PETANG yang nyaman... Aku bercadang hendak
mencabut rumput di dalam pasu bunga. Sudah lama aku
tidak membuat kerja penjagaan bunga-bunga kesayanganku.
Bunga semakin bertambah tetapi, nak menjaga pula aku
terasa malas. Semenjak munculnya jiran lelaki yang bujang
seperti sekarang ini, terasa wujud satu batas yang besar.
Bimbang nanti menjadi perbualan mulut jiran tetangga yang
lain. Yalah, kami sama-sama bujang, kan? Tambahan pula,
aku memang tak berminat nak mengadap Bad dan Irfan.
Mereka sentiasa mengenakan aku setiap kali terserempak
dengan aku.
Aku memakai earphone dan memasang lagu penyanyi
kesayanganku. Siapa lagi kalau bukan Bruno Mars? Suara
seksinya menyeksakan nafasku! Lebih-lebih lagi jika dia
menyanyi lagu Grenade, Talking To The Moon dengan When
I was Your Man. Adess, cair... cair... Dengan suara Bruno
Mars yang seksi itu. Aku tak faham... Kenapa suara Bruno
Mars ni shedap shangat-shangat? Kalau aku jumpa dia,
memang aku jentik tengkuk dia sebab dah berjaya buat aku
jatuh hati pada suaranya.
Kemudian, aku sarungkan tudung bawal dan aku
sidaikan ke bahu kiri dan kanan. Siap! Tak payah nak
make over bagai. Percayakan pada natural beauty okey? Cheh!
Padahal diri sendiri yang malas nak bergaya. Aku keluar
dengan bacaan bismillah lantas memulakan kerja-kerjaku.
“Same bed but it feels just a little bit bigger now.
Our song on the radio but it don’t sound the same!!!” Aku
mula menyanyi girang.
Rumput yang menghijau dalam pasu bungaku, aku
tarik keluar macam tarik bulu ayam. Yeeha! Sesudah satu
pasu, aku meneruskan dengan pasu lain pula. Seronok! Ada
lapan belas pasu kesemuanya. Jiranku di sebelah, tiada...
Hehehe. Itu pasallah aku menyanyi gila-gila holiao!
Baru lagi otak tenang sebab tiada mereka, tuptup...
Senyuman bahagiaku mati sebaik sahaja ternampak
kelibat Irfan yang baru pulang dari kerja. Jelas kelihatan
muka penat dia! Cepat-cepatlah masuk! Bad tentunya tak
balik lagi. Irfan punya kereta sahaja yang masuk parking
ni... Kenapa pulak aku mesti perhatikan gelagat jiran aku
eh? Mona!!
Makin leka aku buat kerja, makin aku rasa
diperhatikan. Aku mendongak, nyaris tak tercampak perkakas
di tangan. Irfan ikut bercangkung di hadapanku rupa-rupanya.
Menghadap aku buat kerja pula tu! Dia tersengih melihat
muka terkejutku. Dia tak pandai nak masuk ke rumah ke?
Nyaris tak terhenti denyutan nadi aku!
Aku longgarkan earphone di kedua-dua telingaku.
Hanya terdengar sayup-sayup lagu Bruno Mars. Kalau dengar
lagu kuat-kuat, automatik mulut pun nak nyanyi kuat-kuat
juga. Selepas itu, nanti mulalah aku juga yang termalu
sendiri.
“Sedap juga suara awak.” Puji Irfan. Aku tersenyum
malu.
“Awak pernah rasa ke??” Soalku pula. Ada pula
suara yang sedap? Merdulah! Merdu? Aku sedang duduk
dalam bakul atau apa ni?
“Hehehe... Merdu. Maksud saya, pitchingnya boleh
tahan. Hampir tak kenal saya dengan awak tadi. Ingatkan
Bruno Mars dah...” Dia berkata sambil tergelak kecil. Memang
nak kenakan aku rupa-rupanya! Ada pula suaraku yang lemahlembut
bak sutera ini disamakan dengan suara jantan?
Memang dia ni... Isy!
Tidak lama selepas itu, muncul pula Abang Seksa.
Siapa? Encik Opocie... Huh! Asal pandang dia aje, automatik
mata aku terbakar. Terus terasa bahang-bahang yang aku
bakal dikenakan olehnya sebentar lagi. Dia keluar dari perut
kereta dengan gaya kalut dia.
“Akak Fashionistaaaaa...” Sapanya.
Seperti yang aku jangka, dia menegurku dengan
panggilan yang buat aku naik gila isim memikirkan kenapa
aku patut dipanggil begitu? Dia gerenti bakal menyakat
aku dengan lebih teruk lagi. Menyesal pula aku longgarkan
earphone aku ni tadi. Menyampah betul aku nak hadap
muka dia ni.
“Bad...” Irfan meleretkan suaranya tanda tidak mahu
aku diganggu.
“What?” Soal Bad sambil mengangkat bahunya dengan
mulut yang mencebik. Buat muka innocent. Menyampah betul
aku tengok muka Bad. Lebih rela aku tatap buntut beruang
dari muka dia sekarang! Irfan berdeham.
“Jangan kacau Mona aku.” Irfan bersuara. Mataku
terbuntang. ‘Mona aku’ dia kata? Hold on, sejak bila aku jadi
hak milik dia? Ada tercop di dahikah yang aku ini milik
Irfan? Gelinya.
“Sejak bila saya jadi Mona awak?!” Soalku kasar.
Dia tersengih-sengih sambil menggaru-garu belakang telinga.
Bad mencemikkan muka.
“Dia Monafendy aku...” Bad pula bersuara.
Irfan tahan gelak. Aku mendengus geram. Kalau
boleh disedekahkan pelempang, sungguhlah happy rasa hati.
Kalau boleh, biar terteleng ke kiri mukanya.
“Kau ni Bad... Dah tak lama lagi nak kahwin
dah. Bagilah chance kat aku pulak nak mengurat anak
dara orang. Apa kata tunang kau nanti...” Irfan bersuara
dengan kening yang terangkat-angkat. Terlebih jujur pula.
Janganlah mengaku dia nak mengurat depan aku! Ades! Eh,
dah bertunang rupanya Encik Opocie ni.
Guess what? Pertama sekali, aku fikir, ada ke orang nak
kat dia? Mulut macam... Hai Ya Allah! Puaka! Perangainya,
lagilah puaka. Puaka Niang Rapik pun boleh makan hati
dengan perangai puaka dia. Aku rasa, kerja dia, gerenti
menyakat tunang dia sampai tunang dia menangis gila-gila
ni.
“Eh? Dah bertunang? Ada jugak makhluk yang terliur
kat dia, eh?” Soalku bernada sarkastik. Padan dengan muka.
Kelat wajah Bad dengan seranganku. Hahaha! Rasakan...
Jangan ingat hanya dia saja yang tahu nak menyindir orang.
“Why? Jealous?” Soal Bad sambil mengangkat kening.
Hold on a sec! Ini melampau! Sangat perasan dan aku nak
muntah!
“Excuse me?” Soalku yang sudah berdiri bercekak
pinggang.
Keningku terangkat tinggi. Geram! Bila masa
pula aku nak cemburu? Tak ada kerja sungguh! Irfan
berdiri memegang pagar dan memandang aku dan Bad
silih berganti. Dia tercengang-cengang di tengah. Tak tahu
hendak mengadili yang mana satu.
“Don’t you hear me? Are you jealous of me, Kak
Fashionista?” Soal Bad sinis. Kini dia berpeluk tubuh dengan
muka kerek tak bergulanya itu. Kenapa dia tak masuk aje
rumah dan jangan keluar sampai bila-bila? Hati aku sakit
teramat sangat dah ni! Sakit, sakit dan sakittt!!
“Scusa?” Soalku sekali lagi. Kali ini dengan bahasa
Itali! Sungguhlah tak percaya bila dia kata aku jealous. Apa
dia ingat aku ada hati ke, pada dia? Muntah berdarah!! Aku
takkan jatuh hati pada dia. Takkan!
“Jealous?” Soalnya dengan senyuman senget lagi sinis.
“Nak jealous apa? Cut the crap!” Nadaku sudah
meninggi. Irfan ternganga-nganga. Tidak tahu hendak
mencelah bagaimana.
“Jealous ke yang saya ni, ada juga orang nak. Awak
tu, ada ke, eh?” Soal Bad menyindir. Terbakar! Terbakar! Bukan
tak ada yang nak, aku yang jual mahal! Aku yang tak mahu
fikir pasal bercinta okey?!
“Whatever you think! Nak jealous dengan awak?
I’m sorry, tak ada faedah. Better saya jealous dengan Jaclyn
Victor sebab dia jadi penyanyi terkemuka Malaysia. And, by
the way... Tahniahlah nak kahwin. And, beritahu pada bride,
takziah buat dia. Kahwin dengan laki tak siap macam awak!
Loca!” Aku menghempas alat pencakar tanah ke lantai dan
aku pijak-pijak geram. Irfan menaik turunkan kedua belah
tangannya supaya aku bertenang. Bad tergelak sinis.
“Relax, dear. Dia memang macam ni. Bad, jangan
kacau dia...” Irfan bersuara memujuk.
“Aku kacau dia? Ohlala! Baik aku masuk tidur lagi
baik.” Angkuhnya dia! Dia berjalan memasuki rumah sambil
merungkaikan tali leher.
Irfan meminta maaf bagi pihak Bad. At least, Irfan
tidaklah annoying macam Bad. Aku hargailah sikit. Irfan ikut
masuk ke rumah. Aku sumbat semula earphone ke dalam
telinga. Daripada aku layan rasa sakit hati aku ni, baik aku
dengar suara Bruno Mars yang menyejukkan telinga.
“AISKRIM!!!” KUATNYA jeritan Julia! Aku yang mendengar
lagu sekuat hati ini pun masih boleh tersentak. Aku cabut
sebelah earphone dari dalam tudung. Aku pandang dia
dengan pandangan tak puas hati.
“Abang Mail...” leret Julia gedik. Nak aiskrim ke,
nak tuannya ni?
Aku julingkan mata ke atas bila tengok Julia pintalpintal
rambut panjangnya. Huk aloh! Gedik tak menahan.
Kalau sembur muka dia pakai spray merah ni, seronok
juga. Aku geleng-gelengkan kepala. Mataku tertancap pada
sesusuk tubuh yang baru keluar dari rumah sebelah. Irfan
dengan singlet hijau lumutnya bersama dengan seluar
pendek berwarna putih. Comelnya dia. Eh? Mona!
Eh? Cepatnya dia tukar baju. Tak sampai sepuluh
minit pun. Nak buat apa duduk kat luar kalau tak ada
aktiviti? Menyusahkan pula. Menyeksakan nafas aku. Hihihi.
“Aiskrim, Julia?” Soal Abang Mail, si penjual aiskrim
kepada Julia. Julia, bila melihat kelibat Irfan, terus buat
serius. Hilang lenggok suara gediknya tadi.
“Saya nak aiskrim jagung.” Serius wajah Julia kali
ini.
Wahhh! Ini nak mengayat the big fish la ni. Abang
Mail tu dah berkahwin. Yang di sebelah rumah ini masih
bujang trang tang tang... Mestilah Julia nak yang trang tang
tang tu.
“Mona nak?” Abang Mail menyapa. Aku tersenyum
comel. Eh? Perasannya aku! Melihat aiskrim di tangan Julia
membuatkan tekakku tiba-tiba diserang rasa haus.
“Jue, kau bayarkan dulu. Aku nak aiskrim keladi.”
Aku bersuara pula.
Kaki melangkah ke paip dan aku membasuh tangan
sebersih-bersihnya dengan sabun basuh cecair yang sengaja
aku tinggalkan di luar bila hendak mencuci kereta.
“Baru pindah dik?” Soal Abang Mail menyapa Irfan
yang hanya bertenggek di bangku hadapan rumahnya. Irfan
mengangguk dan tersenyum. Manis!
“Baru bang...” Jawab Irfan penuh berbudi. Alahai.
Aku dah mula suka dia ni. Sebab... Dia agak comel.
Lagu Count On Me nyanyian Bruno Mars
berkumandang di telinga. Kuat. Lebih kuat daripada lagu
Grenade nyanyian Bruno Mars yang sedang aku dengar
daripada Mp3 telefon bimbitku. Aku melihat ke arah Irfan.
“Helo.” Dia menjawab panggilan. Dia pun suka BM?!
What a surprise!! Leka aku termenung mengenangkan minat
kami yang tiba-tiba tersama ni. Alamak. Petanda apa-apa ke?
“Abang Bad, nak?” Soal Julia.
Bad? Aku memandang ke pintu rumah sebelah. Bad
sedang bersandar di tiang pintu dengan muka angkuhnya.
Aku menjeling. Tak puas hati. Apa pasal dia keluar cepat
sangat?
Lagi satu, mana baju dia pergi? Apa pasal dia pakai
seluar trek coklat semata tanpa baju? Saja nak tunjuk body
petak-petak macam papan kekunci laptop tu ke apa? Aku
buat tak nampak kewujudannya. Lidah menikmati aiskrim
keladi di tangan.
“Thanks Jue, abang tak nak.” Jawab Bad mendatar
sambil matanya memanah pandang aku. Kerek. Tak puas hati
dengan aku lagi ke apa? Masih tak puas hati lagi kena
sindir yang dia tu ‘laku’ jugaklah!
“Okay, abang Bad. Abang Irfan, nak tak aiskrim?”
Soal Julia pula. Abang Mail sudahpun meminta diri. Irfan
memasukkan telefon bimbit ke poket seluarnya. Dia tersengih
dan menghampiri kami. Tangannya menggenggam pagar.
“Kalau abang nak yang pada tangan Mona tu
boleh?” Soal Irfan dengan muka gersangnya. Aku memberi
renungan amaran.
“Watch your mouth.” Aku bersuara memberi
amaran. Dia tersenyum senget. Bad sudah bersorak, woohoo!
Mengayat. Bukan aku nak perasan tapi aku tahu, Irfan ni
sedang mengayat.
“Mona, boleh tak? Abang nak rasalah aiskrim keladi
tu.” Abang?? Aku mendengus. Jangan buat aku hilang sabar.
Lelaki jenis inilah yang masuk dalam blacklist aku.
“Tak payah nak mengada. Tadi tak nak beli sendiri!”
Aku bersuara geram. Dia tersenyum menggoda.
Ya Allah! Aku tarik balik pujian aku pada dia tadi.
Tak comel langsung! Gersangnya! Irfan dengan kegatalan
tahap maksimanya, Bad dengan mulut puaka niang rapiknya!
Aku dengan kesabaran setebal kulit bawangnya... Argh!
“Ala Mona, bolehlah... Tadi tengok macam tak best.
Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik
abang rasa...” Pap!! Tak sempat dia sambung, dah terpacak
aiskrim kon atas kepala dia. Siapa suruh gatal sangat? Tak
bestlah, lidahlah, cutelah! Benci!
“Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” Aku
menjerkah geram. Bad sudah tergelak sampai tergolek-golek
ke tanah manakala Julia menggigit kuku.
“Abang Irfan, maafkan kawan saya. Maafkan dia.”
Beria-ia dia meminta maaf bagi pihakku.
Kalau aku, sampai kiamat aku tak nak minta maaf!
Siapa suruh miang sangat? Sepatutnya, aku yang makan
ais krim keladi ni yang miang macam keladi. Aku berpeluk
tubuh. Irfan menarik aiskrim kon itu dari kepalanya lalu
ditenung aiskrim itu dengan sengihan lebar. Dia tersengih?
Aku tak salah tengok ke?
“Tak apa, Jue. Abang suka. Inilah baru cabaran
namanya...” Irfan mengenyitkan matanya. Rahang aku, Julia
dan Bad sudah cecah lantai! What the?
“Urgh! Disgusting!” Aku berlari masuk ke rumah.
Ilai tawa Bad masih jelas kedengaran.
“Macam tu kau nak buat bini? Kalau aku, fikir
lapan puluh kali pun jawapannya tidak!” Bad terkekeh-kekeh
gelak. Bad kutuk aku? Memang Bad ni dah melampau tau
tak?! Aku geram betul. Julia masuk ke rumah dengan muka
merah padam. Aku tau, dia marahkan aku.
“Asal abang Irfan suka kat kau?!” Soalnya meninggi
tetapi nada terkawal.
“Mana aku tahu? Lepas ni, tak ada maknanya dia
nak suka.” Aku mengangkat bahu. Julia menghentak kaki.
“Kau tak patut buat dia macam tu.” Julia menegur.
“Tak patut apa? Padan dengan muka dia. Gatal
sangat, siapa suruh?” Aku membentak. Aku tak rasa yang
aku salah pun... Memang setimpallah apa yang Irfan terima
itu. Siapa suruh gersang sangat?
“Kalau kau tak nak dia, pass ajelah kat aku.”
Julia bersuara merengek. Aku menghembus nafas dengan
kasar. Tak suka. Dalam otak Julia, dia fikirkan mengurat!
Mengurat! Mengurat dan mengurat! Aku naik tension!
“Memang aku tak nak!” Aku menjawab selamba.
Badan aku rebahkan ke sofa. Tv dibuka. Siaran MTV
menjadi fokus aku pada hari ini. Semua lagu Bruno Mars
ditayangkan. Untung aku agaknya hari ni. Aku menguatkan
lagu sehingga benar-benar kuat. Aku malas nak berborak
dengan Julia sebenarnya. Isunya, tak lain tak bukan pasal
lelaki!! Itu yang aku rimas tu. Macam dah tak ada topik
lain yang hendak dibualkan. Menggatal saja kerja dia.
“Kau nak abang Bad eh?” Julia menyendeng ke
bahuku. Aku jelirkan lidah dan buat muka meluat.
“Heavennya kalau tak dengar nama tu. Itu lelaki
terakhir yang akan aku buat laki sekiranya dah habis lelaki
kat dunia ni!” Aku jawab dengan penuh dendam kesumat.
Bagai terngiang-ngiang ejekannya. Suaranya memanggilku
Kak Fashionista. Huh! Terbakar betul rasa hati ni.
“Mula-mula memang gaduh...” Julia menyakat lagi.
Aku mendengus.
“Aku tak suka dia. Lagipun dia dah bertunang
dan bakal kahwin. Irfan yang cakap. So, memang taklah!
Kalau dia single pun memang aku tak hingin! Bukan ke kau
sepatutnya jatuh hati dekat Bad?” Soalku. Dulu bukan main
dipuji Bad sesungguhnya. Julia ternganga. Terkejut dengan
berita pertunangan Bad agaknya.
“Memang dulu aku suka dia. Tapi dia tu tak cakap
lembut dengan aku. Tak gentle langsung. Lagipun kau cakap
yang dia dah nak kahwin, kan? Sebab tu aku suka Irfan.
Dia lembut, gentle... Baik... Ramah.” Puji Julia pula.
Aku mengeluh. Mudahnya dia menukar perasaannya.
Macam tukar channel guna remote. Jealous pula aku yang
payah jatuh hati pada sesiapa ni. Tapi aku akan pastikan
yang hati aku takkan jatuh pada dua ekor badut itu.
Aku benci Bad dan Irfan. Dua-dua buat aku sakit
kepala. Baik tak ada jiran! Aku tolak badan Julia daripada
menghempap bahu aku. Rimas. Lagu Bruno Mars aku
nyanyikan dengan gembira. Treasure!
No comments:
Post a Comment