DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday, 24 June 2016

Perangkap Dua Hati - Bab 2

TASIK yang di hadapannya sungguh
mendamaikan. Sedamai hatinya pada saat itu. Nuh Qays
mengukir senyuman kepuasan, apa yang diharapkannya
benar-benar menjadi kenyataan. Semuanya bagaikan
memihak padanya kini, tidak sia-sia dia mengekori Qisya
Zulaikha akibat ternampak kelibat wanita itu dua bulan yang
lalu, akhirnya menemukan dia dengan jalan yang lebih
mudah lagi bila mengetahui syarikat itu memerlukan
seseorang bagi jawatan ketua pemasaran yang mana itu
adalah bidang kemahirannya.
Nama Qisya Zulaikha tidak pernah luput daripada
ingatannya apatah lagi seraut wajah yang mulus itu. Wanita
itu bagaikan terkejut bila nampak dirinya tadi. Pastinya Qisya
Zulaikha masih mengingati dirinya. Mana tidaknya, dia
adalah kembar Nur Qairina, kembar tidak seiras. Wanita yang
pernah mencemuh dan menampar Qisya Zulaikha di saatsaat
akhir pengajian mereka. Hanya tinggal beberapa minggu
saja lagi Nuh Qays mahu menamatkan pengajian di peringkat
degree manakala Qisya Zulaikha mahu menamatkan
diplomanya. Tapi wanita itu nampak sangat cantik, melalui
cara dia memakai hijab itu sangat unik. Bukankah wanita itu
sudah cantik dari dulu lagi? Nuh Qays menguntum
senyuman.
“Kau cakap dengan siapa tadi?” tanya Nuh Qays bila
melihat Izdiyad cuba menghalang perjalanan seorang gadis
sebelum dia menghampiri. Dan gadis itu adalah Qisya
Zulaikha yang membuatkan dia ingin tahu apa yang cuba
Izdiyad bualkan.
“Budak secretary tu... Dia nak berkenalan dengan
aku.” Dengan gaya yang berlagak, Izdiyad menjawab soalan
Nuh Qays.
“Biar betul? Bukan kau ke yang halang dia tadi. Aku
tak buta Diyad.” Sinis senyuman yang dilemparkan Nuh
Qays. Bukan dia tidak kenal dengan perangai kasanova
Izdiyad itu yang merangkap kawan baiknya sendiri.
“Hey! See the leg la kawan... Aku main-main saja
tadi tapi yang penting, dia yang nak kenal dengan aku. Aku
apa lagi, bagi greenlight la.” Angkuh sungguh bicara Izdiyad
sambil menunjukkan kakinya. Pandangan yang Nuh Qays
lemparkan padanya membuatkan Izdiyad tidak selesa, dia
tahu bahawa Nuh Qays tidak mempercayai kata-katanya.
“Asal kau tengok aku macam tu Nuh? Kau tak
percayakan aku ke?”
“Kurang percaya... Aku kenal kau dah lama Diyad.
Nampak sangat budak tu tak selesa bila bercakap dengan
kau.”
“Asal kau ni? Kau ingat perempuan yang macam tu
tak berani ke nak approach? Jangan pandang luaran saja bro.
Aku yang bercakap dengan dia tadi, jadi aku tahulah. Kau
cuma tengok saja tapi tak tahu jalan cerita yang sebenar.”
Malas mahu memanjangkan cerita, Nuh Qays cuba menutup
cerita tentang Qisya Zulaikha.
“Jangan sampai Rina tahu sudahlah... Kau bukan
tak kenal dengan perangai dia tu. Jomlah pi kafe.”
Kenangan itu menerjah semula di ingatannya.
Kenangan yang membuatkan dia semakin berubah daripada
seorang yang tidak suka ambil tahu hal orang lain, menjadi
seorang yang ambil berat tentang cerita seseorang dan
seseorang itu adalah... Qisya Zulaikha.
“LAMBATNYA kau? Rina ni hah dah membebel,” rungut
Izdiyad pada Nuh Qays sebaik saja Nuh Qays melabuhkan
punggungnya di kerusi bersebelahan dengan kembarnya.
Qairina menjeling, geram melihat Nuh Qays yang
selamba itu. Tidak ada rasa bersalah langsung! Lenguh dia
menunggu Nuh Qays.
“Sorry Kaka... Aku ada hal tadi.”
“Kenapa tak bagitahu? Aku call kau tapi phone kau
tutup.”
“Bagilah aku order kejap. Ini tak, nak sembur aje
kerja dia.” Tanpa menghiraukan muncung Qairina, Nuh Qays
memesan minum petangnya.
“So apa hal nak jumpa aku ni?” Tanya Nuh Qays
sambil menyandarkan badannya.
“Aku nak kau kerja dengan aku, Nuh. Rina pun dah
setuju.” Izdiyad memulakan bicaranya. Nuh Qays tidak
terkejut dengan kata-kata Izdiyad itu. Dia sudah
menjangkakan. Pasti ini rancangan Qairina.
“Sorrylah bro. Aku tak dapat nak terima tawaran
kau tu. Anyway thanks, aku hargai tawaran kau.”
Terkejut Qairina dengan jawapan Nuh Qays. “Abang
ni kenapa? Kan sekarang ni abang belum dapat kerja. Dah
elok pun Diyad offer. Dah tiga bulan kau menganggur abang,
macam tak ada manfaat pun sijil master kau tu.”
Nasib baik Qairina ini kembarnya, kalau tidak,
sudah lama Qairina mendengar tempikannya. Mulut tak
berlapik bila bercakap!
“Ini sebab aku dah dapat kerja. So aku dah sain
kontrak, rasanya aku tak patut nak terima tawaran lain.”
“Kenapa kau tak bagitahu aku, Nuh? Kalau aku
tahu, aku offer kau lebih awal lagi. Aku ingatkan kau nak rest
dulu after balik master ni. Papa aku pun nak kau kerja
dengan kita orang.”
Nuh Qays memandang Izdiyad, mungkin bukan
Qairina saja yang berharap agar dia bekerja di syarikat papa
Izdiyad.
“Maaflah Diyad.”
“Tak apa Nuh. Nak buat macam mana. So kau kerja
dekat mana ni? Bila start?” Izdiyad cuba menceriakan
wajahnya walaupun dia agak kecewa bila Nuh Qays menolak
tawarannya. Semua ini bukan hanya sebab Qairina yang
meminta supaya Nuh Qays diambil bekerja dengannya tapi
semua ini juga disebabkan dengan kemahuannya sendiri. Dia
yakin Nuh Qays seorang yang berdedikasi. Kalau tidak,
masakan Nuh boleh menjadi ketua pelajar ketika mereka
sama-sama menuntut di universiti dulu.
“Syarikat Bina Perdana. Insya-Allah, esok aku dah
mula kerja.”
“What?! So means kau dah lama apply kerja ni?
Kenapa kau tak bagitahu aku?”
Nuh Qays memandang pelik adik kembarnya itu.
Hairan betul dengan perangai panas baran Qairina.
“Hei kenapa pulak ni? What’s wrong with you,
Kaka? Perlu ke semua perkara nak dihebohkan dekat kau.
Pleaselah!”
“Kau tu yang syok sendiri! Langsung tak bincang
dengan aku dulu. Bila dah terikat, baru nak bagitahu. Hish!”
Qairina menyandar dengan kasar seraya memeluk tubuh.
Perangai Qairina ini tidak berubah langsung!
Geram betul Nuh Qays. Bukan dia tidak tahu niat sebenar
Qairina itu. Dia juga hairan, adakah Qairina benar-benar
mencintai Izdiyad atau hanya menginginkan harta lelaki itu.
Dengan Izdiyad, boleh pula dia berlembut tidak kira dari segi
sikap mahupun suara. Lagipun, bukan dia tidak pernah
menasihati Izdiyad supaya berfikir sedalam-dalamnya tentang
hubungan lelaki itu dengan Qairina.
Oh ya! Izdiyad juga rasa tersepit. Tersepit kerana
ibu bapa Izdiyad menyukai Qairina dan menginginkan
Qairina untuk menjadi menantu mereka. Pandai betul
Qairina mengambil hati orang tua Izdiyad kalau tidak, sudah
lama Qairina ditinggalkan. Tapi dengan kembar sendiri tidak
pula dilayan sebegitu ia ibarat musuh. Jarang sekali mahu
menerima pendapatnya.
“Dengar tak ni?!” Nuh Qays hampir saja tersentak
dengan jeritan kecil Qairina itu.
“Rina! I tak suka la you cakap macam ni. Cuba
cakap elok-elok sikit dengan Nuh,” tegur Izdiyad. TergelengFarisya
geleng kepalanya dengan perangai Qairina itu. Qairina terus
terdiam. Nanti tidak pasal-pasal pula dia bergaduh dengan
Izdiyad.
“I nak ke wash-room kejap.” Sebelum Qairina
berlalu, dia sempat menjeling Nuh Qays. Rasa membuak
marahnya dengan sikap Nuh Qays endah tak endah itu.
“Susah betul korang ni... Makin teruk pula aku
tengok kau dengan Rina tu.” Izdiyad menoleh sekali lagi
untuk memastikan kelibat Qairina sudah tiada.
“Entah la Diyad... Nak kata tak ada akal, elok-elok
terletak dalam kepala otak dia tu. Cuma kau saja yang tahan
dengan dia.”
“Kau pun tahukan tentang situasi aku. As you
know, selagi dia tak buat hal dengan perempuan-perempuan
yang aku jumpa, aku tak kisah. Mungkin dia fikir aku tak
serius mana pun dengan perempuan tu semua tapi... Kalau
dengan...” Terhenti terus bicara Izdiyad. Dia tidak mahu Nuh
Qays tahu tentang ini semua. Biarlah ia tersimpan kemas
dihatinya.
“Dengan siapa Diyad? Kau ada orang lain ke
sekarang ni?”
“Tak adalah... Aku acah aje.” Nuh Qays hanya
menjongket bahu, mungkin benar Izdiyad tidak serius
dengan kata-katanya tadi.
Tiba-tiba pula Izdiyad terkenangkan seseorang. Jika
seseorang itu ada ketika ini pasti kejadian dulu itu akan
terjadi semula. Kadangkala dia hairan dengan Qairina,
dengan orang lain, wanita itu tidak akan melenting habishabisan
tapi dengan seseorang itu, Qairina akan marah
dengan semahunya. Benarkah ada cinta pada seseorang itu?
Walaupun banyak wanita yang berdamping dengannya
termasuklah Qairina namun seseorang itu membuatkan dia
terasa sesuatu. Mungkin sesuatu yang indah.
Nuh Qays malas mahu ambil tahu tentang cerita
yang dibualkan pasangan kekasih di hadapannya ini.
Sekarang dia mahu membuat strategi, strategi dalam semua
perkara. Rasa teruja pula dia hendak memulakan tugasan
esok. Sudah pasti dia akan selalu nampak kelibat Qisya
Zulaikha walaupun bukan di tingkat yang sama. Terkenang
kembali wajah wanita itu, cantik! Kenapa bukan Qisya
Zulaikha yang menjadi setiausahanya? Tapi tidak mengapa...
setiausahanya kini adalah sepupu Qisya Zulaikha. Jadi
daripada Afiah saja dia bertanyakan lebih lanjut mengenai
kisah Qisya Zulaikha sepanjang ketiadaanya di Malaysia.

No comments:

Post a Comment