DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 24 May 2016

Kerana Aku Untukmu - Bab 8

Usai menunaikan solat asar sendirian, Zenia
melipat kain telekung dan memasukkannya ke dalam beg
kecil. Dia kemudian berdiri menghadap cermin di dinding
kamar sederhana luas yang telah diubah suai menjadi surau
untuk kakitangan di syarikat mereka. Walaupun ruang tersebut
tidaklah sebesar mana, namun dia masih selesa menunaikan
solat secara bergilir-gilir di situ.
Mata menatap wajahnya yang bersih tanpa secalit
mekap. Rambut yang sedikit basah di bahagian dahi dirapikan
supaya tampak kemas. Dia tidak ada hati mahu berbedak atau
bersolek kerana setengah jam lagi waktu pejabat akan berakhir.
Hari ini dia terlewat sedikit ke surau gara-gara
mesyuarat bersama Puan Amira yang berlanjut panjang. Tapi
mujur juga tidak sepanjang mesyuarat semalam. Kalau tidak,
memang naya!
Terkenangkan kejadian genting bersama Fakhry,
bibir melepaskan keluhan kecil. Semalam merupakan hari
yang paling tegang antara mereka berdua. Entah angin apa
yang dah melanda Fakhry, suka-suka saja lelaki itu memaki
hamun dirinya. Tidak cukup menjerit melolong, habis pinggan
mangkuk dilempar ke lantai. Mujurlah tak terkena kepala dia
ni!
Dia tidak mahu ambil pusing berapa banyak pinggan
atau gelas mahu dihempas oleh lelaki itu. Yang dia kisahkan,
penat lelah dia yang terpaksa mengemas dan mengutip
kaca-kaca di lantai. Fakhry lain cerita, lepas tunjuk perangai
terus keluar berdating. Huh, memang menyakitkan hati!
Sungguh! Zenia tidak marah Fakhry mahu keluar
dengan siapa pun. Dia tahu dia tidak punya hak. Cuma hati tetap
berasa geram kerana Fakhry sering saja mengamuk tidak tentu
fasal. Sebab kecil tapi sengaja pula dibesar-besarkan. Lagipun
bukan selalu dia turun lambat dari pejabat, sekali-sekala saja.
Itu pun atas sebab yang tak mampu dielakkan. Ah, macamlah
Fakhry peduli!
Nafas dihela kasar. Lelaki seorang itu memang hantu!
Konon punctual sangat, padahal Fakhry yang sering datang
lambat menjemputnya. Dia masih ingat lagi kejadian beberapa
minggu lalu ketika dia tercongok hampir dua jam di bawah
gara-gara menunggu Fakhry.
Paling menyakitkan hati apabila Fakhry berterus
terang pula yang dia terlambat gara-gara mengejar kereta
seorang perempuan yang menarik minatnya. Memang mudah
sungguh hati dan cinta lelaki itu tergolek. Dekat persimpangan
lampu isyarat pun boleh jadi. Melampau!
Menyedari suara hatinya asyik mengeji, Zenia segera
beristighfar. Baru saja selesai menunaikan solat tapi kini dia
sudah mengumpul dosa dengan mengutuk suami sendiri.
Seburuk mana pun sikap Fakhry, takdir sudah tertulis yang
lelaki itu ialah suaminya.
Sebagai isteri, dia perlu menjalankan tanggungjawab
sebaik mungkin. Biarlah mungkin tidak berbekas di hati
Fakhry, asal saja dia sudah melaksanakan tugasnya sebagai
seorang isteri.
Enggan terus memeningkan kepala dengan perihal
Fakhry, Zenia segera mengemaskan barang-barangnya dan
kemudian menapak ke pintu. Usai saja merapatkan pintu surau
tersebut, dia sedikit terkejut apabila melihat susuk tubuh yang
tegak terpacul di surau lelaki dari arah bertentangan.
Spontan mata melirik, dan sepantas itu perasaan di
dada berkocak deras. Dua mata bersatu beberapa saat, namun
pantas pula Zenia mengalihkan pandangan.
Walaupun hanya memandang untuk sedetik waktu,
wajah segar dan sedikit lembab dengan bekas air wuduk terlayar
jelas di ruang mata. Biar hati cuba menafi, namun akal tetap
bersetuju yang lelaki itu sentiasa kelihatan tampan dan kacak
walau dalam apa juga keadaan.
Ah, jangan terpesong Zenia!
Berasa malu dengan telahan sendiri, tergesa-gesa
Zenia mengenakan stiletto berwarna merah darah ke kaki. Dia
mahu segera beredar supaya namanya tidak sempat meniti di
bibir lelaki itu.
“Zenia.”
Langkah kaki terhenti. Wajah Zenia berkerut-kerut
kerana jelas apa yang dia tidak mahu berlaku, akhirnya berlaku
juga. Entah macam mana lelaki itu boleh mendengar suara hati
dia.
“Err… Encik Darriz.” Tegurnya setelah tubuh
dipusingkan menghadap Darriz Imdad. Kepala ditundukkan
sedikit tanda hormat.
“You baru lepas solat?”
Sempat mata Zenia mengerling kepada Darriz Imdad
yang kini duduk di bangku dan mengenakan stoking ke kaki.
Bibir terpaksa mengukir senyuman kelat apabila pandangan
lelaki itu melirik kepadanya.
“Ya, Encik Darriz.” Jawab Zenia sedikit kekok.
Darriz Imdad tersenyum nipis. Dia cukup mengerti
yang Zenia berasa tidak selesa setiap kali berdua-duaan begini
dengannya. Sesuatu yang agak berbeza berbanding apa yang
sering dia lalui selama ini.
“Actually I want to discuss something with you, Zenia.”
“What is about Encik Darriz?” Soal Zenia ingin tahu.
Melihat lelaki itu bangkit dan mengatur langkah
mendekatinya, dada kian berdebar kencang. Berdebar kerana
perasaan takut kepada seorang ketua, atau kerana hati sedikit
terpesona dengan ketampanan Darriz Imdad yang menjadi
pujaan ramai wanita itu?
Oh Tuhan!
“Ada Amira inform you tentang SAP training?”
“SAP training?” Dahi Zenia berkerut kehairanan.
Seingatnya tidak ada pula Puan Amira menyentuh tentang SAP
training dalam mesyuarat sebentar tadi.
“Yes, I need to learn about the system. I ada tanya pada
Mira dan dia kata you adalah SAP super user, you paling power
dengan sistem tu.”
Mata Zenia terbuka luas. Dia paling power? Biar
betul Puan Mira ni! Okey, mungkin betul dia paling hebat
menggunakan accounting system itu di jabatannya, tapi itu
tidak bermakna kakitangan lain langsung tidak tahu apa-apa.
Dan kenapa pula dia yang diberikan tugas untuk mengajar bos
besar mereka ini?
“I harap you tak kisah untuk ajar I guna sistem tu. You
don’t have to teach me everything, I just nak tahu cara untuk
pull out report dari sistem. Data entry is not my thing, so you
can skip that.”
Serba salah sungguh Zenia dengan apa yang dikatakan
oleh Darriz Imdad. Kalau dia sudah menerima arahan daripada
Puan Mira lain cerita, ini hint-hint pun tidak ada. Mungkin
Puan Mira sendiri terlupa untuk memaklumkan kepadanya.
“Encik Darriz, Puan Mira tak ada cakap apa-apa dengan
I pasal ni…” Ujarnya berterus terang.
“It’s okay, I’ll remind her again. Maybe dia terlupa.”
Kelat senyuman terukir di bibir Zenia. Jauh di sudut
hati dia benar-benar berharap Puan Mira menukar fikiran dan
memberi tugas berat itu kepada orang lain. Nadzirah pun boleh
tahan hebat juga menggunakan sistem itu.
“You akan train I during office hour. Don’t worry, we’re
gonna finish on time. I takkan drag masa you lama-lama, 5.30
sharp you boleh balik.” Terang Darriz Imdad apabila melihat
riak kurang senang yang terpeta jelas pada wajah Zenia.
“Well, I got to go. Nanti you e-mel schedule untuk
training kita, okey?”
Walaupun keliru, berat hati, dan masih belum pasti,
kepala Zenia bergerak juga tanda akur. Biarlah persoalan hari
ini bernoktah, esok-esok dia boleh cuba mencipta alasan kepada
Puan Mira untuk mengelakkan diri.
“You have my email with you, right?”
Sekali lagi Zenia menganggukkan kepala dengan
senyuman kelat. Sudah tentulah dia ada menyimpan alamat
e-mel Darriz Imdad kerana mesej lelaki itu memang kerap
masuk ke dalam e-mel mereka kerana tugasan yang berkaitan.
“Ya, ada Encik Darriz. I will email you ASAP.”
“Thanks. Take care, Zenia.”
Dengan sekadar mempamerkan wajah tenang, Zenia
menganggukkan kepalanya. Kemudian anak mata menyorot
langkah kemas Darriz Imdad yang kian menjauh. Nafas yang
serasa bergumpal di dada dilepaskan panjang. Demi Tuhan, dia
tidak selesa untuk terus berhadapan dengan lelaki itu!
“Kau biar betul Zen?”
Suara Nadzirah jelas membayangkan perasaan terkejut
dengan apa yang dia ceritakan beberapa saat tadi. Perlahan
Zenia menganggukkan kepala, dia tidak berbohong.
“Betullah, Encik Darriz sendiri beritahu aku tadi.”
Balasnya lemah.
Tidak sedap hati setiap kali perkara itu singgah dalam
fikiran. Pandangan kemudian dilempar lurus. Memandang
ruang hadapan bangunan yang sibuk dengan pergerakan
manusia pelbagai rupa sedang bergegas pulang ke destinasi
masing-masing. Zenia mengerling sekilas jam di tangan. Dia
yakin hari ini Fakhry akan terlewat lagi menjemputnya.
“Bila? Dia jumpa kau dekat mana? Dia panggil kau ke
bilik dia ya?” Soal Nadzirah teruja.
“Untunglah kau Zen dapat rapat-rapat dengan bos
besar kita tu. Kalau aku, dan-dan tu aku bagi jawapan setuju
tau!”
Zenia mencebikkan bibir, kurang senang dengan apa
yang diluahkan oleh Nadzirah. Untuk Nadzirah berfikiran
begitu mungkin tidak mengapa kerana temannya itu masih
bujang, tapi dia mana boleh berperasaan serupa. Dia ini isteri
orang, pasti saja tidak manis untuk bercakap yang bukan-bukan
tentang lelaki lain.
“Aku terserempak dengan Encik Darriz dekat surau
tadi. Tapi aku peliklah Azie, Puan Mira tak cakap apa-apa pun
masa meeting tadi.”
“Hmm… Puan Amira terlupalah tu.” Komen Nadzirah
dengan senyuman masih tersimpul di bibir.
“Zen, kau tak rasa ke diri kau bertuah?”
“Bertuah apanya Azie? Tugas tu berat tau, aku takut
aku tak mampu bagi yang terbaik untuk Encik Darriz.”
“Tak mampu bagi yang terbaik? Oh come on Zen, SAP
system tu kau pejam mata pun kau tahu nak tekan mana tau!”
Seloroh Nadzirah dengan tawa kecil.
“Ini kira peluang baik untuk kau Zen, mana tahu lepas
ni kau naik pangkat sebab Encik Darriz kagum dengan hasil
kerja kau.”
“Hesy, kau ni mengarut ajelah.” Zenia menolak
perlahan bahu temannya itu.
“Aku tak harapkan pangkat yang tinggi Azie sebab
gaji aku sekarang pun dah lebih daripada cukup. Syukur
Alhamdulillah sangat-sangat, cukup makan pakai segala.”
Nadzirah tersengih pula.
“Yalah, kau hidup tak ada tanggungan memanglah
cukup Zen. Kalau macam aku ni, manalah nak cukup dengan
gaji seciput tu. Bayar rumah sewa, bayar bil, bayar loan belajar,
tak sampai hujung bulan dah licin dalam akaun.”
“Itu sebab kau yang cari penyakit.” Sanggah Zenia
seraya mencubit lembut lengan Nadzirah.
“Lain kali, duit gaji tu kau simpan. Bukannya pergi
habiskan untuk shopping aje. Kalau kerja kau asyik shopping
benda yang bukan-bukan, gaji dua belas ribu sebulan pun tak
cukup.”
Terlepas gelak besar Nadzirah dengan sindiran Zenia.
Kerana apa yang dikatakan itu benar, dia memang tidak berasa
kecil hati walau sekelumit. Zenia teman rapatnya, sudah tentu
Zenia lebih arif dengan gaya hidup yang dia jalani selama ini.
“Aku bukan shopping saja-saja, itu investment
namanya.”
“Eleh, investment konon. Investment apa macam tu
kalau asyik rugi aje?”
“Eh, ni investment untuk cari jodoh tau.” Tingkah
Nadzirah bersungguh.
“Kau tengok bila aku beli baju cantik-cantik, tukar
handbag selalu, kan nampak lebih anggun bergaya. Kalau tidak,
takkanlah Roy dari bangunan sebelah boleh jatuh hati dengan
aku. Betul tak?”
Tidak mampu menahan rasa lucu, Zenia tergelak juga.
Nadzirah ini memang tidak pernah mahu kalah kalau bercakap.
Lebih-lebih lagi kalau hobi membeli-belahnya yang menjadi
isu.
“Beb, itu cerita tahun lepas tapi kenapa sampai
sekarang kau tak stop shopping lagi? Kau ada plan nak tackle
lelaki lain pulak ke?”
“Eh kau ni, Zen…. mana ada la, aku setia tau.” Balas
Nadzirah seraya menunjuk ke muka sendiri. Namun tatkala
pandangan teralih ke arah lif, bibir diketap rapat dengan wajah
kian ceria.
“Tapi kan, kalau aku nak tackle pun aku rasa aku nak
tackle mamat tu. Kau rasa boleh dapat tak?”
Melihat muncungan bibir Nadzirah, pantas Zenia
menoleh ke belakang. Hati tertanya-tanya juga lelaki mana
yang mampu merampas kedudukan Roy di hati temannya itu.
Namun sesaat kemudian ketenangan di dada lenyap serta-merta.
Memandang susuk tubuh penuh gaya itu bergerak ke hadapan,
jantung mula berlari deras. Darriz Imdad!
Dan tatkala mata redup dipayungi kening lebat itu
berlaga di pandangan, hati bagaikan dipanah tajam. Pantas Zenia
melarikan muka kepada Nadzirah yang masih tersengih-sengih
sendiri.
Oh Tuhan, perempuan ini betul-betul dah malukan dia!
Entah apa kata Darriz Imdad bila ternampak dia tertoleh-toleh
ke belakang tadi. Kalaulah dia tahu lelaki yang dimaksudkan
Nadzirah itu ialah Darriz Imdad, memang sumpah dia tidak
sesekali akan menoleh!
“OMG beb, dia datang sini beb!” Bisik Nadzirah dengan
nada teruja.
“Kau janganlah pandang-pandang dia macam tu, stop
it!” Gesa Zenia apabila menyedari Nadzirah masih memandang
tanpa lepas. Namun temannya itu buat tidak peduli, masih
menayang muka sehabis manis.
“Hi girls, belum balik lagi?”
Suara yang agak dalam dan lunak itu lembut menerobos
ke telinga. Zenia menelan liur apabila menyedari Darriz Imdad
kini berdiri di sisinya. Agak dekat sehingga tubuh di sebelah
kanannya terasa berbahang dek aura dari badan tegap itu.
“Belum Encik Darriz. I temankan Zenia tunggu
husband dia datang jemput.”
Darriz Imdad tersenyum dengan balasan gadis yang
tidak mampu diingati namanya itu. Terpandangkan ID kad yang
tergantung di leher, dia curi-curi membacanya. Nadzirah… Oh,
nama gadis genit bertudung ini ialah Nadzirah.
Dia patut lebih mengingati nama-nama orang
bawahannya selepas ini. Anak mata berlari pula kepada Zenia.
Baru beberapa saat tadi dia lihat Zenia dan Nadzirah mencuri
pandang kepadanya, dan kini Zenia terus mengunci mulut tidak
bersuara. Mungkin malu kerana tertangkap sebentar tadi.
“Encik Darriz balik mana ni?” Soal Nadzirah dalam
usaha cuba mencipta perbualan santai bersama bos besar
mereka itu.
Mulut saja ligat bergerak, mata pula tidak mahu
berganjak langsung. Begitu asyik dia menatap ketampanan
lelaki seorang ini.
“I balik Shah Alam.”
“Shah Alam? Jauh jugak tu. Encik Darriz tinggal
dengan famili ya?”
Darriz Imdad tersenyum dengan keramahan Nadzirah.
Kepala digelengkan beberapa kali.
“Nope, I tinggal sendiri. And you tinggal dekat mana
Nadzirah?”
Nadzirah terkedu. Terasa darah panas menerpa ke
muka tanpa isyarat. Oh Tuhan, Encik Darriz ingat nama dia?
Indahnya dunia!
“I tinggal dengan famili dekat Gombak.” Balas Nadzirah
tersipu-sipu.
“Oh, I see. And you Zenia?”
Zenia tersentak. Aduhai, inilah padahnya bila Nadzirah
terlebih syok sendiri. Tak pasal-pasal dia terlibat sekali dengan
perbualan ini!
“I stay kat Sunway Kayangan, Encik Darriz.” Balasnya
ringkas.
“Sunway Kayangan? Oh, that place dekat dengan Shah
Alam jugak, kan?”
Lambat-lambat Zenia menganggukkan kepalanya
tanpa memandang wajah lelaki itu. Mata mengerling ke
hadapan, ternanti-nanti kelibat Fakhry yang mampu membawa
dirinya jauh dari sini. Sungguh! Entah kenapa dia berasa tidak
selesa dengan kehadiran Darriz Imdad. Setiap kali begitu.
“Encik Darriz belum kahwin, kan?”
Terlopong Zenia dengan pertanyaan berani mati
Nadzirah. Mulut perempuan seorang ini memang tak reti
bertapis langsung! Berani sungguh temannya bertanyakan
soalan berbaur peribadi begitu, padahal satu bangunan ini tahu
yang Darriz Imdad masih bujang.
Darriz Imdad tersenyum meleret, sengaja membiarkan
soalan itu sepi tanpa jawapan. Lagipun dia lihat wajah Zenia tidak
seceria Nadzirah, jelas seperti tidak menyenangi kehadirannya
di situ. Mungkin Zenia takutkan Fakhry dan bimbang jika lelaki
itu cemburu bila ternampak mereka berbual-bual begini.
“Well, I got to go. See you guys around, take care.”
Zenia melepaskan nafas lega apabila melihat Darriz
Imdad mengatur langkah ke kereta yang diparkir tidak jauh
dari situ. Barulah dia terasa dunia ini terlalu luas, oksigen dan
udara pula bagaikan kembali penuh di sekelilingnya. Bebas dia
mahu menyedut dan menghembusnya.
“OMG! OMG! Kau dengar tak dia sebut nama aku tadi
Zen?” Luah Nadzirah seraya memeluk lengan Zenia
“Aku tak sangka dia ingat nama aku! Tak sangka
sungguh!”
Melihat keterujaan Nadzirah, Zenia menolak tangan
Nadzirah yang berlingkar di lengannya. Kedudukan mereka di
sini masih mampu dilihat jelas oleh Darriz Imdad dari dalam
kereta, memang tidak sesuai temannya ini mahu bergedik
sakan.
“Kau control sikit boleh tak Azie? Dia boleh nampak
kita dari sana tau!” Luah Zenia dengan bibir terketap rapat.
Geram dengan sikap Nadzirah yang sudah terlebih angau itu.
“Okay fine, aku kena maintain relaks! Tapi kau tak rasa
nak pengsan ke dengan suara husky dia tadi? Fuh, tak tidur
malam aku! Teringat pulak renungan mata dia tadi, aduh duh
duh cair hatiku!”
Kata-kata Nadzirah sudah tidak lagi melekat di telinga
Zenia. Kerana matanya kini tanpa sedar mengekori kereta
Darriz Imdad yang bergerak perlahan melintasi ruang di
hadapan mereka.
Jantung tiba-tiba saja berdegup kencang, terlalu
kencang. Kerana di dalam sana, lelaki itu masih galak
merenungnya. Tepat tidak berkalih

No comments:

Post a Comment