DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 17 February 2015

13 Ros Merah - Bab 6

ABANG Iqram nak beli apa ye.” Ekin hulur senyum kepada lelaki yang berdiri di depannya sambil menekan punat komputer di depan kaunter bayaran. 

Mata dihala seketika ke arah Damia yang selesai membuka pintu kaca di hadapan. Dua orang pelanggan perempuan yang baru melangkah masuk ke dalam APAC Pharmacy disapa Damia dengan ucapan salam. Siap berborak-borak  dan ketawa lagi tu. Ekin turut tersenyum tengok gelagat Damia. Entah apa la agaknya yang dikatakan Damia hingga dua
orang pelanggan tu boleh ketawa sakan.

Betullah kata Kak Dina, Damia ni memang skill PR dia dengan customers paling hebat. Sebab tu HQ pun salute dia. Atas faktor itu juga HQ letakkan Damia kat sini sebab cawangan ini penyumbang jualan terbesar kepada APAC Holdings secara keseluruhan. Senyum wajah cantik Damia dengan pipinya yang merah itu membuatkan Ekin kembali menghala mata ke arah lelaki di hadapannya ini yang dilihat juga sedang memandang ke arah yang sama.

Ekin picingkan mata. Isy, asyik benar tenung anak dara orang. Abang Iqram ooi... girlfriend abang yang meletup lawa tu ingat sikit ye. Tapi nak hairan apa, kan. Dah Damia ni memang comel dan cantik, kan. Ekin yang first time tengok dia pun memang tak berkelip jugak bijik mata. Cuma tak dizahirkan je tadi. Dalam hati memang dah cakap, fullamak lawanya pengurus baru ini. Pipi merah dia tu yang tak tahan. Gila comel!

Suis dalam kepala memang sejak tadi sudah ada bisik-bisik kata Damia dan Iqram ni memang sudah kenal antara satu sama lain. Cara Damia bercakap dengan Iqram tadi sudah
membuktikannya. Takpe, nanti Ekin akan korek dengan Iqram di mana dia kenal Damia yang cantik banget dan comel tapi giler selamba ni. Boleh suka-suki beruang kutub je dia pakai slanga lu-gua masa cakap dengan Iqram tadi. Giler sungguh! Memang terkejut beruang pokok pine Ekin dibuatnya tadi. Dia yang sudah lama kenal dengan Iqram sejak bekerja di sini pun tak berani berbual macam tu.

Yelah, Ekin pun tahu Iqram ni siapa, kan. Memang hormat latar belakang dia yang sangat hebat tu. Siapa tak kenal ayah Iqram... Tan Sri Fakruddin. Taikun automobil terkenal. Tapi Damia betul-betul buat Ekin rasa macam nak berguling je atas lantai dek selamba dia masa cakap dengan Iqram. Memang Ekin tak dapat elak ketawa bila dengar Damia kenakan Iqram tadi. Sungguh tak dapat ditahan-tahan. Tersembur terus aje tadi. 

Lagi-lagi bila Damia cakap subjek agama Iqram dapat taugeh. Bila Iqram lurus bendul je tanya taugeh tu apa, jawapan Damia buat Ekin sekali lagi kejang perut. Taugeh tu kata Damia memang terjun lombong lagi baik. Hahaha... giler ganaslah ayat Damia ni. Memang tak cover. Nasib baiklah Iqram pandai jawab balik tadi. Cool je dia. Kalau tidak, memang confirm malu tak dapat nak selamat.

Iqram sekolah oversea la Damia. Maklum la anak orang kaya-raya, kan. Cuma Iqram ni yang Ekin tabik spring, dia tak berlagak. Sempoi je. Semua orang dia boleh masuk. Tak kira siapa pun. Kalau orang tak kenal, memang tak sangka siapa dia sebenarnya.

Iqram senyum. Mata masih mengekori wajah Damia yang juga kebetulan sedang memandang ke arahnya sebelum berlalu kembali ke arah dua orang pelanggan tadi. Ekin sudah tabur senyum. Sah! Memang sah korang berdua ni ada bau-bau mangga, kan.

“Abang!” Ekin petik jari di depan wajah Iqram.

“Err... abang sebenarnya nak beli ubat selesema. Tapi Ekin dah kata Dina tak ada. Tak apalah.” 

“Eh... abang selesema ke? Suara okey je Ekin dengar. Tak sengau pun. Meletop dan menusuk jiwa seperti biasa.” Iqram gelak. Ekin turut ketawa.

“Bukan abang. Girlfriend abang. Tengah terbaring kat office abang. Baru balik shooting. Sakit kepala sebab selesema dari semalam katanya. Kesian abang tengok.” Ekin angkat kening sambil tayang sengih. Memang dia tahu siapa gerangan orang yang dimaksudkan. Siapa tidak kenal buah hati Iqram yang tersangatlah kacak ni. Beberapa kali terserempak kemesraan lelaki ini dan pelakon terkenal Mimi Ain Syafina itu membuatkan Ekin maklum hubungan istimewa kedua-duanya.

“Alahai baiknya Abang Iqram. Bertuahnya Cik Mimi kan dapat boyfriend handsome meletop dan baik macam Abang Iqram ni.” Iqram senyum.

“Dah buah hati pengarang jantung, Ekin. Karang dia merajuk, abang yang parah. Abang ni memang lemah bila tengok perempuan merajuk. Lagi-lagi yang merajuk tu girlfriend abang. Buat dia merajuk berhari-hari... nahas. Nak putus nyawa abang. Dah missed nak dengar suara manja dia yang mendayu-dayu tu. Rugi Ekin. Tu alunan muzik penenang jiwa.” Dua-dua lepas ketawa.

“Jap ek Abang Iqram. Ekin panggil Kak D tolong abang. Ekin nak start mesin cash ni dulu. Abang Iqram jangan risau. Kak D tu memang terbaik untuk serve customer. Abang mesti terkagum tahap tunggu lampu isyarat tukar warna hijau. Kak Dina yang cakap. Sebab tu HQ kami hantar dia jadi pengurus kat sini. Dia memang yang terbaik. Best among the best. Kak  D nanti tolong abang cari penyelesaian untuk masalah selesema girlfriend abang tu nanti... don’t worry okay.” Ekin buat dua ibu jari tunjuk isyarat bagus ke arah Iqram yang tersenyum. Ekin seru nama Damia yang sudah mengangkat tangan. 

Damia arah Iqram ikut langkahnya ke rak yang tersusun deretan botol-botol vitamin pelbagai saiz, warna dan jenama yang terletak berdepan dengan kaunter ahli farmasi. Dicapai silinder Redoxon yang tersusun di tepi bahagian deretan pilihan vitamin C. Dihulurkan kepada Iqram. Mata Damia lihat Iqram capai silinder Redoxon warna jingga sambil belek-belek. Kejap-kejap mata ‘cokolat’nya yang seksi bak kata dia dan Pot itu memandang ke arah Damia sebelum beralih ke muka silinder Redoxon.

‘Apa, ingat gua tipu lu ke, bro? Ek eleh bingka ubi hangus ni. Lu jangan pandang serendah bonzai kat gua ek.’ 

“Ini apa?”

Damia angkat kening. Ek eleh. Tanya dia lagi. Belek-belek macam bagus je tadi dia tengok. Ingat macam tahu sangat. Hampas ubi kayu bengal betul la.

“Ni namanya soluble vitamin C.”

“Soluble vitamin C?”

“Habis lu ingat ni apa, bro? Ubat cirit birit?” Iqram senyum. Damia turut tayang sengih tak kuasa nak layan. Ek eleh senyum pulak si bingka ubi hangus ni. Cover malu la tu sebab dah terkesima dengan kepakaran dia yang tidak disangka-sangka ni kan. Ni baru sikit. Menangis kucing kalau tahu skill Damia yang mantap ni.

“Nak buat apa dengan soluble vitamin C ni. Saya nak ubat selesema untuk girlfriend saya. Awak ni dah salah faham.” 

‘Ooo... girlfriend. Maknanya???... Oit!! Pot, mata ‘cokolat’ ni belum kahwin aar, beb. Gua salah faham la hari tu masa dia sebabkan gua terhumban dalam lopak lumpur. Sah-sah masa tu dia tengah berangan naik kuda padi dengan awek dia. Sekali gua interprem pulak, tu pasal la gua yang kena. Eh, ada can lu buat skandal baru ni, Pot. Gua? Lu tanya gua, Pot.
Apa barang pulak gua nak skandal dengan bingka ubi hangus ni. Bingka ubi hangus ni bukan taste gua aar. Mata dia? Alamak, Pot. Tu yang gua lemah ni... mata ‘cokolat’ dia memang seksi woo, Pot.’ Damia ukir senyum tanpa sedar. Iqram kerut dahi. Lawak ke apa yang dia cakap tadi sampai si pipi merah kat depan dia ni boleh sampai tersenyum-senyum. Rasanya takde madu yang tertumpah kat ayat-ayat dia tadi. Ke dia ni tengah berangan. Hai, siang-siang depan customer pun boleh berangan ke, Cik D? Iqram sembunyi senyum. Redoxon di tangan digoncang. Reaksi yang membuatkan Damia terkelip-kelip.

“Cik D, awak dah berangan sampai ke puncak Himalaya ke, hmmm.”

‘Ciss! Macam mana gua boleh terberangan depan si bingka ubi hangus ni ek. Isy, lu aar punya pasal ni Pot.’ “Saya nak ubat selesema... bukan vitamin C, Cik D.” Damia tayang sengih monsun panas. Rasa nak maki je bingka ubi hangus ni. Gua hempuk lu karang, bro. Kata sekolah oversea. Dicapai silinder Redoxon yang tertera ‘tester’ di atas rak. Dibuka penutup lalu dikeluarkan sekeping vitamin C berbentuk bulat dan dihala ke wajah Iqram yang masih tak lari dua bijik matanya daripada memandang Damia. Damia balas tenung. Kening diangkat. 

‘Bro, gua bukan bingka ubi meletop yang lazat dimakan okey. Gua kuih abuk-abuk kenyal. Lu salah telan, lu hilang nafas. Ingat!’ Iqram hala hujung jari ke pangkal hidung. Damia di hadapan yang sedang menggoncang silinder berwarna jingga terus ditatap.

“Bagi awek lu minum ni, bro. Dalam silinder ni ada vitamin C yang berbentuk bulat. Ambik satu. Masukkan dalam air sejuk... dalam setengah gelas. Dah larut suruh dia minum. Insya-Allah nanti baik la dia punya selesema tu. Ni alternatif yang bagus untuk selesema. Redoxon ni dah cukup bagus. Lepas dia minum, lu suruh awek lu rehat. Mesti okey punyer. Tapi... kalau awek lu tu spesies lembik, lu suruh dia minum seketul lagi lepas bangun tidur. Insya-Allah boleh baik punya.” Redoxon ‘tester’ kembali diletakkan ke atas rak. Iqram belek lagi silinder Redoxon di tangan.

“Awak ni macam yakin je girlfriend saya boleh baik minum benda ni.” Damia rasa macam nak tayang aksi kung fu panda je kat bingka ubi hangus yang kerek ni.

“Lu ni cakap macam orang tak ada iman la bro.”

“Eh... awak salah faham ni.”

“Gua pulak. Gua ke lu yang salah faham ni, bro.”

“Sebab apa pulak awak cakap macam tu? Tak betul saya cakap. Cara awak cakap macam vitamin C ni boleh bagi baik selesema girlfriend saya.” Damia lepas nafas. Ditelan liur. Dihela nafas semula sambil lempar dua bijik mata pandang bingka ubi hangus yang tayang senyum di depannya ini. 

‘Gua rasa gua belum breakfast lagi. Sedap juga dapat makan free ni. Dah depan mata, kan. Tapi... gua tak makan bingka ubi hangus. Gua makan bingka ubi yang manis je. Bingka ubi hangus depan gua ni gerenti pahit. Benda hangus macam tu la rasanya... hukum karma, kan.’ 

“Lu dengar tak tadi gua sebut Insya-Allah? Dengar, kan. Tak tau la kalau sound lu ada putus wayar dia kat saluran mana-mana.” Damia angkat kening dua tingkat. Iqram dilihat angguk.

“Ya, saya dengar.”

“Bagus. Insya-Allah tu maknanya dengan izin Allah. Lu dengar, kan. Bukak telinga lu tu luas-luas bro. Cuping tu bagi kembang.” Iqram tahan ketawa. Tubuh disandar ke tiang di sebelah rak. Mata terus hala ke arah sang pengurus baru bak kata Ekin tadi.

“Dengar ni gua nak cakap. Allah suruh kita usaha. Dalam apa perkara pun dalam hidup... termasuk la yang gua tengah beritahu lu ni. Lepas usaha... yang lain tu serah kepada Dia. Apa yang gua bagi kat lu ni, kira cabang usahalah namanya. Tu pun lu tak faham ke. Memanglah lu ni gerenti dapat taugeh kalau ambik asas Tauhid. Tasik Wetland yang ada badak air memang sesuai buat lu kalau ada rasa-rasa nak terjun bila dapat taugeh nanti.”
Iqram senyum. Boleh tahan jugak si pipi merah ni kalau berhujah. Hmmm... not bad! Redoxon di tangan digenggam sebelum dihala ke arah Damia. Kepala diangguk. Isyarat. Dua pasang kaki melangkah ke arah kaunter bayaran. Ekin dilihat Damia sedang membersihkan rak-rak kaca berdekatan dengan kaunter bayaran.

“Saya tanya satu soalan boleh?”

“Tanyalah. Sepuluh pun gua okey. Gua takde hal punya.” Damia terus hala langkah ke depan. Iqram mengikuti daripada belakang. Senyum terukir di bibir. 

“Awak ni dulu cita-cita nak jadi doktor?” Langkah Damia jeda. Kaki Iqram turut spontan terhenti. Tubuh dipusingkan memandang lelaki di belakang. Dua tangan disilang ke tubuh.

“Apasal lu nak tau pasal cita-cita gua pulak. Gua tak ada sibuk pun tanya pasal hal ehwal cita-cita lu dulu. Amende la lu ni, bro. Tanyalah soklan yang bijaksana sikit.” Iqram sembunyi senyum dengan kata-kata spontan Damia.

“Eh... tadi kata boleh tanya. Sepuluh pun okey. Ni baru satu.”

“Cita-cita gua lu jangan tanya. Tukar soklan lain.” 

“Apasal tak boleh tanya. Cita-cita tu soalan umum, kan.”

“Umum kat lu. Peribadi kat gua. Ada faham. Dah, tukar soklan. Tak, gua kensel offer gua.” Damia sudah memusingkan tubuh kembali menghala ke depan.

“Okay, fine. Next question. Boleh?”

“Ha... tanyalah.”

“Awak dah kahwin?”
 
Damia pusing kembali tubuh menghadap Iqram. Dua tangan disilangkan ke tubuh. Mata dihala ke wajah yang sedang memandangnya. Bersahaja. 

“Lu ada nombor handphone abah gua tak, bro?”

“Erk?” Iqram kerut kening. “I’m sorry. What did you say?” 

“Lembab betul lu ni, kan.” Damia tayang sengih, padan muka lu bro. 

“Apa pulak kena-mengena nombor handpone abah awak dengan soklan saya tadi.” 

“Lu ni kan bro. Subjek sejarah pun lu taugeh ke?” Langkah kedua-duanya sudah sampai ke kaunter bayaran. Iqram hulur Redoxon kepada Ekin bersama sekeping not lima puluh ringgit. Laju jari-jemari Ekin mendekatkan muncung scanner ke muka silinder Redoxon.

“D... I tak faham. Subjek sejarah... your abah handphone number. What... what is the connection with my earlier question.” Ekin hulur plastik berserta wang baki ke tangan Iqram. Matanya menghala ke wajah kedua-duanya. Damia yang sedang tayang senyum dan Iqram yang sedang tayang muka tak puas hati. Apa kes pulak diaorang ni. Ekin urut pelipis.
Damia lepas deheman kecil bersama sebuah senyuman halus.

“Lu cari jawapan sendiri. Lu kan sekolah oversea. Mesti handal. Gua nak sambung kerja gua, bro. Terima kasih membeli di APAC Pharmacy. Sila datang lagi. Jangan lupa ajak sama kawan-kawan dan saudara-mara membeli-belah di sini. APAC Pharmacy untuk kesejahteraan bersama. Itulah kami.” Damia tunduk kepala sedikit, tayang senyum sebelum atur langkah ke arah rak di belakang mendapatkan sekumpulan pelanggan di sana.

Ekin tayang kerut dahi. Apa dah jadi dengan diaorang berdua ni. Takkan gaduh kut. Tengok Damia senyum je. Iqram geleng kepala. Nafas dilepas perlahan. Mata masih lontar ke arah Damia yang sudah hilang di rak belakang melayan beberapa orang pelanggan di situ. Ekin hala mata ke arah Iqram yang sedang menggelengkan kepalanya. Persoalan tadi kembali meniti dalam fikiran.

“Abang Iqram gaduh dengan Kak D ke?” Geleng. Senyum.

“Tak ada la. Kami borak je tadi.”

“Ekin...”

“Yup...”

“Abang nak tanya, boleh?”

“Boleh je. Tanyalah.”

“Apa kaitan subjek sejarah dapat taugeh dengan nombor handphone abah Kak D, Ekin tu. Err... Ekin tau ke nombor handphone abah dia?” Ekin tayang kerut.

“Sejarah? Nombor handphone abah Kak D? Abang borak apa dengan Kak D tadi ni ek.”

“Adalah... then abang tanya dia dah kahwin ke. Tu yang dia tanya abang tau ke nombor handphone abah dia. Bila abang tanya balik apa kena mengena soklan abang dengan nombor handphone abah dia, terus dia cakap subjek sejarah abang dapat taugeh. Abang tak faham. Tu abang tanya dia balik. Dia tak jawab pun. Siapa suruh abang cari jawapan sendiri pulak. Isy, D ni.”

Ekin senyum sambil geleng kepala. Kak D... Kak D... Nakal betul... tapi bijak!

“Ekin...”

“Abang nak tau jawapannya?”

“Mestilah.” Ekin angkat kening. 

“Ekin dapat apa kalau beritahu abang?” 

Giliran Iqram angkat kening. “Ekin nak apa?” Senyum Ekin melebar.

No comments:

Post a Comment