MATA dikelip-kelipkan beberapa kali pada skrin
Apple yang terhampar di depan. Kepala dilentokkkan ke kiri
dan kanan. Diluruskan dua-dua tangan kedepan lalu dijalin
jari-jemari. Ditekan sedikit kura tangan. Terdesir bunyi
letupan kecil. Kedua-dua tangan dibawa ke sisi lalu
diletakkan semula ke meja.
Jari jemari kembali mencari papan kekunci. kerja,
Qis. Kerja. Pipi ditampar perlahan-lahan. Dijegilkan mata.
Ya Tuhan, kenapalah mengantuk sangat biji mata ni.
Tolonglah aku banyak kerja hari ni. Banyak tau tak! Makan dah
banyak sampai tak sedar diri inilah akibatnya, Qistina. Layu
dan penat. Diet lima tahun yang tiba-tiba bertukar paksi hari
ini membuatkan Qistina sungguh terlupa diri waktu makan
tengah hari tadi.
Dan Zura si teman baiknya itu sungguh cekap
mengenakan perut Qistina. Membuatkan biji mata Qistina
menjadi rambang bagaikan sedang melihat talam-talam di
dalam restoran selera kampung tadi yang semua sedang
melambai-lambai sambil tersenyum kepadanya.
Puluhan lauk kampung di depan mata mana boleh
tahankan. Hilang telinga seketika dibuatnya. Christiano
Ronaldo kalau terpacak depan mata pun haram tak layan.
Baik terkam terubuk bakar dengan air asam. Sorry CR,
you’re not sexy enough, darling. hahahaha.
Suara pintu diketuk sayup terdengar sebelum
tombol pintu dipulas. Kepala yang tertunduk di skrin
diangkat perlahan-lahan. Siapalah pula yang datang masa
orang tengah mengantuk ni. Aduh, jangan Encik Kamal. Mahu
satu bab lagi nak melayan dia bercerita dan bertanya cerita.
Pagi tadi dah satu round. Tolong bagi saya bernafas sikit boleh,
bos! Orang tua tu kalau bercerita kalau tak satu jam tak sah.
Ada banyak aje cerita dalam kepala dia yang tak berapa nak
besar tu.
Susuk tubuh yang sedang terpacak di depan pintu
yang ternganga sambil meleret senyum sangat Qistina
kenal. Senyum itu tidak pernah dia lupa.
“Hai, kenal I lagi, babe?” Qistina mencebik.
Siapalah yang tak kenal kau tuh, Joe... romeo terhangat
cengkerang oren kuning ni. Err... romeo terhangat lagi
ke mamat ni. Rasa dah patut tanggalkan crown ni. Perut dah
sikit ke depan aje tu. Isy, Qistina jahatlah kau tau. No lah,
I’m just being honest dan sincere okay! Cuba tengok perut dia
tu. Haa... kalau tak percayakan?”
“Kalau tak kenal romeo terhangat, memanglah I ni
ketinggalan kan.”
Terburai ketawa.
“Ganggu kau kejap, boleh?”
Senyum.
“Mehlah ganggu aku dah berkurun pun kau
simpan gangguan kau itukan.” Ketawa bergema dari
lontaran suara si tukang pengetuk pintu biliknya itu.
Tapak tangan Qistina dilambai pada susuk tubuh tegap
berkemeja biru gelap berjalur dipadankan dengan tali leher
kuning cair corak abstrak. Kalau aku kata tak boleh, kau tetap
akan masuk jugakan, Joe. So better kau jangan tanya soalan
bosan tu tau!
“So? Bestlah?” Tanpa dipelawa tubuh tegap di depan
Qistina ini selamba melabuhkan duduk. Wajah cantik
Qistina direnung dengan senyuman yang tidak sukar
ditafsir maknanya oleh gadis di hadapannya ini. Dahulu pun
memang dia suka merenung wajah mulus ini. Anak dara
ini makin cantiklah pula lepas lima tahun. Gebunyer kulit.
Aish... menyesal pula aku tak mengurat dia habishabisan
dulu lepas kes dia tu. Kalau tak, dah dapat bini cun
gila tak hinggat macam Barbie Doll, perrghh. Joe senyum
sendiri. Bongoklah jantan seekor tu. Kalau dari awal lepaskan
Barbie Doll lawa ni kan dah bahagia aku. Tengok, kan aku
dah kahwin dengan orang lain. Tapi ada lagi tiga tempat
kosongkan. Yang, I nak kahwin satu lagi boleh? Joe geleng
kepala sambil sengih meleret.
Itu yang tersengih-sengih tu, sah-sah ada kelabu
dalam kepala dia ini. Joe ini bukan Qistina tak tahu otak
tercemar dia. Selalu aje tergelincir jarum kompas waras dalam
kepala dia itu.
“Perkataan best tu kau nak tujukan pada yang mana?
The country? The office? Or my scandal over there??” Qistina
angkat kening sambil menyuring senyum. Jari-jemari yang
menekan butang kekunci Apple terhenti. ‘Aku ni bukan tak
tau apa yang dalam kepala otak kau yang tak berapa nak
jernih tu Joe.’
Joe angkat-angkat kening. “Whoaaa... mana-mana
pun kau pergi mesti rembat skandalkan, Qis. Tabiklah
dengan kau. Sini dulu pun berbaris skandal kau...
termasuklah aku yang handsome maut ni. Angau tahap
kronik tu semua jantan-jantan kat area sini. Kau pakai
susukkan, Qis. Baik kau mengaku. Tak apa, aku takkan
beritahu siapa-siapa pun termasuk si Kamal tak berapa nak
tinggi tu.” Oit!... kutuk bos sendiri ya. Nanti aku report kat
Kamal. Bos, tadi Joe kata you ni tak berapa nak tinggi.
Tadi si romeo ini ada sebut apa ya. Alah... isy... Qistina
kerut dahi seketika. Mentol kepala menyala. Susuk. Oitt!!
“Banyak kau punya skandal mendal... otak kaulah,
Joe. Kau tu yang banyak skandal. Romeo yang tak sanggup
nak bersara. Bertaubatlah.” Gelak Joe bergema. “Apa kau
cakap tadi. Susuk ek... haa... susuk kepala lutut kaulah, Joe.”
Joe sudah mengekek ketawa. Rindu menyakat
Qistina selama bertahun-tahun sejak pemergiaan Qistina ke
Tanah Ratu seakan terlerai hari ini. Melihat bahasa lepas
Qistina, mulutnya yang selamba melontar kata yang
sebenarnya tiada mengandungi maksud apa-apa
sesungguhnya bagai siraman embun yang menyegarkan
minda.
Bosan kalau asyik serius aje dengan kerja ini.
Dan menyakat Qistina adalah acara wajib untuk kecergasan
minda sejak dahulu. Yang lebih penting menatap wajah mulus
nan cantik ini sejak dahulu adalah satu kemestian baginya.
Wajah yang akan sentiasa membuat harinya bahagia. Sehingga
dia pergi. Pergi bertahun-tahun. Dan Joe rasa kehilangan
yang teramat sangat.
“Okey, okey. Serius.” Dehaman Joe berkumandang.
“Back to my question. Semestinya pasal teman lelaki kau
kat benua sanalah. Sah-sah skandal kau kali ni gempak
gila, kan. Orang London tu. Kau itukan hot chick, Qis.
Jadi, kau dapat cipta berapa skandal dalam masa lima tahun
kat sana?” Joe angkat kening. Senyum meleret.
Qistina jeling kecil. Dia inikan mulut dari dulu tak
surut-surut darjah kepuakaannya. Nasiblah, tak jadi bini kau
Joe. Kalau tidak, mahu aje kena sumpah jadi tudung periuk.
“Aku bet sepuluh jari aku tangan ni pun kalah.” Asal kau tak
masukkan jari-jari kaki kau tu. Kan bagus. Kalau tak cukup,
ni kalkulator aku pun boleh tolong kirakan sama. Nak?
Bengonglah kau, Joe.
Orang London, entah apa-apa ajelah si Joe romeo ni
tau. “Otak kaulah. Banyak kau punya hot chick. Ingat aku ayam
KFC ke? Aku ayam belanda okey. Orang putih tu mana suka
ayam KFC, kecil aje.”
Ketawa Joe bergegar. Bergema. Qistina jegilkan
mata. Pen mata bola di depan mata pantas dilontar
ke depan. Dan cekap disambar oleh kedua-dua tangan Joe.
“Kau baru masuk ek. Pagi tadi aku tak nampak kau pun.
Tadi masa lunch pun tak nampak muka miang kau tu.
Kau mengular, kan, Joe. Baik mengaku.” Qistina sengih.
“Kau tu kan memang kaki mengular dari dulu, Joe. Bukan
aku tak tahu.”
Joe atau nama lengkapnya Johan Khusairy, salah
seorang jurutera mekanikal kanan yang sama-sama di dalam
pasukan Qistina setiap kali turun ke platform. Senang cerita
dia, Zura dan Joe adalah team ngam dari zaman jadi jurutera
junior lagi. Apa-apa masalah memang diaorang bertiga akan
bincang bersama. Joe ini muka memang handsome. Qistina
tidak menafikan fakta ini. Putih dan mata sepet macam
Farid Kamil. Tinggi cuma tak kurus macam Farid Kamil.
Joe tegap. Joe dari mula Qistina masuk join dalam
syarikat ini memang dia terus terang cakap suka pada Qistina.
Suka habis. Memang Qistina maklum tentang yang
satu itu. Dan Qistina juga cakap terus terang tak boleh
terima Joe lebih dari best friend sebab dia dah ada
someone dalam hati. Dan “someone” Qistina tu pun dia
kenalkan pada Joe supaya Joe tak fikir dia reka cerita. Joe
memang frust. Qistina tau, tapi hati kan tak boleh nak
dipaksa-paksa.
“Kau stay kat mana sekarang?”
Qistina angkat kening. Sengaja mahu mengusik.
“Apahal? Kau nak ajak aku duduk serumah dengan
kau ke?”
“Stadium olimpik hamba tadahkan.” Joe sudah
buat aksi tapak tangan dicantum dan disua ke arah Qistina.
Bertalu-talu. Pantas ditepis. Gelak Joe bergema. Kuat.
“Aku duduk rumah Zita buat sementara ni.”
“Rumah Azhar la tu.”
“Yup.”
“Bahaya ni.” Joe geleng kepala.
“Apasal pula.”
“Karang Azhar ngorat kau... habislah aku. Aku
tak nak bermadu. Rugi.” Joe tayang sengih lawa. Qistina
mengacah mahu mengetuk kepala Joe. Pantas dilarikan kepala.
“Gila kronik kau inilah, Joe.”
Ketawa.
Jeda.
“Qis...”
“Hmm...”
“Kau tak nak balik jumpa ayah kau?.” Qistina
pandang muka Joe seketika sebelum melarikan wajah ke
arah skrin di depan. Pandangannya kosong. Soalan itu
dibiarkan tersangkut di telinga. Tiada jawapan buat
masa ini dari Qistina. Biarlah. Dia belum bersedia mahu
menjawabnya. Dan dia juga tiada jawapannya buat masa ini.
Kalau boleh dia tidak mahu memikirkan tentang perkara
ini sekarang. Belum masanya. Biarlah dia sendirian dahulu.
Qistina tidak bersedia lagi berdepan dengan lelaki yang
bernama ayah..
Diam yang merimaskan. Joe masih merenung
wajah mulus di depan yang sedang memandang ke arah skrin
Apple. Salah masa ke dia bertanya soalan yang satu itu. Tapi
dia harus tahu. Qistina tidak harus dibiarkan begini. Dia
juga rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap
gadis di depannya ini. Takdir pahit gadis turut memalit
beban di hatinya sehingga ke hari ini. Bukan dia tidak tahu
Qistina kembali ke pejabat hari ini.
Sengaja Joe tidak memunculkan diri dahulu. Sengaja
disusun janji temu dengan kontraktor pagi ini. Dia sebenarnya
mencari ruang dan masa yang sesuai untuk berdepan dengan
Qistina. Kekuatan yang luar biasa diperlukan untuk
kembali berdepan dengan teman baiknya ini. Teman yang
pernah mengetuk pintu hatinya suatu waktu dahulu.
Dan masih terus menghuni hatinya hingga kini. Dia
tidak mampu membuangnya. Tak mampu.
Qistina toleh pergelangan tangan.
“Aku nak solat asar kejaplah, Joe. Dah lambat ni.”
Joe angguk kepala. Tubuh kedua-dua serentak berdiri. Joe
senyum. Dia mengerti Qistina belum mahu memberikan
jawapan. Dan dia akan menunggu kerana itu salah satu
tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Itu janji Joe pada
ayah Qistina. Joe atur langkah seiring dengan Qistina
mendekati pintu.
“Aku balik, Qis. Maya ajak dinner rumah parent dia
malam ni.” Joe angkat tangan.
Qistina mengangguk. Senyum. Lambaian Joe
dibalas. Maya, isteri teman baiknya ini. Perkahwinan yang
berlangsung setahun yang lalu hanya diketahui Qistina
melalui Zura yang mengirimkan emel dan gambar-gambar
perkahwinan Joe. Qistina tidak berkecil hati bila Joe hanya
mengirimkan emel tentang perkahwinannya sebulan
selepas segala-galanya berlangsung. Itu hak Joe. Sebagaimana
juga haknya untuk mengambil keputusan untuk pergi
lima tahun dahulu biarpun ditentang hebat oleh Joe.
Pujuk dan rayuan Joe tidak diendah. Qistina tahu
jauh di sudut hati Joe, masih tersimpan rasa itu. Dan dia harus
menghindarinya. Joe kini bukan Joe yang dahulu. Joe kini
sudah ada Maya.
“Take care, Joe. Kirim salam pada Maya okey.”
TANGAN diketuk-ketuk pada stereng. Kepala masih
takzim memandang bangunan di depan yang kian lengang
ketika ini. Sunyi. Sudah hampir dua jam dia menanti
tapi susuk tubuh yang dinanti sejak tadi tidak langsung
terlintas di depan mata.
Takkan dah balik awal kut. Isy. Hati kecilnya laju
sahaja berbisik. Bukan dia tidak kenal dengan perangai
orang yang ditunggu sejak tadi itu. Workaholic. Ker…
dia stay back? Kan dia baru mula hari ni macam yang Ray
beritahu pagi tadi. Pasti ada banyak yang perlu diberikan
perhatian. Jurutera kanan seperti si dia itu memang
Khalish sedia maklum kesibukkannya. Mata menoleh pada
jam di dashboard. Jari diketuk pada stereng. Dia memang
pasti orang yang dia tunggu masih berada di dalam
bangunan. Dan kata Ray tadi, orang yang dia tunggu itu akan
balik menaiki teksi hari ini.
Sejam. Tambah dua jam. Sudah tiga jam. Mana
pula dia ni. Mata yang memandang ke arah pergelangan
diangkat ke depan. Takkan tidur kat pejabat pula. Dan saat
diangkat kepala, lampu kereta yang sudah terpasang
menyuluh sesusuk tubuh kurus tinggi sedang menuruni
tangga lobi. Tas tangan yang tersangkut di bahu cukup
dikenali. Tubuh yang bersarung skirt hitam labuh dipadan
dengan jaket hitam sedondon bersama tudung merah samar
corak abstrak gabungan warna dua warna putih dan hitam
cukup membuatkan Khalish terkesima seketika. Nafas
berlari kencang. Wajah itu disusuri dari jauh.
Qis... Nafas lelakinya bergetar kencang saat nama
itu terlantun keluar dari kotak suara. Nama yang tidak
pernah luncur dari ingatan biar sudah lima tahun wajah itu
hilang dari radar pancainderanya.
Qistina melabuhkan punggungnya perlahan-lahan di
tempat duduk hentian teksi. Kepala perlahan menoleh ke
kiri dan ke kanan. Isy, tak ada pula. Tadinya waktu dia solat
asar yang agak kelewatan, dia terus duduk di dalam surau
menanti maghrib. Tidak mahu terlepas kalau nanti pulang
kelewatan sebab waktu-waktu begini pastinya kesesakan jalan
sukar dibendung.
Kuala Lumpurkan memang begini tata hidupnya.
Zita sudah berpesan kepadanya, kalau tak ada teksi dalam masa
setengah jam, telefon sahaja Zita. Isy, tak sanggup rasanya
mahu menyusahkan bakal ibu muda itu. Cukup-cukuplah
selama ini dia banyak menyusahkan Zita. Dilepaskan nafas.
Mata menyorot ke jalan yang sedikit lengang. Tubuh dijenguk
lagi. Teksi, tolonglah datang. Susuk tubuh yang terjengukjenguk
ditatap. Nafas yang sesak kian dapat dikawal. Wajah
yang terselindung di sebalik tudung cantik itu direnung tidak
berkelip. Brek tangan dijatuhkan. Stereng diputar perlahan.
Pedal minyak ditekan.
Telinga menangkap bunyi enjin kereta yang
berhenti di hadapannya. Qistina menangkat kepala. Cermin
BMW hitam yang sedikit gelap menyukarkan sorotan
matanya. Hati sedang berdegup perlahan. Tunggu
orang ke ataupun tuan kereta ini. Qistina menoleh ke
belakang. Kiri dan kanan. Tiada kelibat manusia yang
mendekati kawasan hentian. Air liur ditelan. Berkali-kali.
Allah, janganlah ada apa-apa yang buruk menimpanya
disaat-saat begini. Tali beg Coach digenggam.
Ditolak pintu perlahan-lahan. Tubuh tingginya
dikeluarkan perlahan-lahan dari perut BMW yang masih tidak
dimatikan enjinnya. Mata dilontar tepat pada wajah yang sedang
duduk dipalang hentian teksi di hadapannya ini.
Jantung Qistina bagaikan terhenti. Tangan menggigil.
Matanya tidak berkelip memandang susuk tubuh yang keluar
dari perut BMW di hadapannya ini. Susuk tubuh yang sedang
berdiri dan memandang tepat kepadanya.
Ya Allah...
“Qis..”
Jantung Qistina benar-benar mahu terhenti.
Khal…
No comments:
Post a Comment