DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 30 July 2015

PERMAISURI HATI - PROLOG





Aku menitiskan air mata tatkala bunyi tangisan bergema di sekitar bilik sederhana besar itu. Kesakitan yang aku tanggung sebentar tadi seakan terbang jauh. Yang ada hanyalah rasa bahagia yang sukar aku terjemahkan dengan kata-kata.
Doktor Haslina sudah tersenyum melihatku. Dia menarik nafas lega. Mungkin bersyukur kerana seorang insan telah selamat lahir ke dunia ini.
“Tahniah sayang..baby boy”. Kudengar suara insan yang paling aku kasihi berbisik di telinga. Dia tersenyum memandangku. Aku tahu kelahiran ini begitu menggembirakan hati lelakinya. Dari dulu…kami punya impian untuk mempunyai anak yang ramai.
“Terima kasih sebab sanggup temankan Lina bersalin”. Ujarku lemah. Anak dipangkuan aku riba penuh cinta.
“Cinta kita berdua”. Katanya penuh makna.
Aku mengganguk. Mula berasa lemah. Aku penat sangat. Rasanya mahu sahaja aku tidur.
“Keluarga abang dan keluarga Lina on the way ke sini. Abah tu bukan main gembira lagi bila abang cakap Lina dah bersalin. Kan patutnya minggu depan. Tergesa-gesa diorang datang sini”. Banyak pula celotehnya. Namun aku hanya setia mendengarnya.
“Dah fikir nama baby?”. Soalku sedikit manja.
Dia mengangguk. Tangannya mengusap kepalaku. “Muhammad Haikal bin Muhammad Nizam, okay tak sayang”.
“Apa-apalah. Asalkan baby kita ada nama”. Ucapku seraya memejamkan mata. Maaf..aku sudah tidak sanggup meneruskan perbualan ini. Kepenatan menyelubungiku. Tiba-tiba, pipiku dikucup lembut. Hatiku diserbu hangat. Selepas itu, aku sudah tidak ingat apa-apa.

No comments:

Post a Comment