DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 July 2016

Jodoh Sebelah Pintu - Bab 15

“ADUHHH!!! Lapar pulak perut aku petangpetang
begini!” Aku pegang perut yang sudah berkeroncong
sakan.
Malasnya hendak memasak! Malas! Malas! Malas!!
Tangan yang menaip sedari tadi terhenti juga akhirnya
akibat perut berkeroncong minta diisi. Tanpa menekan suis
shut down, aku tutup laptop yang masih terang itu. Kejap
lagi aku nak sambung menaip semula. Novel dah sampai bab
enam puluh tujuh. Satu bab saja lagi!
Tangan sempat mencapai earphone dan handphone.
Earphone kusumbat ke dalam telinga. Lagu Bruno Mars
kupasang kuat. Kaki aku hayunkan menuju ke dapur.
Sudah tidak tertahan lagi rasa lapar di perut. Terserempak
lagi dengan makhluk tuhan itu. Julia lagi. Aku buat tak
nampak sahaja kewujudan dia di ruang tamu. Terus aku
berlalu ke dapur.
Sambil menyanyi, sambil aku menanak nasi. Selepas
itu, aku keluarkan sayur dari peti. Belacan, bawang, lada,
bawang putih dan sedikit ikan bilis yang sudah dikupas.
Selesai menyiang bawang, aku membasuhnya dan menumbuk
menggunakan lesung batu. Tiba-tiba, telefon bimbitku
bergetar. Ada panggilan masuk. Tentu sekali daripada dia,
Encik Tunang Tubi.
“Helo assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Encik Tunang Tubi.
Aku tersenyum mendengar suaranya yang seksi
itu. Oh tuhan, tolonglah jadikan dia lelaki terseksi dalam
hidupku nanti. Eh? Doa apa ni, Mona?!
“Aira, awak buat apa? Bisingnya. Kelentang-kelentung
berbunyi.” Dia komen.
“Saya tengah memasaklah, awak.” Aku berkata sambil
memanaskan kuali.
Minyak kuisi sedikit. Dengan awas, segala bahan aku
campak ke dalam kuali. Sampai naik bau, aku goreng
kangkung. Kangkung goreng belacan! Mudah sekali. Menu
di kala perut teramat lapar begini.
“Mesti sedap, kan?” Soal dia. Aku tergelak kecil.
“Tak.” Aku jawab selamba.
“Sedapnya bau...” Komen dia. Aku terbelalak. Boleh
bau melalui telefonkah? Ada-ada sahajalah Encik Tunang Tubi
ni.
“Bau apanya? Bau ketiak sendiri?” Soalku. Dia tergelak
besar.
“Saya tengah cium aroma masakan awak ni.” Dia
berkata sambil tergelak kecil. Aku menggeleng-gelengkan
kepala. Ada-ada sahajalah Encik Tunang Tubi ni!
“Merepek!” Aku membebel.
“Atchem!!!” Dia terbersin di hujung talian. Aku tergelak
kuat.
“Saya masak kat sini pun awak boleh bersin erk?”
soalku. Dia ikut tergelak.
“Kan saya dah cakap? Saya tengah cium aroma
masakan awak ni. Sampai terbersin saya. Awak tak bagi
jiran awak makan masakan awak ke? Awak kata jiran
awak bujang. Mesti diaorang tak pandai memasak...” Komen
Encik Tunang Tubi.
Bad dan Irfan tak pandai masak? Haruslah! Kalau
Taufiq, gerenti pandai memasak punya! Dia dah lama jadi
duda kan... Siapa lagi yang nak masak untuk anak dia
kalau bukan dia? Tapi... Aku pernah cium bau masakan dari
rumah Bad sebelum Taufiq pindah sini. Best oh! Mungkin
masakan Irfan, si kaki ayat.
“Eh! Tak ada kerja saya nak bagi diaorang makan
masakan saya. Tambah-tambah si Bad-ut tu! Awak tahu tak
tadi dia datang sekolah saya, buat muka kerek? Bila saya
balik, elok pulak dah! Ceria semacam. Muka dia, shine bright
like a diamond!” Sempat aku menyanyi serangkap lirik lagu
Diamond nyanyian Rihanna itu.
Terkekeh-kekeh Encik Tunang Tubi gelakkan aku.
Aku kena biasakan diri. Dia memang kuat gelak!
“Hahaha. Happy sangat nampak awak kut? Awak
comel sangat agaknya, tu yang buat dia suka.” Dia berkata.
Meneka.
Aku menjelirkan lidah. Masakan, aku hidangkan ke
dalam pinggan.
“Eii comel apalah saya ni? Takkanlah? Kat sekolah
tadi dia serius. Tapi kesian dekat dia. Anak buah dia telefon
cakap saya nak jumpa. Entah masa bila saya nak jumpa dia?
Muka dialah paling saya duk elak sekali daripada berjumpa
selama ni.” Aku berkata pula. Encik Tunang Tubi tergelak
lagi.
“Kenapa Aira, kenapa awak tak nak jumpa dia?”
Soal Encik Tunang Tubi. Aku sengih.
“Sebab dia teruk.” Komenku selamba. Ah! Bad bukan
tahu pun aku kutuk dia!
“Kenapa dia teruk?” Soal Encik Tunang Tubi lagi.
Aku mencemik. Mengingatkan Bad sahaja terus
otakku rasa tepu. Malasnya ingat dia. Menyakitkan hati!
Setiap masa pula lagi.
“Dia panggil saya dengan gelaran yang saya tak
suka. Lepas tu dia selalu cari point nak bergaduh dengan
saya. Pokok pangkalnya, dia selalu buat saya sakit hatilah.”
Aku berkata serabut. Mengenangkan Bad membuatkan aku
rasa loya tekak! Menyampah dan meluat yang amat! Encik
Tunang Tubi terkekeh-kekeh ketawa.
“Nama dia apa?” Soal Encik Tunang Tubi.
“Bad dan Irfan.” Aku jawab.
“Bad?” Soalnya pendek.
“Badrul tak silap saya.” Aku berkata pula.
“Kawan saya ada nama Badrul. Orangnya kacak sangat.
Penyayang. Baik, ramah.” Ujarnya. Aku dah nak termuntah
mendengarnya. Kacak tu dah betul, tapi penyayang tu, biar
betul?! Orang nama Bad ni ada cukup kasih sayang ke?
“Werk! Lain benar dengan Bad yang saya kenal!
Kacak tu, kira betullah. Tapi kalau penyayang tu taklah!”
Aku memangkas.
“Ya? Ramai orang nama Bad, kan? Tapi kawan saya
tu betullah penyayang. Sayang betul dia dekat tunang dia
sampaikan saya naik jealous dengan tunang dia...” Ujar Encik
Tunang Tubi. Gulp!
“Bad jiran saya pun dah bertunang.” Aku kata takuttakut.
“Ya? Entahkan orang yang sama?” Dia meneka.
“Takkanlah! Sikap tu lain...” Aku menidakkan.
“Eh? Mana awak tahu dia tak penyayang? Kalau dia
tak penyayang, buat apa dia datang ke sekolah awak sebab
anak saudara dia?” Soal Encik Tunang Tubi. Aku terbelalak.
“Awak tahu dari mana?!” Terkejut!
“Eh eh, dia ni! Kan awak juga yang cakap dekat saya
tadi yang dia datang sekolah sebab anak buah dia call dia...”
Dia berkata bersungguh. Ha’ahlah! Aku juga yang cerita.
Penyayangkah Bad? Gulp! Muka tak ada nur!
“Eh? Ha’ahlah. Lupa pulak saya. Kalau orang yang
sama...” Aku berjeda.
“Kenapa?” Soalnya tak sabar.
“Kalau orang yang sama, mohon sangat-sangat...
Jangan cerita dekat dia yang saya dah kutuk dia tahap
dewa pada awak.” Baru sahaja habis berkata-kata, telingaku
terpaksa menerima hamburan tawanya. Kuat. Berdekah-dekah.
Cis!
“Kalau betul orang yang sama, takkanlah saya nak
cerita. Kalau tak betul pun saya takkan cerita. Saya simpan
je segala kutukan dan amarah awak tu dalam hati sampai
saya lupa, okey?” Ujarnya. Aku tersenyum. Lega. Lega sangatsangat.
Encik Tunang Tubi memang lelaki yang baik! Wehehe.
“Hehehe. Terima kasih awak.” Ucapku lega. Dia
membalas ucapanku dengan ‘sama-sama’. Kami berbual lagi.
“So, awak tak nak sedekahkan dekat Bad tu ke
masakan awak? Mesti dia suka bau masakan awak.” Katanya.
“Ah! Tak ada kerjalah saya nak sedekah dekat dia.
Dia pun tak pernah nak sedekah apa-apa kat saya. Sedekah
kata-kata menyakitkan hati dia tu adalah.” Kali ini, tanpa
dapat Encik Tunang Tubi aku bendung lagi, berdekah-dekah
suara dia gelak. Apa pasal macam ada gema je suara dia?
Perasaan aku je kut.
“Awak tahu tak yang saya ada baca artikel barubaru
ni, dalam surah An-Naba’ ayat 18, Allah berfirman,
“pada sangka kala ditiup, kamu sekalian datang berbarisbaris”.
Awak tahu tak yang Bad tu merupakan dalam
kategori orang yang duduk di barisan pertama daripada dua
belas barisan?!” Bersungguh aku bercerita. Hilang sekejap
rasa lapar. Sekejap lagi aku sambunglah memasak semula.
Best topik ni.
“Hah?!! Awak biar betul ni Aira?! Awak janganlah
main-main! Tak baik tau tuduh Bad bukan-bukan. Kesian
dia. Bukan kerja kita nak tempatkan orang kat akhirat sana.”
Eh eh Encik Tunang Tubi ni. Bukan main kalut lagi dia
membela si Bad. Risau sangat. Acah je pun.
“Yelah, saya cakap berdasarkan apa yang saya
baca. Barisan pertama ni adalah orang-orang yang sewaktu
hidupnya menyakiti hati jirannya. Apa balasan dia saya
tak ingat tapi dia duduk kat barisan PERTAMA! Huh!”
Bersungguh aku tekan perkataan pertama itu bagi dia faham...
“Alah awak, niat dia nak bergurau dengan awak je
tu.” Aku pelik. Kenapa dia masih sibuk nak backup si Bad?
Terbakar pula hati aku ni.
“Saya rasa sakit hati dengan gurauan dia.” Aku
berkata bersahaja.
“Tak baik awak salah ertikan gurauan dia. Dia
mungkin suka kat awak sebab tu dia gurau-gurau macam
tu.” Sayu pula hatiku mendengar suara sayu Encik Tunang
Tubi. Adeyy.
“Macamlah awak tu dia. Bukan main nak bersayu
bagai suara.” Aku mencemik.
“Kalau saya cakap, saya ni dia?” Soalnya. Itu jam
juga aku gelak gila-gila. Encik Tunang Tubi ni Bad, jiran
aku? Memang mengarut sangat!
“Jangan nak merepek. Kalau awak ni dia, tang
mana pula letaknya nama ‘Mirul’ tu? Nama penuh dia
Badrul Syah! Tak ada Mirul langsung. Lagi satu, kalau
Encik Bad tu suka saya, Ya Allah! Kesian tunang dia.” Aku
berkata pula. Dia diam sahaja.
“Awak tahu dari mana nama saya Mirul? Saya tak
pernah cakap pun nama saya Mirul.” Eleh! Nak psiko aku
pulak Encik Tunang Tubi ni, saja nak buat aku sesak tahap
gaban la ni kononnya? Ingat aku hairan?
“Mak bagitahu nama awak Mirul.” Aku jawab dengan
senyuman.
“Kalau saya cakap, mak awak salah dengar, awak
nak cakap apa?” Soal dia pula.
“Heeee. Mak saya telinga lintah. Kalau abah, harus
juga salah dengar. Suruh picit urat, dia pergi mengurat!”
Aku membebel. Encik Tunang Tubi tergelak mendengar
kata-kataku. Kuat dia gelak sampai berdesing telingaku.
“Awak maafkanlah orang... Maksud saya, Bad tu.
Kesian sangat-sangat saya kat dia...” Encik Tunang Tubi
berkata tidak lama selepas dia habis gelak. Dia masih
menyuruh aku memaafkan Bad. Kesian sangat-sangat? Alahai!
Kenapa entah dia harus bersimpati pada Bad? Dia belum
tahu siapa Bad tu!
“Awak tak jealous ke kalau saya baik dengan dia?”
Soalku. Dia diam lama.
“Saya tak suruh awak berbaik dengan dia. Saya cuma
nak awak maafkan dia. Tak elok berdendam tau. Dengan kawan
serumah lagi awak nak marah, dengan Bad-ut tu lagi.
Awak tak boleh berdendam macam ni. Tak elok, awak.” Dia
membebel. Aku tersengih. Dia ni sentiasa positif aje kan?
Kecuali bila berkaitan dengan Farhan! Whoops! Negatif!
“Saya tak berdendam langsung dengan dia, awak.
Saya cuma kurang suka bila bab dia menyakat saya tu.
Tapi kekadang, boleh buat saya tersenyum sendiri jugak bila
kenang balik.” Aku berkata jujur. Dia tergelak kecil.
“Dia tu saya rasa, mungkin berstatus tunang pada
pandangan orang lain. Tapi saya rasa dia belum bertunang
kut... Entah-entah dia terkena macam awak terkena dengan
housemate awak...” Ujarnya.
Aku mencemik! Tak ada makna! Takkanlah Irfan
sengaja nak reka cerita bagi memotong market Bad? Tak
ada kerja. Irfan bukan jenis lelaki seperti itu! Kalau Bad,
aku percaya la juga. Yakin!!!
“Sudahlah bercakap pasal dia. Cari topik lain.” Aku
mengalih topik. Malas nak cakap pasal Bad! Bosan sangat.
Hari-hari, setiap masa asyik bercakap pasal dia pada Encik
Tunang Tubi. Tak selesa pula aku.
“Awak dengan Julia dah berbaik?” Soalnya. Aku
berkerut.
“Mana awak tahu nama dia?” Soalku. Setahu aku,
aku tak pernah beritahu pun.
“Eh? Awak ada beritahu semalam.” Ujarnya.
Aku berkerut. Aku cakap housemate je. Rasanya
memang tak ada aku sebut nama Julia. Eh? Mungkin ada
kut? Aku yang tak perasan. Tambah-tambah bila dah mamai
macam malam buta semalam. Selalu sangat macam ni.
Hailah, Mona! Aku tepuk dahi.
“Saya tengah mamai kut malam tadi...” Aku
mengeluh perlahan. Eh? Perut dah kembali senyum! Lapar
tak ingat.
“Eh, awak... Kita berbual lagi nanti ya? Saya nak
sambung memasak dulu.” Aku berkata.
“Oh! Baiklah, Aira. Awak bagi jiran awak sikit. Kesian
mereka tu.” Encik Tunang Tubi berkata. Aku mencemik.
Tak ada masa aku nak bagi makanan yang aku masak kat
diaorang!! Nanti-nantilah aku bagi...
“Hmmm. Tengoklah macam mana, okey?” Aku tidak
mahu berjanji. Takut aku ubah fikiran pula nanti. Semuanya
bergantung pada perangai Bad. Kalau elok dia dengan aku,
baru aku bagi.

No comments:

Post a Comment