DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 26 June 2016

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 9

MATA bundar masih tunak memandang
jalanraya di hadapan. Sebelah tangan mengelus pelipis.
Dikedipkan mata berkali-kali. Cuba diusir jauh-jauh segala
macam rasa dan bayang yang cuba mengetuk-ngetuk pintu
jiwa. Sesak.
Tangan kanan yang takzim di stereng bagai
tidak terasa. Stereng di tangan bagai terawang-awangan.
Qistina hela nafas untuk entah ke berapa ratus kali sejak
meninggalkan renungan Khalish yang tertinggal di ruang
depan hotel tadi. Renungan itu masih enggan pergi dari
terus menari di depan layar matanya.
Senyuman lelaki itu masih tidak mahu beralah,
enggan berganjak dari menjengah jendela hati Qistina.
Dada masih kuat bergoncang irama kisah dahulu antara
mereka. Just go away... go away.
“We’ll meet again, Qis.”
“Just go to the he...” Qistina ketap bibir. Kuat. Pedal
minyak makin laju ditekan.
‘I takkan putus asa. Kerana I tahu hati kita masih
satu. Perasaan you pada I, dan perasaan I pada you tak
pernah berubah. Dan I sangat pasti tentang itu.’
Dan aku juga sangat pasti perasaan itu dah mati, Khal.
Dah lama mati!
“It’s all over, Khal. Don’t you get it?”
“I missed you so much, Qis..
“I hate you, Khal! I hate you! Hate you!”
Dihempas tangan yang mengelus pelipis ke pipi
stereng. Kuat. Terasa sakit tapak tangannya. Namun hatinya
jauh lebih sakit. Sangat sakit. Bibir diketap. Tubuh rasa
menggigil. Dia benci dengan apa yang dilalui sebentar tadi.
Dia marah dengan apa yang perlu dihadapi sebentar tadi.
Kenapa mesti sesingkat ini rasa damai jiwanya sejak
pulang dari rantau digoncang dengan kemunculan
manusia yang paling tidak ingin Qistina temui lagi di muka
bumi Allah nan maha luas ini. Kenapa mesti dia ditemukan
lagi dengan lelaki itu. Lelaki yang mencatat sejarah paling
pahit di dalam hidupnya.
“Just go away, Khal. Go away from my life.”
“Welcome back my beautiful Barbie Doll.”
“My beautiful Barbie Doll.” Ayat tu berulang tayang
di kepala. Mata Qistina terkelip-kelip. Kenangan itu hadir.
Hadir kembali mengumpil pintu memori yang telah lama
dikunci.
“QIS...tunggu!!!”
Langkah Qistina yang laju menuruni tangga
terhenti. Nama yang yang diseru cukup jelas di cuping.
Kepala yang tadi memandang ke depan menoleh ke belakang.
Rambut panjang hitamnya yang lurus mencecah dada beralun
cantik saat kepalanya berpaling. Beg yang tersandang pada
bahu yang sedikit melorot ditolak ke atas. Tubuh Zita yang
berlari-lari anak mengejarnya dikerling. ‘Apa pula cik kak ni
nak?’
Zita urut dada dengan tapak tangan sambil ambil
nafas sekejap. Kepenatan jelas terpancar diwajah
kala ditegur Qistina. Dihela dan dihembus berulang kali.
Langkah kedua-duanya beriring menuruni tangga.
“Apasal ni, Zie? Ada benda penting ke?”
Wajah penat teman baiknya ini ditatap.
“Sekejap, Qis... bagi aku bernafas dulu. Penat.”
Zita laju menutur. Qistina angkat tangan. Isyarat supaya
Zita berhenti sekejap daripada bercakap. Diundur tubuh ke
dinding kala dirinya berpapasan dengan beberapa pelajar
sefakulti yang menaiki tangga. Senyum dilontar pada yang
dikenali. Ditarik tubuh Zita ke dinding. Perlahan-lahan
langkah disambung semula menuruni tangga.
Langkah kedua-duanya sudah sampai ke bawah.
Dihala tubuh pada bangku kayu yang terletak di tepi tangga.
“Ha… lepaskan penat kau tu. Lepas tu, cakap apasal
yang macam kena kejar dengan hantu aje ni.”
Zita hala tapak tangan ke arah Qistina dan
lengan Qistina jadi sasaran. Terjerit kecil teman baiknya ini.
“Banyak kau punya hantu. Ni... aku ni ada pesanan segera dan
penting yang aku nak kena sampaikan kat kau ni, Cik Annur
Qistina?” Tapak tangan dibawa diletakkan ke dada. Diurut
seketika. Huh, penatnya mengejar cik kak seorang ini. Laju
saja menonong.
Qistina kerut dahi. Sedikit pelik dengan
perlakuan Zita. Apahal pula ni. Pesanan apa? Penting sangat
ke? Helaian rambut yang jatuh ke muka ditolak lalu diselit
ke belakang cuping. Kepala tiba-tiba teringat sesuatu.
Jari telunjuk dihala ke dada Zita. “Eh, kau kan ada kelas
Fluid Mechanics sekarang ni. Kan, Zie? Tuang ek?” Qistina
angkat kening dengan senyum meleret.
“Manisnya mulut kau tuduh aku tuang kelas ya.
Banyak cantik nak tuang muang. Nak mampus.
Kelas batal okey. Prof Yaya demam.”
“Oo... kisahnya.” Bibir Qistina panjang ke depan.
“Kelas statistik kau dah habis? Ker kau yang tuang
kelas sebab nak date?” Giliran kening Zita yang terangkat.
Bibir Zita pula yang meleret senyum.
Date?! Mata Qistina terbuntang. Mampus!
“Alamak Zie... matilah. Matilah aku, Zie.” Tangan
Zita digoncang deras. “Mati aku, Zie. Khal... Khal… Aku dah
janji dengan dia. Apasal boleh tak ingat ni.”Tapak tangan laju
menghentam kepala. Qistina ketap bibir. Digaru pula
kepala bertubi-tubi.
Zita hala mata ke atas. Huh, cik kak ni muda
belia dah pelupa.
“Ha, minum lagi air yang semut dah kencing.
Orang dah cakap, kau tu nasihat bukan reti nak dengar.
Kan dan jadi pelupa mengalahkan nenek kebayan.”
“Zie...” Laju dihala cubitan kecil ke lengan Zita yang
telanjang. Ketawa Zita terluncur spontan.
“Dah dah jangan nak banyak cakap. Ni yang
aku tercungap-cungap kejar kau pasal mamat handsome
pujaan hati kau tulah.”
Mata Qistina membulat lagi. “Khal? Khal cari kau ke
Zie?”
“Cari aku nak buat apa. Membazir peluh dia
adalah. Dia call akulah, cik kak. Dah call kau berpuluhpuluh
kali tak jawab. Tu dia tunggu kau kat parkir depan
kolej. Kau apasal tak reti nak angkat phone haa? Baik
campak aje telefon ke dalam gaung. Biar pak belang
yang guna.”
“Alamak...” Sekali lagi kepala yang dihiasi alunan
rambut hitam nan berkilau dihentak dengan tapak tangan.
“Phone aku... Zie, phone aku ter...” Bibir
dimuncungkan.
“Tertinggal lagilah tu.” Zita lontar kerlingan. Qis…
Qis…”
“Alah... aku terlupa. Bukan sengaja. Habis macam
mana ni, Zie? Matilah aku kena bebel dengan Khal.”Qistina
garu kepala lagi.
Zita geleng kepala.
“Masaklah kau, Qis. Selamat bersesi jawablah
kau nanti.”
Qistina ketap bibir lagi. Tangan Zita dicapai lalu
digoncang laju. Dua mata saling bertatapan.
“Zie… jomlah temanlah aku. Takut nanti kena
marah.”
“Eh...” Kepala Zita laju menggeleng. “Tak kuasa aku
jadi penonton aksi-aksi cerekarama kau orang berdua ya.
Seorang sayang... seorang dear. Geli tekak akulah.” Zita
buat-buat pegang batang leher sambil mengeleng laju.
Sengaja mahu mengusik Qistina yang makin cemberut
wajah manisnya.
“Alah, Zie... please...”
Zita cekak pinggang.
“Tak boleh sayangku Annur Qistina yang cantik,
comel dan manja. Aku ada discussion prinsip elektrik &
elektronik dengan Jali si tin biskut tu kat kafe. Dahlah...” Zita
menolak perlahan tubuh kurus Qistina. Menggesanya agar
cepat berlalu.”
“Zie… tolonglah.” Qistina masih tidak putus
asa. Lengan Zita dipegang. Memujuk lagi teman baiknya
ini agar mahu menurut permintaannya.
Zita laju menggeleng.
“Lebih baik kau pergi balik cepat. Karang
lambat lagi dia mengamuk sakan. Nanti dia syak macammacam
lagi payah. Kau macam tak kenal Khal kau yang
tercinta tu. Taulah awek dia ni cantik macam anak patung
hidup. Lagi kau lambat karang, lagi sakit hati kau nanti. Kau
juga yang letih melayan soalan-soalan maut dia. Nak ke?”
Bukan Zita tak maklum akan cemburu Khalish yang
adakala memang keterlaluan. Kesian Qistina. Tapi apa yang
mampu dia buat. Dua hati ini sudah lama terikat. Erat
tersimpul.
QISTINA ketap bibir lagi. Perlahan-lahan kepala ditegakkan
memandang susuk tubuh yang bersandar dikereta di
hadapannya.
“Sorry...”
“Hmm... lupa?”
Qistina muncung bibir. Kepala diangguk
perlahan-lahan.
“Hurm… kenapa tak jawab telefon?”
“Telefon Qis tertinggal kat bilik. Sorry, Khal.”
“Again?” Khalish menggeleng kepala. Dengusan kecil
laju terlontar dari rongga.
“Khal...” Suara manja Qistina menyapa lagi.
Mata lelaki di hadapan yang tajam merenung ditatap. Ada
gusar bertamu di hati kecil Qistina. Bibir masih diketap.
“Hmm...”
“Janganlah marah, Qis…Qis tak sengaja.”
“Hmm… Yalah. Tu jawapan standard Annur
Qistina kalau buat salah. Jawapan dengan nada menggoda sebab
nak pujuk I, kan. Right, sweetheart?”
“Khal… tak baik tau cakap Qis. Mana ada Qis buat
macam tu.”
Khalish senyum.
“Hurm… sekarang ni bukan you tengah goda I ke
untuk maafkan you?”
Mata laju berkelip. Diraup dua tangan ke wajah.
Segala yang berlayaran sebentar tadi hilang bagaikan
gerombolan buih-buih air dipantai. Berkecai kala dipukul
ombak. Dibawa tangan ke dada. Diurut perlahan. Berkalikali.
Rentak nafas kembali terkawal.
ALUNAN lengok manja Qistina berlagu di telinga Khalish.
Hembusan suara manja yang sangat-sangat dia rindu
sejak bertahun-tahun. Khalish hempas nafas. Disandar kepala
pada leher kusyen. Chrome Hearts disangkut kembali
ke mata. Seraut wajah comel keanak-anakkan yang sempat
dilihat tadi masih terus menari di ruang legar mata.
Wajah itu masih utuh mendiami takhta jiwa.
Wajah cantik yang sentiasa membuat tidurnya tidak
lena saban malam sejak dahulu. Kunci diputar. Enjin BMW
sudah berdenyut. Ditarik tali pinggang. Mata tunak
memandang tali pinggang. Bibir mengukir senyum tiba-tiba.
Wajah comel itu dengan bibirnya yang memuncung kembali
menyapa.
“Qis...” Tangan Qistina yang duduk di sebelah
yang dilihat terkial-kial menarik tali pinggang menangkap
perhatian Khalish.
“Come… let me help you, dear.” Tubuhnya
cukup hampir dengan tubuh Qistina yang tersandar di
kerusi penumpang hadapan. Dapat dirasakan debaran
gadis pujaan hatinya ini. Bibir mengukir senyum.
“Okay done, dear.” Dihala wajah ke wajah Qistina.
Sengaja dirapatkan. Sekadar mengusik. Senyuman di bibir
masih belum usai. Qistina ketap bibir. Mata dijegilkan.
Pantas ditolak wajah Khalish menjauhi wajahnya.
“Jahat…” Muncung bibir Qistina dengan usikan
Khalish. Bukan dia tidak arif dengan sikap Khalish
yang adakala sangat romantis. Sikap yang kadangkala
membuatkan dengup di jantung seakan-akan dipacu kuda
lumba!
Ketawa Khalish terburai.
“Qis…”
“Hmm...”
“Bila nak pakai tudung ni?”
Senyap.
“Qis...”
“Kena ikhlas, kan? Tak naklah pakai sebab orang
paksa.”
“Orang paksa? Siapa? I kenal ke?” Khalish angkat
kening.
Qistina mencebik.
“Ayah. Orang kat sebelah ni pun sama. Bosanlah.”
Khalish lontar nafas yang bersimpul di lohong.
Wajah comel di sebelah direnung pulas. Senyum halus
diukir.
“Tudung tu wajib, sayang. Ada sebut dalam
al-Quran. Tak ada kompromi dalam hal ni. Ada perkara
perlu dipaksa demi menjadikan ia satu kebiasaan. Lagipun
apa yang I atau ayah you minta ni satu tuntutan agama.
Jangan ambil mudah.” Benarkah dia mahu Qistina bertudung
disebabkan hukum yang termaktub atau sekadar demi
memastikan kedudukan si dia ni selamat dalam
genggamannya.
Perasaan cemburu setiap kali melihat Qistina
direnung oleh mata-mata pelajar lelaki yang berpapasan
dengan buah hatinya ini sukar dikawal. Khalish rasa risau.
Khalish rasa tergugat.
‘‘ “Qis… this is for your own goodness, sweetheart.”
Senyap lagi.
“Kadangkala perbuatan yang disebut ‘kena paksa’
ini perlu kerana nantinya kita akan sedar kepentingan
melakukannya. You tak kesian kat ayah you? Bila you tak
menutup aurat begini, ayah you makin dekat ke pintu neraka.”
Qistina terus khali. Dia semakin menunduk. Jarijemari
bermain dengan hujung baju kurung merah muda
yang tersarung di tubuh. Khalish hela nafas dalam-dalam.
“Tau tak awak tu cantik... comel. Sangat cantik dan
comel macam anak patung Barbie Doll. Tau tak awak tu macam
Barbie Doll?”
Barbie Doll? Qis macam Barbie Doll. Qistina
ukir senyum. Seronok dipuji begitu oleh lelaki pujaan
hatinya. Hujung rambut dimain-mainkan dengan
jari-jemari. Khalish toleh sekilas ke sebelah.
“Tau tak saya risau dengan pandangan semua lelaki
kepada awak.” Qistina kedip mata beberapa kali. Ditoleh
memandang Khalish yang masih tunak merenungnya.
Diangkat kening perlahan. “ Kenapa pula. Jealous? This all is
about jealousy, right?”
“Yes, I am. I’am jealous.”
Jeda.
“Pandangan dari mata akan disertai dengan
pelbagai niat di hati. You’re my girl, Qis.”
“Qis tak suruh pun dia orang tu pandang atau tenung
Qis. Takkan nak korek mata dia orang semua tu.” Khalish
geleng. Degil juga Qistina ni. Dalam lembut dan manja keanakLafaz
anakan dia, sifat degilnya pun boleh tahan sama.
“Benda yang cantik depan mata pasti menarik
perhatian sapa-sapa yang memandang. Sekurang-kurangnya
bila dah tutup, kuranglah sikit yang memandang. Kuranglah
sikit dosa mata orang yang memandang dengan macammacam
niat di hati. Saham awak pun ada sama kat situ.
Nak ke kumpul saham macam tu banyak-banyak. Larat nak
bawa?” Mulalah hendak keluar ayat ustaz tidak habis
belajar dia tu. Letih.
“Qis...dengar tak apa yang cakap tadi.”
Dilontar wajah malas.
“Yalah, nanti Qis fikirkanlah.”
“Promise?”
“Hmm...”
“Hmm aje...”
“Yalah... nak cakap apa lagi. Itu aje yang Qis boleh
cakap. Khal kenalah sabar. Mana boleh dan dan aje Qis nak
buat nak berubah. Ambik masa kan.” Qistina perlahan-lahan
lontar mata ke riba. Tidak mahu memaku renung ke sebelah
usai dia melontarkan segala-gala yang terbuku di dada.
Sudahnya nanti dia yang tidak keruan. Hatinya ini bukannya dia
tidak faham. Kalau Khal yang bersuara lekas sahaja ia berdetik
debar.
Khalish senyum. Toleh sekilas. Wajah yang tunduk
memandang riba menangkap pandangan mata.
“Ikhlas akan datang bila usaha mencarinya
dilakukan dengan penuh azam.”
“Okay.”
“That’s my Barbie Doll. My beautiful Barbie Doll.
Tahu kan Khal sayang sangat kat Qis.”
“Qis pun sayang Khal juga.”
Saling berbalas senyum.
“Janji jangan cemburu lagi lepas ni. Qis penat tau.”
“Okay, dear...”
“Forever?”
Khalish angguk.
“Forever.”
“Promise?” Qis hala tapak tangan separas bahu.
“Promise…” Khalish turut sama melakukan aksi
yang sama.
“No matter how?”
Khalish angguk lagi.
“Yes… no matter how...”
No matter how. It matter you, Khal. It’s really
matter you. Laju diputar stereng tepi. Bunyi hon yang
tiba-tiba menyapa menyentakkan Qistina yang hanyut
dibawa kenangan. Pantas dikawal stereng. Salahnya yang
memasuki laluan di sebelah tanpa memberi isyarat. Istighfar
berlagu di bibir. Stereng sudah tenang di tangan. Dada beralun
tenang. Simpang memasuki selekoh ke banglo Zita sudah
kelihatan.
“You break your words, Khal.”
“You never keep your promise.”
“You never keep our promise…”

No comments:

Post a Comment