DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday, 29 May 2015

Isteri Tuan Ihsan -Bab 3

“Lepaslah!”

“Shut up, Seroja! Jangan lupa you dekat mana!”

“I don’t care! Let go of me!”

“Sedar Seroja! Ibu you dah tak ada. Jangan jadi orang
hilang pedoman macam ni!”

“No! Ibu! Seroja nak ikut ibu! Seroja nak ikut mati!
Seroja tak mahu hidup sendiri...”

Hilang simpati Tuan Ihsan. Ikutkan hati yang membara
ingin saja ditangankan Seroja ini supaya diam. Budak ini
memang degil!

Langkah semakin dicepatkan menuju ke kereta.
Dengan penuh kepayahan pemegang pintu dicapai kemudian
Seroja disumbat ke dalam perut kereta. Saat dan waktu
sebegini, Tuan Ihsan jadi menyesal kerana mengarahkan dua
orang pengawal peribadinya untuk hanya menunggunya di
kediamannya sahaja. Hemat yang menyangka segalanya akan
berjalan lancar, ternyata meleset sama sekali.

Saat tubuh terhempas ke atas kerusi kereta, Seroja
bungkam. Amarah tiba-tiba mencengkam jiwa. Tindakan
refleks Seroja menyebabkan kaki menujah ke atas mengenakan
satu tendangan padu ke celah kelangkang Tuan Ihsan.
Terjerit Tuan Ihsan dibuatnya.

“Arghhh... Shit!” Terbongkok-bongkok Tuan Ihsan
menahan sakit yang teramat. ‘Jahanam sistem reproduktif aku!
Budak ini memang mencabar kesabaran,’ gumam Tuan Ihsan
dalam hati.

Sabar semakin menipis. Hati semakin mendongkol
geram dengan perlakuan Seroja yang terpekik terlolong seperti
disampuk hantu.

Sepantas kilat kedua tangan Seroja dicengkam erat,
kemudian dikunci di kiri dan kanan kepalanya. Tubuhnya
yang ditahan dengan berat badan Tuan Ihsan, spontan
berhenti meronta. Tinggal sahaja bibir mungil itu yang masih
melantunkan vokal sepenuh hati.

“Shut up, Seroja! I’m warning you!”

“Lepaskan aku! Lepaskan aku la bodoh!”

“I said shut up!!!”

Tangan gadis yang dicengkam erat dipindah ke atas
kepala dengan satu tangan. Satu tangan lagi menekup mulut
Seroja. Kejap.

“Dengar sini baik-baik. Kalau you jerit lagi, I akan
guna cara terakhir untuk diamkan you. Oh! Believe me love,
I akan pastikan mulut you akan tertutup sampai you tak boleh
bernafas dengan sempurna.”

Suara garau dan dalam itu terus saja membunuh suara
yang lahir dari tekak Seroja. Terkebil-kebil mata membalas
renungan Tuan Ihsan. Tajam menikam. Buat pertama kali
Seroja rasa amat takut, walaupun Seroja tahu itu cuma satu
ugutan. Tapi, kenapa Seroja merasakan yang pak cik misteri ini
memaksudkan setiap butir katanya?

Semakin lama desahan nafas Tuan Ihsan terasa
semakin hampir. Bunyi degupan jantung berdetup-detap seperti
genderang perang.

‘Aduh! Kenapa cuak sangat ni?’

Tok! Tok! Tok!

Kepala dikalihkan ke luar tingkap kereta. Berlapis dahi
melihat bayangan tubuh seorang pemuda di sebalik cermin
yang berwarna gelap.

Tok! Tok! Tok!

Tingkap diketuk lagi. Serta-merta Tuan Ihsan
menganjakkan sedikit berat tubuhnya dari Seroja.

“I akan lepaskan you. Tapi, you kena janji jangan
menjerit lagi. Behave! Faham!”

Seroja mengangguk pantas. Mendengar nada suara
Tuan Ihsan sahaja, Seroja sudah cukup maklum. Ia adalah
perintah! Tidak mampu Seroja menanggung debaran yang bisa
saja memecahkan dada.
Nafasnya sudah sesak. Yang pasti bukan
kerana mulutnya ditekup. Tapi, lebih kepada akibat daripada
keadaan fizikal mereka tika ini.

Senakal-nakal Seroja, inilah kali pertama dia
berkeadaan sedemikian dengan seorang manusia berlainan
jantina. Segarang-garang Seroja, inilah kali pertama dia
menjadi kaku berhadapan dengan seorang insan yang bernama
lelaki.

Dadanya sendat dengan muatan perasaan yang gegak
gempita. Aneh sekali perasaan ini. Padahal, kalau ikut sikap
sebenar Seroja, memang punah harapan Tuan Ihsan untuk
mendapat zuriat, pasti organ penting itu menjadi sasaran
kepala lututnya.

Perlahan-lahan mulut Seroja dilepaskan. Tangan
yang tergantung di atas kepala juga sudah bebas. Serta-merta
Tuan Ihsan mengalihkan badannya. Pakaian ditarik kemas.
Rambut yang kusut dilurut dengan jari yang kasar. Nafas diatur
perlahan.

Seroja mengangkat tubuhnya. Baju yang berkedut
seribu dibiarkan sahaja. Mujur saja dia mengenakan baju kurung
daripada kain kapas. Kalaulah dia mengenakan pakaiannya yang
biasa sehari-hari, pasti kenyang Tuan Ihsan menjamu mata!
Seroja menghantar renungan tajam ke arah Tuan
Ihsan yang beriak tenang.

1 comment: