BERSAMA
gelaran baru ini, aku gagahkan hati bekerja, menyara Haikal sendiri. Sekalipun
terasa benar lainnya. Kerana jika dulu, kelam kabut aku bangun pagi-pagi
menyiapkan keperluan Nizam dan Haikal, sekarang semua itu sudah tiada. Ringan
juga bebanku sebenarnya.
Aku
menilik diriku di cermin. Hari ini aku memakai baju kurung warna merah hati dan
tudung hitam di kepala. Aku solekkan diriku ala kadar sahaja, nanti tak
pasal-pasal ada jugak mulut yang mengata. Belum habis edah sudah menggatal tak
tentu hala. Aku tersenyum hambar. Begitulah yang sering aku dengar tentang
nasib seorang janda. Apakah nasibku juga serupa?
Aku
tahu aku harus kuat menempuh hidup ini. Aku perlu buktikan pada Nizam aku bukan
wanita yang lemah, yang mudah diperkotak-kotikkan. Aku punya harga diri. Aku
bukan seperti dia yang tidak bermaruah, melakukan kerja terkutuk yang dilaknat
Allah.
Aku
akan tunjukkan kepadanya bahawa aku masih boleh berjalan bebas di bumi Allah
ini tanpa ada rasa takut kerana tiada suami yang melindungi di sebelah. Aku masih
mampu bergelak ketawa tanpa dia di sisi.
“Mama…”.
Haikal menarik hujung lenganku. Aku pandang Haikal yang langsung tidak
bersemangat. Maklumlah sekolah baru.. atau mungkin juga kerana tempias demam
selama seminggu yang dialaminya.
Aku
masih ingat lagi hari pertama aku berpindah masuk ke rumah ini. Pagi itu, Haikal
meracau-racau dalam tidurnya. Seperti yang aku jangka, dia demam panas. Terpaksa
aku ke klinik berdekatan untuk merawat Haikal.
Haikal
rindu ayahnya. Aku yakin itu. Buktinya, sepanjang demam seminggu itu, Haikal
meracau-racau memanggil Nizam. Kesian aku melihat anakku itu. Begitu kuat
rupanya ikatan kasih antara ayah dan anak sehingga Haikal seakan-akan turut jua
merasai perpisahan di antara kami.
“Kenapa
dengan anak mama ni, sayang?’”. Aku menyentuh lembut dahinya.
“Ekal
tak nak pergi sekolah baru. Ekal nak kawan lama Ekal…nak ayah..”. Kulihat
Haikal menahan tangis. Air mataku bergenang. Maafkan mama sayang. Aku tidah
mampu berbuat apa-apa.
“Dah,
Ekal jangan nangis lagi. Ekal pergi sekolah..nanti dapat kawan baru..kan best. Nanti cerita kat mama tentang
kawan Ekal ye”.
Haikal
kulihat mengunci mulut.
“Nanti
Mak cik ambil Haikal kat sekolah ye. Mama balik petang”. Ujarku merujuk kepada
pengasuh barunya, Aunty Zu yang turut tinggal di kawasan perumahan ini.
“Ekal
nak ayah..”.
Aku
terkedu mendengar permintaannya itu. Buat sekalian kali, aku melepaskan keluhan
hiba.
DI
pejabat, aku sibukkan diri di bilik. Kerjaku banyak juga tertangguh lantaran
aku kerap meminta cuti sejak kebelakangan ini. Aku mahu hidup bahagia dengan
kerja-kerjaku ini, tidak mahu fikir apa-apa lagi.
Datuk
Razif memintaku ke biliknya tadi. Kusangka apa, rupanya dia mahu mengatakan
bahawa dia baru mengetahui apa yang menimpaku. Katanya dia tumpang simpati dan
berdoa semoga aku akan sentiasa kuat. Lelaki itu juga memberitahuku supaya tidak segan meminta pertolongannya jika aku
memerlukan sebarang bantuan. Saat aku mendengar nasihatnya, aku merasakan dia
seperti seorang ayah yang sedang menasihati anaknya. Sungguh, aku terharu. Dan
dalam diam aku tersenyum, dulu aku berdoa supaya dia cepat-cepat bersara, kini
hatiku nakal lagi, berdoa pula supaya lambat lagi dia bersara.
“Aku
dengar suami dia ada perempuan lain”. Aku yang ketika itu berada di dalam tandas
tersentak mendengar perbualan seseorang.
“Ye
la…kasihan Puan Amalinakan”. Allah..! Mereka
sedang berbual mengenaiku.
“Ehmm..tapi
aku rasa ni mesti salah dia jugak ni”.
“Maksud
kau?”.
“Puan
Amalina tu kuat sangat kerja, mesti suami dia bosan. Lagipun muka bukan main
serius 24 jam..takut aku. Kalau aku pun tak nak jadi suami dia”. Kedengaran
ketawa yang sangat menyakitkan hati. Ikutkan hati marah, mahu sahaja aku keluar
dan menengking kedua-duanya namun kakiku bagaikan dipaku di lantai. Aku menahan
sabar.
Benar
kata Abang Hasif, hidup dengan status janda banyak cabaran. Kerana kalau tidak
banyak, sikit pun pasti ada yang menuding jari kepada kita. Itu adalah lumrah
kehidupan. Tidak guna marah untuk menutup mulut mereka kerana jika tidak di
sini, mulut itu akan sedia terbuka untuk mengata di mana-mana sahaja.
Mereka
tidak tahu apa-apa tetapi sesedap hati sahaja mahu menuduhku. Aku biarkan air
mata laju mengalir di pipi.
No comments:
Post a Comment