DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday, 24 June 2016

Perangkap Dua Hati - Bab 1

“IKHA, kau ada dengar tak, ada ketua
pemasaran yang baru? Kan Encik Sufi dah bersara... Aku
dengar daripada Roslan tadi. Dia hantar surat dekat atas then
dia nampak mamat tu. Menggedik la Si Peah lepas ni.
Handsome aku dengar mamat tu.”
Ifa dengan teruja bercerita tentang ketua
pemasaran yang baru. Ifa merupakan kerani kewangan di
bahagian pemasaran dan Qisya Zulaikha sememangnya tahu
bahawa Ifa tidak sebulu dengan sepupunya, Nadia Afiah.
“Tak tahu pula aku Ifa. Tak kisah la, handsome ke,
tak handsome ke, janji kita buat kerja kita. Aku malas nak
ambil peduli semua tu. Lagipun ketua pemasaran tu
bukannya bos aku. Bos aku Encik Kamal. Kita pun bukannya
di tingkat yang sama.”
Qisya Zulaikha menyambung semula kerjanya. Di
dalam syarikat ini, Ifa adalah teman yang paling rapat selama
dia bekerja di syarikat ini berbanding dengan sepupunya yang
juga bekerja sebagai setiausaha di bahagian pemasaran.
Sudah tiga tahun dia bekerja sebagai setiausaha Encik Kamal
dan dia amat selesa dengan suasana tempat kerjanya itu.
“Hish! kau ni... Boring betul la. Aku nak sangat
tengok mamat tu. Untunglah Si Peah, selalu menghadap
mamat tu.”
“Alah... Tak lama lagi, dapatlah kau tengok mamat
tu. Kau kan di bahagian yang sama dengan dia. Hari-hari kut
dapat jumpa dia.”
“Malaslah! Sebelum nampak mamat tu, muka Si
Peah tu dulu yang aku kena hadap. Itu yang aku tak nak.
Menyampah adalah.” Terkumat-kamit mulut Ifa bila
menyebut nama Afiah. Nampak benar tidak suka dengan
sepupunya itu.
“Dahlah kau ni... Peah tu sepupu aku tau. Baik
buruk dia pun dia tetap sepupu aku. Kita orang tak ada siapa
lagi melainkan mak su.”
“Tapi dengan kau sekali dia menyombong Ikha.
Nasib kau la dapat sepupu macam dia tu. Dahlah tinggal
serumah. Kalau aku, naik kematu badan aku ni bila berdepan
dengan dia yang berlagak nak mampus tu.” Qisya Zulaikha
hanya mampu tersenyum mendengar bebelan daripada ifa.
Entah sampai bila hubungannya dengan Afiah akan
berterusan sebegini. Bertegur hanya perlu, itu pun harus
mendengar kata sindiran daripada Afiah. Jika dia tidak
mengenangkan mak su, pasti sudah lama dia berpindah ke
tempat lain.
Deringan telefon membuatkan Ifa dan Qisya
Zulaikha menoleh serentak. Cepat tangan Qisya Zulaikha
mengangkat ganggangan telefon yang berhampiran
dengannya. Sebelum sempat dia bersuara, suara di hujung
sana sudah berkumandang.
“Zulaikha, tolong bawakan dokumen yang ada di
atas meja saya. Saya tunggu awak di bilik meeting bahagian
pemasaran ya.”
“Baik Encik Kamal. Saya datang segera,” jawab
Qisya Zulaikha pantas. Pasti ketuanya itu sangat memerlukan
dokumen itu. Daripada nada suara saja, Qisya Zulaikha sudah
faham dengan kemahuan ketuanya itu.
“Aik..? Tak salam, tak apa, terus terima arahan,
Ikha. Dahsyat betul bos kau tu.” Ifa sempat lagi menyindir
dirinya. Dia tidak kisah pun dengan apa yang Ifa katakan.
Baginya semua itu hanya sekadar gurauan.
“Dia nak cepat la Ifa. Aku tak kisah pun. Yang
penting orang tua tu baik. Jomlah sama-sama kita naik atas.
Dia suruh aku hantar ke bilik meeting bahagian kau ni. Ini
yang aku malas ni.”
Cepat saja Qisya Zulaikha masuk ke bilik Encik
Kamal dan mengambil dokumen yang ada di atas meja lelaki
itu. Sebenarnya dia memang tidak suka naik ke tingkat atas
iaitu di bahagian pemasaran kerana dia tidak mahu
berhadapan dengan Afiah. Sebab itulah Ifa yang selalu datang
ke tempatnya, di bahagian pentadbiran.
“Jom Ifa,” ajak Qisya Zulaikha sambil menarik
lengan teman baiknya itu.
Nasib baik Ifa ada bersamanya. Tidaklah dia kekok
bila berhadapan dengan Afiah. Pasti akan ada jelingan yang
diberikan oleh sepupunya itu.
Sampai di bahagian pemasaran, Qisya Zulaikha
terus menuju ke bilik meeting dan Ifa sudah pun kembali ke
tempat kerjanya. Sempat matanya meliar mencari kelibat
Afiah tapi tidak ada. ‘Takkan dia pun ada dalam bilik meeting
juga?’ detik hati Qisya Zulaikha.
Qisya Zulaikha mengetuk pintu bilik mesyuarat.
Entah kenapa, hatinya berdebar-debar tatkala ini.
“Masuk,” laung seseorang dari dalam. Pastinya itu
adalah Tuan Haji Yusuf, pemilik Syarikat Bina Perdana.
“Assalamualaikum.”
“Walaikumsalam Zulaikha. Masuk, masuk.” Ramah
Tuan Haji Yusuf mempelawanya masuk. Mata Qisya Zulaikha
melihat beberapa orang yang ada di situ termasuk dengan
Afiah yang merenungnya bagaikan orang yang tidak berpuas
hati saja. Hanya seorang saja lelaki yang dia tidak tahu siapa,
lelaki yang membelakanginya.
“Saya nak serahkan dokumen yang Encik Kamal
minta tadi.”
“Oh ya, Zulaikha. Serahkan pada Encik Nuh. Dia
adalah ketua pemasaran yang baru menggantikan Encik Sufi.
Esok dia officially memegang title tu. Hari ni cuma nak
explain saja dulu kerja-kerja dia.” Bagaikan tersentak, Qisya
Zulaikha menelan liurnya. Dia ada mengenali seseorang yang
bernama Nuh tapi mustahil lelaki itu. Tapi tidak lama
kemudian, wajahnya berubah bila melihat sendiri lelaki yang
dimaksudkan oleh Encik Kamal itu.
Lelaki itu berdiri seraya memandangnya dan
mengambil dokumen yang dihulurkan oleh Qisya Zulaikha.
Tiada ucapan yang diberikan cuma sebaris senyuman
dilemparkan kepadanya.
“Err... Kalau tak ada apa lagi... Saya keluar dulu la
ya, Tuan Haji, Encik Kamal. Err... Encik Nuh.”
“Okey Zulaikha. Terima kasih ya,” ucap Encik
Kamal. Tuan Haji Yusuf juga mengangguk,
membenarkannya.
“Assalamualaikum.” Sebelum melangkah keluar,
Qisya Zulaikha sempat memberikan salam. Rasa tidak cukup
nafas jika dia berlama di situ.
“Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak.
Sungguh dia memerlukan tempat untuk bernafas.
Dia kenal dengan lelaki itu tapi disebabkan dengan apa yang
telah terjadi padanya dulu, dia sudah tidak menyimpan apaapa
harapan. Mungkin juga lelaki itu tidak mengenali dirinya
lagi. Dia bukan siapa-siapa yang boleh membuatkan lelaki itu
terus ingat akan dirinya.
“Eh kau betina! Apa yang kau dah buat dengan boyfriend
aku hah? Kau ni memang dasar perempuan tak tahu
malu! Lebih baik kau pergi matilah!” Tanpa belas, Nur
Qairina menarik tudung Qisya Zulaikha dengan kasar sekali.
Ketika itu dia di kafeteria, berkira-kira hendak makan tengah
hari.
“Kak Rina, sakit... Saya tak tahu apa-apa pun.
Tolonglah...” Air mata tidak dapat lagi dibendung bila Qairina
dengan pantas menampar pipinya. Beberapa orang pelajar
cuba menarik Qairina daripada terus menyerang Qisya
Zulaikha.
“Kau memang perempuan gatal! Selama ni aku
cuma diamkan bila aku dengar Diyad selalu jumpa kau. Tapi
kali ni aku tak akan berdiam diri bila Diyad dah mula
berubah. Ini kau kata tak tahu?!”
Teresak-esak Qisya Zulaikha. Dia sudah tidak peduli
akan dirinya yang terduduk di lantai itu.
“Semua ni salah faham Kak Rina. Saya tak ada
hubungan pun dengan Abang Diyad, percayalah...”
“Tak ada hubungan kau kata!” Sekali lagi Qairina
cuba menerpa Qisya Zulaikha tapi sempat dihalang oleh
seseorang.
“Kaka apa ni? Tak malu ke buat macam ni? Nanti
prof nampak, tak pasal-pasal kena tindakan disiplin.
Tolonglah, jangan buat malu.”
“Kau diam abang! Aku nak kerjakan betina ni, biar
dia mampus!”
Qisya Zulaikha cuba mendongak. Perasaan malu
dan takut silih berganti. Tapi apa yang dilihatnya adalah Nuh
Qays. Lelaki yang dia minati semenjak dia di tahun satu lagi.
Lelaki itu melihatnya tanpa perasaan. Dia tahu,
tidak ada sesiapa pun yang akan memihak dirinya pada saat
itu. Jauh sekali sepupunya yang hanya tersenyum sinis
melihat dirinya dicemuh.
“Jomlah Kaka. Kau ni buat malu sajalah. Asal kau
tak tanya Diyad sendiri tentang hal ni?” Nuh Qays cuba
menarik lengan Qairina supaya beredar.
“Sebab aku tahu, betina ni memang gatal! Dia layan
juga si Diyad tu.”
“Saya tak per..”
“Kau diam betina! Apa pun cakap kau, aku tak akan
percaya. Kalau aku nampak kau ada depan mata aku,
sediakan pipi kau untuk dapat penampar percuma daripada
aku lagi.” Amaran Qairina sebelum melangkah pergi. Qisya
Zulaikha dibantu oleh beberapa orang pelajar perempuan
yang berada di situ. Ada yang membetulkan semula
tudungnya yang sudah tidak menentu itu.
“Maaf Ikha... Kita orang tak dapat nak tolong kau.
Bukan kau tak tahu dengan Kak Rina tu. Kalau dia dah
angkut semua geng dia, mampus kita orang mereka
kerjakan. Jadi kami tak berani nak masuk campur walaupun
kami tahu kau tak salah apa pun.” Salah seorang pelajar
perempuan cuba menerangkan perkara sebenar kenapa
mereka tidak membela Qisya Zulaikha sewaktu diserang oleh
Qairina tadi.
“Tak apa... Aku faham. Aku balik dulu ya.” Lemah
sekali Qisya Zulaikha mengangkat begnya. Terasa perit bila
ditampar dan ditolak oleh Qairina tadi.
“Ikha.. Makanan kau ni?”
“Korang makanlah. Aku tak ada selera.” Kakinya
melangkah laju meninggalkan kafeteria bersama dengan air
mata yang deras mengalir di pipi.
“Hoi! Menung pula minah ni? Kena sawan ke?”
Terjah Ifa. Terkejut Qisya Zulaikha dibuatnya. Dia melihat
sekeliling, dia berada di meja kerjanya. Ah... Kenapa
kenangan itu yang bermain di fikirannya?
“Jomlah keluar lunch. Aku dah lapar tahap gaban
dah ni,” terang Ifa seraya mengusap-usap perutnya
menandakan yang dia sudah lapar.
“Okeylah. Jom.”
Dalam kepala Qisya Zulaikha masih memikirkan
apa yang akan terjadi kepada dirinya selepas ini. Dengan
adanya Nuh Qays, pasti akan adanya Nur Qairina. Dia juga
amat yakin bahawa Afiah juga mengenali siapa Nuh Qays.
Senior mereka ketika di universiti dulu. Dia berharap sangat
selama tiga tahun lebih ini, Nuh Qays mahupun Nur Qairina
melupakan apa yang pernah terjadi di antara mereka. Dan...
Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada bertembung
dengan Nuh Qays.

No comments:

Post a Comment