DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 26 June 2016

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 12

QISTINA tenang menadah kata-kata Zita
yang sedang bersila di atas ranjang di bilik Qistina. Jarijemarinya
nan runcing damai merapikan hujung lengan
kemeja petak-petak kombinasi merah hati putih dan hitam.
Butang di hujung lengan dicantum teliti. Zita masih
terus melontar rasa tidak puas hati. Dan Qistina hanya
membalas dengan ulas delima yang mekar tersenyum.
Dia tahu Zita tidak setuju dengan tindakannya ini. Qistina
tahu Zita sangat risau… bimbang. Macam-macam perkara
tidak baik sedang menyerang fikiran teman baiknya ini dan
Qistina amat maklum tentang itu.
Usai dikhabarkan hal janji temu antara dia dan
Khalish malam ini sewaktu pulang petang tadi, Qistina
sudah nampak riak gundah yang terbit di wajah Zita.
Dalam hati Qistina tahu Zita risau. Dalam hati Qistina tahu
Zita marah. Dalam hati Qistina tahu Zita geram. Segalagalanya
demi kerana kasih dan sayang Zita kepadanya
yang melimpah ruah. Qistina cukup tahu tentang itu.
Qistina sedar dan amat maklum. Zita tidak mahu
apa-apa yang tidak elok menghampiri diri Qistina. Zita ini
bak kata Azhar, kan guardian angel miliknya sekarang.
Si pari-pari cantik penjaga tuan puteri jelita. Itulah yang
Azhar selalu usik-usik bila Zita selalu sahaja risau bila
Qistina lambat balik atau tidak menghubungi kala sudah tiba
di pejabat tiap hari. Azhar kata Zita takut Qistina diculik dan
dibawa lari oleh mangkuk bernama Khalish.
Paling Zita takut Qistina diculik dan dibawa lari ke
sempadan. Kena paksa kahwin. Yalah orang sudah gila talak.
Memang pecah ketawa Qistina bila Azhar membuka cerita.
Zita… Zita, boleh sampai ke situ imaginasi dia. Zie, terima
kasih. Aku tahu kau sayang aku. Dan aku juga sangat-sangat
sayangkan kau, Zie.
Hujung selendang hitam panjang yang digaya
ringkas malam ini dipinkan di tepi pelipis. Dipusingkan
kepala perlahan ke kiri dan kanan memandang ke arah muka
cermin panjang di depan.
Tangan kiri menarik kemas juntaian selendang di
belakang tubuh. Senyum tanda puas terluncur di bibir.
Okay, perfect! Dari ekor mata melalui sisi cermin Qistina
jelas dengan renungan Zita yang takzim bersila di atas katil.
Dibiarkan sahaja. Wajah yang sudah siap berhias ringkas
dirapikan dengan hujung jari.
“Qis…”
“Hmm...”
“Betul kau tak nak aku temankan kau ni? Azhar bagi
aku teman kau, Qis.”
Senyum. Kepala yang masih membelakangi Zita
digeleng perlahan. Tangan merapi kemeja yang tersarung di
tubuh langsingnya itu.
“Aku okey, Zie. Hmm, jangan risau. Kau tu
bawa budak. Kena jaga diri kau tu dulu. Usah peningkan
kepala kau dengan hal ni. Tak ada apa-apa. Percayalah.”
Beg Guess yang terdampar di permukaan meja hias
dicapai lalu disarung ke pergelangan kiri. Dicantum kemas.
“Gila kau tak risau. Yang kau nak jumpa tu
bukannya manusia… kau tahu tak? Dia tu ha…”
“Isy, mulut...” Qistina ketap bibir sambil
menggeleng kepala lagi. Dipusing tubuh sekilas memandang
ke arah Zita. “Tu dalam perut tu ingat sikit. Jaga
mulut tu ya. Karang…ha... Nak ke?” Jari dihala ke arah
perut Zita. Mak cik ini sejak pegang gelaran mama to be
memang sensitif betul. Pantang saja dengar nama ‘orang itu.’
Zita cebik bibir memandang Qistina yang
membelakanginya. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata
Qistina.
“Memang pun. Kalau dia manusia, dia tak buat kau
macam tu dulu. Dia tak buat kau sengsara bertahun-tahun.”
Qistina senyum. Dilepaskan nafas perlahan. Sayup.
Dihala langkah mendekati Zita. Dilabuhkan duduk di sisi
teman baiknya itu. Bahu Zita yang bersalut kaftan biru laut
dipaut kemas. Dielus lembut.
“Zie... nak tak nak aku kena jumpa dia. Suka
tak suka, aku kena berdepan dengan dia juga. Tak hari ni,
mungkin esok… tak esok mungkin lusa. Tak lusa mungkin
tulat. Selagi tak jumpa dia, antara aku dengan dia takkan ada
penyudahnya. Aku kena selesaikan, Zie. Kau pun tahukan Khal
itu macam mana, kan.” Zita renung wajah cantik Qistina.
“Qis, aku tidak mahu kau terluka lagi. Aku tidak
mahu kau menangis lagi, Qis. Khal tidak akan berhenti
memburu kau jika kau terus buka peluang kepadanya.
Eiii..., benci betullah aku dengan mangkuk tu. Apa lagi
yang dia nak agaknya? Sudah buang, senang-senang mahu
ambil balik. Hei Khal, kau ni memang jantan tak guna tahu
tak!” Zita pegang erat tapak tangan Qistina. Dielus lembut.
“Qis...” Qistina geleng kepala. Dua pasang mata
bersatu. Qistina senyum. “Hmm… biar aku habis cakap dulu.”
Khali.
“Aku tahu kau risaukan aku, Zie. Aku tahu kau
bimbang kalau-kalau perkara yang tak diingini berlaku.
Kau takut dan aku pun takut, Zie. Macam-macam benda yang
bergolak dalam fikiran kau. Aku tahu kau sayangkan aku.
Dan aku tahu kau tak mahu aku sedih lagi. Terima kasih atas
prihatin dan perhatian kau terhadap aku, Zie. Aku hargai
sangat-sangat. Tapi aku mohon kau berikan kepercayaan kau
pada aku untuk selesaikan hal aku dan dia. Aku dan Khal perlu
jumpa dan perlu bercakap. Aku perlu, Zie.” Pautan di bahu Zita
dikemaskan.
Seakan-akan mahu menzahirkan apa yang sedang
bergumpalan di dalam jiwa. Hembusan nafas beralun
dikemudi untuk setenang mungkin. Mata memandang ke
arah cermin di hadapan. Biasan wajah terlontar di wajah
cermin nan kaku.
“Dulu...” Bibir dikemam. Ada rasa yang sayu
yang menyapa bila perkataan ‘dulu’ itu terluncur. Mana
mungkin dibuang segala ingatan tentang apa yang telah
berlaku dahulu. Mana mungkin dilupakan biar sehabis daya
cuba dilakukan. Cuba ditolak, cuba dihumban dan cuba
dikuburkan. Hakikat, dia cuma perempuan yang tidak
mampu menolak rasa halus yang dikurniakan kepadanya.
Rasa itu akan tetap datang menyapa.
“Masa aku ambil keputusan untuk balik ke sini
aku fikir aku takkan jumpa dia lagi, Zie. Sungguh aku fikir
benda tu akan jadi semudah yang aku ingatkan. Aku cuba
tanamkan dalam kepala dan dalam hati, bumi Allah inikan
luas. Tidak semestinya aku akan jumpa Khal lagi.
Itu juga yang aku cakapkan kepada Layla masa
nak aku nak balik ke sini dulu. Berlagaknya aku.
Bukan dia tak ingatkan aku. Banyak kali. Aku lupa rupanya
bumi Allah ni biar luas macam mana pun kalau sudah
tersurat aku dan dia kembali ditemukan siapa aku untuk
menghalang. Aku nak lari lagi? Ke mana, Zie? Sampai bila aku
nak lari dari terus elak jumpa dia. Mustahil ada kesudahannya.
Dan Khal akan terus buru aku, ikut aku, kejar aku. Kau pun
kenal dia itu macam manakan?”
Zita lepas keluhan kecil. Tangan dibawa ke peha
Qistina. Ditepuk perlahan-lahan. Ditarik jari-jemari yang
runcing milik Qistina. Dielus perlahan-lahan. Mata dibawa
memandang ke sebelah. Wajah Qistina yang keanak-anakan
itu ditatap tidak berkelip.
Lingkaran peristiwa pilu yang menghempas
hidup teman paling akrabnya ini terlayar di fikiran. Bukan
calang-calang orang yang mampu bangkit semula setelah
impian hidupnya dimusnahkan dengan sekelip mata bahkan
kejam sekali.
Bukan calang-calang perempuan yang mampu berdiri
semula setelah maruah diri dan keluarganya dimusnahkan
di malam pernikahan, dan mampu redha menerima hakikat
kepercayaan keluarga terhadap dirinya hilang akibat kesilapan
manusia yang tidak bertanggungjawab.
Walau punada rasa terkilan yang teramat sangat di
jiwa Zita. Bila ayah Qistina sendiri tergamak mempercayai
tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh Khalish, jauh
di sudut hati terbit rasa kagum dengan diri Qistina yang tidak
pernah sesekali menyalahkan keluarganya biarpun dirinya
disisih akibat tuduhan dan perbuatan Khalish yang tidak
berguna itu. Ada rasa hangat yang terbit dari tubir matanya.
Dengan pantas dikelip-kelipkan matanya.
Hujung jari disapu ke tubir mata. Tidak mahu
disedari dan tertangkap oleh Qistina nanti. Mengingatkan
seraut wajah Khalish, Zita ketap bibir dengan kuat. Khalish
memang lelaki yang tidak berguna! Sungguh tidak berguna!
Mahu sahaja dia membunuh lelaki itu dan mengeratnya
menjadi 20 bahagian.
“Qis...” Jari-jemari Qistina terus digenggam.
Qistina mengukir senyuman manisnya. Genggaman
jari-jemari Zita makin dierat kemas.
“Kau rasa...?” Mata dibawa memandang ke
sepasang mata bundar bercahaya milik Qistina. Wajah
Qistina yang manis tersenyum ditatap tidak lepas. Sungguh
dia tidak sanggup melihat Qistina menangis lagi. Sungguh
Zita tidak mampu melihat Qistina disakiti lagi. Tidak
sedarkah selama ni betapa Khalish rugi bila dia melepaskan
gadis sebaik Qistina ini.
Tidak cukupkah setia dan patuh Qistina selama ini.
Kenapa perlu disangsikan jujur seorang Qistina yang tidak
pernah sekali dia mungkir. Tidak sedarkah Khalish kerana
perbuatan bodohnya dahulu Qistina terpaksa menanggung
akibatnya yang bukan kecil. Malu tidak terdaya dihindar
walau pundiceruk mana wajah disembunyikan, sedih yang
tidak tergambar biar sejuta kanvas dihampar buat melontar
warna. Jiwa Qistina yang luluh, pernahkah dihitung akan
kekecewanya.
“Kalau lepas kau jumpa dia malam ni. Kau pasti ke dia
takkan buru dan kejar kau lagi, Qis? Kau pun cakapkan
bukan aku tak kenal Khal tu macam mana. Sebab aku kenal dia
sangat-sangatlah aku risaukan kau. Lagi-lagi nak pergi jumpa
dia malam ni, Qis. Aku bimbang sangat-sangat. Khal tu.” Zita
hembus nafas kerisauannya. Ditelan liur yang terasa pahit.
Tak mampu dihabiskan ayat. Tidak mahu sampai
menyinggung hati kecil Qistina. Bukan Zita tidak mengerti.
Bukan Zita tidak memahami.
Walau siapa pun dan apa-apapun yang telah
dilakukan oleh lelaki bernama Khalish itu terhadap diri
Qistina. Hidup Qistina, hakikat yang tidak mampu
dilenyapkan dari lohong jiwa Qistina, dihindari daripada
kerdipan mata Qistina, dipadamkan dari ingatan Qistina
adalah Khalish itu lelaki yang pernah bertakhta di jiwa dan
hati Qistina. Kukuh. Utuh bagaikan sebuah tugu.
“Zie…”
Qistina sedar dan tahu bayangan apa yang
sedang merantai hati Zita. Sebagai teman akrab,
hubungan perasaan antara mereka sangat kuat. Baik dia
mahupun saling mengenali perasaaan dan jiwa masingmasing.
Sedaya manapun dia mahu menyembunyikannya,
Qistina tahu dia tidak akan mampu melakukannya. Zita cukup
mengenali jiwa dan hati seorang yang bernama Annur Qistina.
“Doakan aku. Doakan segala-galanya akan berjalan
dengan lancar pada malam ini.”
Khali. Ditelan nafas yang dihela.
“Aku sedar bukan mudah untuk berdepan dengan
lelaki yang bernama Khal. Berhadapan dengannya bukan
seperti berdepan dengan lelaki-lelaki biasa. Aku lebih
mengenali dia, Zie. Tujuh tahun bukan singkat, Zie tapi
aku tahu aku takkan beri ruang lagi untuk dia kembali
dalam hidup aku yang sudah dia musnahkan dahulu.
Luka itu masih ada lagi sampai ke hari ini, Zie.
Aku takkan lupa dan aku takkan mampu untuk
lupa apa yang sudah dia lakukan terhadap seluruh hidup aku
dahulu. Lima tahun, Zie... lima tahun aku bawa rasa sedih dan
kecewa tu sendiri. Lima tahun aku cuba rawat hati aku yang
parah. Lima tahun aku kuatkan jiwa untuk redha atas apa yang
dah terjadi. Segalanya. Yang terjadi dahulu takkan mampu
diundur kembali. Aku ingin tenang menjalani hidup aku yang
baharu, Zie. Biarlah aku dan dia dengan jalan hidup
masing-masing. Itu sahaja yang aku mahu sekarang.
Aku tak mahu fikirkan yang lain.
Aku balik kerana tanggungjawab aku pada syarikat
yang selama ini tak pernah berhenti memberi sokongan
kepada aku. Saat aku berdiri, saat aku hampir rebah.”
Qistina terhutang budi dengan sokongan ketuanya kala
dia sudah hampir tersungkur. Jika bukan kerana usaha
kuat Kamal yang mencari jalan agar Qistina ‘dilarikan’ ke
pejabat di Manchester, tidak akan mampu Qistina rawat jiwa
yang hancur dicincang oleh perbuatan Khalish.
Qistina malu kepada Kamal. Malu sangat-sangat.
Kasihan ketuanya yang baik hati itu. Terbabit dan tercalit
sama dalam kancah masalah peribadi Qistina. Semuanya
kerana kebodohan Khalish yang tidak bertanggungjawab!
“Qis...”
Qistina angguk kepala.
“Hmm… tolonglah Zie, doakan aku...” Tubuh Qistina
ditarik dalam pelukan.
“Doa aku tak pernah putus untuk kau, Qis.
Tak pernah!”
TANGAN Zita melingkari pinggang Azhar. Dua pasang mata
memandang BMW hitam yang sudah bergerak perlahan
meninggalkan perkarangan halaman banglo. Zita melepaskan
nafasnya dengan perlahan-lahan. Mata memandang terus
ke hadapan hingga pintu pagar tertutup dan kelibat
Qistina dan kereta Zita hilang daripada pandangan.
“Har...”
“Hmm...”
“Is she gonna be okay? I’m damn worry about her,
Har. I don’t want her to be hurt again by that monster.”
Azhar senyum. Kepala diangguk. Rambut panjang
Zita dibelai lembut.
“Insya-Allah. Qis tahu jaga diri dia. You need to trust
her, sayang.”
“But Khal… I’m worried... Bukan you tak tahu apa
yang dah mangkuk bodoh tu buat dulu kepada Qis.” Ada
desir bimbang di bibir Zita. Sungguh dia bimbang! dan
kerana rasa itu yang kuat bertamu di hati dipohon izin
daripada Azhar untuk menemani Qistina bertemu dengan
Khalish malam ini. Ziat tahu Qistina hatinya terlalu halus…
terlalu polos, sepolos wajahnya.
“Kalau dia berani buat apa-apa, cubalah. I cari dia
sampai ke lubang cacing nanti.”
Dijatuhkan kepala ke dada Azhar. Dalam hati
dititipkan doa moga Qistina tidak akan diapa-apakan oleh
Khalish.
NO WAY, QIS!!!
Tak mungkin!
Tidak sama sekali!
Tidak akan sesekali dia bersetuju dengan
permintaan ini. Mana mungkin dia menerima apa yang
dipohon oleh si Barbie Doll pujaan jiwa raganya ini. Qis,
tolonglah jangan buat Khal macam ni. Tolonglah, Qis..
Khalish jeda. Wajah tenang keanak-anakkan gadis
pujaan jiwa yang digelar Barbie Doll sejak zaman mereka
hangat menyulam cinta dahulu ditatap kembali. Tidak puas.
Dan tidak akan pernah puas. Dalam persalinan penuh ringkas
dan santai, Qistina tetap mempesonakan mata yang
menjamah. Sama seperti dahulu.
Di sebalik selendang panjang hitam yang kemas
berlilit di kepala, seri wajah comelnya itu begitu
membuai perasaan lelaki Khalish. Justeru mana mungkin
mampu dia menerima permintaan gadis di hadapannya
ini. Tahu, ya memang dia yang berdosa selama ini. Memang
dia yang bersalah.
Memang dia yang khilaf. Khilaf besar
sepanjang hidupnya. Memang dia yang bodoh. Dan egonya
yang melangit akhirnya memakan diri. Allah itu Maha
Kaya bukan? Sekarang dia pula yang merasakan kesan
kebodohannya dahulu. Kesan ego yang tidak bertepi. Tapi
tolonglah beri dia sekali lagi peluang. Tidak akan dia mempersiasiakan.
Itu janjinya.
Qistina tenang melepaskan gusar dan bimbang
yang menyelimut jiwa sejak mula menjejak langkah masuk
ke bilik ini tadi. Terasa lapang dada usai melepaskan segalagala
yang tersimpan di pundak hati. Tidak mahu difikirkan
lagi. Menoleh jauh sekali. Segala yang berlalu takkan
mungkin mampu dikembalikan.
Mata dibawa merenung meja. Piring terisi mini
alexis pavlova wih fresh berries ditarik kemas ke hadapan.
Dicapai sudu kecil di sisi. Dibenamkan ke wajah pavlova
yang cukup memikat. Lafaz basmallah teralun di hati
sebelum dibawa suapan pertama mencecah bibir. Tenang
dan lembut. Suapan demi suapan dirangkai hingga
selesai.
Mata dilarikan ke arah setentang. Piring spageti di
hadapan lelaki ini dilihat masih berbaki separuh. Hairan
juga. Inikan makanan kegemaran Khalish tiap kali mereka
ke sini biarpun seringkali Khalish memberontak kerana tidak
gemarkan suasana damai di sini yang disifatkan sungguh
membosankan.
Adakah bait-bait katanya tadi berserta permintaan
yang dipohon telah merengut selera lelaki ini. Qistina tidak
mahu membuka tanya. Lebih baik dibiarkan sahaja lelaki
ini melayan bicara hatinya. Qistina tidak mahu ikut campur.
Matlamat kedatangannya malam ini sudah dipersembahkan
kepada Khalish. Itu yang paling utama dan penting.
Dari ekor mata bukan Qistina sedar bahawa
tatapan Khalish yang tidak berganjak dari merenungkan.
Langsung tidak dihiraukan atau cuba sedaya upaya untuk
tidak menghiraukannnya. Dalam hati dipanjatkan
kesyukuran. Segala yang tersimpan selama ini, sudah
dimuntahkan di hadapan Khalish. Semuanya. Qistina mahu
Khalish sedar apa yang ditanggungnya selama ini. Qistina
mahu Khalish sedar, Qistina di hadapannya malam ini
bukanlah Qistina lima tahun dahulu.
Biar tempat ini yang dahulunya pernah menjadi saksi
indahnya cinta mereka yang tersulam kata-kata manis Qistina,
maka biarkan tempat ini juga akan turut menjadi saksi lafaz
kata-kata kejam seorang Qistina. Sebagaimana kejamnya
seorang Khalish Ariq menjatuhkan hukuman kepadanya
dahulu.
“I bukan Qistina yang dahulu, Khal. Jangan harap
you akan temui Qistina lebih lima tahun dahulu dalam diri I.
Qistina yang itu dah lama lenyap dari dunia ini.”
“Kita boleh mula sekali lagi, Qis.”
Kepala Qistina digeleng.
“No, Khal... Tak mungkin. I takkan ulang kesilapan
dahulu!”
“Qis, please...”
“Lupakan I, Khal. Selepas ini, jangan ganggu I lagi.
Jangan cari I lagi. Jangan campur urusan hidup I lagi. Jangan
pernah muncul dalam hidup I lagi. I mohon dengan
setulus hati. Biarkan I hidup dengan tenang, Khal. I hanya nak
hidup bahagia macam orang lain. Please, Khal. I merayu dekat
you, Khal”
“Lupakan you?”
“Yes. Lupakan I. Buang I dari ingatan you dari hati
you. Selama-lamanya.”
Khalish geleng kepala.
“No way, Qis! No way.”
Qistina cuba lontar senyum. Ditatap tenang air
muka yang berarak mendung di hadapannya ini. Maaf Khal.
I takkan kembali membilang kisah silam yang sudah you
kuburkan.
“You dah mati dalam hidup I, Khal. Dah mati lima
tahun dahulu. Saat you campak maruah I ke kaki setiap
tetamu yang hadir malam tu, you dah mati dalam hidup I.”
Khalish telan liur. Qistina yang menadah
renungan terus dijamah. Tangan meraup wajah seketika
sebelum kembali ditadah renungan ke wajah ayu di
hadapannya ini.
“Qis... I… minta maaf. I tahu terlalu besar dosa I
pada you. I tahu I yang menyebabkan segala-gala yang pahit
dalam hidup you. Semua salah I. But please, Qis... please
forgive me. Please, dear.”
Senyum sinis Qistina dilontar. Dua pasang mata
mereka bertembung dalam luahan bicara jiwa tentang
peristiwa silam terbuka. Satu demi satu. Tabir pilu kembali
disingkap. Tirai kenangan kian lebar terbuka. Qistina
kemam bibir. Ada hangat yang mula singgah di pelupuk.
Dikelip laju kelopak mata yang memancar kisah dahulu.
Mahu diusir semuanya.
“Maaf? Pernah you selami apa yang I rasa malam
tu, Khal? Pernah you selam apa yang I hadapi malam tu?
Pernah you rasa betapa hancur luluhnya jiwa I diperlakukan
sekejam itu oleh lelaki yang paling I cintai dalam hidup
I selama ini. Pernah you rasa? Apa salah besar I pada you,
Khal? Apa salah I? Kejamnya you, Khal.” Qistina kemam
bibir. Kepala digeleng. Tangan meraup bibir. Menahan sebak
yang mulai membadai jiwa halusnya.
“Qis… I…”
“Pernah you rasa betapa luluhnya hati I diherdik
ayah kandung sendiri di hadapan semua orang. Perit tamparan
ayah lebih lima tahun dahulu masih terasa bisanya sehingga
kini, Khal.” Tangan Qistina hinggap di pipi mulusnya.
Masih terbayang tapak tangan ayah yang keras tanpa belas
kasih hinggap di pipi hingga terpecik darah di pinggir
bibirnya. Qistina takkan mampu lupakan semua kenangan
pada malam itu. Mata menujah pandang ke arah Khalish
yang takzim.
“Pernah you rasa sedih I, Khal dijatuhkan hukuman
atas kesalahan yang tak pernah I lakukan tanpa diberi
peluang untuk membela diri? You takkan dapat rasa,
Khal. Mana maruah I sebagai perempuan yang you cinta
selama ni, Khal. Lafaz cinta you mana buktinya?
Mana you letakkan cinta you terhadap I?
Tergamak you, kan. Tergamak you. Sampai hati you. Sampai
hati you buat I macam tu, Khal,.. You memang tak ada hati
perut, Khal. Siapa I selama ini di hati you, Khal?
Sekadar nama yang langsung tiada ertinya buat you,
kan? Di mana you letak Annur Qistina yang sangat-sangat you
cinta, Khal? Di hati?” Qistina geleng. “Di jiwa? Jauh sekali.”
Digeleng lagi. “I tahu. Di kaki you letaknya Annur Qistina yang
memuja you separuh nyawanya selama ini. You humban Annur
Qistina yang menyintai you sepenuh jiwa ke lubang kehinaan
yang paling jijik.”
“Qis...”
Qistina hela nafas dalam-dalam. Suara Qistina
yang tenang terluncur di dalam bilik khas yang cukup
eksklusif yang ditempah Khalish ini membuatkan
percikannya bertempiran di seluruh pelusuk ruang.
Hanya cupingnya dan cuping Khalish yang menerima
segala lontaran kata-kata yang dimuntahkan.
“You tahu, Khal. Impian hidup I selama ni mudah
sahaja.” Bibir mengukir senyum. Memang impian hidupnya
memang mudah. Malah impiannya itu sering juga menjadi
bahan usikan dan gurauan teman-teman sekerja. Zita dan
Layla paling kuat mentertawakannya. Apa punya jurutera.
Dalam kerja punyalah hebat, dalam cinta kalah sampai jadi
macam batang padi ya. Qistina tidak kisah ditertawakan.
“Hidup bahagia dengan lelaki yang paling I cinta... lelaki yang
paling I sayang itu sudah memadai. I takde impian lain Khal.
Takde. Tapi… impian tu dah tak ada lagi. Dah berkecai. dah
hancur. Dah musnah. Dan insan yang memusnahkan
segala impian bahagia I adalah lelaki yang paling I cintai
itu sendiri.”
“Qis..”
“Khal, selama lebih lima tahun I bawa diri
dengan segunung harapan. I mahu lupakan segala yang
berlaku dahulu. Kalau you bimbang I akan berdendam
dengan you...” Kepala digeleng.” I dah redha atas segalanya,
Khal. I dah maafkan you. Tapi tolong... jangan harap
apa-apa lagi antara kita. Sebab tak mungkin ada apa-apa lagi
antara kita. You...” Mata bundar Qistina terjunam ke arah
sepasang mata Khalish di hadapan. Mata yang seringkali
membangkitkan rasa bahagia setiap kali direnung. “Dah mati
dalam diri I. Khalish Ariq dah mati dalam hati… dalam jiwa
Annur Qistina.”
“Qis, please.”
“It’s all over, Khal. Tolonglah benarkan I hidup
dengan cara I. Lepaskan I dari hati dan jiwa you. You
dah pernah buang I dalam hati you Khal. You boleh
lakukannya sekali lagi. Lakukannya untuk kali terakhir.”
“Qis, I tahu I salah… I kejam… I…bodoh…ego.
I admit. Kalau you nak marah... nak maki... nak pukul I
sekali pun I rela Qis..I sanggup. Tapi tolonglah Qis...beri
I peluang sekali lagi. Please, Qis. I’m begging you.
Selama lima tahun ini, hidup I tak pernah
tenang Qis. I tahu you tak bersalah. Kamal dah ceritakan
segala-galanya. I dan Joe nyaris bertumbuk lagi bila you lari
ke Manchester. Kamal beritahu you hanya datang membantu
Joe, tapi kemalangan yang terjadi bukan rancangan Joe.
Memang berlaku kecuaian kakitangan di platform masa
malam kejadian tu. Joe cuma mahu selamatkan you.
Kamal saksinya. Macam yang you cuba terangkan tapi
I yang buta… I yang ego sebab cemburu buta kepada Joe
yang memang sukakan you… yang memang ada hati pada
you. It’s all my fault, Qis. It all fault.”
Khalish sedar segala yang terjadi semua kerana
rasa cemburunya yang menggila. Kerana terlalu cintakan
Qistina, mata dan hati bagai diamuk rasa cemburu yang
bukan kepalang saat melihat tubuh Qistina yang sudah
basah lencun berada dalam dakapan pelukan Johan.
Andai dapat diulangi masa silam. Tidak akan dilakukan
kesilapan paling besar ddan paling bodoh dalam hidupnya
ini.
Qistina ketap bibir. Dihela nafas. Segalanya dah
berlalu, Khal. Sudah terlambat. Hati Annur Qistina yang
terluka tidak akan kembali seperti sediakala.
“Dah lepas semuanya. Tak guna lagi. Dah tak ada
apa-apa lagi antara kita, Khal. Cukuplah apa yang dah you
buat pada I... pada hidup I… pada keluarga I lima tahun
dahulu. I takkan terima you lagi. You dah mati dalam hidup I.
Dah lama mati.”
“Qis... I…”
Napkin pada riba dibawa ke bibir. Dilap kemas
dengan penuh tertib. Piring di hadapan yang sudah licin
ditolak ke depan. Senyum manis dilontar kepada lelaki di
hadapan. Dalam hati dilagukan kata-kata semangat buat
diri untuk menatap wajah ini buat kali terakhir. Itu janjinya.
Itu juga pintanya.
“Promise not to look for me again, Khal.”
Kepala digeleng. Tak mungkin, Qis. Tak mungkin..
“Terima hakikat ini, Khal. Dah tak ada ‘kita’ antara
kita. You… me... over. Titik.”
Qistina bangkit dari duduk. Beg Coach pada riba
dibawa ke jari-jemari. Khalish ikut berdiri. Mata saling
bertembung. Khalish cuba berkata sesuatu namun tangan
Qistina lebih awal memberi isyarat. Kepala digeleng.
Khalish lepas nafas perlahan.
“Thanks for the lovely dinner, Khal.” Senyum.
“Hmm… I balik dulu.” Ucapan salam dihulur perlahan
bersama ayunan langkah kemas menuju ke pintu. Mata
Khalish ikut berjalan mengikut ayunan langkah perlahan
Qistina. Bibir bergetar. Ada pekik suara di hati yang
sedang memintanya segera bertindak. Stop her, Khal. Stop her!
Don’t let her go, Khal. Don’t repeat the same mistakes you did
before, Khal. Langkah dibuka. Satu per satu.
“Qis...”
Tubuh Qistina berpaling. Khalish sudah berada
selangkah di belakang. Tanpa disedari Khalish rupanya
mengekori daripada belakang. Tubuh takzim berdiri.
Dua pasang mata kembali saling memandang semula.
Bibir Khalish dilihat tenang melontar senyum halus.
“I akan tetap berusaha untuk dapatkan you semula,
Qis. I will. No matter how.”
“Khal…”
Khalish menggeleng.
“I takkan mengalah. Antara kita belum selesai lagi,
Qis..”
Qistina geleng kepala. Lohong nafas rasa tersekat
dengan apa yang baru didengar. Tangan singgah di pelipis.
Dihembus nafas tenang sambil menentang wajah yang sedang
berdiri di depannya saat ini.
“Khal, please. I harap you faham dan boleh terima
permintaan I.”
Khalish menggeleng. “I’m sorry, Qis. I can’t accept it
and I won’t let you go from my life. I won’t, Qis. I won’t let it
happen.”
Qistina lepas keluhan halus. Bibir dikemam
seketika. Sedang digali kekuatan dalam diri untuk terus
tidak bungkam dengan kata-kata balas daripada Khalish.
Lelaki ini sungguh-sungguh menduga kesabaran jiwanya yang
kian goyah.
“Khal. I dah cakap dan beritahu you apa pendirian
I tentang hal ni. Please, Khal. Just let me go. Don’t you
understand what I’ve said. It’s over. Over. Got that?” Mata
tajam ditentang. Amarah yang mengintai pantas dicantas.
Kepala Khalish menggeleng lagi.
“Nama, wajah, diri, dan segala-galanya tentang
Annur Qistina akan kukuh bertakhta dalam hati dalam
jiwa Khalish Ariq. Selama-lamanya. Takkan ada yang lain.
Hanya lafaz cinta yang akan bersaksikan seluruh keluarga
menjadi penanda sudah selesai antara kita nanti. Lafaz
cinta yang akan Khalish sematkan di jari manis Annur
Qistina. Tanda dia milik mutlak seorang Khalish Ariq.
Insya-Allah.”
Nafas Qistina terpempan. Bibir terkaku. Lidah
kelu. Sepasang kakinya bagai terpasung. Bergetaran seluruh
anggota tubuh.

No comments:

Post a Comment