DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 22 February 2015

13 Ros Merah - Bab 9

SURE lu okey ni beb? Tak, gua mintak Demang ambik lu malam nanti. Dia pun off hari ini.” Pot pegang stereng kejap. Mata toleh pandang muka Damia di sebelah yang asyik membetulkan tudung dari tadi. Entah apa yang tak betul lagi agaknya. Dah cantik je Pot tengok. Orang cantik ni, pakai apa pun cantik. Mata takzim ke wajah di sebelah.

Damia ni, isy. Siap nyanyi-nyanyi bagai. Tengok tu. Macam tak kisah je awek sengal sekor ni. Orang pulak yang sampai bertanduk fikir sebab risaukan dia balik terayap-rayap sensorang malam-malam nanti. Bibir dimuncung. Risau sungguh Pot memikirkan teman serumahnya ini terpaksa balik sendiri malam nanti. Selama ini Pot tak risau sangat kalau Damia balik sendiri sebab dulu tempat kerja dia kawasan yang  happening. Tak risau. Polis pun ramai sebab kompleks tu ada balai polis kat seberang jalan.

Tapi kat sini lain. Dah ni tempat baharu. Sunyi je bila dah malam. Kalau tempat dulu tak kisah la sebab kat tengah town, kan. Hidup 24 jam. Orang pun 24 jam ada... tak tidur-tidur.  Kat sini lain. Tempat ni dah macam area jin bertendang je nampak gaya. Hari ni pulak Damia kena syif malam. Sah-sahlah nanti kala bulan mengambang baru nak balik. Bulan mengambang? Yelah, kan dah 15 hari bulan Rejab hari ni. Bulan mesti penuh bercahaya malam nanti, kan. Mengambang la namanya tu. Damia ni bukan Pot tak tahu penakutnya. Eksen keras je lebih dia ni.

Damia toleh ke kanan. Riak muka dah macam tak larat nak bereaksi. Letih betul kena dengar riwayat sang kancil dan sang buaya versi Pot. Pastu pulak sepanjang perjalanan tak sudah-sudah Pot bagi macam-macam pesanan penaja kat Damia bila dia habis kerja malam nanti. Jangan itu, jangan ini. Telefon kalau ada apa-apa.

Damia fikir macam nak tekup je mulut Pot daripada terus berkicau tadi. Macamlah kawasan Setia Heights ni akan bertukar jadi bandar zombi yang super menakutkan bila malam. Ada kubur perang Jepun apa kat area ni. Pot ni dah macam mak dia aar. Banyak sungguh buat pesanan penaja. Sebab tu gamaknya abah suruh dia jadi guardian angel Damia kut. Klon mak dia si Pot ni rupanya. Damia geleng kepala.

“Amende lu beb. Gua okey la. Lu ingat gua kategori kanak-kanak ribena ke. Nanti gua tau la nak balik. Teksi banyak kat sini. Ekin dah confirm dengan gua semalam. Lu jangan aar risau tak tentu kompas. Gua tau jaga diri aar, Pot. Ni Damia Humaira la. Tak ada hal punya.”
Pot cebik. 

“Alah lu tu, bukan gua tak tau penakut boleh tahan. Daun pisang bergoyang pun lu dah melompat atas tangga.” Ciss. Sah abah yang pecahkan rahsia urusan Seri Paduka Bendahara dia ni. Amende la abah. Ni yang dia rasa nak batalkan kontrak janji setia jadi buruh kebun pisang abah cuti nanti ni.

‘Abah, gua tak kira. Kontrak batal, sila cari temanpengganti tempat gua!’

Damia tanggal tali pinggang keledar yang terlilit di tubuh. Ditarik beg sandang yang terdampar di kaki. Diselempangkan ke tubuh.

“Gua chow dulu. Pot.” Tangan dihala ke bahu Pot. Ditepuk kuat.

“Aduh! Sakitlah mangkuk.” Paha Damia jadi sasaran tapak tangan Pot. Ketawa Damia terburai. 

“Jangan risau beb. Gua okey punya. Lu doakan gua selamat pergi dan balik.” Damia tayang sengih nakal. Mata dikenyitkan. 

“Macam nak pergi ke medan perang pulak lu ni. Tah haper haper je.”

“Hei, bukan ke cari rezeki tu macam kita pergi ke medan perang jugak. Takkan lu tak tau kut. Sah lu tak belajar ni.” Pot ketap bibir. Paha Damia dipulas.

“Gua serius tau tak? Eeei lu ni.” Damia gosok paha. Muka dah berkeriut. Jari Pot ni buat dari besi tahan karat Damia rasa. Keras giler!

“Lu tau kan gua ni pegang amanah abah lu. Tadi pun abah lu dah pesan kat gua tengokkan lu sebab lu mesti tak biasa lagi kerja malam kat tempat baru lu ni. Karang apa-apa jadi kat anak tunggal Pak Leman tauke pisang gua nak cakap apa? Mati gua beb.” Damia geleng kepala.

“Cik Pot... pasal abah gua tu tak ada hal punya. Nanti kalau dia tanya pandai la gua nyanyi lagu favourite dia... gerenti layan. Sah-sah dia lupa nanti apa yang dia tanya. Settle beb.  Don’t worry la. Dia abah gua. Gua tau apa kelemahan dia...hehehe.”

Pot geleng kepala. Tak kuasa dah nak berdebat dengan Damia. Ada je jawabnya. Damia angkat kening. Baru teringat sesuatu.

“Eh... baru gua teringat. Lu pun sama macam bingka ubi hangus tu ek, Pot. Tak sangka betul gua. Ingat lu lagi bijaksana.”

“Weh...” Pot tampar paha Damia lagi. “Amende pulak nak samakan gua dengan si mata coklat seksi tu?” Damia capai pemegang pintu.

“Lu dengan dia tu samalah... group taugeh... hampeh!” Pintu ditolak. “Chow, beb. Assalamualaikum. Bawak kereta baik-baik. Jangan macam pelesit tanah.” Telinga masih sempat dengar jeritan Pot kala pintu ditolak tadi. Damia tayang sengih sambil lambai tangan di cermin sebelum tubuh dipusingkan menghala ke hadapan. Ketawa bergema. Pot... Pot. 


IQRAM HEMPAS surat khabar yang baru dibaca ke lantai meja kaca di hadapan. Dah la dia baru balik lepas sehari suntuk di MIDA menghadiri beberapa siri mesyuarat, balik-balik dihadiahkan pula dengan berita yang meragut sengal urat nadinya. Patutlah telefonnya tadi ada mesej daripada mama memintanya membaca surat khabar hari ini. Ada berita yang dia wajib baca. Ini rupanya berita yang mama cakapkan tu. 

Surat khabar yang dihulurkan oleh Firdaus tadi sungguh telah menyentap kasar seluruh isi jantungnya. Mimi Ain Syafina yang dia cinta seluruh jiwa dan raga itu rupa-rupanya isteri orang! Nafas kasar terlontar. Dihembus ke atas. Tubuh yang tadi duduk spontan tegak. Dihala kasar langkah ke jendela kaca di hujung biliknya yang sungguh luas ini. Dua tangan diletakkan ke pinggang. Mata dijunamkan ke bawah. Memandang deretan kereta yang meninggalkan kawasan Setia Heights. Sekejap-sekejap kepala menggeleng. Sekejap-sekejap tangan dibawa ke pelipis. 

Firdaus yang duduk di sofa bertentangan hanya geleng kepala. Tidak mahu bersuara lagi. Firdaus mahu tunggu Iqram dahulu buka mulut. Dia hanya menyampaikan berita yang baharu dia ketahui daripada setiausahanya sebentar tadi. Sebagai teman baik dia tidak mahu Iqram tertipu oleh lakonan Mimi lagi. Daripada awal lagi dia sungguh tidak berkenan bila Iqram berkawan rapat dengan pelakon popular itu. Dia tahu Mimi ada agenda. Dan dia tahu Mimi tidak ikhlas bercinta dengan Iqram. 
Iqram kembali hala langkah ke sofa. Dihempaskan tubuhnya. Kepala diletakkan ke leher sofa. Sebelah tangan mendarat di dahi. Mata terpejam. Firdaus geleng kepala lagi. Tidak faham. 

“Kau nak fikir apa lagi, Iq. Jelaskan. Gambar-gambar tu buktinya. Takkan wartawan tu nak tulis cerita palsu pulak. Muka dalam gambar tu jelas-jelas Mimi Ain Syafina. Lelaki yang dikatakan suami dia tu pun mengaku mereka sebenarnya memang dah kahwin di London secara rahsia dua tahun lepas. Ada surat nikah lagi. Bukti kukuh tu. Mimi tak boleh nak nafikan apa lagi.”

Iqram rasa hatinya terlalu sakit bila melihat kebenaran sudah terbentang di depan mata. Memang beberapa minggu kebelakangan ini dia sudah mendengar mamanya bercerita tentang berita ini. Kepada mama dijelaskan itu semua gosip yang bertujuan mencalarkan imej Mimi. Malah Iqram sendiri sudah bertanya sendiri dengan buah hatinya itu.

Mimi bersumpah dia tidak pernah berkahwin sebelum ini. Itu hanya berita murahan yang mahu menjatuhkan reputasinya sebagai pelakon terkenal. Dan sekarang ini bila berita berserta gambar-gambar majlis pernikahan Mimi dan suaminya dipaparkan sebagai bukti, apalagi yang mahu Iqram katakan kepada mama untuk mempertahankan Mimi.

“Tapi Mimi cakap suami dia nak ceraikan dia.” Iqram balas perlahan seraya menegakkan tubuh. Sakit dada kala dilepaskan kata-kata itu. Dia tahu dia sudah tiada alasan lagi mahu mempertahankan Mimi di depan Firdaus. Namun yang nyata hatinya begitu sakit bila membaca berita dan gambar-gambar yang terpampang di dada akhbar itu tadi. How dare you, Mimi! Firdaus pusing tubuh. Dihala mata ke wajah sebelah yang masih rusuh. Tak sangka barangkali dikejutkan dengan berita ini. Firdaus pasti berita ini tentu sudah sampai ke pengetahuan Tan Sri dan Puan Sri. Dan itulah yang merisaukan Iqram tentunya. Pasti selepas ini peluang untuk sang aktres handalan itu menjadi anggota keluarga taikun automobil terkenal negara akan tertutup. Dalam hati Firdaus lega. Baginya Mimi tidak layak buat Iqram. Teman baiknya lebih layak untuk gadis yang jauh lebih baik daripada Mimi. 

“Sebab dah terbongkar ke pengetahuan isteri pertama tokoh korporat tu. Kalau tak, sampai matilah kau kena main dengan Mimi, Iq. Nak apply polyandry marriage apa perempuan tu? Dah hilang akal? Hilang agama?” 

Diam sesaat. Iqram raup wajah. Lama. Kata-kata Firdaus bagai batu yang menghentak seluruh tubuh. Mahu tidak mahu harus diterima. Kenyataan tetap kenyataan biarpun pahit. Firdaus hela nafas tenang. Tangan kanan diletakkan ke bahu Iqram.

“Whatever it is... yang penting sekarang dia masih isteri orang, Iq. Dan yang paling-paling utama... she’s a liar. Big liar. Dia sanggup tipu kau, Iq demi kepentingan diri dia sendiri. Dia tak layak buat kau, Iq. Tak layak! You deserved a better girl.” 

“She’s a liar. Big liar!” Dan kata-kata Firdaus itu bergema di telinga. Ditegakkan tubuh. Laju dihala ke meja kerja di hadapan. Firdaus hanya memerhati. Iqram tarik laci di sisi meja. Segugus kunci diambil. Dipusingkan tubuhnya. Kembali di hala langkah ke pintu. Firdaus yang masih takzim di sofa tegak spontan.

“Kau nak ke mana?” Langkah terhenti. Senyum segaris dihala.

“Ambil angin kejap. Chow, Fir. Jumpa esok.” Iqram angkat tangan seraya menyambung langkah keluar dari bilik pejabat. Firdaus geleng kepala. Dua tangan dibawa ke pinggang. 



“D?” IQRAM kecilkan biji mata. Budak perempuan yang sedang duduk sendiri di hentian teksi dipandang terus. Iqram lihat uniform coklat muda yang tersarung di tubuh itu. Sah! Kereta diperlahan sebelum diberhentikan betul-betul di depan perhentian teksi. Hon ditekan. Deras. Serentak tingkap penumpang hadapan diturunkan. Iqram bongkokkan tubuh sedikit.

“D!”

“OML!” Terlepas jeritan Damia. Tubuh terbangun spontan. Melompat naik ke bangku panjang di perhentian teksi. Tangan hinggap di dada. Laju digosok. Mata dikecilkan dengan tubuh yang dibongkokkan memandang tubuh dalam Mercedes Sport hitam yang menjalar di depan. Senyum lebar tak bersalah tuan punya kereta mewah ini buat Damia rasa macam nak hentak-hentak je kepala dia kat palang hentian teksi ni. Bibir diketap. Bingka ubi hangus ni rupanya. Terperanjat dia. Nasib baik dia tak melatah lebih-lebih tadi. Iqram pecah ketawa dengan gelagat spontan Damia. Dicapai pemegang pintu. Tubuh diloloskan keluar. Mata pandang ke arah Damia yang sudah tegak memaut tubuh memandang ke arahnya. Nak marah la tu. Hati yang tadi panas, sedikit sejuk dengan telatah Damia yang lucu kala melompat dari tempat duduk hentian teksi ini tadi. 

“Nak balik ke D?” Lagi mahu tanya bingka ubi hangus ni. Memang taugeh betul!

“Taklah. Gua nak pergi kelab dangdut. Blue Ocean. Lepak kat sana jap.” Iqram geleng sambil ketawa deras. D... D... Tangan digapai. 

“Jomlah. Saya hantarkan. Susah dapat teksi malam-malam kat sini.”

Damia geleng walaupun hati dah melompat-lompat. Mercedes Sport beb... perrghh.

“Err... takpe aar. Gua tunggu sekejap lagi. Ada kut teksi. Lambat tu. Ada pokok tumbang gua rasa.” 

Pokok tumbang? Iqram senyum lagi. Kata-kata spontan Damia memang buat hatinya yang tengah marak menyala jadi sejuk. Terhibur.

“Jomlah. Bahaya perempuan muda cantik macam awak ni sensorang tunggu teksi kat sini. Buatnya ada orang jahat datang ke. Culik. Rogol... dan...” 

Rogol??? Damia angkat tangan pantas.

“Okey stop. Jangan cakap lagi. Gua ikut lu, bro.” Iqram senyum. Langkah dihala ke pintu penumpang. Tangan mahu mencapai pemegang sebelum dihalang oleh gelengan dan jegilan mata D.

“Gua bukan awek lu la bro. Simpan romantik lu tu buat awek lu okey.” Damia tayang sengih. 

Pantas dicapai pemegang pintu lalu ditarik sebelum meloloskan tubuhnya. Iqram terkesima.
Awek. Girlfriend. Spontan hati kembali disentap. Stereng perlahan dipandu. Damia kerut kening. Tadi kat luar sikit punya senyum lebar. Masuk dalam dah cuaca mendung berarak pulak. Apa kes pulak ni. Dia ada buat salah ke. Dia kutuk Iqram tadi pun dalam hati, kan. Takkan bingka ubi hangus ni dengar kut. Biar betul!

“Bro...” Damia pusing tubuh sikit hala ke lelaki di sebelahnya ini.

“Hmmm...”

“Err... lu... marah gua ke? Kalau... gua ada kata yang lu tersinggung gua minta maaf. Gua janji...” Damia angkat tangan kanan separas dada. Iqram toleh sekilas. 

“Gua takkan panggil lu bingka ubi hangus lagi. Lu cakap dengan gua, lu nak gua panggil lu apa.” Iqram senyum. Mata masih hala ke hadapan. Soalan Damia dibiarkan tidak berjawab.

“D...”

“Yup... ”

“Awak ada boyfriend?” Kening terangkat. Apa barang tanya soklan tahap diploma ni?

“Ada?”

“Gua malas nak berboyfriend-boyfriend ni. Lagipun abah gua cakap gua budak belum cukup umur. Belum baligh.” Pecah lagi ketawa Iqram. Hilang terus segala rusuh dalam fikirannya.
Ek eleh. Apa? Ingat ni Maharaja lawak apa? 

“Apa kes lu gelak. Tak percaya, lu boleh tanya abah gua. Siapa tak kenal abah gua kat kampung. Pak Leman tauke pisang.” 

“Okey... okey. Saya percaya. Saya cuma nak tanya awak sesuatu.”

“Tanya apa?”

“Katakanlah awak ada boyfriend yang awak sayang sangat-sangat. Awak dah memang plan nak kahwin dengan dia...” Damia dah angkat biji mata ke atas. Apa punya hikayat Cinta Malim Dewa ni. 

“Then... later awak dapat tahu dia sebenarnya dah kahwin. Dia tipu awak. Apa awak nak buat, D?” Bibir dimuncungkan. Dengan dua jari mengurut bibir. Matanya menghala ke wajah lelaki yang sedang memandu di sebelahnya ini.

“Bro...”

“Hmmm...”

“Ini cerita lu, kan? Awek lu tipu lu, kan?” Iqram kunci mulut. Damia kerut dahi. Dia salah cakap ke?

No comments:

Post a Comment