DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 January 2016

TERBIAS BENCI TERSIRAT RINDU - BAB 16

BAB 16


IMAN termenung panjang di kerusi rehat, di dalam taman mini orked milik Tengku Faridah. Dari tadi lagi dia duduk di situ temankan Tengku Faridah berkebun. Semenjak dia balik dari kampung ni, lain macam pula baiknya Tengku Faridah melayan dia. Pelik pula rasanya. Dah tak marah ke?
Iman lemparkan pandangannya pada bunga-bunga orkid yang tersusun cantik. Ada bermacam jenis bunga dan warna. Sungguh cantik dan mempersona. Tapi kenapa Iman rasa pemandangan yang cantik itu langsung tidak dapat menenangkan hatinya kala ini. Kenapalah hati dia rasa gundah saja. Rasa macam ada yang tidak kena! Rasa macam... macam kehilangan sesuatu. Tapi apa?
“Hish, apa kena dengan aku ni?” Iman menopang dagunya ke atas meja. Puas dia cari sebab musabab kenapa dia resah macam tu, tapi tetap tidak berjumpa dengan jawapannya. Sudahnya, dia mengeluh kecil.
“Hai, baru sehari pergi dah mengeluh... Rindu ke?” Tengku Faridah tiba-tiba muncul dari belakang. Wajah nampak tenang tanpa senyuman.
Terus tegak kepala Iman.
“Eh, mak engku...” Iman, tersenyum kelat. ‘Bila pulak dia muncul dekat sini? Tadi aku tengok dia dekat depan sana.’ Iman garu pipi. Berdepan dengan Tengku Faridah, selalu bikin onar di hati Iman. Macam manalah hati Iman tidak beronar kalau renungan mata Tengku Faridah itu macam hendak meratah tubuhnya mentah-mentah. Seram!
Tengku Faridah labuhkan duduknya di sebelah Iman. Sudip besi kecil, yang digunakan untuk menggembur tanah di dalam pasu bunga tadi diletakkan ke atas meja. Muka Iman ditatap seketika.
‘Aduh! kenapa dia renung aku macam nak telan ni?’ Iman tunduk menekur tanah. Dada mula dipalu debar. Walaupun ada angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, Iman tetap rasa berpeluh. Fuh!
“Iman,” panggil Tengku Faridah sesaat.
“Ya!” Iman panggung kepala. Mata Tengku Faridah ditentang juga dalam takut-takut.
Diam.
Iman nampak Tengku Faridah kerut kening. Wajah yang tadinya nampak tegang dan serius itu, tiba-tiba berubah riak menjadi mendung. Entah kenapa dengan Tengku Faridah, Iman tidak tahu.
Melihat keadaan Tengku Faridah begitu, Iman jadi serba salah. Mahu bertanya ataupun tidak?  Hati rasa lain macam pula. Sejak pertama kali berjumpa dengan Tengku Faridah lagi, perasaan dia memang rasa lain macam saja. Jauh di sudut hati kecilnya seakan terselit perasaan kasih terhadap wanita tua itu. Seolah mereka mempunyai ikatan batin yang sudah sekian lama terjalin.
Masing-masing terus membisu. Lima minit berlalu, keadaan masih tetap sama. Sepi. Hanya desir angin saja yang menyapa lembut pada wajah mereka.
“Iman...” panggil Tengku Faridah sekali lagi. Lemah saja bunyi suaranya. Macam tersekat di kerongkong. Mukanya juga masih sama. Masih terbias riak mendung.
“Ya.”
Iman ukir senyuman tipis. Dalam hati masih tetap berteka-teki. Apa yang tidak kena dengan Tengku Faridah sebenarnya?
“Tolong terima, Ajad!” Mata Tengku Faridah jatuh tepat ke dalam anak mata Iman. Redup matanya seakan merayu.
“Hah?” Iman terjeda. Mata terkebil-kebil memandang Tengku Faridah. ‘Aku salah dengar ke atau tengah bermimpi ni?’ Hati berbisik sendiri.
“Tolong terima Ajad sebagai suami. Saya minta tolong sangat-sangat.” Suara Tengku Faridah seakan merayu. Tangan Iman diraih laju ke dalam genggamannya. Ada debar dalam dadanya saat telapak tangannya menyentuh tangan Iman. Terus kening Tengku Faridah bertangkup. ‘Kenapa dada rasa berdebar ni?’ Hati kecilnya terus berdetik.
“Err... err, saya dengan Encik Ajad tak ada apa-apa hubungan, mak engku. Jangan salah faham. Saya minta maaf, mak engku kalau selama ni saya dah bawa masalah dalam rumah ni. Saya memang tak faham kenapa Encik Ajad boleh bergurau macam tu sekali. Saya akan terangkan kepada Tengku Anis nanti.” Bersungguh Iman cuba meyakinkan Tengku Faridah.
“Anis?” Berkerut-kerut dahi Tengku Faridah. Kenapa pula nama Tengku Anis yang dipetik oleh Iman. Rasanya tidak ada pula dia menyebut nama cucu saudaranya itu.
“Yalah, dia kan kekasih Encik Ajad!” Yakin saja Iman menutur kata.
“Kekasih, Ajad?” Makin berkerut pula dahi Tengku Faridah.
“Oh, bukan erk?”
Iman tersengih kecil. Kalau bukan kekasih, apa?
Tengku Faridah menarik nafas panjang. Tangan Iman dilepaskan. Duduknya di kerusi dibetulkan. Lama juga dia diam sebelum bersuara.
“Hmm... Anis tu, cucu saudara saya. Dia dengan Ajad memang rapat dari kecik lagi. Dah macam adik-beradik! Sebab tu dia orang nampak mesra sangat. Memang kalau ikutkan saya, saya nak jodohkan mereka berdua. Tapi, Ajad mati-matian nak bernikah dengan kamu. Saya pun tak faham kenapa! Memanglah saya tidak setuju pada mulanya. Tapi, walau tak suka macam mana pun, saya terpaksa juga setuju. Terpaksa juga terima kamu.” Muka Tengku Faridah nampak tegang. Serius tanpa segaris senyuman.
Iman terjeda. Terus mukanya terasa panas. Otaknya ligat berfungsi. Cuba menghadam apa yang telah disampikan oleh Tengku Faridah tadi.
Okey! Tengku Fridah tak sukakan Iman. Tapi, kenapa baru sekejap tadi dia merayu Iman supaya terima lamaran Ajad? Memang Iman langsung tidak faham!
“Mak engku... Kalau Mak engku tak sukakan saya, kenapa mak engku minta saya terima Ajad, sebagai suami? Saya tak nak gali lubang masuk sendiri! Nanti terkambus terus saya dekat dalam tu!” Tegas Iman.
“Sebab dia memang nekad mahu bernikah dengan kamu. Kalau tidak... dia akan tinggalkan rumah ni, dan tidak mahu menguruskan syarikat saya. Sudah bertahun lamanya syarikat itu diuruskan oleh orang lain. Sekarang syarikat saya sedang menghadapi masalah. Tender-tender baru sudah lama tidak masuk. Hanya Ajad seorang yang saya ada. Saya harapkan dia untuk pulihkan semula keadaan syarikat saya tu.” Tengku Faridah berhenti sekejap. Liur diteguk laju. Mata tertancap penuh pada Iman.
Iman palingkan mukanya ke arah lain. Habis tu, kenapa mesti dia yang menjadi mangsa? Hatinya mula berasa geram. Kalau ikutkan hati yang tengah sakit, mahunya dia bertekak dengan Tengku Faridah di situ.
“Iman, tolonglah terima Ajad. Tolong faham perasaan saya. Saya tak nak tengok syarikat tu, lingkup,” rayu Tengku Faridah dengan muka penuh mengharap.
Lama Iman terdiam. Mendengar Tengku Faridah merayu macam tu, hati dia mula rasa tersentuh. Perasaan kasihan mula terdetik di hati kecilnya. Kenapa kalau dengan Tengku Faridah, perasaannya selalu saja kalah?
‘Mmm... tak salah tolong orang Iman! Nanti Allah bagi ganjaran. Ajad tu pun, bukan teruk sangat. Cuba ajelah!’ Detik hati kecilnya.
Setelah sekian lama membisu, akhirnya Iman akur jua. Tidak sampai rasa hatinya mahu menghampakan permintaan Tengku Faridah. Melihat diri Tengku Faridah seolah-olah dia melihat diri Wan Bedah. Perasaan kasih yang muncul dalam hati seakan sama. Walaupun terasa aneh, tapi itulah hakikatnya.
“Mmm.. baiklah! Tapi saya ada syarat.”
“Apa dia?” Laju Tengku Faridah bertanya.
“Saya nak adakan majlis pernikahan dekat kampung. Saya tak nak buat majlis besar. Cukuplah sekadar upacara akad nikah.”
Naik berkerut juga kening Tengku Faridah. Mungkin fikirkan syarat yang ditetapkan oleh Iman itu.
“Tapi, Ajad nak adakan majlis besar-besaran. Kalau boleh dia nak semua orang tahu tentang perkahwinan ini nanti.” Bagitahu Tengku Faridah. Memang itu yang Ajad mahukan. Bukan boleh bantah cakap budak tu sorang. Kalau hitam katanya, tak akan bertukar menjadi putih!
“Kalau betul dia nak kahwin dengan saya, dia kena ikut syarat saya. Saya tetap dengan keputusan saya.” Iman tetap berkeras dengan keputusannya.
Lama juga masa yang diambil oleh Tengku Faridah untuk berfikir. Yalah, kena fikir habis-habis. Buatnya Ajad tidak setuju nanti, macam mana?
“Mmm... baiklah!” Akhirnya Tengku Faridah akur juga. Iman tersenyum senang. Baru saja mahu membuka mulut, tiba-tiba...
“Nendaaa... dekat sini rupanya.. Puas Anis cari tadi.” Tengku Anis tiba-tiba saja muncul dari belakang. Bahu Tengku Faridah dirangkul erat. Ish, ada saja pengacau yang datang!
“Anis! Bila sampai, sayang? Baru balik dari pejabat ke?” Tangan Tengku Anis disentuh lembut oleh Tengku Faridah. Cukup jelas menampakkan kemesraan mereka.
“Aah, nenda. Tiba-tiba rindu dengan nenda. Sebab tu Anis singgah.” Balas Tengku Anis dengan suara manja. Siap dengan pakej lengguk tubuh lagi.
Iman renung Tengku Anis sejenak. Memanglah cantik! Dengan rambut karat yang dikeritingkan di hujungnya, blaus pendek tanpa lengan berwarna putih susu, dipadankan pula dengan skirt pendek berwarna kelabu... memang perempuan itu nampak cukup-cukup bergaya. Saat anak matanya bertembung dengan anak mata Tengku Anis, segaris senyuman Iman ukirkan untuk Tengku Anis.
Tengku Anis julingkan matanya ke atas. Senyuman Iman langsung tidak dibalas. Memang sombong gila lagaknya. Macam diva!
‘Huh! Sombong gila!’ Gumam hati Iman. Matanya terus ditalakan ke arah lain. Kalau Tengku Anis nak berlagak sombong, dia pun boleh. Bukan dia hendak berbaik-baik sangat dengan pacat gedik tu. Kalau orang tak nak, dia pun tak ingin!
Mata Iman kemudiannya tertancap pada sebatang tubuh milik Kak Mona yang semakin menghampiri mereka. Nampak macam tergesa-gesa pula lagaknya.
“Mak Engku, ada panggilan telefon untuk mak engku,” bagitahu Kak Mona sebaik sahaja dia berdiri di hadapan mereka.
“Oh, ya... ke? Emm, sayang duduk dulu ya. Nenda masuk ke dalam sekejap.” Tengku Faridah terus bangkit dari duduknya, bergegas masuk ke dalam rumah untuk menjawap panggilan telefon. Kak Mona membuntuti Tengku Faridah dari belakang. Semasa berselisih dengan Iman, sempat juga dia mencuit Iman. Isyarat mata diberikan kepada Iman. Tahu benar Iman dengan Tengku Anis  tidak sebulu.
Baru saja Iman mahu mengangkat punggung dari situ,
“Kau nak pergi mana?” Tanya Tengku Anis dengan riak muka sombong. Iman direnung dari atas sampai ke bawah. Kemudian bibirnya dicebik.
“Emm, masuk dalam. Dekat luar ni tiba-tiba pulak rasa panas.” Iman berdiri sambil tangannya dikibaskan ke muka. Senyuman manis menguntum di bibirnya. Saja mahu memerli pacat gedik. Geram pula dia tengok. Berlagak diva tak ingat!
“Kau tunggu kejap! Aku nak cakp sikit.” Tahan Tengku Anis. Tangan Iman ditarik kasar supaya duduk semula di kerusi.
“Eh, apa kes kau ni? Nak main kasar pulak!” Naik berkerut dahi Iman.
“Aku memang tak suka kau. Tau tak? Aku memang menyampah gila-gila dengan kau! Aku memang sakit hati dengan kau!” Tutur Tengku Anis dengan mimik muka yang geram. Nampak dadanya beromabk kencang. Kembang kempis hidungnya.
“Jadi?”
Iman jongket kening sebelah. Riak muka masih tenang. Tapi dalam hati, hanya Allah saja yang tahu.
“Jadi? Kau boleh tanya aku, jadi?” Mata Tengku Anis mencerlung tajam. Macam nak tertanggal biji matanya merenung Iman. Ketenangan yang Iman pamerkan kali ini benar-benar membakar hatinya.
“Hmm... saya rasa, saya dah tak ada urusan dengan Cik Anis. Kalu dah tak ada apa-apa, saya masuk dulu ya?” Iman masih sama. Masih tenang.
“Kau ni, memang dasar perempuan tak sedar diri kan? Datang sebagai orang gaji, lepas tu pikat anak orang kaya sebab nak hidup senang! Entah dari keturunan mana engkau ni. Mak, bapak sendiri pun tak tahu asal-usul! Kau dengan mak su kau tu sama aje. Entah jampi apa yang kau baca dekat Ajad tu!” Lancang sekali tutur Tengku Anis. Memang dia sakit hati yang amat dengan Iman.
Selama ini dia sudah berangan-angan mahu bersuamikan Ajad. Tiba-tiba saja Ajad mahu berkahwin dengan Iman. Perempuan kampung yang low class. Memang tercabarlah dia.
Telinga Iman tiba-tiba rasa berdesing. Amboi, bukan main lancang lagi mulut pacat gedik ni. Kalau nak hina dia saja memang Iman tak kisah. Tapi bila dah babitkan keturunan dia. Babitkan mak dan ayah dia,  memang Iman angin.
Nafas ditarik dalam. Kemudian, perlahan-lahan dia lepaskan. Kemarahan yang mula menyapa dirinya cuba dikawal sebaiknya. Agak-agaknya, kalau dia bergusti dengan pacat gedik tu dekat sini, siapa yang menang?
“Hmm... Cik Anis. Saya tak tahu apa masalah Cik Anis.. Tapi, kalau Cik Anis tak puas hati, boleh bincang dengan Ajad sendiri. Saya masuk dulu!” Iman bingkas bangun dan terus berlalu dari situ. Jika berlama lagi di situ, dia bimbang kalau-kalau dia tidak dapat mengawal diri.
“Wooi... perempuan! Aku belum habis lagi ni. Woiii..!!” Laung Tengku Anis lantang. Memang dia pantang kalau orang buat tak tahu saja pada dia.
Iman terus menonong. Sedikitpun dia tidak menoleh ke belakang. Liur diteguk laju. Kenapa soal mak dan ayahnya yang Tengku Anis bangkitkan? Hati batu Iman tiba-tiba tercuit hebat. Mata yang selama ini mahal dengan air mata, mula bergenang. Pedih!


1 comment:

  1. Nama saya Lena, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor yang hebat saya yang benar-benar membuat hidup saya yang menyeronokkan satu hari ini. Ini lelaki yang hebat DR IREDIA membawa suami saya kembali kepada saya, saya mempunyai tiga kanak-kanak yang indah untuk suami saya. Kira-kira empat tahun yang lalu, saya dan suami saya telah menjadi satu pergaduhan yang lain sehingga dia akhirnya meninggalkan saya untuk seorang wanita. Saya rasa hidup saya telah tamat dan anak-anak saya fikir mereka tidak akan melihat bapa mereka lagi. saya cuba untuk menjadi kuat hanya untuk anak-anak tetapi saya tidak boleh mengawal rasa sakit yang menyeksa hati saya, hati saya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan kerana saya benar-benar cinta dengan suami saya. Setiap hari dan malam i menganggap beliau dan sentiasa ingin dia akan datang kembali kepada saya, sehingga satu hari i bertemu rakan baik saya yang juga dalam keadaan seperti saya tetapi masalah beliau adalah bekas teman lelaki yang dia mempunyai kehamilan yang tidak diingini untuk dan teman lelakinya enggan bertanggungjawab dan dibuang itu. dia memberitahu saya bahawa saya adalah kes kecil dan bahawa saya tidak perlu bimbang tentang hal itu sama sekali, jadi saya bertanya apa penyelesaian kepada masalah saya dan dia memberikan saya alamat e-mel orang yang hebat ini. i telah meragui jika orang ini adalah penyelesaian, jadi saya dihubungi lelaki yang hebat ini dan dia memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan i perbuatan mereka semua, beliau memberitahu saya menunggu selama dua hari dan bahawa suami saya akan datang merangkak di kneels untuk mohon ampun saya jadi saya dengan setia itu apa yang manusia besar ini meminta saya untuk melakukan dan yang pasti selepas dua hari saya mendengar ketukan di pintu, dalam terkejut besar saya i nampak dia di kneels dan i terkedu, apabila dia melihat saya, semua dia menangis dan meminta saya untuk pengampunan, dari hari itu, semua kesakitan dan kesedihan di dalam hati saya terbang, sejak itu saya dan suami saya dan anak-anak yang indah kami gembira dan kita hidup sebagai satu keluarga. Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR IREDIA pertolongannya. Ini lelaki besar yang dibuat saya untuk memahami bahawa tidak ada masalah di bumi yang tidak mempunyai penyelesaian jadi jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah yang sama atau mana-mana masalah yang sama, saya akan menasihati anda untuk datang terus ke lelaki yang hebat ini. Hubungi dia dengan e-mel ini (drirediaherbalhome@gmail.com) dia ada untuk membantu anda.

    ReplyDelete