DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday 29 May 2015

Isteri Tuan Ihsan - BAB 1


Geli hati melihat aksi berlaku di hadapannya. Violet
dan Fathin memang bodoh! Minum tak ingat dunia. Sekarang
semua perangai pun keluar. Yang si Afwan dan Ayman ni pun
bukan main ambil kesempatan. Nasib baik kawan, kalau tak...
dah selamat kena hempuk dengan aku.

Tiba-tiba terasa diri diperhatikan. Seroja kecilkan
mata. Tumpuan diberi kepada sebuah Bentley Mulsanne
6.75 L berwarna hitam yang elok terparkir di seberang jalan.
Terganggu tumpuannya terhadap kereta mewah itu, apabila
tubuh dihimpit dari belakang.

“Babe! I wanna puke,” Violet menghampiri Seroja.
Tangannya masih cuba mencapai lengan Seroja, sekalipun
ditepis pantas berkali-kali oleh tuan punya tubuh.

“Eww... don’t you dare! Muntah kat sanalah babe.”

Bergegas Violet berlari ke lorong kecil bersebelahan
dengan kelab. Terduduk Violet setelah memuntahkan segala
isi perut. Kaki dilunjurkan ke depan. Jari mengurut pelipis kiri
dan kanan.

‘Adoi! Menyesal minum banyak sangat malam ni. Besok
mesti sakit kepala. Nasib baik hujung minggu. Kalau tidak, sure
ponteng kelas!’ Mata Violet sudah terkatup rapat.

Seroja cekak pinggang. Violet dah terbongkang. Fathin
tidak sedar diri. Afwan dan Ayman pun ala-ala pening lalat.

‘Jadi, siapa nak hantar aku balik? Menyesal tak bawak
kereta sendiri. Huh! Menyusahkan betullah korang ni. Nasib
baik aku berlakon aje mabuk selama ni. Kalau aku betul-betul
mabuk macam korang, memang kita buat orkestra bunyi
dengkur aje kat tepi jalan ni!’

‘Hailah! Tak kurang bodoh jugak aku ni dengan
diaorang. Yang aku bangang sangat nak ikut diaorang ni
kenapa? Berlakon mabuk sekalipun, tetap jugak bangang kan?
Sekarang, siapa yang susah?

Seroja garu kepala.

Dia sebenarnya mana pernah minum pun. Malas asyik
didesak oleh Violet dan Fathin. Konon jangan berlagak alim!
Masuk ke tempat begini, kalau tak minum, tak nak telan pil
khayal, tak smoking, dan tak mahu gesel-gesel, buang masa!
Baik duduk rumah, baca buku!

Serius, Seroja jejak kaki ke sini cuma untuk mencari
hiburan. Biarlah orang kata dia berpura-pura, yang penting
Seroja ada pendirian. Heh! Sekalipun pendirian itu pun boleh
dipertikai... tapi... ‘Cigarettes, pills, alcohol and sex? So not me!’


Sudahnya, dia selalu pura-pura minum untuk sekadar
menutup mulut mereka. Alah! Budak berdua tu mana nak sedar
Seroja buang air tu pun, kalau dah masing-masing khayal dan
mabuk.

“Seroja Irdina?”

Seroja menoleh mencari suara yang memanggil
namanya. Berlapis dahi melihat lelaki bersuara garau di
hadapannya. ‘Pak cik mana pulak ni? Tapi... my dear God, he’s
so freakin’ gorgeous!’

Mata Seroja mula mengimbas wajah itu dengan kuasa
mata laser! Rambutnya agak ikal. Uban-uban putih melata
berselang dengan rambut hitam. ‘Oo la la... his sexy stubble is
killing me!’
Dagu pak cik itu dihias dengan lekuk yang agak dalam.
Seroja menggigit hujung bibir. ‘Yummeh! Tubuh badan pak
cik ini memang masih tampak tegap dan mantap. Tinggi? Pasti
menjangkau 6 kaki. Pak cik ni model veteran ke apa?’

“Found what you’re looking for my dear?”

“Excuse me?”

“You’re staring at me... takkan tak tahu it’s not nice to
stare at other people? So, do you like what you see?”

Seroja terlopong. Eh! Pak cik ni, perasan tak ingat!

“Maaflah pak cik...” sengaja Seroja tekan sikit kata pak
cik itu.

“Pak cik?”

“Yup! Pak cik, ‘cause obviously you’re wayyy older
than me. Anyway, mana tau nama I? You nak apa sebenarnya
ni?” Seroja peluk tubuh. Okey... walaupun pak cik ni memang
gorgeous, tapi perangai out! Perasan. Berlagak.

“I nak you ikut I sekarang.”

Seroja angkat kening.

“Excuse me?”

“I nak you ikut I sekarang. I tak fikir you ni pekak. So,
cut all this nonsense and come with me now!”

Seroja lepaskan gelak halus. Kepala digeleng perlahan.
Bukan saja perasan, berlagak, Seroja nak tambah satu lagi...
menjengkelkan! Hailah! Pak cik ni memang dah tak boleh diubat perangainya.

No comments:

Post a Comment