Hujung
minggu itu, aku membawa Haikal berjalan-jalan ke SOGO. Aku kasihan melihat
anakku yang kebosanan di rumah.
“Mama..Ekal
nak beli barang”. Sudah kuagak.Itu sahaja kerjanya.
Aku
memimpin jari kecilnya ke bahagian permainan. “Ekal nak beli apa? Kat rumah tu
dah banyak mainan Ekal kan”.
Mukanya
cemberut. “Ekal tak nak mainanlah. Ekal nak beli hadiah kat Era”.
Era!
Oh..kawan anakkku itu. Aku menggeleng, tidak tahu kenapa Haikal ini begitu
berminat dengan budak Era itu. Hai, masakan sudah jatuh cinta.
“Nanti
birthday dia. Dia ajak datang rumah. Ekal
nak bagi hadiah”.
Kugaru
kepala yang tidak gatal. Apa-apa sahajalah. Akhirnya aku membeli sehelai baju
gaun untuk hadiah Era itu. Melihat senyuman ceria Haikal, aku tertawa. Ada
kalanya persahabatan zaman kanak-kanak lebih suci dan indah lantaran segalanya
penuh kejujuran dah keikhlasan.
Selesai
mencuci mata, aku membelok ke parking berdekatan KFC.
“Yeah!
Yeah! Kita nak makan ayam KFC. Mama.. Ekal
lapar”. Haikal merengek manja.
“Kita
nak makan la ni sayang”.
Aku
order KFC sebagai santapan kami tengah hari itu.
“Hish…apa
comot-comot ni. Tak handsome anak
mama”. Aku menyapu mulutnya yang berminyak.
“Ayah!!”.
Bergetar hatiku apabila Haikal tiba-tiba melaungkan panggilan itu.
Dalam
debar, aku menoleh.
Tatkala
terpandang dirinya, kurasa kesakitan itu datang lagi. Hati aku berasa sakit
mengenangkan perbuatannya. Luka yang cuba aku rawat sebaik mungkin dalam masa
setahun ini berdarah lagi. Sungguh, rupanya aku tidak kuat lagi untuk
berhadapan dengannya.
“Lina..”.
Suara Nizam kedengaran perlahan namun masih jelas di telingaku.
“Ayah”.
Haikal sudah tenggelam dalam dakapan Nizam.
“Ayah
pergi mana? Kenapa ayah dah lama tak balik rumah?”.
Nizam
kulihat seakan terkedu dengan soalan bertubi-tubi dari Haikal. Dia seakan tidak
mampu menuturkan kata.
“Ayah
sibuk. Ekal sihat?”.
“Sihat.
Mama pun sihat, kan mama? Bila ayah nak balik rumah? Ekal rindu ayah”.
“Ekal..
jangan macam ni ye sayang. Nanti ayah balik. Ekal, pergi basuh mulut dulu. Comotlah”.
Haikal kemudiannya berlari meninggalkan kami. Aku tahu Nizam sengaja berkata
begitu supaya Haikal meninggalkan kami berdua.
“Lina
apa khabar?”. Soalnya masih berdiri di sebelah meja.
“Sihat”.
Balasku tanpa menatapnya. Jika boleh, aku tidak mahu menjawab tapi aku mahu dia
tahu aku tidak terkesan dengan penceraian kami. Bahawa sesungguhnya aku juga
bahagia tanpa dia di sisi.
“Lina
tukar number? Abang call tak dapat. Abang nak cakap
dengan Haikal”.
“Suka
hati Lina nak buat apa. Kalau abang nak jumpa dia, jumpa saja di sekolah. Alang
dah bagi alamatkan”.
Aku
perasan, Nizam bagai terperanjat, mungkin kerana panggilanku nada suaraku yang
kedengaran datar.
“Lina
masih marah pada abang?”.
Kutatap
matanya dalam-dalam. Tahukah dia? Aku tidak pernah berhenti membencinya. “Abang
tak perlu tanya soalan yang tak relevan lagi dalam hidup Lina. Kalau abang nak
bercakap dengan Haikal. Then talk…tapi
Lina tak sudi nak dengar suara abang lagi. Tolong buat-buat tak nampak Lina ada
dekat sini. Kalau Lina boleh, kenapa abang tak boleh..”. Penuh sinis
kata-kataku.
“Abang
minta maaf Lina”.
Aku
gelak hambar. “Lina dah letih dengan ucapan maaf Abang. Semudah itukah, Nizam?”.
Aku mengangkat punggung bila kelibat Haikal muncul dari bilik air.
“Ekal..kita
balik..”.
“Ekal
nak cakap dengan ayah”. Haikal memprotes. Tanpa mempedulikan pandangan sekeliling,
Haikal kutarik kasar. Suara tangisan Haikal kedengaran memanggil ayahnya
langsung tidak aku hiraukan.
SUDAH
seminggu kejadian itu berlaku. Bohonglah jika aku katakan aku tidak terkesan
dengan pertemuan yang tak terduga itu. Entahlah..aku sukar menafsir hati
sendiri. Rasanya aku tidak kuat lagi berhadapan dengan Nizam. Rasa perit
dikhianati itu tetap kukuh di hatiku sekalipun aku sudah reda dengan suratan
takdirku.
“Puan
Amalina dah nak balik?”. Salah seorang pekerja di situ menegurku.
Aku
hanya mengangguk.
Dahiku
berkerut seribu. Cemas di dadaku membuatkan aku tidak senang duduk. Aku mengeluh
hampa. Kereta Wajaku ini buat hal lagi. Sudahlah aku jenis yang tidak tahu
apa-apa mengenai kerosakan kereta. Nampaknya aku tiada pilihan lain. Terpaksa
meminta pertolongan Abang Hasif. Aku berharap dia dalam perjalanan pulang ke
apartment. Mesej kuhantar mengkhabarkan tentang keadaanku.
Aku
merebahkan seat pemandu setelah pasti
aku telah mengunci kereta. Lebih baik aku berehat dulu sementara menunggu
kehadiran Abang Hasif.
Aku
tidak pasti berapa lama aku tertidur, tetapi
aku tersentak bila tiba-tiba cermin keretaku diketuk.
Err..terpinga-pinga
aku melihat gerangan lelaki yang berdiri di sisi keretaku. Kenapa dia ada di
sini. Mana Abang Hasif?
Dia
mengangkat kening. “Kereta rosak?”.
“Mana
Abang saya, Datuk?”.
“Hasif
balik lambat sikit malam ni. So, dia
mesej I beritahu keadaan you. I dah call
mekanik. Nanti diorang tarik kereta you”.
Aku
keluar dari kereta. Hati sebal dengan Abang Hasif. Kalau tidak boleh bantu tu, tidak
perlulah minta pertolongan orang lain. Sudah la dari dulu aku tidak selesa
dengan Datuk Rafael ini sejak kejadian yang memalukan pada kali pertama di
pejabatnya dahulu.
“Jom..
I hantar you balik?”.
Aku
menggeleng. “Tak apa.. saya boleh naik teksi”. Ujarku beralasan.
“Bashira,
Abang you dah amanahkan I untuk hantar you balik, please jangan buat I rasa bersalah pada Hasif”.
“It’s okay..I will explain to him”.
“Tak..
I dah setuju nak tolong you”.
Kasihan
melihat dirinya yang keletihan, aku turutkan sahaja. Kami beriringan ke Porsche
mewah miliknya. Sempat aku menilik plat keretanya dan aku menelan liur tanpa
sedar. Nombor pendaftaran kereta, CATI itu pasti mahal sekali, sepadan dengan
kereta mewah berwarna putih terang ini. Aduhai..kalau sudah kaya, kereta mewah
tentulah nombor plat pun mahu yang gah-gah juga.
“I
tahu you tak selesa dengan kehadiran I, Bashira”. Tuturnya memecah keheningan, kereta
sudah meluncur laju di jalan raya.
Aku
tidak keruan. Bagaimana dia menilai perasaanku. “Jangan salah faham, Datuk. Jangan
menilai dengan sekali pandangan mata”.
“Mungkin…
tapi I dapat rasakan, you macam sangat gelisah berdua dengan I”.
Aku
tergelak kecil, menyembunyikan rasa. “Sudah lumrah, ada segelintir manusia, kita
senang dengannya tapi ada juga yang kurang selesakan. Itu normal bagi saya”.
‘’Jadi
you mengaku tak selesa dengan I”.
“Ya!!”.
Dia
menoleh sesaat padaku. “Why?”.
Aku
angkat bahu. “Saya tidak pasti..mungkin kerana pertemuan pertama kita tak
seperti yang saya sangkakan”.
Kulihat
senyuman di pinggir bibirnya.
“Datuk
terlalu muda untuk menjadi Datuk. Mungkin saya tidak selesa lagi berbual dengan
Datuk kerana faktor usia”..
Datuk
Rafael ketawa mendengar penjelasanku. Mungkin dia merasakan itu adalah alasan paling
bodoh yang pernah diterimanya. Ah! Peduli apa aku. Sememangnya itulah yang aku
rasakan bila bersamanya. Kekok dan janggal sekali.
“I
terlalu muda untuk jadi Datuk? Hmm..what
an answer you have? Tapi..it’s okay I
reda dengan jawapan you. Even Hasif
gelakkan I bila dia tahu I dapat gelaran tu. I masih ingat lagi mimik muka you
bila tahu the one who sit on the chair is
the real Datuk Rafael..not his son”.
Aku
turut mengukir senyum nipis. Aku tidak mungkin melupakan hari bersejarah yang
memalukan itu. Senang-senang sahaja aku bercakap seolah-olah dia adalah anak
Datuk Rafael.
“You are so sweet, Bashira..”.
Sambungannya sambil menjeling mesra ke arahku buat aku hilang kawalan. Jantungku
mula berdetak laju. Aku cuak. Perasaan apa yang wujud ini? Aku menarik nafas
mengawal perasaan.
“Saya
minta maaf tentang tu Datuk. Saya memang tak sangka yang..”.
“No need Bashira. Tak
ada apa yang perlu dipersalahkan.But
then, I really hope..mulai hari you
cuba buang rasa janggal you bila bersama I. I tak mahu perasaan tu menjarakkan
hubungan kita sebagai majikan dan pekerja”.
“Lagipun
you adik Hasif. Kalau you nak tahu I juga baik dengan Rehan dan Aidil”.
“Oh..ye
ke?”. Nyata aku terkejut. Kusangka dia hanya rapat dengan Abang Hasif.
“Yes..Rehan and Aidil are my senior. Ketiga-tiga
abang you kan graduate from US. Di
sana kami kenal. Tapi I mengaku I lagi rapat dengan Hasif. Mungkin sebab usia
sama”.
Aku
tekun mendengar ceritanya. Ya! Ketiga-tiga abangku memang lulusan sarjana dari
US. Abang Rehan dan Abang Aidil mengambil jurusan TESL di sana dan kini sudah
bergelar pensyarah Bahasa Inggeris. Abang
Hasif sahaja yang berminat dengan dunia perniagaan. Aku mencongak dalam diam. Jika
dia seusia Abang Hasif, maknanya dia sudah menjangkau usia 30 tahun. Empat tahun
lebih tua dariku
“You
pun pernah dapat tawaran ke sana jugakan”. Soalnya lagi. Aku angguk. Aku pernah
menerima biasiswa ke US, tetapi demi cintaku pada Nizam, keinginanku untuk
menjelajah ke Negara orang kutolak.
“Ya..tapi
terpaksa tolak sebab gedik nak kahwin awal”.
Terus
rancak ketawanya. Mungkin tidak menduga perkataan gedik keluar dari bibirku.
“You
gedik-gedik pun still jadi pegawai di syarikat I. Gedik berwawasan dan berinovasi
tak ada masalah, Bashira”.
“Kalau
you gedik sebab kahwin awal, I ni kira gedik juga la kan. I pun kahwin muda
tahu”.
“Datuk
bukan gedik..tu gatal namanya”.
Sekali
lagi, telingaku dipanah lambakan tawanya. Sungguh-sungguh dia ketawa.
Aku
turut tersengih. Tanpa sedar, kami mula menjalin persefahaman. Pada petang itu,
baru aku sedar Datuk Rafael yang kusangka serius itu rupa-rupanya senang diajak
berbual. Dia mesra orangnya!
“SAYA
ingatkan Datuk nak hantar saya ke rumah”.
Datuk
Rafael menggaru kepala. “Tapi Hasif suruh I hantar you ke apartment ni”.
“Jom
masuk”. Aku terpacak di luar apartment.
“Bashira,
you tak nak masuk ke?”. Datuk Rafael sudah membuka kasutnya.
“Saya
tak nak berdua-duaan dengan Datuk dalam apartment ni. Tak manis dipandang
orang”.
Datuk
Rafael terdiam. “I nak solat sekejap je..Don’t
worry Bashira. Tak ada apa-apa yang akan berlaku, okay”.
“Tapi
Datuk..”.
“I
takkan masuk selagi you tak masuk”. Ugutan Datuk Rafael akhirnya membuatkan aku
mengalah.
Aku
ke dapur tatkala dia sudah menghilang ke bilik. Mahu meneguk air masak untuk
menghilangkan dahaga.
Sesudah
itu,aku ke bilik tidurku, mataku meliar mencari kelibatnya.Tapi tidak kutemui…
agaknya dia sudah masuk ke bilik Angah. Hatiku berbisik sendiri.
Aku
membuka tudung ariani di kepala dan kain di pinggang. Tubuhku hanya bersalut
baju kurung. Letih badan rasanya. Kupandang sekeliling. Dahiku berkerut lagi. Baju
kemeja dan seluar Abang Hasif yang tidak berbasuh di pinggir katil menyakitkan
mataku biarpun kurasa bilik ini lebih kemas berbanding dulu.
Rambut
yang diikat kuuraikan. Aku mahu berwuduk dan bersolat dulu. Sambil menyinsing
lengan baju kurung, aku berjalan ke bilik air.
Saat
pintu bilik air kutarik, mataku terbeliak.. Aku terlopong tidak percaya. Serentak
itu aku menjerit kuat…
“Arghhhhh……!!!!”.
Tubuhku menggeletar ketakutan. Aku menutup muka dengan telapak tangan.
“Errr…Ba..Bashira”.
Datuk Rafael cepat-cepat menutup tubuhnya dengan tuala.
Aku
bagaikan tidak percaya dengan apa yang kulihat. Tubuh lelaki itu bukan lagi
rahsia bagiku. Mukaku bertukar warna. Kami bertentang mata sesaat sebelum aku
berlari keluar.
“Bashira!!”.
Panggilannya tidak aku hiraukan. Pintu bilik kuhempas kuat.
Aku
duduk di katil Abang Hasif. Aku meraup muka. Betapa malunya aku melihat
kejadian yang tidak disangka tadi. Seakan kalau boleh mahu sahaja aku ghaib
dari sini. Bagaimana aku mahu berhadapan dengan Datuk Rafael selepas ini? Tentu
dia lebih malu dari aku.
Ah!!
Bodoh…kenapa lelaki itu boleh masuk ke bilikku? Kenapa tidak di bilik Abang Hasif
sahaja? Kenapa pada waktu aku hendak berwuduk juga dia mandi sambil berbogel
seperti itu. Sudahla pintu bilik air tidak dikunci. Memalukan sahaja.!!
Kulit
mukaku masih membera malu. Datuk Rafael sudah melihat rambutku . Ah!! Malunya..
“Lina!”.
Abang Hasif yang baru pulang memanggilku.
“Alang!!”.
“Lina
okay..?”.
“I’m not okay.. Alang..Lina malu! malu! Malu!..tolong
Lina..apa nak buat ni?”. Soalku seperti orang gila. Lengan Abang Hasif aku
paut.
“Alang..kenapa
Datuk tu ambil bilik Lina? Alang tu pun lain kali beritahu la dia. Tengok apa
dah jadi sekarang. Macam mana Lina nak kerja dengan dia lepas ni..?”.
“Tu
bilik Rafa”.
Demi
terdengarkan kata-kata itu, aku mendongak menatap raut Abang Hasif, memohon
penjelasan. “Apa?”.
“Tu
memang bilik dia…Setiap kali dia lepak kat apartment
ni..memang dia tidur dalam bilik tu”.
Aku
yang masih terperanjat seakan kebingunan. “Tapi Lina guna bilik tu sebelum ni”.
“Ya…but since Lina jarang datang dan tidur, bilik
tu jadi bilik dia. Inikan kondo dia”.
“Alang..!!”.Aku
tidak senang duduk. Kiranya bukan dia yang menceroboh bilikku tapi akulah yang
bertindak demikian.
“Kenapa
tak bagitahu?”. Soalku garang.
Abang
Hasif termangu-mangu. “Alang tak ingat…Lina jangan risau..just be cool”.
Huh!
Senangnya abangku yang seorang ini bercakap. Yang menanggung malu itu aku. Yang
bekerja sebumbung dengan Datuk Rafael itu aku. Yang akan menghadap mukanya itu
aku. Semuanya aku, okey..jadi aku tidak rasa aku boleh bertenang sekarang ini.
“Jadi
pakaian dalam bilik tu semua pakaian Datuk?”.
Abang
Hasif mengangguk. Meremang bulu romaku terus saat teringat aku pernah mengemas
bilik itu, aku pernah mengutip pakaian kotor di bilik dan err..seluar kecil
yang kusangka bilik Abang Hasif. Lagi satu, wangian yang menyerbu hidungku saat
aku tidur dahulu tentu miliknya juga.
“Alang..
Lina malu!!”.
“Dah-
dah.. Kalau Lina malu, Rafael tu berganda malu dari Lina, Lina tengok harta
karun diakan??”.
“Pap!!”.
Aku tampar lengan Abang Hasif berkali-kali mendengar usikan nakalnya itu.
“Lina
belum solat?”.
“Macam
mana nak solat.. Telekung Lina ada dalam tu..kain lagi..”. Ah! Seganku
bercambah lagi bila teringatkan kainku yang kubuka tadi.
No comments:
Post a Comment