“YEAH! Penderitaan berakhir! Minggu ni, lagi beberapa hari saja lagi cuti semester akan bermulaaaa.” Pekik Zara dengan gembira. Dia menari-nari kegirangan di dalam biliknya.
Sekejap-sekejap pinggulnya digelek penuh gembira. Bukan senang untuk dia berperangai gila-gila begitu. Ini semua gara-gara rasa rindu terhadap ibu bapa yang menggebu dalam dirinya.
“Hey, machaa! Diamlah! Aku nak study! Kecohlah kau!” Marah sahabat biliknya, Annur yang baru mula membuka buku bagi subjek MGT.
Nurul Ain yang sedang study itu terkekeh-kekeh mentertawakan Zara yang dimarah Annur. Annur dan Zara, dua-dua boleh tahan keras kepala. Zara buat muka toya sahaja. Lantaklah! Dah dia rasa gembira, siapa boleh halang? Zara memandang Nurul Ain yang tak pandai nak berhenti ketawa itu. Apa yang kelakar sangatnya?
“Kau diamlah, Nurul Ain Fatin Hamzah!” Ambik! Nurul Ain pula menerima habuan. Nama penuh Nurul Ain, Zara panggil menyebabkan Nurul Ain menelan tawanya. Gerun! Zara memang garang.
Akhirnya si Annur tergelak apabila melihat muka kelat Nurul Ain yang dimarahi Zara. Cheh! Dia bukannya mula mentelaah buku lagi. Sengaja mahu mengenakan Zara yang sudah angau nak balik tu.
“Kau diamlah Annur!” Nurul Ain mula memulangkan paku buah keras.
Annur mengetap bibir apabila dijerkah begitu. Masing-masing terdiam dan memandang sesama mereka beberapa ketika. Akhirnya mereka bertiga tergelak serentak.
“Tak berapa betul budak-budak ni!” komen Annur geram. Dia menekuni buku yang dibuka tadi. Bucu pen digigit-gigit. Seketika kemudian, sehelai kertas kajang dikeluarkan dan dilipat dua. Nota mula dicatat dengan tekun.
“Kau study chapter berapa, Nor?” Soal Zara kepada Annur.
“Dari mulalah. Chapter one.” Ujar Annur dengan riak seriusnya.
“Pergh... tekunnya.” Usik Zara. Dia mengambil tempat duduknya di sebelah meja study Nurul Ain. Nurul Ain lebihlebih lagi tekun! Gila!
“Kata nak dapat four flat.” Sampuk Nurul Ain pula. Zara tersengih cuma.
“Aku doa agar aku dapat dekan.” Annur bersuara sambil mencatat nota. Sekejap-sekejap dia menggunakan highlighter yang berwarna-warni ke atas notanya.
“Amiinn... aku pun sama. Aku doakan kita semua dapat dekan.” Zara bersuara gembira.
Teringin benar dia hendak mendapat dekan. Teringin juga untuk merasa menjadi pelajar cemerlang di universiti. Kalau di sekolah dahulu dia tidak dapat membuktikannya, biarlah di universiti ini dia berjaya membuat ibu bapanya bangga.
“Amiinn.” Sahut Annur dan Nurul Ain serentak.
“MACAM MANA eh?” Soal Aiman kepada Jamal disebelahnya. Irsyad yang sengaja datang ke bilik mereka untuk melepak itu pula hanya duduk menopang dagu. Masalah bagi Aiman merupakan kesyukuran buat dia. Nampak macam dia kejam, tetapi dia hanya kejam terhadap Aiman. Silap Aiman jatuh cinta pada cinta hatinya.
Siapa suruh nak menggedik dengan Zara? Zara tu pun satu, apa susahnya? Balik sahajalah naik bas. Ini sibuk juga nak kekasih hati dia hantarkan. Sekali kereta rosak daa... Aiman pula, macamlah tak ada kelas? Sekarang, puas dia nak mereka alasan. Macam mana dia nak cakap kepada Zara yang dia tak boleh hantarkan Zara balik ke Kuantan nanti? Zara pula dengan yakin nak balik awal sehari nak kejutkan mama. Hmm...
“Suruh ajelah dia tunggu sampai kereta kau siap baiki.” Jamal mengeluarkan idea.
“Tak boleh. Borang clearance tu dia dah isi. Paling lewat pun, dia kena keluar dari kompleks tu dalam masa sehari selepas dia habis final. Kereta aku minggu depan baru dapat... Entah apa yang Razak dah buat kat kereta aku. Sabar ajelah!” Bebel Aiman geram. Rosak keretanya bukan kerana diri sendiri yang ‘mendajalkan’ tetapi kerana Razak! Razak bawa untuk berdating dengan awek, balik-balik aje, kereta dah tak ada. Razak kata dah kena tow. Accident! Cheh! Mujur Razak sanggup bayar. Tetapi pedih jugalah hati Aiman. Nanti dia nak bergerak ke hulu ke hilir macam mana?
“Biar aku hantarkan dia balik. Aku tak ada kelas hari dia habis final tu.” Irsyad menawarkan diri atau dalam erti kata lain, dia sedang mencuri kesempatan. Masa bilalah lagi dia dapat berbual dengan Zara? Nanti, dia dah habis degree. Macam mana nak jumpa gadis itu kalau nombor telefon pun dia masih belum dapat?
“Eh! Susahkan kau aje. Tak payahlah! Kesian kat dia. Dia mana biasa dengan orang lain selain aku. Dia manja sangat dengan aku. Salah aku juga. Kalau aku tak tabur janji, tak adalah benda ni semua jadi. Ni kalau dia tahu, confirm merajuk! Penatlah nak pujuk. Merajuk kalah orang bunting.” Aiman bersuara sedih.
Irsyad ketap giginya. Sabar ajelah hati. Bunyi bahagia benar hubungan Aiman dengan Zara. Menyampah! Rasa nak terajang Aiman sejuta kali! Boleh dia zahirkan bahagianya hubungan dia dengan Zara dalam keadaan muka selebet begitu? Zara tu hak aku! Ah, peduli apa. Sedangkan tunang orang pun aku pernah ‘rembat’, inikan pula awek orang? Tapi awek orang ni yang liat sangat nak tergoda dengan aku. Tunang orang tu... ala... kawan biasa-biasa. Mana aku tau dia tunang orang. Huhuhu. Okey, itu kes dua tahun lepas! Tutup kes! Hatinya berdesis.
“Tak adalah. Aku memang nak balik Kuantan pun hari tu. Empat hari lagi kan?” Soal Irsyad konon-konon free waktu itu. Si Aiman yang dah terpercaya itu ternganga. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang! Dia sanggup skip kelas untuk Zara! Bukan satu kelas tetapi dua!
“Betul ni tak menyusahkan kau?” Soal Aiman dengan nada teruja. Irsyad mengangguk penuh semangat. Hehehe. Aku ‘kebas’ aje awek kau. Tak salah, kan? Lantaklah kalau Aiman nak kata dia tu spesies heavyhanded ke apa? Apa dia peduli? Dia nak meluah perasaan kepada Zara! Itu yang pasti.
“Betul...” Jawabnya yakin.
“Erm. Tapi jangan beritahu Zara dulu. Kau pujuk dialah, balik dengan kau. Aku tau dia tu macam mana. Kalau boleh kelentong, kau kelentong habis-habisan...” Si Aiman mengajar Irsyad. Irsyad menahan senyum. ‘Kau tak payah beritahu pun aku tahu tugas aku!’ Hatinya tergelak jahat.
“Okey, aku akan pastikan dia selamat balik dengan aku.” Irsyad bersuara.
“Betul ke aku boleh percayakan kau?” Soal Aiman pula ragu-ragu.
“Hmm... Kau tak percayakan aku eh? Ada pernah dengar cerita buruk-buruk tak pasal aku?” Soal Irsyad dengan nada serius. Jamal di tengah sudah ternganga-nganga. Suasana macam tegang sekejap.
“Bukan tak percaya. Tak sedap hati... aku dengan Zara mana pernah berpisah selama ni. Berenggang kejap pun susah.” Aiman bersuara.
“Kau jangan risaulah. Aku bawak kereta slow-slow. Tak pecut pun kalau kau risaukan keselamatan dia. Kalau kau risaukan aku buat apa-apa kat dia, lebih baik kau berhenti risau.
Tak usik dia pun.” Irsyad menyedapkan hati Aiman. Memang dia takkan apa-apakan Zara. Dia cuma mahu meluahkan rasanya terhadap Zara. Perasaan yang terpendam sejak beberapa bulan lalu.
“Hmm. Aku harap kau boleh pujuk dia balik dengan kau. Bersalah gila aku dengan dia. Tak pernah aku mungkir janji macam ni. Pasal kereta, semua tak jadi... aduh...” Keluh Aiman perlahan.
“Kau tak nak suruh dia beli tiket bas?” Soal Jamal. Irsyad mengetap gigi. Aii... tak percayakan aku nampaknya budak dua ‘ekor’ ni! Aku bukannya buaya! Cuma aku selalu dicap buaya. Hmm...
“Aku dah try tanya kat kaunter tiket siang tadi tapi, tiket ke Kuantan kena beli waktu nak balik aje. Dia habis exam petang, memang tak sempatlah nak beli tiket. Confirm tiket habis punya.” Aiman bersuara.
“Sayangnya kau dekat awek kau kan? Berapa lama dah kau dengan dia? First love kau ke?” Soalan-soalan Jamal menyebabkan darah Irsyad mendidih geram. Ada jugak yang kena hayun dengan tukul ni nampaknya.
“Hesy... kau ni Mal, sibuk sangat nak jadi nosy parker tu kenapa?” Irsyad menjegilkan matanya. Jamal tergelak. Aiman pula hanya tersenyum-senyum.
“Aku just nak tau. Sweet mereka ni.” Puji Jamal. Irsyad ketap gigi dengan kuat. Penumbuk dikepal-kepal geram. Tak ada apa yang sweet pun!
“Dah lama aku dengan dia. Sejak dia lahir lagi. Hehehe.” Jawab Aiman bersahaja.
“Main-main pulak!” Bahunya ditumbuk oleh Jamal.
“Eh! Tak apa ke menyusahkan kau? Betul ke tak apa?” Soal Aiman untuk ke berapa kalinya. Irsyad mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Tak menyusahkan aku lah. Lagipun aku nak balik Kuantan jugak. Mama aku ada benda nak bagi kat aku.” Bohong Irsyad selamba.
“Err... kalau kau rasa dia tu menyusahkan kau, aku mintak tolong dengan Wanie ajelah. Wanie duduk kat luar, buat sementara nak tunggu kereta aku elok, boleh Zara tumpang Wanie aje.” Aiman bersuara pula.
“Eh! Tak jadi keslah, Man! Aku boleh hantar dia balik. Jangan risaulah. Aku jaga Zara tu. Tak adanya nak rampas kawan punya awek.” Dalam hati, Irsyad sudah tergelak sakan. Memang bodohlah kalau Aiman!
“Aku bukan risau benda tu. Zara tu yang aku risaukan sangat. Degil, keras kepala. Seribu macam perangai ada pada dia.” Bebel Aiman. Irsyad tersenyum sinis. Oh, so, tak risau ya kalau aku rampas awek kau?
“Tak apa, Insya-Allah aku boleh handle.” Kata Irsyad dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya yang agak ketara.
Akhirnya, dapat juga dia peluang untuk berbual dengan Zara dan meluahkan perasaannya. Pakwe Zara sendiri pula tu yang membenarkan dia membawa Zara pulang. Heaven! Kalau Zara reject cintanya, dia masih boleh terima lagi. Tapi, kalau Zara buat keras hati dia tu macam mana? Macam mana kalau Zara tak nak buka mulut bila diajak berborak? Itulah yang Irsyad paling pantang sekali! Pantang dengan orang sombong...
Sudah beberapa kali dia cuba menahan diri daripada mengamuk bila Zara buat tak endah kepadanya. Pertama sekali, sewaktu Aiman sakit dahulu akibat terjatuh dari main bola. Zara buat dia macam tak wujud pula! Selepas itu, sewaktu Zara berjoging dulu. Tak cakap maaf mahupun terima kasih pun. Eee... Memang menduga betul.
Kali ketiga sewaktu Zara membeli pakaian dulu. Waktu itu, dia sudah rasa macam nak hempuk muka comel Zara itu sekuat hati. Sabar punya sabar, itu yang dia dapat? Layanan hambar! Zara menolak untuk menjadi kawannya. Kawan aje pun!
Kali keempat pula tentunya di B5 pada bulan lepas. Sewaktu makan, boleh Zara buat tak endah kewujudannya? Puas dia mengajak Zara berbual tetapi gadis itu buat-buat pekak. Puas dia menahan amarahnya agar tidak terhambur keluar. Dayus dia nanti! Paling tidak pun, penumbuk dikepal-kepal menahan marah.
‘Aduhai, Irsyad, kau pun satu, bebal sungguh! Kenapa masih tak berputus asa?’ Hatinya menyoal pedih.
‘Sebab dia lain daripada yang lain. Dia satu dalam sejuta!’ Akal baiknya pula berkata.
‘Boleh kau tahan dengan perangai dia. Itu pun tak sampai sejam Zara buat derk kat kau, kau dah nak melenting... Kalau perjalanan dari Jengka ke Kuantan... hampir dua jam. Masaklah kau nak bertahan dengan perangai Zara.’ Hatinya menghasut.
‘Harap Zara tak buat hal. Harap Zara tak tipiskan iman aku. Aku akan bersabar selagi boleh.’ Akal Irsyad memutuskan.
No comments:
Post a Comment