Rafael
tidak menelefonku dan aku benar-benar lega. Aku mencongak hari. Kukira hari ini
hari terakhirnya untuk menunaikan permintaanku. Jika tidak, semuanya dikira
batal. Sudah pukul 10 malam, pasti dia
sudah gagal. Senyumanku melebar.
Haikal
dan Era sudah tidur selepas menyiapkan kerja sekolah. Aku senang dengan gelagat
mereka. Langsung tidak menyusahkanku. Cuma satu hal yang aku pasti, sangat
sukar mahu membuatkan mereka faham tentang si ayah. Era asyik bertanya tentang
Rafael sekalipun dia tahu Rafael berkursus. Sedangkan Haikal pula bagaikan
kepingin untuk bercakap dengan Rafael ketika lelaki itu menelefon Era. Aku
pasti dia sebenarnya rindu pada Nizam. Aneh kurasakan sikap Nizam ini. Sekejap
ada sekejap tiada. Tapi aku malas mahu
memikirkannya. Agaknya dia sedang menikmati musim cintanya dengan Erni.
Aku
sedang menguruskan dokumen untuk mesyuarat
tentang projek di Selangor yang akan diketuai olehku minggu depan. Itu adalah
arahan daripada Rafael sendiri setelah projek itu mendapat persetujuan daripada
Lembaga Pengarah.
Aku
mengerut kening. Mana pulak dokumen pengesahan ni? Kelam- kabut aku mencarinya.
Matilah aku kali ini!
Kereta!
Dalam kereta!
Aku
mencapai tudung dan kunci kereta.
Aku
tersenyum lega bila ternampak fail kuning dalam kereta. Pintu kereta kututup.
Baru
sahaja aku melangkah dua tiga tapak, aku dikejutkan dengan satu suara.
“Bashira!!”.
Jantungku
bagaikan mahu melompat keluar. Aku kaget. Tercengang-cengang aku melihat dia.
Bibirku membentuk huruf ‘o’ lantaran terkejut yang amat sangat.
Rafael
memegang pintu pagar. “Tak nak ajak I masuk ke? Dari airport, I datang ke sini
terus”.
Aku
tersedar. “Saya ambil kunci”.
Tanpa
memandang ke arahnya, aku membuka pintu pagar.
Dia mengekoriku dari belakang.
Jejak kaki ke dalam rumah, Rafael melabuhkan
punggung di sofa. Aku seperti orang bodoh. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
Serasanya mahu sahaja aku suruh dia pulang. Tidak elok bertandang di rumahku
malam-malam buta ini.
“Saya
buat air dulu”.
“You
belum jadi isteri I, kalaupun dah gian sangat nak melayan, relaks la dulu”.
Darah
menyerbu hangat ke muka. Aku malu bila dia bagaikan menyindirku. Sebenarnya aku
takut, takut kalau dia membangkitkan tentang idea gilaku. Bukankah seharusnya
dia masih di Thailand. Atas urusan apalagi kalau bukan tentang duit itu, sampai
sanggup ke rumahku lewat malam begini.
“Era
dah tidur..”.
“You
ingat I nak ambil Era ke? Betul you rasa macam tu, Bashira? I tahu you dah
boleh agak tujuan kedatangan I ke mari kan”.
“I
tak sangka perangai you dua kali lima macam Lea…”.
“Kita
semua perlu duit untuk hidupkan”. Aku
berkata dalam nada yang sedikit sombong.
“You
ingat bahagia sangat ke berduit banyak ni, hah?”. Herdiknya tiba-tiba.
“Kenapa
semua perempuan gilakan duit? Tak cukup lagi ke gaji you bulan-bulan tu? You
akan menyesal kalau you terus buat perangai macam ni”.
Aku
tersentak. “Semua orang ada buah fikiran sendiri. By the way, kalau awak tak mampu nak sediakan apa yang minta,
sepatutnya awak tak perlu datang sini, just
give me a call. I will be very
understand”.
“I
kuatkan hati I dan percaya you cuma berniat nak cabar I, Bashira”.
‘Terpulang
apa yang awak nak fikir. Dah nak pukul 12 ni, saya rasa awak balik dulu la.
Esok saja ambil Era, lagipun dia dah tidur.. kasihan pula kalau kejutkan dia
nanti. ”.
“Say no more!!”.
Dadaku
berombak kencang. Hampir menjerit bila Rafael meletakkan jarinya ke bibirku. Kami
begitu rapat. Aku benar-benar takut. Tangan sasanya erat merangkul tubuhnya.
“I
rasa nak cium you sekarang. Bibir you buat I geram”. Ucapannya menambah debar.
“I
mahu you..walaupun you hanya nakkan duit I. I
don’t care”.
“Ja..jangan…!!
Keluar”. Aku terketar-ketar seraya menolak tubuhnya jauh dariku. Air mata sudah
menitis.
Rafael
meraup muka. Melepaskan tubuhku. Dia mengambil sesuatu di beg sandangnya.
“Ni
duit yang you minta.. Masih ada masa kan..”
Mataku membulat melihat cek bernilai 500 ribu yang dihulurkan
padaku. Mahu sahaja aku jatuh terjelopok di situ. Duniaku bagai
berpusing-pusing, sungguh aku tidak menduga ini akan berlaku. Hari itu, aku
hanya mahu mempermainkan Rafael sahaja. Kerana aku agak tentu dia tidak akan
mahu memenuhi tuntutanku.
“Waktu
you buat tawaran tu, you mungkin lupa siapa I. I’m sorry to say that this amount is not a
big deal for me”.
Pandanganku
berpinar-pinar. Sungguh! Aku lupa siapa dia, betapa bodoh diriku saat ini.
Kita
kahwin!! ”.
Hulurannya tidak bersambut. Aku menggeleng
lemah.
“You
dah janji, Bashira. I akan uruskan perkahwinan kita”.
“Tak!!”.
“
I akan cakap dengan Hasif tentang perkara ni”.
“Rafael..dengar
dulu”. Aku merayu.
“Sama
ada you setuju atau tak. You akan jadi milik I
seorang”.
EMAK
dan ayah nyata terkejut dengan keputusanku. Namun yang paling gembira pastilah
Abang Hasif. Abang Rehan dan Abang Aidil menelefonku berkali-kali. Siap
bertanya lagi bagaiamana cinta aku dan Rafael berputik. Aku hanya tergelak
sahaja bagi menjawab soalan-soalan hot
abangku itu.
Malam
ini, Abang Aidil mengajak aku makan bersama di restoren Tupai-Tupai. Katanya
mahu belanja makan sempena perkahwinanku yang akan datang. Sudah la tu, aku
terpaksa pergi dengan Rafael.
“Mama…papa
dah datang”. Tegur Haikal.
Kereta
Rush Rafael sudah tersadai di depan rumah. Era melambai ke arahku. Haikal pula
sudah meluru ke arah kereta.
“Haikal..hati-hati
sayang”. Kudengar suara Rafael menasihati. Era dan Haikal sudah tahu tentang
perkawinan akan datang. Siap menjerit kegembiran lagi. Era pula sudah tidak sabar
mengajak aku tidur di banglonya. Sejak itu juga, Haikal memanggil Rafael
sebagai papa.
“Kita
nak pergi makan kat mana, papa..mama?”. Era menyoal sebaik sahaja aku masuk ke
dalam kereta.
“Mama
cakap kita nak pergi jumpa dengan Ayah Ngah?”. Haikal menjawab.
“Ayah
Ngah tu sape?”.
“Nanti
la kita nak jumpa Ayah Ngah..Okey”.
Belum
pun sempat Rafael menghidupkan enjin kereta, silauan lampu kereta yang berhenti
betul-betul di pintu pagar rumahku membuatkan kami berpandangan.
Aku
terkedu melihat plat kereta. Nizam!
“Ayah!!.
Haikal menjerit lantang bila Nizam keluar dari perut kereta.
Nizam
menoleh ke arah kami. Dia merenungku tajam, atau mungkin juga merenung kami
berempat.
“Mama..ayah
datang. Haikal nak jumpa ayah”.
Aku
membuka pintu kereta. Nizam mendekat. Aku merenungnya sekilas. Dia masih sama
seperti dulu. Tidak berubah sedikit pun. Tiba-tiba sahaja aku berasa sayu,
mengingati kenangan yang pernah kami cipta bersama.
Nizam mendakap Haikal yang meluru ke arahnya.
“Anak ayah apa khabar?”.
“Baik!”. Haikal tersenyum dan mengusap pipi Nizam.
Bagai mahu rebah aku melihat tingkahnya. Betapa selama ini, aku tidak pernah
menyelami hati kecil Haikal.
Raut
muka Nizam juga kelihatan mendung. “Ayah minta maaf dah lama tak tengok Ekal
ye”.
“Abang
minta alamat Lina dengan Alang. Maafkan abang kalau Lina tak senang dengan
kedatangan abang malam ni”.
“Tak
adalah!”. Aku malas mahu bergaduh tentang ini lagi. Sesungguhnya dia juga
berhak ke atas Haikal. Walau apapun berlaku antara kami, Haikal juga adalah
zuriatnya.
Nizam
mendukung Haikal. “Lina nak keluar ke?”.
Aku
angguk. Rafael berdiri sebelahku. Mereka bersalam.
“Mama
..papa..cepatlah. Era dah lapar”. Jerit Era dari dalam kereta.
Raut
muka Nizam jelas berubah.
Rafael menoleh ke arahku. “Sayang..I tunggu
dalam kereta ye. Ehmm…by the way, Nizam,
kalau you sudi..jemputlah datang ke malis perkahwinan kami dua minggu lagi di
kampung Bashira”.
Aku
tersentak mendengarnya. Mataku tajam beralih kearah Rafael. Dia ini sudah gila
ke? Kenapa tiba-tiba memanggil aku sayang?
“Li..Lina
nak kahwin?”. Soal Nizam terperanjat bila Rafael masuk ke dalam kereta.
Suaranya yang lirih buat aku simpati.
Perlahan-lahan
aku mengangguk.
Tubir
mata Nizam bergenang. Kenapa dengan dia? “Lina dah tak sayang abang lagi?”.
“Antara
kita dah tak ada apa-apa lagi, abang. Semuanya dah musnah”. Aku membuang
pandang. Rasa sebak menyerbu ruang dada.
“Lina
jangan buat abang macam ni. Abang minta maaf. Kembali pada abang, Lina. Abang
betul-betul rindukan Lina”. Rayunya.
Luahan
hati Nizam buat aku terkejut. Aku menggeleng. “Abang dah kahwin. Binalah
kebahagiaan abang dengan Erni. Lina dah reda atas apa yang berlaku antara
kita”.
“Abang
minta maaf Lina. Abang menyesal atas segala tindakan abang pada Lina. Kita
rujuk Lina”.
“Abang
baliklah.. Erni sedang tunggu abang”. Balasku mengambil Haikal dalam
dukungannya. Tanpa menoleh ke arahnya aku masuk ke dalam kereta.
“Dia
nak apa? Beria-ria I tengok?”. Soal
Rafael setelah beberapa minit berlalu. Era dan Haikal diam di belakang.
“Tak
ada apa-apa. Saja nak lawat Haikal”.
“Kalau
nak lawat Haikal, tak adanya nak tengok you sampai tersembul biji mata”.
Aku
menoleh ke arahnya yang memegang streng. “Kenapa mengarut pulak ni? Awak tu
apasal bagitahu dia kita nak kahwin?”.
“Kenapa
tak boleh beritahu pulak? Dah memang betul kita nak kahwin. Tak salahkan? Nanti
tak pasal-pasal dia ingat you tu janda dia lagi”.
“Saya
tak nak bergaduh pasal ni”.
“Okay..Fine! Persiapan
majlis kita macam mana setakat ni?”.
“So far so good.
Khemah dah pasang depan rumah. Tapi kita belum pergi cari hantaran kahwin lagi.
Macam cincin. Baju pengantin pun belum”.
“
Apa kata esok je kita pergi. Lusa you dah start cutikan?”.
“Boleh
juga tapi macam mana dengan Era? Kasihan pula dia nanti”.
Rafael
tergelak. “You look like a good mother to
me. Pasal Era you jangan risau. I uruskan. Lagipun kalau dia rindu you,
nanti I boleh call you. Yang penting
kita selesaikan semua ni dulu”.
Aku
minta cuti sebulan untuk uruskan semua ini disambung lagi dengan cuti perkahwinan.
Namun, staf-staf di pejabat masih belum tahu tentang perkahwinan ini. Aku jadi
malu mahu mengkhbarkan berita ini. Risau jika ada yang salah sangka. Aku sudah
beritahu Rafael awal-awal aku hanya mahu majlis di kampung sahaja. Itu pun
ringkas. Dia bertegas mahu buat majlis perkahwinan di hotel. Tapi aku menolak
habis-habis. Aku malu hendak buat gempak-gempak. Aku ini bukan anak dara hendak
majlis gah-gah seperti itu.
Sesungguhnya
aku belum pasti mahu menikahinya. Kalau bukan kerana apa yang aku sendiri
janjikan, tentu kami tidak begini.
“Kita
dah sampai”. Rafael membuka pintu.
“Jom
Ekal, Era…kita nak jumpa Ayah Ngah”.
Haikal
dan Era bersorak. Sambil berjalan beriringan, kami masuk ke dalam restoren.
Rafael
mengangkat tangan bila melihat kelibat Abang Aidil yang sudah setia menunggu.
“Lama
tak jumpa kau Rafa…”. Abang Aidil tergelak. ‘Tak sangka kau akan jadi adik ipar
aku”.
“
Aku pun tak sangka”.
“Lina,
apa khabar?”. Soal Abang Aidil ketika aku menyalami tangannya. Dia mengusap
kepalaku. Terasa kasih sayangnya meresap ke dalam jiwa.
“So, this is Era.. How
are you, good girl?”. Abang Aidil hulur
tangan pada Haikal dan Era. Era tersipu- sipu malu.
Apabila
pelayan sampai, aku dan Rafael serta anak-anak memesan Black Paper Rice dan air
Durian Belanda.
“Eh,
kau tak makan ke?”.
“Diet”.
Aku
mencebik. “Angat tu memang, diet memanjang..kurusnya tak”.
Abang
Aidil tergelak. “Amboi.. Lina.. tahu la
awak tu cantik.. kurus, menawan, baik.. jangan perli Angah tau”.
“Kau
ni tak nak kahwin ke? Kau dengan Hasif
macam blur je?”. Gurau Rafael.
“Dah..
jangan tanya.. Lina cuti bila.? Angah balik 25 tau. Semua dah sedia ke?”.
“Ada
la sikit-sikit. Esok aku nak bawak Bashira beli cincin”.
Abang
Aidil angguk. Kami sekadar bercerita tentang persiapan perkahwinanku. Kata
Abang Aidil, dia akan sponsor pakaian pengantinku biarpun sudah berkali-kali
ditolak oleh Rafael.
Nampaknya
perkahwinanku kali ini ada banyak tajaan. Jadi aku pun tidak banyak
mengeluarkan duit. Tapi tentunya penaja yang paling kaya adalah Rafael Hamdani Musa. Lelaki yang
akan menjadi suamiku sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment