DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 26 May 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 5

CUACA yang sememangnya panas kurasakan
semakin panas membahang apabila kedua-dua belah telinga
ini terpaksa menadah amarah Puan Seri banyak songeh yang
aku jumpa tadi. Adoi, pagi-pagi dah menambah dosa aku! Anak
lelaki dia yang nak kahwin tu pun tak banyak bunyi, Puan Seri
tu pulak yang tak boleh berhenti berbunyi. Kenapa baju ni
besar sangatlah? Kenapa colour dull sangatlah? Kenapa ini dan
kenapa itu?
“Kak Iman, kenapa muka merah sangat macam udang
bakar ni?” tegur Maya sebaik sahaja aku melangkah masuk ke
dalam butik.
“Kena marah macam biasa. Dahlah, Maya. Nanti
bertambah dosa akak mengata Puan Seri banyak songeh tu,”
jawabku. Entah apa nama Puan Seri tu pun aku tak ingat! Yang
aku ingat dia memang banyak cengkadak !
“Kak Iman, tadi mat salih hot tu datang lagi,” beritahu
Maya.
“Mat salih mana pulak ni?” soalku sambil bergerak ke
mini fridge untuk mencari air mineral sejuk.
“Ala, yang datang last week tu. Mat salih rambut
brunette tu.”
“Amboi, sampai warna rambut pun ingat!” usikku dan
Maya tergelak-gelak.
“Ian ke? Kenapa dengan dia?” soalku kembali.
“Dia cakap dia nak jumpa akak hari ni jugak. Time
lunch.”
Aku sudah menepuk dahi. Terlupa yang hari ni berjanji
dengan mat salih celup tu. Aku melirik jam tangan. Nasib baik
baru pukul 11 pagi. Iman Amani ni memang cepat lupa. Sebab
itulah semua benda kena tulis dalam planner. Kalau tidak pun,
Maya yang menjadi planner versi live.
“Thanks, Maya.”
“Mister Ian tu siapa, kak?” soal Maya. Riak wajahnya
penuh dengan tanda soal.
“Manusialah, takkan alien pulak,” jawab aku sambil
ketawa.
“Tahulah kak. He’s too hot to be an alien.”
“Amboi!” Aku menampar bahu Maya.
“Bakal encik suami akak kut. Tapi jangan beritahu
orang lain dulu tau.”
Maya terus senyap dengan mulut yang sedikit
ternganga.
“Bakal suami kut? Buanglah ‘kut’ akak tu,” balas Maya.
Aku sudah tersengih lawa.
“Wah… Untungnya! Bestnya! Akak dah nak kahwin!
Dia berjuta-juta kali lagi better daripada Naim.” Maya sudah
menjerit kegembiraan.
“Amboi, cara bercakap macam Maya dah lama kenal
Ian daripada Naim,” usikku.
“First impression, kak. Macam orang putih cakap, first
impression is always important!” jawab Maya sambil tersenyum.
JAM DI dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 12.30
tengah hari. Aku masih terkial-kial mencari tempat parkir
sedari tadi. Rasanya sudah banyak kali aku tawaf kawasan
yang sama. Anak mataku cepat menangkap kereta Viva hitam
yang baru sahaja bergerak keluar dari kotak parkir. Aku terus
memberi signal ke kiri dan bersedia untuk masuk.
“Alamak! Parking space keciklah pulak!” omelku
seorang diri.
Disebabkan angah membawa kereta Mini Cooper milik
aku, aku terpaksa membawa Honda CRV angah. Alasan abang
aku itu, dia tidak mahu bersusah payah mencari parkir di
kawasan mahkamah. Bawa kereta kecil lebih senang. Memang
pagi tadi aku menjerit apabila tengok Cik Mini dah tak ada dekat
tempat biasa.
Aku menukar ke gear R lalu mengundurkan kereta
untuk entah kali yang keberapa. Aku menggerakkan kereta
masuk ke kotak parkir perlahan-lahan tetapi masih tidak
berjaya. Bahagian kiri kereta masih tidak lepas.
Tok, tok, tok!
Aku terkejut mendengar bunyi tingkap sebelah
pemandu diketuk dengan kuat. Dengan berhati-hati, aku
menurunkan tingkap.
“Get out of the car. I will park it,” tutur Ian yang
berkaca mata hitam.
Aku masih terkejut dan terpinga-pinga, tetapi tetap
keluar dari kereta. Aku hanya memerhatikan Ian memarkirkan
kereta angah dengan mudah. Siap buat reverse parking lagi!
Dia ni memang sengaja nak menyindir aku ke apa? Heh, kalau
dengan Ian, Iman Amani ni asyik ada monolog dalaman negatif
sahaja.
“Why must you take ages to do the parking thingy?
I couldn’t stand and watch it anymore,” balas Ian sambil
menyerahkan kunci kereta angah.
“Thank you,” jawabku pendek. Malas mahu melayan
benda remeh yang mungkin berpotensi untuk mencetuskan
perang mulut.
Setelah berada di tempat yang di tuju, kami mengambil
tempat duduk dan membuat pesanan makanan. Tengah
hari buta begini, perutku terpaksa menelan makanan barat.
Semuanya gara-gara mengikut selera mat salih celup di depan
aku ni.
“So, please do the story telling. We need to settle them
by today. I”ll be going back to England this Sunday. That is
why I think it is better for us to settle any confusion, the sooner
the better,” ucap Ian. Anak matanya merenungku tajam. Aku
merenung garpu yang terletak di sebelah pinggan. Boleh tak
aku guna garpu ni untuk korek biji mata mamat ni? Tengok
orang macam nak telan!
Aku menarik nafas, membaca bismillah dan memulakan
cerita dari awal. Aku cuba ringkaskan dan hanya bercerita apa
yang perlu supaya mat salih celup ni tak kejar aku lagi.
“So, I am your replacement husband?” soal Ian.
“You can say that,” jawabku pendek.
“Your fiance broke the engagement just like that?” soal
Ian lagi.
“Yes.”
Ian senyap seketika. Kelihatan seperti sedang
memikirkan sesuatu.
“Why would you accept me, someone who you don’t
even know as your husband?”
“I believe my parents will always decide the best thing
for me. And I believe Allah knows best.”
Ian terdiam sebentar.
“And why do you accept your mother’s decision? I can
see that you don’t really agree with it,” soalku pula.
“Yes, I totally don’t agree with it. I don’t even know
you. But, I think it’s time for me to be a good son,” Jawab Ian.
Kedengaran sarkastik. Dia ni dah kenapa pulak?
“A good son?”
“Since you told me that you believe your parents will
always decide the best thing for you, so do I.”
“Although you don’t even agree with it? I think you are
being ironic to yourself.”
Ian ketawa tetapi bunyinya sinis.
“You did the same thing actually.”
Aku memandang Ian yang wajahnya tenang dan tidak
beriak.
“You’re accepting me because you don’t want the
wedding to be cancelled. You don’t want other people talking
bad about your parents. But deep inside your heart, you don’t
want to marry a stranger like me. Am I right?”
Aku senyap, malas menjawab. Menjengkelkan betullah
mamat ni! Agaknya bila kita orang dah kahwin nanti, mahunya
berperang hari-hari dekat rumah sampai boleh terbang periuk
belanga.
“I assume that I have cleared things out with you,”
tuturku cuba menahan sabar dan mahu cepat-cepat angkat kaki
daripada terus duduk di situ.
“Yes, thank you. But, I need to remind you something
important,” balas Ian dan wajahku dipandang lama.
“Don’t put high expectations on this marriage. I can’t
promise that it will have a fairy-tale like happy ending, I can’t
guarantee you that. I can only leave everything to Allah. At
least, for the moment,” tambah Ian.
Aku senyap dan terus merenung pinggan besar yang
masih berbaki Spaghetti Carbonara.
“KORANG BERDUA jangan nak macam-macam cerita nanti,”
pesanku kepada Firas dan Hafiy yang asyik tergelak-gelak dari
tadi.
“Weh, dah berjuta kali aku dengar kau repeat line yang
sama,” jawab Firas bersahaja. Ketiga-tiga teman baikku sudah
lama sampai di butik semata-mata untuk bertemu dengan Ian.
“Tak kesahlah berapa juta kali pun. Sebab korang
berdua ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau aku pun korang
boleh buli sesuka hati, ini kan pulak orang lain,” sindirku. Firas
sudah ketawa. Memang mamat ni pembuli nombor satu aku
sewaktu di Cardiff dulu. Cuma yang lawaknya, kami masih
berkawan baik sehingga sekarang.
“Eleh, sayang jugak kau dekat bakal husband express
kau tu, ya,” usik Hafiy pula. Ni lagi seorang. Kalau ada Firas
dengan Hafiy, memang menjadi. Seorang tukang buat lawak
antarabangsa, seorang lagi tukang gelak.
“Nanti bila kau kahwin, aku tak nak sponsor bunga
telur,” ugutku kepada Hafiy.
“Dia selalu ugut aku macam tu. Dah lali dah,” sampuk
Firas selamba.
“Isy, korang ni! Behavelah sikit. Macam budak-budak,”
tegur Auni.
“Yalah, mak budak,” usik Firas.
“Amani,” panggil satu suara.
Keadaan yang riuh sebentar tadi bertukar menjadi
senyap. Empat kepala sudah berpusing ke arah tuan punya
suara.
“Hari tu kau cakap kau nak kahwin dengan anak kawan
mak kau, kan?” bisik Auni dengan anak matanya masih digam
ke arah Ian yang masih berdiri.
“Betullah tu,” jawabku, berbisik juga.
“Kau kelentong aku, eh? Ni mat salih mana kau rembat
ni?”
“Ya Allah, memang anak kawan mama aku. Mama aku
rembat dari England.”
Auni sudah membulatkan sepasang matanya yang kecil
itu.
“Hah? Kau ni cakap macam roller-coasterla. Pusing
sana, pusing sini,” balas Auni dengan dahi yang berkedut seribu.
“Siapa suruh kau naik roller-coaster? Ni anak kawan
mama aku. Ayah dia British tapi mak dia memang Melayu
macam kita. Puas hati?”
Auni tersengih. Firas dan Hafiy mula berbual dengan
Ian.
“Ian, these are my best friends since my first year at
Cardiff,” ucapku mula memperkenalkan seorang demi seorang
kawanku kepada Ian.
“Pandai mama kau rembat mat salih ni dari England.
Hot kut!” Komen Auni.
“Eh, kau jangan cakap kuat-kuat. Ian tu faham aje
Malay walaupun dia tak berapa boleh nak cakap,” pesanku.
“La… Ya ke?Awat hang tak habaq awai-awai?”
Aku terus ketawa.
“Sebab tu aku suka mengutuk dia guna bahasa Melayu
pasar. Susah sikit dia nak faham.”
“Eh, kau ni! Aku ingat korang memang dah jadi
pasangan serasi.’’
“Serasi? Kau tak tahu betapa annoyingnya mamat
ni. Kau jangan terpedaya dengan appearance luaran dia yang
nampak macam innocent tu,” balasku lalu menjeling ke arah
Ian yang kelihatan selesa berbual dengan Firas dan Hafiy yang
sememangnya peramah dengan sesiapa sahaja.
“Amani, Firas told me that you are a pro computer
game player during your uni life,” balas Ian dan sepasang anak
mata itu sudah beralih ke arahku pula.
Ah, sudah! Siapa pulak yang gatal mulut buka hikayat
Iman Amani ni? Aku terus memandang ke arah Firas. Seperti
biasa, dia hanya tersengih.
“I’m not that pro. He is just making up stories,”
jawabku sambil sempat menjeling ke arah Firas.
“What else do I need to know about my wife-to-be?”
soal Ian kepada Firas. Aku cepat-cepat memandang ke arah
Firas sambil menggeleng walaupun aku tahu Firas takkan
mendengar kata.
“She is a lovely person but…” Tutur bicara Firas
terhenti seketika lalu memandang ke arahku sambil tersengih.
“She is a cry baby and garang. Angry Bird pun tak
boleh lawan,” usik Firas.
“Firas!”
“So be prepared because she learnt martial arts
before.”
“Kau memang nak kena, kan!” Kusyen kecil yang
berada di atas riba kubaling ke arah Firas. Erk, bukan kena
muka Firas tapi kena muka Ian. Alamak!

No comments:

Post a Comment