DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 22 June 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 12

BILIK tidurku yang sebelum ini kurasakan sangat
luas, tiba-tiba terasa sempit pada malam ini. Sebab apa? Sebab
dah ada rakan sebilik baru mulai malam ni. Leceh betullah!
Dah tak boleh nak melompat-lompat di dalam bilik sendiri. Tak
boleh nak bergolek-golek. Tak boleh nak tidur ikut suka hati.
Tak boleh nak buat itu dan tak boleh nak buat ini.
Anak mataku yang sedari tadi memerhatikan tingkah
laku Ian yang sedang bersolat isyak, kini kembali menatap muka
surat yang sama novel karya Dan Brown. Konon-kononnya nak
membacalah sangat. Memang membaca tetapi benda lain yang
aku baca.
“Where am I going to sleep?” soal Ian tanpa nada.
Selesai urusan perjanjian tadi, angin monsun timur laut dia
melanda dengan teruk.
“Bawah ni.” Aku menunjukkan tilam air yang terletak
di bawah.
“Why do I have to sleep here and you get to sleep on
the bed?” soal Ian tidak puas hati.
“My room, my rules,” jawabku selamba.
Kulit wajah Ian yang sememangnya putih kemerahan
menjadi bertambah merah.
“Eh, muka awak jadi merahlah. Panas, eh? Saya on air
cond, ya,” usikku.
“No need.”
“Ala, merajuklah pulak,” gumamku perlahan dan cuba
menyembunyikan senyumanku.
“Pardon?”
Eh, dia dengar ke tadi? soal aku dalam hati.
“Amani, I am going back to England this Tuesday,”
beritahu Ian tiba-tiba.
“Hah?” Aku yang tadinya sedang berbaring sambil
membaca, terus terduduk. Novel aku sudah jatuh ke bawah
katil.
“Kenapa pulak? Kan kenduri untuk sebelah awak akan
dibuat this coming Saturday?” soalku. Nasib baik aku dah buat
perjanjian dengan mamat ni awal-awal. Aku dah boleh agak dia
ni mesti nak cabut lari punya!
“I still have a few things to be settled, especially the
architecture firm. Don’t worry... I’ll be back a day before our
wedding reception,” jawab Ian sambil memandang tepat ke arah
wajahku.
“Kalau awak tak balik jugak?” soalku lagi. Aku waswas
sebenarnya dengan dia ni.
Ian tiba-tiba tersenyum. Buang tabiat ke apa dia ni?
Aku pulak yang rasa seram sejuk.
“Then, do you want to follow me?”
Pantas aku menggeleng. Tak nak aku!
“You have my word. I am coming back. I won’t run
away.”
Aku senyap. Nak buat macam mana? Takkan aku nak
menjerit tak bagi mamat ni balik pulak, kan? Aku kembali
berbaring sambil menyambung bacaanku. Kemudian aku lihat
Ian sudah merebahkan badannya. Suasana di dalam bilik terus
senyap. Ian sudah tidur agaknya.
Aku terkejut apabila buku aku ditarik. Aku ingin
bangun tetapi kepala terus berlaga dengan kepala Ian.
“Awak ni kenapa? Sleep walking ke apa?” marahku
sambil menggosok-gosok kepala sendiri yang terasa sakit.
“I can’t sleep,” jawab Ian. Aku sudah membulatkan
mata.
“So, what do you want me to do? Sing you a lullaby?”
sindirku. Laki aku ni memanglah buat lawak antarabangsa
tengah-tengah malam ni.
“Tolong teman tengok TV.”
“Hah? Apa dia?” Aku salah dengar ke? Betul kan mat
salih celup ni cakap bahasa Melayu?
“Tolong teman tengok TV.” Ulang Ian satu per satu.
Aku terus ketawa menyebabkan wajah Ian menjadi
merah.
“Okey, okey. Jom.”
Memang kami ini pasangan pengantin baru yang paling
kelakar kut. Ada ke tengah-tengah malam pengantin baru
tengok televisyen. Haih, memang buat rancangan Maharaja
Lawak betul!
“Awak memang selalu tidur lambat, ya?” soalku sambil
anak mata terpaku pada filem Pirates of the Carribean yang
diulang tayang kembali.
“Yup.”
“Kenapa? Banyak kerja ke?”
Aku pelik. Nak cakap banyak kerja, Ian bukannya start
bekerja di sini lagi.
“Nope. Jet lag I guess. I can’t adapt to the changing
time zones.”
Haah. Betul jugak! Kan waktu dekat UK lambat tujuh
jam dari Malaysia. Aku teringat sewaktu aku belajar dahulu,
ada seorang kawan serumah denganku, selepas lebih sebulan
barulah jet lag dia hilang.
Keadaan kembali sunyi sepi. Tambahan pula ahli
keluarga yang lain sudah tidur kerana kepenatan menguruskan
persiapan kenduri. Aku sendiri sebenarnya sudah penat dan
terasa sangat mengantuk. Cuma encik suami yang dekat sebelah
ni masih segar-bugar.
“Nanti bila awak dah nak masuk tidur, kejutkan saya
tau,” pesanku.
“Sorry?”
Haih, susah cakap dengan mat salih celup ni.
“If you’re done watching TV, please wake me up.”
“Oh, alright.”
Aku mula memejamkan mata dalam keadaan duduk di
atas sofa. Tidak lama kemudian, aku sudah tidak sedar apa-apa.
TELINGAKU MENANGKAP laungan azan subuh dari masjid
berdekatan. Aku terus duduk dan sepasang mataku mencari
jam dinding bilik tidurku. Eh, tak ada pulak jam ni. Takkan dah
lari pulak?
Kejap! Ni bukan bilik tidur aku! Aku mengerling ke
sebelah dan kelihatan Ian sudah tertidur dalam keadaan duduk.
Televisyen di ruang tamu masih terpasang. Aku jadi bingung
seketika.
Ya Allah, rupa-rupanya aku tidur atas riba mamat ni!
Eh, tapi malam tadi aku tidur duduk. Aku sangat pasti! Sebelum
satu rumah bangun dan terkejut tengok kami berdua, baik aku
masuk bilik. Aku terus bangun dan cepat-cepat ingin masuk
ke dalam bilik tetapi berpatah semula ke ruang tamu. Macam
manalah aku boleh lupa nak kejutkan encik suami sendiri?
omel aku dalam hati.
AKU YANG masih ‘bercuti’ kerana tidak boleh solat, mula
membaca Mathurat sementara Ian menunaikan solat subuh.
Usai solat subuh, Ian merebahkan tubuh di atas tilam air lalu
menyambung tidurnya. Aku yang menjadi pemerhati hanya
menggelengkan kepala.
“Tidur lepas subuh tak elok. Nanti rezeki lari,” tuturku
sambil menarik selimutnya.
“Hah?”
Haih, susahnya nak berkomunikasi. Sudahnya aku
meninggalkan Ian yang mahu menyambung tidurnya kemudian
turun ke tingkat bawah. Kelihatan mama sedang menyapu
laman rumah yang agak berselerak.
“Eh, Iman! Dah bangun ke?” sapa mama sambil
tersenyum.
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Ian mana?” soal mama.
“Kat atas, sambung tidur balik,” jawabku.
“Yalah, mestilah dia penat tu. Dahlah baru sampai dari
England, terus sibuk dengan kenduri. Lepas tu, time zon untuk
dia tidur lain pulak tu.”
“Pagi ni kita nak buat breakfast apa, mama?”
“Kita buat nasi gorenglah kut. Nasi putih semalam
banyak betul lebihnya. Biar berat sikit breakfast pagi ni sebab
family mak ngah dengan mak long nak balik dah. Boleh buat
alas perut.”
“Iman pergi dapur dululah kalau macam tu.”
“Elok jugaklah tu. Rasanya mak ngah dengan mak
long dah ada kat dapur tu. Boleh jugak Iman tolong apa-apa
yang patut.’’
Aku mengatur langkah ke dapur dan kelihatan mak
ngah dan mak long sedang menyediakan bahan-bahan untuk
memasak.
“Iman, awalnya pengantin baru kita ni turun!” usik
mak long.
Aku hanya tersenyum.
“Mama kata pagi ni kita nak masak nasi goreng,”
balasku lalu mencapai pisau di tepi singki untuk memotong
lobak merah.
“Haah. Ala Iman, Iman duduk rehat ajelah. Takkan
mak ngah dengan mak long nak buli pengantin baru pulak,”
tambah mak ngah lalu mengambil pisau yang aku pegang.
“Ala mak ngah, bukannya susah pun.”
“Dah, dah, jangan degil. Bukan selalu boleh dapat
layanan tuan puteri ni tau. Boleh dapat bila Iman baru kahwin
aje. Layanan sekali seumur hidup aje tau.” Aku sudah tergelak
kecil.
Akhirnya aku hanya duduk di atas kerusi sambil
berbual-bual dengan ibu saudaraku ini. Selesai memasak, aku
membantu untuk menghidangkan sarapan pagi di atas meja
makan.
“Iman, Iman tolong ambil pinggan lebih dalam kabinet
boleh?” pinta mama.
“Kabinet yang mana satu?” soal aku.
“Yang sebelah fridge tu. Tapi tinggi sikitlah. Mama nak
mintak tolong angah, tapi dia tak bangun lagi pulak.”
“Tak apalah, mama. Biar Iman ambilkan.”
Aku berlalu ke dapur lalu membuka pintu kabinet
yang agak tinggi sedikit untuk mengambil pinggan. Aku cuba
mencapai pinggan tersebut tetapi tidak berjaya.
Isy, susah betul jadi orang yang tak cukup tinggi ni.
Aku cuba pula menjengketkan kedua-dua belah kaki untuk
mengambil pinggan-pinggan tersebut.
Tiba-tiba ada sepasang tangan lain yang muncul
di belakang aku lalu terus mengambil pinggan-pinggan
tersebut dengan mudah. Agaknya angah dah bangun kut. Aku
memusingkan badan dan Ian sedang merenung aku dengan
tajam. Eh, bila masa mamat ni bangun?
“Why don’t you ask someone who is tall enough to get
those plates for you?” soal Ian dengan dingin.
“Pagi-pagi macam ni tak elok bergaduh. Nanti rezeki
tak masuk. Kalau nak gaduh jugak, tunggu tengah hari nanti,
ya. Thanks!” balas aku selamba lalu mengambil pingganpinggan
tersebut dari pegangan Ian.
Aku ke ruang makan dan ketika itu sudah ramai
ahli keluarga lain yang sudah berkumpul. Suasana agak riuh
seketika. Ian datang dari dapur lalu mengambil tempat di
sebelahku.
“Nak coffee or tea?” soal aku kepada Ian. Dia
menggeleng. Tangan kanannya sudah memegang teko plastik
yang mengandungi air basuh tangan dan tangan kiri sudah
memegang gelas kosong. Takkanlah mamat ni nak…
“ Awak nak buat apa ni?” soal aku sambil berbisik.
“I want to drink plain water,” jawab Ian.
“Itu air basuh tanganlah,” jawabku cuba menahan
gelak.
Kulit wajah Ian terus berubah menjadi merah padam.
Aku terus mengalihkan wajahku ke arah lain. Terasa mahu
ketawa sekuat hati tetapi dalam masa yang sama, terasa kasihan
pula melihat riak wajah Ian yang terkebil-kebil itu.
“Iman, Iman,” panggil angah yang duduk di sebelah
kiriku sambil menyiku pinggangku.
“Apa main siku-siku ni?” balasku geram.
“Ian mengaduh sakit pinggang, sakit leher. Korang
buat apa malam tadi?” soal angah sambil tersengih.
“Mana ada buat apa-apa,” jawabku. Isy, abang aku yang
sorang ni! Pagi-pagi macam ni dah tanya soalan macam ni. Otak
dia ni mesti kena rendam dengan Clorox supaya putih suci.
“Yalah tu.” Angah sudah tersengih nakal.
“Otak tu kan, memang kena rendam dengan Clorox
mama tau. Kalau tak putih lagi, memang kena hantar pergi
dobi. Gatal!” Aku ketuk kepala angah dengan sudu yang berada
di tangan aku.
“Mama, tengok Iman ni. Ada ke dia ketuk kepala angah
dengan sudu,” adu angah.
“Angah ni yang cari pasal dulu. Lepas tu nak salahkan
Iman pulak,” adu aku pula.
“Korang ni tak sudah-sudahnya nak bergaduh.
Depan rezeki pun nak bertekak jugak ke?” tegur mama sambil
menggeleng.
“Ian, watch out tau. Iman ni memang suka ketuk kepala
orang dengan barang,” ucap angah. Ian hanya tersenyum.
“Iman, what is the meaning of ketuk?” soal Ian
kepadaku sambil berbisik.
Aku sudah menepuk dahi. Haih, laki aku ni la!
PAGI ISNIN itu aku dan Ian menerima panggilan daripada umi
Ian. Umi meminta agar kami berdua ke rumahnya.
“Iman, Ian, nanti kirim salam dekat umi korang, ya,”
pesan mama.
“Insya-Allah, mama. Betul ni mama tak nak ikut
sekali?” soalku.
Mama hanya menggeleng sambil tersenyum. Lagipun
selepas ini mama dan papa ingin ke rumah along.
“How do we get to umi’s house?” soal Ian yang
kelihatan agak bingung sambil memerhatikan aku yang sedang
menyarung flats.
“By car. Isn’t is obvious?” Soalan Ian kubalas dengan
soalan juga. Mat salih celup ni, pagi-pagi indah ni dah tanya
soalan lawak.
Aku mengeluarkan kunci kereta lalu mengatur langkah
ke arah kereta Mini Cooper merah yang terparkir di garaj.
“Get into the car,” ujarku sambil membuka pintu
pemandu.
Tiba-tiba Ian menghulurkan tapak tangan kanannya ke
arahku.
“Apa?” soalku pelik.
“Car key,” jawab Ian.
“Kenapa pulak?” soalku lagi.
“Let me drive. I don’t really trust your driving skills,
especially the parking part.”
Aku mendengus. Mesti dia menyindir aku tu. Mentangmentanglah
sebelum ni dia pernah tolong parkirkan Honda
CRV angah yang lagi besar daripada Cik Mini aku ni. Dengan
separuh rela, aku menghulurkan kunci kereta kepada Ian lalu
mengambil tempat di sebelah pemandu.
“But you need to help me with the directions. I’m not
so familiar with the road, at least for now,” beritahu Ian.
Pulak dah! Macam-macam hal!
Kedatangan aku dan Ian disambut dengan riang oleh
umi dan walid yang sedang berkebun di luar. Sweet sungguh
aku tengok ibu bapa mentua aku ni.
“Mama kirim salam, umi,” beritahuku sambil bersalam
dengan umi.
“Kenapa tak ikut sekali?” soal umi.
“Mama nak temankan Kak Nisa. Kak Nisa tu tengah
menunggu masa nak deliver aje. Along pulak hari ni kena turun
Seremban,” jawabku.
“Semalam wedding planner tu call umi. Dia minta
ambil baju korang hari ni. Nak fitting baju lagi sekali. Kalau
dah okey, terus boleh ambil,” balas umi.
“Oh, haah. Mestilah kena settlekan hari ni sebab esok
Ian nak balik London.”
“Itulah, Ian ada beritahu umi. Umi pun hairanlah
dengan dia, takkan hal kat sana tak settle-settle lagi? Asyik nak
kena ulang-alik banyak kali.” Aku terus memandang Ian yang
sedang berbual dengan walid.
“Adalah tu hal yang tak settle lagi. Lagipun kan Ian
memang dah lama sangat duduk dekat sana. Bila nak pindah
balik sini, mesti macam-macam hal yang Ian kena uruskan.”
Aku memandang wajah lembut umi sambil tersenyum.
Sebenarnya aku nak menyedapkan hati sendiri. Takut jugak
kalau Ian betul-betul tak balik sini.
“Iman tak ikut sekali ke? Boleh jalan-jalan dekat sana.”
“Tak, umi. Sebab Iman pun kena pergi butik esok.
Weekend ni pun ramai orang nak kahwin, jadi kitorang pun
sibuk sangat. Iman kena jugak turun padang sebab kesianlah
pulak dekat dorang yang dekat butik tu.”
Umi kelihatan mengangguk-angguk sambil membelek
pokok bunga orkidnya. Aku berbual-bual sebentar dengan umi
sehinggalah Ian mengajak aku untuk ke Damansara. Kami
perlu berjumpa dengan wedding planner dan mengambil baju
untuk majlis resepsi nanti.
“Disebabkan saya penat mulut kena jadi GPS hidup
awak, jadi kita kena mintak bantuan Wonderpets,” tuturku
sewaktu aku dan Ian sudah berada di dalam kereta.
“Wonderpets?” soal Ian.
Aku mengangguk lalu mengeluarkan iPhone 4s yang
merupakan barangan hantaran daripada Ian. Aplikasi GPS aku
hidupkan lalu aku letakkan di atas dashboard. GPS yang lama
sudah rosak. Patutlah cik GPS tu asyik membuatkan aku sesat
jalan sahaja.
“Yalah, Wonderpets kan sentiasa menyelamatkan
binatang yang dalam kesusahan. So, GPS yang selalu
menyelamatkan orang yang sesat ni, sama jugaklah macam
Wonderpets,” jawabku bersahaja.
Tiba-tiba Ian ketawa sehingga merah wajahnya.
“What’s so funny?” soalku.
“You.”
Aku mengerutkan dahi.
“Huh?”
“Cartoon overdose.”
Ian masih lagi ketawa. Aku sudah menggigit bibir.
Amboi, seronok betul gelakkan aku.
“Cepatlah jalan. Nanti jalan jammed. Gelak banyakEncik
banyak nanti ilmu keluar.”
“I’m not a student anymore. So, no need to worry.”
Isy, dia ni. Dah pandai menjawablah pulak!

No comments:

Post a Comment