DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 15 January 2015

Pengarah Cinta Terbaik - Bab 2


PELUH yang memercik di dahi diseka dengan menggunakan jari sambil matanya tidak lepas daripada merenung seorang gadis yang sedang menghidangkan air untuk pekerja-pekerja di tempat penggambaran. Sesekali kelihatan gadis itu tersenyum namun dia tahu gadis itu sedang menyembunyikan kedukaan. Sekilas, dia menjeling jam di tangan.Waktu sudah menunjukkan hampir pukul dua belas malam tetapi gadis itu masih bekerja.
“Ras, rehat dululah. Kau tu dah penat aku tengok,” sapa Atif lalu menarik kerusi untuk Rasfal.
Rasfal hanya tersenyum dan duduk di kerusi yang telah diambil oleh Atif.
“Itu tunang Qammar kan? Buat apa dia dekat sini?” soal Rasfal sambil menunjukkan Citra pada Atif.
“Haah, dia mintak Qammar carikan kerja part time untuk dia jadi Qammar ada tanya aku, sama ada kerja kosong atau pun tak so memandangkan production kau ni tak ada tea lady jadi aku offerlah pada dia. Kerja dia untuk belah malam je sebab siang hari dia kerja kilang,” terang Atif sambil menghirup air kopi panas yang diambil sebentar tadi.
“Kerja kilang? Maksud kau, dia buat dua kerja dalam satu hari?” soal Rasfal seolah-olah terkejut.
Atif berpaling pada Rasfal. Dia tersenyum nipis. Dia pasti, Rasfal tidak pernah melalui kesusahan seperti itu memandangkan Rasfal memang lahir daripada keluarga yang berada.
“Apa nak dihairankan, Ras untuk hidup, manusia sanggup buat apa saja. Dengar cerita, Citra terpaksa buat semua ini sebab nak cari duit untu pembiayaan pembedahan mata ibu dia tu. Jadi mungkin sebab itu jugak dia kerja kuat macam ni,” cerita Atif lagi.
Rasfal terdiam seketika. Lama dia merenung Citra yang sedang berjalan menghampiri mereka berdua, lalu dengan pantas Rasfal memakai cermin mata hitamnya. Dia menyandarkan badannya ke belakang dengan kaki yang disilangkan.
“Encik Ras, ini airnya. Maaf lambat sikit,” ujar Citra dengan senyuman nipis. Dia meletakkan cawan berisi Nescafe panas di atas meja kecil yang disediakan.
Rasfal hanya mengangguk tanpa membalas apa-apa. Manakala Citra mengundurkan setapak ke belakang, dia nampak riak kurang senang di wajah pelakon lelaki popular itu. Lalu tanpa menunggu lama dia beredar meninggalkan Rasfal dan Atif.
“Kenapa Qammar tak tolong tunang dia ni?” Rasfal membuka suara.
Atif yang sedang termenung tersentak kemudian memandang Rasfal. Dia dapat rasakan yang Rasfal seolah-olah berminat dengan kisah Citra dan Qammar ni. Ada apa-apa ke? Soal hati Atif.
“Apa kau tanya, Ras?” soal Atif kembali dengan sengihan melebar di bibirnya.
“Kau ni, termenunglah tu. Aku tanya kenapa Qammar tak tolong cari duit untuk pembedahan tunang mak dia tu?” Rasfal mengulang kembali pertanyaannya.
“Entahlah. Kau tengoklah si Qammar tu. Asal dapat duit joli sana joli sini. Lagipun takkan dia nak tolong mak Citra tu, bukan mak dia pun…” cebik Atif lagi.
Rasfal hanya menjongketkan bahu.
“Kau ni macam berminat je dengan cerita Citra, ada apa-apa ke?” soal Atif kembali. Dia mengoyangkan jari telunjuknya di hadapan muka Rasfal sambil tersenyum penuh makna.
Rasfal membulatkan matanya.
“Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan, okey. Memang aku berminat tapi berminat nak buat drama baru. Ketabahan seorang perempuan menjaga ibunya yang buta, kau rasakan mesti meletupkan drama aku nanti,” tingkah Rasfal sambil ketawa kecil.
Atif turut ketawa. Dia menumbuk lembut bahu Rasfal.
“Kalau dah otak seni, semua benda kau nak jadikan bahan cerita kau, ya.” Balas Atif.
Rasfal hanya melebarkan sengihannya.
“Macam mana dengan gosip aku tu? Dah tutup belum ceritanya?” soal Rasfal mengalih topik perbualan.
“Aku off kan telefon aku. Malaslah aku nak layan call daripada reporter yang nak tahu kesahihan cerita kau ni. Kali ni dia tak nak tanya pasal cerita gay kau tu tapi dia desak nak tahu siapa bakal isteri kau tu. Bengang betul aku, sampai tengah malam pun kacau aku lagi. Nasib baiklah kita tak ada dekat KL sekarang, aman sikit dunia aku…” bebel Atif sambil menunjukkan I Phonenya pada Rasfal.
Rasfal ketawa kecil. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskan perlahan. Idea yang dikatakan Atif tempoh hari memang berkesan, berita perkahwinannya tersebar luas di dada-dada akhbar tetapi sampai sekarang tiada siapa yang mengetahui tentang bakal isterinya yang tidak wujud itu. Dia berharap agar lama kelamaan cerita tentangnya ini akan senyap begitu saja.
“Baguslah mereka nak tahu tentang bakal isteri aku, lebih baik daripada mereka duk momokkan aku gay. Sakit hati aku tau,” balas Rasfal pula.
“Habis tu mama dengan papa kau tahu tak cerita tentang kau nak kahwin ni?” soal Atif pula. Dia merenung wajah Rasfal yang kacak.
Rasfal tersengih. Kemudian dia menggelengkan kepala.
“Dah seminggu aku tak balik rumah mama dan papa aku. Kau tahulah aku sibuk shooting untuk tiga drama serentak mana nak uruskan production aku lagi, aku balik rumah pun untuk tidur je,” balas Rasfal lagi.
Atif menganggukkan kepala. Dia tahu pelakon dan pengarah muda itu memang sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak tawaran berlakon drama dan filem sejak kontroversi lelaki itu tersebar luas di internet, kadang-kadang ada saja pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan kontroversi yang melanda para artis popular seperti Rasfal ini.
“Aku rasa kau lebih baik kau kahwinlah, Ras. Sekurang-kurangnya ada juga yang nak jaga makan dan pakai kau,” jawab Atif sambil tangannya lincah menekan skrin I Phonenya.
Rasfal ketawa lepas. Matanya tiba-tiba menangkap kelibat Qammar yang datang menghampiri Citra. Dia dapat melihat wajah Citra yang tegang.
“Kau cakap macamlah berkahwin tu senang. Eiii…susahlah nak kahwin ni. Lebih baik hidup single macam ni, senang. Otak pun tak serabut, kalau ada bini mana nak fikir pasal bini lagi, pasal kerja lagi. Eh, buat semak jelah kepala otak aku,” balas Rasfal petah.
“Kau tak kahwin lagi memang kau cakap macam tu, cubalah kau kahwin nanti. Kerja pun entah ke mana…” balas Atif sambil ketawa lepas.
Rasfal mencebik. Pendiriannya masih utuh. Tak ada perkahwinan dalam masa terdekat ini. Dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Bila berkahwin mesti akan ada anak dan gelaran ayah itu yang tidak mahu disandang oleh Rasfal. Dia tidak suka terikat dengan mana-mana perempuan. Sampai sekarang dia pelik, bagaimana seorang lelaki dan perempuan boleh hidup untuk satu jangka masa yang lama? Tak bosan ke? Soalan itu sentiasa menjengah kotak fikirannya sehingga membuatkan dia nekad tidak mahu berkahwin.
“Aku tak nak kahwin. Biarlah aku single macam ni je sampai bila-bila…” ujar Rasfal.
“Tapi aku rasa kau kena fikir balik tentang ini sebab tak lama lagi kau akan kahwin dengan…Fiona!” ucap Atif tiba-tiba membuatkan Rasfal tersentak.
“Apa yang kau mengarut ni, Atif? Siapalah nakkan si gedik tu?”
“Saya memang berkawan rapat dengan Ras. Buat masa sekarang kami tengah mengenali hati budi masing-masing. Insya-Allah kalau ada jodoh, saya dah bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Bila tiba masanya kami akan umumkan,” Atif membaca secebis ucapan yang terpapar di blog hiburan.
“Apa?!” Rasfal terkejut. Matanya membulat memandang Atif pantas I Phone Atif dirampas lalu berita yang terpapar di skrin I Phone itu dibaca dengan hati yang membahang panas.
“Ini dah melampau! Aku tak pernah pun kawan baik dengan dia, tiba-tiba je minah ni. Saja nak tumpang popularitilah tu.” Bebel Rasfal sambil meraup rambutnya ke belakang.
“Aku rasa kau kena cepat bertindak. Kalau kau biarkan senyap macam ni, ramai pulak yang mengaku kau kawan baik dia. Aku rasa kau kena cepat carikan bakal isteri kau tu,” desak Atif.
Rasfal mengeluh. Lepas satu, satu masalah yang menimpa dirinya. Ke mana lagi dia nak mencari perempuan yang boleh dijadikan isterinya? Selama ini tidak pernah terlintas dalam fikirannya tentang wanita. Hidupnya hanya untuk membina kerjaya. Malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat ini walaupun umurnya sudah menjangkau 29 tahun.
“Aku nak cari dekat mana?” tekan Rasfal lagi.
Atif mengeluh panjang. Tiba-tiba matanya menangkap wajah Citra dan Qammar yang sedang berbual. Ideanya datang tiba-tiba.
“Aku rasa hanya seorang saja yang sesuai untuk menyamar jadi bakal isteri kau…” balas Atif dengan senyuman penuh makna.
“Siapa?” soal Rasfal dengan dahi yang berkerut.
“Citra!” jawab Atif selamba.
Terbeliak mata Rasfal apabila nama Citra disebut lalu dengan pantas dia menggelengkan kepala.
No! Dia tunang oranglah!” bantah Rasfal.
“Baru tunang, bukan isteri orang pun. Kau bayar jelah berapa yang dia nak untuk jadi isteri sementara kau, lepas semua dah reda kau ceraikanlah dia. Kau cakaplah dengan reporter yang kau dan dia tak ada sefahaman. Lepas tu case close!” jawab Atif menghasut.
No way, Atif. Bukan semudah tu…”
“Masa terdesak ni, kita tak payah fikir benda lain. Janji kau terlepas, apa yang berlaku selepas tu, kita fikirkan nanti…” hasut Atif lagi.
Satu keluhan berat dilepaskan daripada celah bibir Rasfal.
“Nantilah aku fikirkan.”

ABANG pun tak tahu nak cari mana lagi duit, Citra. Abang tahu Citra memang perlukan duit tapi abang tak ada duit sebanyak tu,” keluh Qammar sambil meraup wajahnya.
Citra terdiam sejenak. Wajahnya tergambar riak keresahan.
“Citra tahu abang pun nak pakai duit, Citra pun tak tahu nak buat apa sekarang. Bulan depan pembedahan tu dah kena buat. Duit masih tak cukup lagi. Citra nak tengok ibu boleh melihat semula,” balas Citra sebak.
“Citra tak cuba pinjam dengan bos Citra? Tak pun dengan kawan-kawan Citra ke?” soal Qammar lagi.
Citra menggelengkan kepala.
“Citra dah cuba mintak dengan bos tapi bos cakap dia tak dapat nak bagi pinjaman sebanyak tu…kawan-kawan Citra yang lain mana ada yang kaya,” balas Citra lirih.
Dia mematah-matahkan jarinya. Kusut fikirannya saat ini memikirkan duit yang perlu disediakan sebelum bulan depan. Disebabkan itulah dia sanggup untuk bekerja siang dan malam demi untuk mengumpul duit walaupun dia tahu, tak mungkin dia dapat mengumpul duit sebanyak itu dalam masa terdekat ini.
“Berapa banyak duit yang kau orang perlukan?” soal satu suara dari arah belakang menyentakkan kedua insan tersebut.
Qammar dan Citra berpaling. Serta-merta Citra bangun dan menundukkan wajahnya apabila melihat Rasfal berdiri di hadapannya bersama dengan Atif.
“Eh, Atif, bos pun ada. Sorrylah sebab saya jumpa dengan Citra sekejap. Ada hal penting yang nak dibincangkan,” jawab Qammar bagi pihak Citra.
Its okey. Aku dengar kau nak pakai duit, betul ke?” soal Atif bagi pihak Rasfal. Rasfal yang berdiri di sebelah Atif hanya memeluk tubuh.
“Bukan saya, tapi Citra…”
“Abang…” Citra menegur.
Atif memandang wajah Citra yang serba salah sebelum dia memandang wajah Rasfal yang lebih selesa mendiamkan diri. Wajah lelaki itu kelihatan sungguh serius.
“Berapa yang nak pakai?” soal Atif lagi.
“Tiga puluh ribu, encik.” Jawab Citra tergagap-gagap.
“Laa..tiga puluh ribu je? Ras, macam mana?” soal Atif.
Rasfal mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia membiarkan Atif untuk menyelesaikan segalanya. Apa guna ada pengurus kan?
“Bos kita ni boleh pinjamkan tiga puluh ribu pada awak tapi dengan syarat…” ujar Atif sambil tersenyum penuh makna.
“Apa syaratnya, Atif?” soal Qammar ingin tahu.
Atif tersenyum-senyum sambil memandang Rasfal yang tersenyum hambar.
“Esok kau orang berdua jumpa aku. Dekat sini tak sesuai untuk bincangkan perkara ni,” ujar Atif.
Qammar dan Citra hanya mampu menganggukkan kepala. Dalam hatinya turut berdebar-debar menanti apa yang ingin dikatakan oleh Atif.


No comments:

Post a Comment