DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 30 June 2019

Gerhana Cinta Yana - Bab 9

“ALONG, drive laju sikit boleh tak? Yana dah
lambat ni,” pinta Yana apabila dirasakan pemanduan Shahrul
ketika ini hanya pada kelajuan sederhana.
“Ewah, ewah... Dah 100km/j ni, tahu tak? Berapa
laju lagi nak suruh along tekan pedal minyak ni? Lagipun
kan tengah banyak kereta ni. Yana yang bangun lambat eh.
Jangan nak salahkan along pulak.”
Yana mendengus perlahan setelah menjeling ke
dashboard yang menunjukkan meter kelajuan pemanduan.
Kenapa dia rasa macam lambat sangat? 100km/j dah along
tekan rupanya.
“Yalah, Yana salah. Dah bangun tadi lepas solat,
baring kejap. Lepas tu terlelap pulak.” Yana mengakui
kesalahannya. Menyesal dengan tindakan sendiri yang
akhirnya membawa padah.
“Dah wish good luck dekat abang lagi seorang tak?”
“Abang lagi sorang? Wish good luck?” Yana blur.
“Tak payah tunjuk muka blur macam tu boleh tak?
Wish good luck dekat Qimielah. Kan hari ni first day dia start
masuk kerja dengan Aunty Zahirah.”
Yana menoleh kepalanya ke kanan, mencari wajah
Shahrul. Kenapa dia tak tahu pun? Oh yalah, dia kan tengah
lancarkan rajuk dengan Haqimie.
“Tak wish pun. Biar jelah. Bukannya nak ambil exam
pun sampai nak kena wish bagai. Lagipun kerja dengan ibu
dia je kan? Kalau dah posting nanti, Yana wishlah.”
“Lain macam je bunyi tu. Korang bergaduh ke?”
“Mana ada.”
“Kalau macam ni gayanya, betullah tu. Tak baik
gaduh lama-lama, nanti rindu,” sakat Shahrul.
“Bisinglah along ni. Drive jelah. Fokus.”
“Aik? Kita bagi nasihat, kita balik yang kena marah.
Baik adindaku sayang. Kakanda menurut perintah.”
Yana tersenyum dalam diam. Shahrul tidak pernah
gagal membuatkan dirinya tersenyum. You’re the best
brother in the world, bro!
‘Sampai hati Abang Qimie tak beritahu aku pun dia
mula bekerja hari ni. Tapi salah aku jugak sebab merajuk.
Mungkin dia nak beritahu semalam kut? Alasan, boleh je
nak inform dalam WhatsApp ke. Aku bukannya nak merajuk
sangat pun sebenarnya. Sengaja nak tengok effort dia untuk
pujuk aku. Tapi haram! Jangankan nak beritahu pasal kerja,
pujuk aku pun tak. Hampeh betul!’ Yana terasa jauh hati
dengan Haqimie.
“Adik manja along oi! Sampai mana dah terbang tu?
Kita dah sampai ni. Panggil banyak kali pun buat dek je.”
Sergahan Shahrul menyedarkan Yana daripada
lamunan yang panjang.
“Eh, dah sampai. Yana pergi dulu. Terima kasih,
along.” Tangan Shahrul dicapai sebelum dia tunduk
menyalaminya.
“Jaga diri. Study smart,” pesan Shahrul.
“Okey, along. Drive carefully.” Yana segera
melangkah dengan pantas menuju ke dewan kuliah. Sempat
dia mengerling pada jam di tangan. Sepuluh minit lagi!
Gedebuk!
Adoi! Ni orang ke raksasa? Sakitnya bahu! Malang
betul nasib. Dahlah lambat, terlanggar orang pulak. Nasib
baik tak ada barang yang jatuh.
“Maaf ya encik. Saya tak sengaja.” Usai berkata begitu
Yana terus berlalu tanpa sempat melihat wajah orang yang
dilanggarnya sebentar tadi. Hanya dapat menjeling sebentar
kepada cara pemakaian orang itu sahaja. Nampak macam
kurang ajar pula dirinya tapi apa boleh buat? Dia kejar masa,
tak boleh berlengah!

SYUKUR, PENSYARAH masih belum tiba sewaktu
Yana menjejakkan kaki ke dalam dewan kuliah. Setelah
melabuhkan duduk di kerusi, Yana tiba-tiba terfikir siapa
yang dilanggar tadi? Jika dilihat daripada jean dan juga t-shirt
yang tersarung di tubuh lelaki itu, pasti bukan pensyarah
atau studen. Mungkin dia hantar orang kat sini kut. Biarlah,
tak ada kena-mengena dengan dia pun.
Sementara menunggu kedatangan pensyarah, Yana
membelek iPhone sebentar. Harapannya tinggi menggunung
untuk menerima WhatsApp daripada Haqimie. Tetapi hampa
apabila ikon WhatsApp tidak menunjukkan sebarang unread
message. Yana mengeluh perlahan.
Hakikatnya hanya jasad Yana yang berada di sini
tetapi jiwanya kacau. Minda berterbangan entah ke mana.
Sedikit pun ilmu yang diberikan oleh pensyarah tidak melekat
dalam otak. Menyedar kealpaan diri yang hanyut, Yana segera
menumpukan kembali perhatian di hadapan.
‘Aku tak boleh macam ni. Focus please, Yana!’ Dia
cuba membangkitkan semangat diri.

No comments:

Post a Comment