DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 11 January 2016

JODOH UNTUKKU - BAB 44

Bab 44
Aqil yang tengah lena diletakkan di dalam baby cot. Sengaja ummi letakkan baby cot milik anak kak Mia dekat ruang keluarga ni. Boleh la Ain guna untuk letakkan Aqil masa tengah lepak-lepak kat sini nanti.

“Is that Muhammad Aqil?” Suara Sofea yang tengah menuruni anak tangga kedengaran sedikit teruja. Langkah dia nampak tergesa-gesa. Macam tak sabar sangat nak dapatkan Aqil.

“Yup. It’s him. The one yang you tak sabar sangat nak jumpa.” Suara Fuadi turut kedengaran teruja. Sekali pandang macam mereka tengah berkongsi kegembiraan.

Sofea nampak lebih santai dengan skirt labuh dan baju t-shirt berlengan panjang. Tapi, tudung yang melitupi kepala kenapa pulak tak ditanggalkan? Bukannya ada lelaki lain dalam rumah ni. Fuadi dan ayah je pun. Mungkin dia tak biasa lagi dengan keadaan di rumah ni kot. Ain cuba mengusir sendiri rasa aneh di hati dengan penampilan Sofea.

“Ya Allah. Comelnya dia!” Sampai je dekat baby cot Aqil, tangan Sofea terus naik menyentuh muka Aqil. Lembut usapan tangan dia dari rambut turun ke pipi montel Aqil. Senyuman dari tadi tak lekang dari bibir Sofea.

“Comel kan? Ikut genetik papa dia harus lah comel.”

“Hmmm..mula la tu nak bangga diri. Pantang ada peluang.” Sindiran Sofea membuahkan senyuman lebar di mulut Fuadi.

Ain yang turut berada bersama mereka bagaikan langsung tak wujud di situ. Boleh pulak diorang nak bergurau senda di depan Ain. Tak mahu mendera hati sendiri, Ain terus mengatur langkah ke dapur. Baik dia cepat-cepat berlalu dari situ sebelum syaitan sempat menjalankan tugas dia merosakkan hati anak Adam. Normal la tu suami isteri nak bergurau senda. Alah benda-benda macam ni memang sudah ada dalam jangkaan Ain.

“Hah Ain. Jom makan. Mana Adi dengan Sofea?” Masuk je ke dapur, semua makanan dah siap terhidang atas meja. Tinggal air je yang sedang dibancuh oleh ummi. Tak la ralat sangat Ain kalau dia tak tolong ummi siapkan semua ni sebab bibik sudah ada untuk menolong. Lagipun, mana ummi bagi Ain nak buat kerja dapur ni semua.

“Ada kat depan tu ummi. Biar la diorang nak melepas rindu kejap.” Selamba suara Ain.

“Ain okay ke?” Prihatin suara ayah. Entah sejak bila lagi ayah sudah duduk di meja makan. Pasti sudah lama dia menunggu mereka masuk makan.

“InsyaAllah Ain okay.” Senyuman Ain lemparkan untuk menambahkan keyakinan ayah pada jawapan Ain.

“Tak pe lah. Ain duduk dulu. Biar ummi yang panggil diaorang. Kalau nak biarkan entah bila kita boleh start makan.”

Kerusi di belah kiri meja Ain tarik untuk dia duduk. Belum pun sempat ummi melangkah keluar dari dapur, Fuadi dan Sofea sudah terlebih dahulu muncul di pintu dapur.

“Hah, baru ummi nak keluar panggil kamu. Ingatkan dah tak ingat pasal makan dah.” Kan dah kena sindir dengan ummi.

“Ummi apa khabar?” Sofea menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ummi. Ye lah. Tadi masa dia sampai ummi dengan ayah tak balik lagi dari surau.

“Alhamdulillah. Macam yang kamu tengok ni lah.” Mesra ummi berdakapan dengan Sofea. Walaupun dia tak menyokong perkahwinan Sofea dengan Fuadi, itu tak bermakna dia perlu bencikan Sofea. Selesai bersalaman dengan ummi, Sofea mengatur langkah untuk bersalamn dengan ayah pula.

“Sofea ni. Ralit sangat tengok Aqil.” Fuadi terus mengambil tempat di sebelah Ain. Haih, tak nak duduk sebelah menyebelah dengan Sofea ke? Dah cantik dah aturan kedudukan mereka dalam kepala Ain. Tempat yang Fuadi duduk sekarang ni, selalunya ummi yang duduk kat situ. Tu yang Ain rancang biar dia duduk sebelah ummi. Sofea dengan Fuadi pulak duduk berhadapan dengan mereka. Jadi sekarang ni terpaksalah ummi duduk berhadapan dengan Fuadi dan Sofea pulak berhadapan dengan Ain.

Malam ni nampak special sikit lauk yang ummi dan bibik masak. Mungkin sempena meraikan Sofea. Nasi arab kambing. Memang kepakaran ummi la masak nasi arab ni. Lauk Ain, hmmm macam biasalah orang berpantang. Ada ikan selar bakar dan….okay. Ain dah rasa nak lari keluar sekarang.

“Ain, makan sup ikan ni. Memang sengaja ummi minta ayah belikan ikan ni tadi.” Ikan apa? Tak payah nak tanya. Walaupun Ain bukan penggemar ikan, tapi ikan yang satu ni memang Ain kenal sangat-sangat. Apa lagi kalau bukan ikan haruan.

“Errrr…kena makan jugak ke ummi. Kalau tak makan tak boleh ke?” Seminggu berpantang di rumah mama, tak pernah la pulak mama paksa Ain makan ikan ni. Mak sendiri. Boleh la nak mengelat sebab mama memang faham sangat betapa ‘allergic’ Ain dengan ikan. Muka Ain dah berubah sedikit. Walau rapat macam mana sekalipun dia dengan ummi, bila status ‘mak mertua’ tu masih ummi sandang, Ain tak berapa berani jugak la nak mengelat.

“Haah. Wajib. Kalau tak macam mana luka Caesar tu nak sembuh. Makan sampai habis. Kalau bukan mama Ain yang call ummi suruh buatkan sup ni pun, memang ummi awal-awal lagi dah rancang nak sediakan sup ni.” Hah, mama? Amboi. Pandai jugak mama nak kenakan Ain ye!

“Try la makan Ain. Kalau tak cuba mana nak tahu.” Ayah pun dah join sekali geng ummi dengan mama.

Sekali lagi Ain pandang sup ikan yang ummi dah sorongkan pada dia. Dua ketul isi ikan yang boleh tahan besarnya, dengan kuah sup yang putih melepak. Ikan pulak nampak sedikit berlendir. Okay, Ain dah mula rasa loya!

Bukan nak mengada. Tapi Ain memang tak boleh nak terima. Hanya orang yang ‘sehaluan’ dengan Ain je boleh faham apa yang Ain rasa sekarang ni. Talian hayat terakhir! Dengan muka yang dah nak nangis, Ain pusingkan muka ke arah Fuadi di sebelah dia.

Hmmm..Rupanya dari tadi gelagat dia menjadi perhatian Fuadi. Kalau tak, masakan bila Ain pandang je ke sebelah, Fuadi sudah siap sedia dengan senyuman ‘simpati’ pada dia.

“Abang share dengan Ain.” Pendek je ayat Fuadi. Tapi, bagi Ain memang tersangatlah membantu dia. Huhuuu…Ain terharu. Rasa nak dipeluk-peluknya Fuadi sekarang.

Pinggan yang sudah berisi nasi arab di depan dia Fuadi tolak ke tepi. Dicapai pula pinggan kosong yang dihulurkan ummi sebelum disendukkan nasi putih ke dalam pinggan dia.

“Eh, tak nak makan ke nasi arab tu? Bukan nasi tu abang punya favourite ke?” Ummi pernah cakap yang nasi arab ni one of Fuadi dan ayah punya favourite. Sebab tu la bersungguh ummi belajar buat nasi arab ni.

“Tak pe, kejap lagi boleh makan.”

Okay, dah boleh start makan. Adi, bacakan doa.” Arah ayah sebelum mereka semua menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca Fuadi.

Sup ikan Ain tolak tepi dulu. Berselera dia makan nasi biarpun hanya berlaukkan ikan selar bakar. Bila dalam pantang ni, perut memang cepat lapar. Nasi arab? Hmm..tak la pulak Ain terliur nak makan. Lebih-lebih lagi bila berlaukkan kambing. Memang No, No, sangatlah pada dia yang memang ‘cerewet’ sikit dengan makanan ni.

Suapan Ain terhenti bila Fuadi tiba-tiba meletakkan seketul isi ikan di dalam pinggan dia.

“Abang cakap nak share tau. Bukan abang makan sorang.” Huhuhu, terlupa pulak Ain dengan sup ikan tu. Fuadi dah tahan geram bila Ain biarkan dia sorang yang makan sup ikan tu. Dia pun bukan penggemar sangat ikan haruan ni.

Bila ummi dah mula pandang dia, Ain dah tak ada pilihan. Dicubit sedikit isi ikan yang dah diletakkan dalam pinggan dia. Ain bukan nak menghina makanan, tapi, dia memang rasa tak sanggup. Nak sentuh ikan tu pun bagi dia satu cabaran yang besar. Bagi menutup rasa ikan, Ain sekalikan secebis kecil isi ikan dengan sesuap nasi. 2,3 kali kunyah, terus ditelan nasi didalam mulut. Jadi, tak adalah rasa sangat ikan tu.

Okay, Ain rasa cara dia berhasil. Diulang langkah yang sama beberapa kali. Akhirnya, dari seketul isi ikan tu, hanya suku yang berjaya Ain habiskan. Memandangkan nasi di dalam pinggan dia dah licin, Ain tak rasa dia boleh habiskan isi ikan tu semua. Jadi, isi ikan yang masih berbaki tu terus Ain transfer ke dalam pinggan Fuadi.

“Eh, kenapa tak habiskan? Abang punya portion dah habis.” Fuadi dah buat muka tak rela. Ain perasan yang muka Fuadi pun macam paksa rela je makan ikan tu tadi.

“Ain punya nasi dah habis.” Pinggan yang sudah licin ditunjukkan pada Fuadi.

“So, tambah la nasi. Nah, ambik nasi abang ni.” Belum sempat Fuadi nak masukkan nasi dia, tangan Ain terlebih dahulu menahan.

“Eh, orang berpantang mana boleh makan nasi bertambah.” Kalau sebelum ni Ain selalu rasa leceh bila tak dapat makan nasi bertambah, sekarang ni Ain berterima kasih sangat-sangat dengan sape yang mencipta pantang larang ni.

Fuadi dah buat muka tak percaya. Suami dia ni nama je doktor. Tapi pantang larang orang tua-tua untuk perempuan berpantang ni semua mana lah dia ambil tahu. Kalau benda-benda yang ada scientific explaination, memang dia terror lah.

“Haah. Kamu nak suruh Ain bentan ke nanti? Nasib la kamu dapat isteri yang allergic ikan ni.” Nasib baik ummi pun sokong Ain.

“You owe me this.” Memang nampak sangat yang Fuadi tak puas hati. Tapi, nasib lah. Siapa yang suruh dia offer nak tolong Ain tadi.

“Hmmm..Ain. Sup tu kena minum jugak. Bukan ambik isi je.” Sofea yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba bersuara. Fokus sangat Ain pada cabaran ikan haruan dia sampaikan dia boleh terlupa dengan kehadiran Sofea.

Ain pandang Sofea yang sedang melemparkan senyuman pada dia. Tak tahu la Ain samada Sofea memang memaksudkan ayat dia tadi atau itu hanya sekadar rancangan Sofea untuk mengenakan dia. Mungkin sebab iri hati dengan kemesraan yang langsung Ain tak rancang antara dia dan Fuadi tadi. Ya Allah. Bila difikirkan balik, Ain rasa malu pulak dengan tingkah dia tadi. Macam terlebih mengada-ngada pun ada. Tapi, walau apapun penyebabnya, Ain memang tak selesa dengan apa yang Sofea baru cakapkan.

“Yup, Sofea is right. Rasa sikit sup dia tu Ain.” Dengar je suara ayah yang menyokong Sofea tu, Ain dah mula rasa loya balik. Kalau makan isi ikan tadi, Ain still boleh terima. Sebab bila makan sekali dengan nasi, memang terus hilang la rasa ikan tu. Tambah-tambah bila portion ikan tu 1/10 je dari nasi.

Tapi, nak hirup sup dia? Arrrrrghhhh… geramnya Ain. Fuadi di sebelah sudah tersenyum sinis. Faham sangat Ain dengan muka Fuadi sekarang ni. Apa? Nak cakap ‘padan muka’? Ain faham sangatlah. Seronok la tu bila rasa sakit hati dia tadi berbalas!

Sup yang masih banyak berbaki di dalam mangkuk Ain pandang sekilas. Nak tengok lama-lama pun Ain tak tahan, inikan pula nak hirup sup ni. Arrrrghhhhhh!!!!!!!!





3 comments:

  1. walau mcamana baik pun di gambarkan fuandi m sofea, sorry saya tetap menyampah tahap petala..

    ReplyDelete
  2. Still x puas hati,,,ape sbb di seblik smue ni....

    ReplyDelete
  3. menyampah sofea dgn fuadi... ggggrrrrrr

    ReplyDelete