IAN memarkirkan kereta tidak jauh dari butik
pengantin yang terletak di Damansara. Laki aku yang bertuah
ni pulak bawak kereta sampai sesat. Dah ada cik GPS baru pun,
dia boleh sesat lagi. Bila aku nak tolong, tak nak dengar cakap
pulak. Boleh tahan juga degilnya! Dia ingat jalan raya dekat KL
ni macam dekat London ke?
“Ian, Iman! Lambatnya sampai. Jalan jammed ke?”
sapa Kak Zara dengan mesra sambil bersalaman denganku.
“Jalan tak jammed pun, kak,” jawabku sambil menjeling
ke arah Ian yang mempamerkan riak wajah bersahaja.
“Dah tu? Sesat?”
“Lebih kuranglah,kak.”
“Tak apa, tak apa. Yang penting, korang dah selamat
sampai kat sini. Baju resepsi dah siap. Try dululah untuk final
inspection. Kut-kut ada benda lain nak kena alter before the
big day.”
Kak Zara berlalu ke bahagian belakang untuk
mengambil baju aku dan Ian. Ian sudah mengambil tempat di
atas sofa.
“Iman, boleh try baju dekat fitting room ni. Ajak
darling awak tu sekali!” laung Kak Zara dari jauh.
Aku mencuit bahu Ian kemudian Ian memandangku
dengan kening yang terangkat. Eh, eh, main angkat-angkat
kening pulak! Memanglah aku boleh faham sangat dengan
bahasa isyarat kening dia tu.
“Tak payah nak main angkat-angkat kening. Saya
tak faham, tak boleh nak baca apa yang awak nak cakap. Jom,
Kak Zara dah panggil. Dia suruh kita try baju,” ujarku sambil
menarik kedua-dua belah tangan Ian supaya lelaki tinggi lampai
ini berdiri.
“Now?” soal Ian.
“Tak adalah, next year! Kita datang sini sebab sengaja
nak habiskan masa dan minyak kereta.” Jawapan kurang cerdik
yang paling sesuai diberikan untuk soalan kurang cerdik Ian.
Ian tiba-tiba ketawa. Aku mencebik. Sudahnya tangan
kananku memegang beg tanganku dan tangan kiri menarik
encik suami tercinta yang liat sangat nak berjalan. Sekali
pandang dah macam tengah mengheret anak patung bersaiz
gergasi!
“Nah, ini Iman punya and yang ini Ian punya. Iman,
try to put on the gown dululah sebab tudung sepatutnya tak ada
masalah nak kena alter, kan? Lepas ni kita try pakaikan tudung
pulak,” beritahu kak Zara sambil menghulurkan pakaianku dan
juga pakaian Ian.
Aku berlalu ke sebuah bilik kecil yang tersedia di
bahagian belakang untuk mencuba gaun labuh berwarna
putih susu itu. Tidak lama kemudian, Kak Zara datang dengan
membawa kain tudung yang berwarna serupa.
“Besar sikit ya dekat bahagian pinggang? Iman dah
kuruslah ni,” balas Kak Zara sambil membelek ukuran gaun di
bahagian pinggangku.
“Tak adalah besar sangat, kak. Okey aje ni. Kalau fit
sangat pun, seksa pulak jadinya,” balasku dalam tawa. Takkanlah
aku nak pakai baju macam balut nangka pulak, kan?
“Betul ni tak nak kecikkan sikit bahagian pinggang ni?”
“Betul, Kak Zara. Dah okey ni.”
“Okey. So, sekarang kita try tudung pulak. Yang
tudung ni akak bagi yang tak ada awninglah sebab hari tu Iman
mintak yang tak ada awning, kan?”
Aku angguk sambil mengambil kain tudung dari
pegangan Kak Zara. Aku sangat berpuas hati dengan jahitan
manik dan labuci yang tidak terlalu sarat pada bahagian
hadapan kain tudung. Tak adalah bila pakai nanti aku nampak
macam pokok hiasan bergerak pula.
“On that day, mak andam yang akan tolong pakaikan
tudung ni. Sekarang ni akak nak tunjukkan tudungnya dekat
Iman dulu. Takut nanti tak berkenan pulak,” tambah Kak Zara.
“Saya okey aje, kak. Dah suka sangat dengan tudung
ni. Simple aje. Just nice.” Kak Zara kelihatan tersenyum puas
hati.
Dari butik Kak Zara, aku mengajak Ian ke One Utama
untuk mencari kasut yang sesuai dipakai pada hari Sabtu
nanti. Sebenarnya ada kasut pengantin yang sudah disediakan
mengikut pakej, tetapi aku yang memilih untuk membeli
kasutku sendiri. Lebih selesa rasanya dan boleh jugak dipakai
lagi selepas ini. Bolehlah jugak aku melawa dengan kasut tumit
tinggi berinci-inci datang ke butik nanti.
Usai memarkirkan kereta, kami mengatur langkah
masuk ke dalam pusat membeli-belah ini. Para pengunjung
tidak terlalu ramai kerana hari ini merupakan hari orang bekerja
walaupun masih pada musim cuti sekolah. Aku mengajak Ian
masuk ke dalam sebuah kedai kasut.
“Give me one solid reason on why you need to find
your shoes today? Can’t you do it on any other day?” soal Ian
dengan riak wajah yang berkerut.
“You need to be the ruler. Kan malam esok awak dah
nak balik London. So, by hook or by crook, memang kena
settlekan hal kasut saya ni hari ni jugak,” jawab aku sambil
mataku meliar mencari calon-calon kasut yang sesuai untuk
dijadikan sebagai kasut pengantin. Oh, yang warna putih tu
nampak macam okey.
“Ruler? What ruler?” soal Ian lagi.
“La... ruler la. Ruler kan function dia sebagai alat
pengukur. Takkanlah untuk dimakan pulak.”
Ian masih memandang tepat ke arahku dengan riak
wajah yang masih kelihatan bingung.
“Ruler as in kasut yang saya pilih tu buat saya nampak
a bit tall bila berdiri sebelah awak nanti. Puas hati?”
Ian terus ketawa. Aku tak tahulah mamat ni ketawa
sebab dia faham ataupun dia buat-buat faham. Eh, kalau dia
ketawa, mestilah dia faham, kan? Menyesal pulak aku terangkan
dekat encik mat salih celup ni. Boleh pulak dia gelakkan aku!
“Tak payahlah nak gelak sangat. There’s nothing to be
laughed at,” balasku dengan rasa sebal.
“There is,” balas Ian selamba membuatkan aku rasa
nak ketuk kepala dia dengan kasut tumit tinggi yang sedang
kupegang. Sedang aku berkira-kira untuk mengetuk kepala
encik suami ini dengan kasut tumit tinggi, dua figura manusia
yang tiba-tiba berdiri terpacak di hadapan kami membuatkan
jantungku seakan-akan berhenti berdegup seketika.
“Hai, Iman! What a great surprise to meet you here,”
sapa satu suara garau.
“Assalamualaikum! What an awful surprise to see you
again,” jawabku, sarkastik sambil tersenyum sinis. Aku sempat
menjeling ke arah Dora yang elok memaut lengan kanan Naim
dengan erat. Minah ni memang spesies gam gajah kut. Tak
habis-habis melekat.
“So, ni husband instant you? Kahwin jugak you, ya.
Terbaiklah. You dapat cari pengganti I dengan cepat,” sindir
Naim sambil memandang ke arah Ian yang kini sudah berdiri
di sebelahku.
Amboi, mamat ni! Dah pandai guna I-you la pulak.
Aku sempat memandang wajah Ian. Wajahnya kelihatan
tenang. Ketika ini aku sangat berharap encik mat salih celup
dekat sebelah ni tidak memahami perbualan kami.
“Oh, I lupa pulak nak invite you all. Datanglah to our
wedding this Saturday kalau...” Pasangan kekasih di hadapanku
ini kupandang dengan tajam.
“You all tak malu,” tambahku sinis membuatkan riak
wajah Naim dan Dora berubah.
“Darling, tengok minah ni. Celopar betul mulut dia,”
adu Dora dengan manja sambil menarik-narik lengan Naim.
Aku yang melihat hanya tersenyum sinis. Aku
bukanlah golongan yang sangat menyukai ‘cat fight’ walaupun
berdasarkan ilmu tekwando yang aku ada, aku lebih daripada
mampu untuk berbuat demikian. Cepat-cepat aku beristighfar
dalam hati untuk membuang rasa riak dengan ilmuku yang
tidak seberapa.
“Dik, dekat sini kedai mana ada jual tiang gol?” soalku
kepada seorang pekerja di dalam kedai tersebut. Terkejut budak
lelaki itu mendengar soalanku.
“Tiang gol apa, kak?” soalnya.
“Futsal punya tiang gol ada jual tak?” soalku kembali.
“Rasanya kalau akak try dekat sports centre yang dekat
corner hujung tu, maybe dorang ada jual,” jawabnya.
Aku pantas bangun lalu menarik tangan Ian untuk
keluar dari kedai kasut.
“Where are we going?” soal Ian.
“Nak beli tiang gol untuk hamba Allah depan ni.
Lepas beli, kita main futsal tau. Bolanya dah ada kat depan
mata,” jawabku sambil memandang ke arah Naim. Naim sudah
terkebil-kebil memandangku.
Aku terus menonong keluar dari kedai kasut tersebut
dan Ian yang aku agak sangat bingung bercampur pelik dengan
apa yang berlaku, hanya mengikut langkahku. Aku turun
ke tingkat bawah untuk mencari mesin autopay dan terus
membayar tiket parkir.
“Jom balik rumah.”
“I thought we had to find your shoes.”
“Tak nak. Tak ada mood. Jom balik rumah.”
Ian masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri.
“Then, what shoes are you going to wear for our
reception? ”
“Selipar jepun. Jom balik.”
“Selipar what?”
Haih, ni lagi sorang! Dahlah mamat yang tadi tu dah
mengacau mood aku. Yang encik suami dekat sebelah ni pulak
asyik blur memanjang dari tadi.
“Japanese’s slippers.”
Ambil kau! Direct translation terus aku bagi.
“Oh… The one that they wear with their kimono?”
Aku yang pada mulanya memang tengah geram dan
marah dengan Naim sebentar tadi, tidak dapat menahan tawaku
mendengar ulasan lurus bendul Ian. Hailah, suami aku ni!
“KAK IMAN ni, tak pernah dibuat orang tau,” komen Maya sambil
tangannya ligat menggubah hantaran yang menggunakan tema
warna merah dan putih.
“Tak pernah dibuat apa?” soalku sambil tangan ligat
menyiapkan set hantaran yang menggunakan tema warna hijau
epal dan putih.
“Yalah, bos yang nak kahwin pun busy uruskan hal
butik. Kalau orang lain, dah tak ambil kesah dah. Diri sendiri
pun sibuk dengan preparation sendiri.”
Aku tersenyum mendengar jawapan Maya.
“Sebab orang tak buatlah akak kena buat. Ala, lagipun
reception Sabtu ni dah settle pun persiapannya. Insya-Allah
semua dah okey. Wedding planner tu memang efficient sangat.
So, akak kenalah turun padang siapkan tempahan orang lain
pulak. Orang lain pun nak kahwin jugak. Bila kita dah janji
dengan customer untuk siapkan on certain date, kita kena
fulfill the promise. Barulah business boleh maju. Tak bolehlah
janji kosong aje. Maya pun ada beritahu akak yang kedai kita
kekurangan tenaga pekerja buat masa ni, kan? Akak kenalah
tolong korang. Takkan nak biarkan korang macam tu aje.”
Maya kelihatan tersenyum lebar mendengar ulasanku.
“Tak sangka pulak musim cuti sekolah ni lagi banyak
rezeki yang masuk datang kedai kan, kak?”
“Alhamdulillah, rezeki kita murah. Pada masa yang
sama, kita kena bersyukur kepada Dia Yang Maha Memberi
Rezeki.”
“Alhamdulillah,” ucap Maya pendek.
Perbualan kami terhenti apabila dua orang lelaki yang
sangat kukenali melangkah masuk ke dalam butik. Aku sudah
tersenyum lebar.
“Hah, dah sampai pun our boutique’s saviours!”
balasku gembira.
Aku mengatur langkah ke arah Ian dan angah yang
baru sahaja sampai. Pantas aku menarik kedua-dua lelaki ini ke
meja kerja kami.
“Eh, kenapa ada hubby akak dengan abang akak pulak
ni?” soal Maya.
“Kita kan kekurangan manpower. So akak bawaklah
manpower yang available dekat rumah akak.”
“Wah, terbaiklah akak! Ni sangat rare,” sampuk Nini
yang menghampiri kami dengan membawa bunga-bunga
plastik.
“Memang rare sangat, Nini. Mana ada lawyer
bergabung tenaga dengan arkitek nak buat kerja-kerja butik
pengantin,” balasku dan Nini tersenyum.
“Iman ni suka kan buat kerja-kerja gila macam ni?”
balas angah sambil mengeluh. Ian yang berdiri di sebelahnya
hanya mendiamkan diri.
Semalam, sebaik sahaja kami sampai di rumah selepas
pulang dari One Utama, Ian lebih banyak mendiamkan diri.
Mungkin tidak berani mengusikku yang sememangnya sangat
geram dengan kejadian di One Utama.
“Mana ada kerja gila, angah. Ni namanya kerja nak
menambahkan pahala. Ala, Angah kan free hari ni. Ian pun
still available before nak balik London malam ni. So, kenalah
berbakti untuk masyarakat sikit,” balasku sambil tersengih.
“Banyaklah Iman punya berbakti untuk masyarakat,”
sindir angah.
“So dear, what do we have to do?” soal Ian lalu
mengambil tempat di sebelahku.
“Good question, darl. Hari ni kita ada operasi
menyiapkan set-set hantaran,” jawabku.
“Banyak ke?” soal angah.
“Banyak jugaklah,” jawabku.
“Errr… sorry. What is ‘hantaran’?” soal encik suami
di sebelah. Semua yang ada terus senyap sebelum seperti biasa,
aku menjadi cikgu yang sangat baik hati.
MASING-MASING sibuk dengan kerja sendiri. Suasana di dalam
kedai diceriakan dengan suara radio Fly fm. Agak meriah juga
keadaan di dalam kedai dengan adanya Maya and the gang yang
sememangnya sangat periang. Ada sahaja telatah mereka yang
mencuit hati.
“Awak, bunga tu kena letak dekat sebelah tepi. Tengok
macam contoh yang dah siap ni,” tuturku kepada Ian yang
sedang menggunakan hot glue gun untuk melekatkan bunga
hiasan bakul hantaran yang diperbuat daripada rotan.
“Ya, you’re right.”
Aku sudah ketawa kecil melihat tingkah Ian yang
terkial-kial menghias bakul hantaran tersebut.
“I can include this experience in my resume soon,”
balas Ian sambil melekatkan bunga hiasan tadi.
“What experience?” soalku.
“Doing these kind of stuff.”
Aku ketawa lagi.
“Bila dah siap resume awak tu, bagi kat saya tau.”
“For what?”
“Nak employ awak kerja dekat sini. Nak tak?” usikku
dan Ian hanya ketawa.
“Iman, seriously angah tak ada bakatlah nak hiasmenghias
ni,” sampuk angah.
“Tahu,” jawabku selamba.
“Angah surrender la. Angah lagi rela baca case law
yang berlambak-lambak. Tak pun, revise balik constitution.”
“Dah tu, ingat Iman ni berbakat sangat ke? Dah
bertahun-tahun tengok nombor keluar masuk, tiba-tiba tengok
pasangan pengantin keluar masuk.’’
Angah terus ketawa seronok.
“Angah lupalah yang ada accountant in the house.
Tapi, you’re doing well in this business, frankly speaking.”
“Random kut.”
“Ala Iman, random things happen for a reason. Kan
Allah tu Maha Mengetahui,” balas angah penuh makna.
Menjelang asar, aku, Ian dan angah meminta diri
untuk pulang. Aku perlu menghantar Ian ke airport pada
malam ini. Yang lagi bertuahnya laki aku ni, dia tak kemaskan
barang-barang dia lagi. Bila aku tanya kenapa, selamba sahaja
dia menjawab yang itu menjadi tugas aku. Amboi, amboi... dia
ni! Nak balas dendam ke apa ?
No comments:
Post a Comment