nota itu
ditatap dan digosok perlahan.
Selamat
tinggal calon husbandku. Huhu
Beberapa
saat kemudian, terdengar suara Fiqa menanyakan soalan cepumas. “Kau bila lagi?”
“Aku
tunggu jodoh aku sampai aje.” Selamba saja jawapan yang keluar daripada mulut
Dhia.
“Sampai
mana? Sampai dari bulan?” perli Fiqa.
“Mana-mana
aje… Semua tu aku serah pada Allah, dan segala keputusan aku dah bagi kat mak
dengan ayah aku untuk tentukan,” ujar Dhia. Biarpun kedengaran kolot bagi zaman
sekarang, tapi itulah keputusannya.
“Ish…
biar betul kau ni? Buatnya mak dengan ayah kau pilih lelaki tua kerepot, kepala
botak, gigi tinggal sekuntum ke… Kau tak kisah?” tanya Fiqa. Bagaikan tidak
percaya dengan apa yang didengarinya.
Dhia
menoleh memandang wajah milik sekujur tubuh yang sedang enak berbaring di
sebelahnya. “Amboi mulut… Bukan main lancang kau sebut ye? Kau ingat mak dengan
ayah aku takde taste ke? Taste diorang
lagi hebat dari taste kau tau?” bidas
Dhia.
“Kau
asyik sibuk tanya aku, yang kau tu sendiri belum berkahwin apa hal? Macam-macam
negara kau menjelajah, jumpa macam-macam jenis orang, jenis warna kulit.
Mustahil tak ada yang tersangkut.” Kini giliran Dhia pula mencari tahu.
“Macam kau cakap la.
Aku ni ada taste yang tersendiri.
Kalau hensem, tapi poket tak tebal aku reject.
Poket tebal, tapi tak hensem pun aku reject,”
jelas Fiqa.
Dhia menggelengkan
kepalanya. Ada juga dia terfikir. Ada ke lelaki yang kaya sekaligus pakej rupa
yang kacak? Erm… mungkin dua dalam sejuta.
“Demandnya kau ni… Tak sangka betul aku.”
‘Takde la demand sangat. Dah nama pun taste.
Mesti la semuanya nak perfect. Aku
pun macam kau, serah urusan tu kepada Sang Pencipta. Tapi, soal serah segala
keputusan kepada mak bapakk aku, hu’ish... Mustahil. Sebabnya, aku nak cari
buah hati aku sendiri,” ujar Fiqa. Perkara yang tidak mungkin dia buat. Dia
rela bujang sampai ke tua.
“Apa-apa
ajelah. Aku doakan, semoga kau berjumpa dengan buah hati mengikut taste kau tu ye?” doa Dhia.
“Amin….”
Sahut Fiqa, lalu menyapu tangan yang ditadahnya ke muka.
“Ini
apesal kau berbaring kat sini? Kata nak tolong aku kemas,” kata Dhia. Hampir
sahaja dia terlupa apa yang sedang dia dan Fiqa sibuk melakukan di dalam bilik
itu.
“Kalau
aku tolong tengok aje tak boleh ek?” tanya Fiqa perlahan sambil menayangkan
giginya yang putih. Matanya dilirikkan ke arah Dhia yang sedang duduk di
sebelah.
Dhia
diam sejenak. Ada sesuatu yang menyengah di kotak fikirannya. “Eh, kau belum
beritahu aku pasal harga rumah sewa ni kan?”
Fiqa
menepuk dahinya dengan buku nota milik Dhia yang dipegang. “Ha’ah la. Aku lupa.
Sekejap ek.” Matanya memandang syiling bilik sambil berpeluk tubuh. Gayanya
seperti mengira sesuatu.
“Memandangkan
rumah ni tidak mahu kelihatan usang, aku perlukan teman, dan kau pulak kawan
lama aku yang baik… Jadi harganya dua ratus ringgit sebulan. Okey?” Fiqa
meminta persetujuan.
Segera
Dhia memusingkan sikit duduknya supaya dekat dengan Fiqa. “Murahnya! Aku
ingatkan dalam empat ke lima ratus ringgit. Maklumlah, rumah besar dah tu kat
KL pulak.”
“Erm… Kalau macam tu
aku tukar ke lima ratuslah,” ujar Fiqa, sengaja mahu mengenakan Dhia.
“Ala…
janganlah. Kereta comel aku nanti nak bayar pakai apa? Kebulur la aku,” rayu
Dhia.
“Aku
gurau ajelah… Kalau kereta bukan main tinggi taste kau ye. Hal kahwin serah kat parents. Pelik aku,” kata Fiqa masih merasa hairan.
Dhia
menjuihkan mulutnya. Tak habis lagi fikir pasal kahwin?!
“Kau
tu yang pelik. Apa kena mengena kereta
idaman aku dengan kahwin pulak?”
“Banyak
kena mengenanya. Kereta mahal macam tu, kau ada usaha pulak nak beli. Tapi,
lelaki idaman ada kau usaha nak cari?” balas Fiqa.
Dhia
diam tidak berjawab. Ya, memang jika apa yang dia mahukan, pasti akan
diusahakan sampai dapat. Tapi, bukan lelaki. Dalam mengejar cita-cita dan
kerjaya, langsung dia tidak pernah terfikir soal itu. Mungkin silap dia juga yang
telah banyak melukakan hati dengan menolak lelaki-lelaki yang mahu cuba untuk mendekati
dirinya tanpa mahu memberi peluang untuk mengenali. Biarpun sekali.
Deringan
telefon yang melalak memanggil Dhia untuk menjawab. Segera telefon bimbitnya
yang berada di belakang diambil. “Alamak…” Dhia menggigit bibir sebaik sahaja
terpandangkan nama yang muncul di kaca skrin. Tanpa berlengah lagi, panggilan
itu terus disambut.
“Waalaikumussalam.
Epol, sorry aku lupa nak beritahu kau
yang aku dah sampai KL,” kata Dhia, laju.
“Epol?!”
Fiqa terus bangun dari perbaringan. Telinganya dilekapkan dengan kepala Dhia.
“Erm,
yelah. Nanti apa-apa aku beritahu kau ye? Terima kasih, Epol.
Assalammualaikum?” ucap Dhia sebelum menamatkan perbualan.
Fiqa
mengjungkit-jungkitkan keningnya kepada Dhia dengan senyuman yang mempunyai
maksud yang pelbagai.
“Apa?
Dia tak boleh telefon aku malam-malam? Sudah, jangan kau nak fikir yang
bukan-bukan. Epol dah bertunang, aku dengan dia akan tetap jadi sepupu dan
kawan sampai mati,” beritahu Dhia bersungguh-sungguh.
“Beb,
aku tak cakap apa pun. Beria betul kau nak yakinkan aku kan?” Fiqa mengulum
senyum. Rasa kelakar melihat sikap tidak keruan sahabatnya itu.
“Nah,
kau ambil balik nota sepupu kesayangan kau ni. Aku nak pergi dapur buat air,”
ujar Fiqa dengan menekankan ayat ‘sepupu kesayangan’. Buku nota itu diletakkan
di hadapan Dhia sebelum dia turun dari katil.
Dhia
seakan tidak senang duduk. Kata-kata Fiqa itu seperti tidak percayakan
kata-katanya. “Beb, betul. Aku dengan Epol mem…”
“Takpe-takpe. Aku tahu…” cantas Fiqa sebelum Dhia sempat menghabiskan
ayatnya. Bahu Dhia ditepuk-tepuk.
“Epol
tu…”
“Jus
oren?” tanya Fiqa. Sekali lagi Dhia tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Okey,
jus oren. Fiqa, Epol dah bertunang dan aku…”
“Letak
ais batu?” Sekali lagi Fiqa memintas. Dhia menarik nafas menahan sabar.
“Ye,
pastikan kurang manis,” pesan Dhia kepada Fiqa yang sudah berada di muka pintu
bilik.
“Siap!”
balas Fiqa dan terus keluar.
“Apa
yang siap? Belum buat dah cakap siap?” tanya Dhia sendiri.
Bantal
diambil dan terus direbahkan tubuhnya. “Betul
la, aku takde apa-apa dengan Epol.
Dia dah bertunang dan aku tetap akan jadi sepupu dia sampai bila-bila,” Dhia
bercakap sendiri. Tangannya digerakkan ke sana dan kemari. Gaya seperti sedang
menjelaskan kepada seseorang. Sebenarnya, itulah yang mahu diperkatakan oleh
Dhia kepada Fiqa sebentar tadi.
*****
DI
luar bilik, Fiqa memegang perut dan tangannya ditekupkan ke mulut. Ketawa yang
ditahan sejak tadi meletus juga akhirnya. Suka dapat kenakan sahabatnya.
Sengaja dia buat macam tu. Pasti Dhia berasap kerana tidak dapat meneruskan
kata-katanya.
“Aku
dengan Epol memang takde apa-apa. Dia
tu sepupu aku dan akan tetap macam tu.” Fiqa mengejek. Dia sudah tahu apa yang akan dicakap oleh
Dhia. Setiap kali dia bertanyakan soal Saiful, pasti itu yang bakal keluar
daripada mulut Dhia.
“Dhia,
Dhia…” Fiqa mengelengkan kepalanya, lalu turun ke tingkat bawah.
No comments:
Post a Comment