DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 5

PERMAISURI HATI - BAB 5



‘Janganlah engkau bersedih hati atas jalan yang sedang kau tempuh, kerana mungkin itulah caranya Allah memberikan kebaikan-kebaikan demi masa depanmu..’

Setahun berlalu, dan dalam setahun ini aku menjadikan sebaris ayat yang pernah kubaca itu sebagai penguat semangat. Aku semakin boleh menerima takdir hidupku. Setahun itu jugalah aku tidak menerima khabar daripada Nizam. Tidak apalah. Aku tidak perlukan dia lagi dalam hidupnya. Bukan aku sahaja, rasanya Haikal juga tidak perlukan lagi lelaki itu. Haikal  sudah tidak menyebut lagi tentang lelaki itu. Seakan Nizam itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
Aku kini semakin ceria dengan kehidupanku.Setiap hujung minggu,ada sahaja kerjaku. Pergi taman permainan dengan Haikal la..berkebun..belajar memasak dengan pengasuh Haikal dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, tidak ada sehari dalam hidupku aku menyesali takdir yang tersurat ini.
“Mama buat apa tu?”. Haikal sudah tegak berdiri di hadapanku.
Kudepakan tanganku dan sekelip mata Haikal berada dalam pelukanku. “Mama tengah membaca,sayang. Haikal?”.
“Haikal buat latihan sekolah.Cikgu cakap kalau tak buat nanti kena denda”.Ujarnya dengan mimik muka takut sehingga aku tergelak.
“Jom..mama teman Haikal buat latihan”. Buku latihan matematiknya aku selak satu persatu. Haikal sudah berusia enam tahun. Teruja benar aku mahu melihat dia membesar sebagai anak yang pandai dan soleh.
“Cantiknya tulisan Ekal..Mesti cikgu sayang Ekal”.
“Tapi tak cantik macam Era”.
“Era? Era mana ni?”.
“Era kawan Ekallah mama. Dia cantik. Ekal suka tengok dia”.
Aku tergelak mendengar kata-kata Haikal. Geli hati aku. Ada ke muka hendak disamakan dengan tulisan. Budak-budak bercakap memang ikut apa yang dia rasa  sahaja. Kecik-kecik sudah menggatal anakku seorang ini.
“Habis tu, Ekal cakap apa kat dia”.
“Ekal tak cakap tapi Ekal selalu pergi kantin dengan dia”.
“Okay dah…bagusla tu anak mama ada kawan. Ekal..mama nak cakap ni. Nanti seminggu mama pergi kursus. Ekal duduk dengan makcik. Jangan degil-degil tau”. Aku baru teringat tentang hal itu. Aku ditugaskan berkursus di Pulau Pinang selama tiga hari  mulai esok. Aduh.. pasti aku akan merindui Haikal. Rasa seperti tidak sanggup sahaja.

No comments:

Post a Comment