DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 30 June 2019

Gerhana Cinta Yana - Bab 6

HAQIMIE berdiri di tepi kolam renang sambil
bibirnya mengoyak senyum manis mengenangkan waktu
seharian yang dihabiskan bersama Yana. Siapa sangka dia
boleh menjadi sebegitu rapat dengan adik kepada sahabat
baiknya sendiri. Tangan pantas mencapai telefon bimbit dan
terus menghubungi si gadis.
Haqimie geleng kepala. Mentertawakan diri sendiri.
Dah kenapa dengan aku ni?
Sementara Yana pula di sebelah sana yang sedang
menikmati keindahan malam di buaian kegemarannya
tersenyum senang hati melihatkan nama Haqimie yang
tertera di iPhone yang berdering.
Tanpa membuang masa, talian segera bersambung.
Sepanjang perbualan, ada sahaja telatah Haqimie yang
mencuit hati Yana begitu juga sebaliknya.
“Abang Qimie, kita main satu game nak?” ajak Yana.
“Game apa pulak malam-malam ni?” tanya Haqimie
hairan.
“Yana sebut satu perkataan, lepas tu Abang Qimie
kena sambung dengan satu perkataan yang ada kaitan dengan
perkataan tadi. Lepas tu sambung je sampai salah seorang
daripada kita tak ada idea. So,orang tu kalah. Tak boleh ulang
perkataan yang sama. Boleh? Clear tak?”
“Faham. Sounds interesting,” balas Haqimie sedikit
teruja.
“Yana jarang kalah. Berani ke?”
“Eh, ini Zacqryl Haqimie Bin Abdul Halim tau.
Pantang mengundur sebelum berjuang.”
“We will see,” bicara Yana dengan yakin.
“Okay, let’s start. Ladies first please.” Haqimie
mempersilakan Yana untuk memulakan permainan. Siap
dengan gaya tangan lagi. Macamlah Cik Yananya itu boleh
nampak!
“Pokok.” Yana bermula. Kebetulan matanya ketika
itu sedang memandang kepada sepohon pokok di tepi pagar
rumah. Maka perkataan itu sahaja yang terlintas dalam
fikirannya.
“Dahan,” sambung Haqimie.
“Ranting.”
“Daun.”
Yana tersengih. Kena bawa keluar topik ni. Takkan
nak sebut semua bahagian pokok satu per satu? Tak pasal-pasal
keluar pula akar tunjang, akar serabut karang.
“Angin,” tutur Yana.
“Gigil.”
“Dingin,” sambung Yana.
“Beku.”
“Ais.” Yana ketawa dalam hati. Ingat senang nak
kalahkan dia?
“Sejuk.” Haqimie tidak mudah mengaku kalah.
“Malam.”
“Buaian.”
Jawapan Haqimie mengundang tawa besar di bibir
Yana. “Apa kena-mengena malam dengan buaian ni, Abang
Qimie?” soal Yana setelah tawanya mulai reda.
“Adalah. Yana malam-malam kan suka duduk
kat buaian tu. Nampak tak relate kat situ?” Haqimie cuba
mempertahankan jawapannya.
Yana mengetuk dagunya menggunakan jari
memikirkan logik jawapan Haqimie tadi. Eh, betul juga!
Memang tu pun yang dia sedang buat sekarang. Duduk di
buaian pada malam hari sambil melihat bulan.
“Okeylah, boleh diterima. Yana sambung. Tadi
buaian eh? Erm... bulan.”
“Terang.” Haqimie meneruskan.
“Indah.” Yana teruskan permainan tanpa membuang
masa.
“Perempuan,” sebut Haqimie.
“Cantik.”
“Yana.”
Perkataan yang keluar dari mulut Haqimie
membuatkan Yana terkedu sebentar.
Erk! Relaks Yana, relaks. Game saja ni. Bukan
Haqimie maksudkan pun. Yana cuba menenteramkan hati
sendiri. Okey, memang tak dapat dinafikan yang dia memang
cantik.
Yana tergelak dalam hati. Masuk bakul angkat
sendiri nampaknya.
“Baik.” Yana menggunakan peluang yang ada untuk
memuji diri sendiri. Haha.
“Hati.”
“Sayang.” Yana semakin kekurangan idea. Hebat
juga Haqimie, susah untuk dikalahkan.
“Cinta.” Haqimie tersenyum membayangkan reaksi
si gadis di sana. Sengaja dia membawa permainan yang
dimulakan oleh Yana masuk ke fasa ini. Dia sendiri tidak tahu
kenapa tetapi ada rasa bahagia yang mencuit hati kecilnya.
Yana terkelu lagi. Hati tertanya-tanya apakah yang
cuba Haqimie sampaikan sebenarnya?
“Helo, Yana? Ada lagi tak? Ke dah tertidur?”
Teguran Haqimie menyedarkan Yana daripada
lamunannya. “Yana ada ni. Abang Qimie, Yana nak masuk
tidur. Mata dah rasa mengantuk.” Yana memberikan alasan.
“Aik, tiba-tiba je? Game tak habis lagi.”
“Tak apa, Yana give up. Abang Qimie menang. Big
applause to you,” tutur Yana sambil menepuk tapak tangan
kiri dengan lengan tangan kanannya.
“Betul eh? Tak menyesal bagi abang menang ni?”
soal Haqimie meminta kepastian.
“Ya, tak. I’m very sure. You are the winner.”
“So, dah kalah kena dendalah...” Haqimie cuba
menakutkan Yana.
“Eh, kita tak ada deal apa-apa pun tadi.” Yana
membangkang.
“Tadi tak ada, sekarang dah ada.”
“Boleh eh macam tu?
“Of course,” balas Haqimie.
“Denda apa?” tanya Yana dalam keadaan takut-takut.
Jangan yang bukan-bukan sudah. Buatnya Haqimie minta
kiss, tak ke naya! Tak mungkinlah! Yana menjadi takut
dengan fikirannya sendiri.
“Denda tu abang tak fikir lagi. Later abang beritahu.
For now, Yana pergi tidur. Tadi cakap dah ngantuk, kan?”
“Haah, betul.”
“Jangan lupa basuh kaki dulu. Baca doa sebelum
tidur. Good night, my princess. Assalamualaikum.” Dalam
tidak sedar, sudah lebih setengah jam mereka berbual di
telefon.
“Wa... Waalaikumussalam,” jawab Yana tergagap.
My princess? Haqimie panggil dia princess? Mata
Yana terkelip-kelip memandang skrin iPhone yang masih lagi
kemas di dalam genggamannya. Sukar mempercayai apa yang
baru didengarinya dari mulut lelaki itu sebentar tadi.
“Pecah jugak skrin iPhone tu nanti kalau ditenung
macam tu. Boleh tembus ke belakang.” Sergah satu suara.
Hampir terlepas iPhone yang berada di tangan Yana
dek terkejut dengan sergahan alongnya.
Sudah agak lama Shahrul bersembunyi di belakang
mencuri dengar perbualan di antara Yana dan Haqimie.
Walaupun tidak mendengar secara keseluruhan, dia pasti
yang ada sesuatu antara keduanya walaupun masing-masing
masih tidak mahu mengaku.
“Along! Boleh tak bagi mukadimah dulu? Ni main
terjah je. Nasib baik tak melayang muk ni kat kepala along,”
tutur Yana geram.
“Amboi, sejak bila jadi garang ni? Sejak bercinta
dengan Qimie ke?” usik Shahrul sambil menggosok perlahan
kepala adik kesayangannya itu.
“Kusutlah rambut Yana nanti. Mana ada kita orang
bercinta. Mengarut je along ni!” Yana menepis tangan Shahrul
yang gemar menggosok kepalanya seperti itu. Mungkin itu
salah satu cara abangnya menunjukkan kasih sayangnya.
Yana senang dimanjai sebegitu.
“Habis tu kalau bukan bercinta, apa? Dating, berbual
panjang dalam phone,” provoke Shahrul.
“Mana Yana tahu. Yang penting, Yana anggap Abang
Qimie tu sama je macam along. Tapi pelik, kan? Yana susah
nak rapat dengan orang luar tapi dengan Abang Qimie senang
pulak. Mungkin sebab Yana selesa dengan Abang Qimie, that’s
why kami rapat.” Yana membuat kesimpulan.
“Yana percaya tak kalau along cakap apa yang Yana
rasa ni sebenarnya cinta?” Shahrul pandang tepat ke mata si
adik. Mencari rahsia yang disembunyikan di sebalik sepasang
mata itu.
Yana telan liur. Adrenalinanya meningkat sebaik
sahaja Shahrul selesai bertanya. Apatah lagi pandangan mata
si abang yang tajam menikam, seolah-olah menyeksa hatinya.
“Along cakap apa ni? Mustahillah. Abang Qimie tu
kan kawan along,” sangkal Yana.
“So, kalau kawan along pun, apa masalahnya?
Bukannya tak boleh kahwin dengan adik along ni.”
“Jangan merepek boleh tak malam-malam ni,
along?”
“Along bukannya apa. Along cuma cakap apa yang
along nampak je. Yana dengan Qimie dah nampak macam
sweet lover tau. Bukan along je nampak; umi dan walid pun
cakap benda yang sama.”
“Hah, ya ke? Habis walid marah Yana ke?”
“Tak adalah, umi dan walid restu kalau Qimie tu
jodoh Yana. Famili kita pun dah kenal dia dengan rapat. Tapi
kalau betul Yana memang tak ada perasaan langsung dekat
Qimie, jangan bagi harapan palsu kat dia. Along takut nanti
tersepit antara kawan dengan adik sendiri,” nasihat Shahrul
kepada Yana.
“Abang Qimie ada cakap apa-apa ke kat along?”
“Tak ada pun. Entah, along pun tak faham dengan
korang berdua ni.” Shahrul menghela nafas berat. Pening
memikirkan fiil sahabat dan adiknya.
“Habis tu, Yana nak buat apa sekarang ni?” Yana
meminta pendapat abangnya.
“Eh, tanya along pulak. Tanya dengan hati Yana tu.
Apa yang sebenarnya Yana rasa.”
“Yana confused. Dengar along membebel panjang,
lagi keliru hati Yana ni jadinya.”
“Aik, kita pulak yang disalahkan? Kita nak tolong
dia, kita balik yang kena.” Shahrul meluahkan rasa tidak puas
hatinya. Lantas punggung diangkat untuk beredar.
“Along nak pergi mana tu? Masalah Yana tak selesai
lagi ni.”
“Malas along nak tolong. Lu fikirlah sendiri. Dah
malam, jangan lama sangat kat luar ni, masuk dalam cepat.”
Dalam pada berlawak sempat lagi Shahrul menitipkan
pesanan buat adiknya itu.
Yana ketawa perlahan sebelum mendongak mencari
bulan dan bintang. ‘Rahsia apa yang tersimpan kemas di
hatiku wahai bulan dan bintang? Kenapa aku sendiri tiada
jawapannya? Kenapa terlalu sukar untuk aku mentafsirkan
perasaan sendiri?’ Semakin banyak berfikir, semakin buntu
jadinya. Sudahnya Yana bangun dan melangkah masuk ke
dalam bersama rahsia hatinya yang masih belum terurai.

No comments:

Post a Comment