BLURP:
Dia seorang pelakon terkenal. Dia seorang pengarah terbaik. Dia digilai
ramai wanita, pendek kata dia memang seorang yang popular. Bukan sahaja
kerana kekacakannya malahan kerana kehebatannya di layar perak.
RASFAL HAQEEMI- Seorang pelakon dan pengarah muda yang popular. Semakin
dia popular, semakin banyak kontroversi yang menghimpit. Paling tidak
disangka-sangka dia dikaitkan dengan hubungan sejenis. OMG!Puas Rasfal
Haqeemi menafikan, puas dia cuba menjernihkan suasana tetapi gosip terus
melanda. Fikirannya buntu. Dia harus mencari jalan untuk menyelamatkan
maruah dan kariernya.
“Saya tak halang pun untuk awak berfikir.
Saya tak nak perkahwinan ni jadi disebabkan terpaksa. Saya nak awak rela
hati kahwin dengan saya meskipun hanya sementara.”
CITRA NUR
AFILYA- Namanya tidak seindah hidup yang dilalui. Bermacam-macam dugaan
harus ditempuhi demi ibu tersayang sehingga mengheretnya ke dalam
dilema. Namun, atas dasar pengorbanan demi menyelamatkan ibu yang buta,
Citra telah membuat satu keputusan yang paling besar dalam hidupnya.
Namun, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa tunang tersayang
merelakan dia bersama dengan lelaki lain semata-mata demi duit. Tetapi
atas dasar pengorbanan, Citra turutkan jua.
“Mungkin saya orang
susah jadi senang-senang orang gunakan saya tapi saya tetap ada hati dan
perasaan seperti orang lain. Saya tak minta bos terima saya sebagai
isteri bos tapi cukuplah layan saya sebagai seorang kawan. Apa saya tak
layak ke berkawan dengan orang popular seperti bos?”
Tetapi apa
yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Lakonan demi lakonan yang
diciptakan akhirnya memakan diri. Saat cinta menyapa, rahsia yang
disimpan akhirnya terbongkar. Cinta yang sudah mekar akhirnya layu
kembali. Citra pergi untuk menyelamatkan karier Rasfal. Tetapi bagi
Rasfal, Citra adalah segala-galanya.
Mampukah cinta seorang gadis
biasa dan seorang pelakon dan pengarah popular bersatu? Mampukah
seorang pengarah terbaik mengarah kisah cintanya sendiri? Atau
perpisahan yang akan terus menjadi pilihan mereka.
No comments:
Post a Comment