DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 11

PERMAISURI HATI - BAB 11



Tetamu mulai pulang. Jam sudah melewati pukul 11. Mataku juga sudah mengantuk. Era dan Ekal masih bergelak tawa di laman rumah. Abang Hasif pula ralit menatap gambar-gambar yang diambilnya tadi.
“Tak ada ucapan yang lebih indah selain terima kasih atas apa yang you lakukan tadi, Bashira”.
Aku merenung Datuk Rafael. “Tak perlu berterima kasih Datuk. Semua ibu pun pasti melakukan hal yang sama tika melihat wajah polos dan manis Era”.
“Semua ibu?”. Dia tertawa, sedikit sinis kurasa. “Mungkin ya.. semua ibu.. tapi bukan Lea, mama kandung Era”.
“Datuk.. jangan terlalu mudah berprangsangka.. kadangkala kita tidak dapat mengagak apa yang dirasai hati orang. Lea mungkin tidak menjaga Era, tapi Insyallah jauh di sudut hatinya, rasa kasih itu wujud”.
“You tak kenal Lea, Bashira. Jangan terlalu yakin dengan apa yang you katakan”.
“Banyak-banyakkan berdoa, semoga lembut hatinya menerima Era dalam hidupnya”.
“Dia sudah lama mahu Era tapi bukan kerana sayang, Lea cuma mahu berlawan dengan I. I simpati pada Era,dia dijadikan medan peperangan untuk Lea sekadar untuk puaskan hatinya”.
“I gembira you datang, bawak Ekal.. they are so close, I guess”. Datuk Rafael menukar topik.
Aku lantas mengukir senyum. “Ya..kalau bercerita tentang kawan dia, tentang Era yang jadi top priority. Agaknya diorang memang rapat”.
“Jangan sampai jatuh cinta dah la”.
Aku tergelak. “Hish.. Datuk budak-budak mana tahu bercinta-cintun ni. Perasaan mereka memang tulus dari hati tapi masih belum mengenal erti cinta”.
“I dah besar panjang, Bashira..tapi I pun belum pasti what is exactly love means”.
Aku tersentak. Kami bertembung mata. Pandangannya yang memukau melahirkan gelombang rasa di dadaku.
Cinta! Aku pun tidak dapat menafsirkan maksud itu secara jelas dan mendalam. Aku tidak pasti apakah cinta itu sesuatu yang bermakna atau menyakitkan.   
“You tahu apa maknanya Bashira?”.
Aku hampir menjerit bila tersedar betapa rapatnya kedudukan kami. Gemersik suaranya memanah jantung hatiku. Bibirku terbuka sedikit tapi tiada suara yang kedengaran. Aku bagaikan terpempan dengan sinaran matanya.
“Saya tidak rasa saya orang yang tepat untuk jelaskan pada Datuk. Kerana dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya”. Aku melangkah ke belakang.
“You bercakap berdasarkan pengalaman sendirikan?”.
Aku angguk. Itulah yang aku rasakan setelah Nizam pergi menjauh dariku.
“Papa!!!”. Raungan Era dari luar rumah memeranjatkan kami. Abang Hasif di sofa turut mendongak penuh pertanyaan.
“Era!!”. Datuk Rafael berlari ke luar. Aku dan Abang Hasif mengikut jejaknya.
“Lea!!!!!”. Kudengar raungan penuh amarah Datuk Rafael.
Seorang wanita yang memakai skirt paras paha dengan baju blaus hijau tersenyum sinis pada Datuk Rafael. Tangan kecil Era yang ditarik dilepaskan. Era menangis dan berlari memelukku. Haikal juga sudah takut-takut.
“Lama tak jumpa you Rafa.. Hasif”. Lea berjalan tanpa rasa bersalah ke arah Datuk Rafael. Matanya tidak lepas mencerlung ke arahku yang nyata tergamam dengan tindakan Era memaut tubuhku.
“Keluar sebelum I panggil guard!!”.
“You ingat I takut?”.
“You are so irritating, you know? You nak apa? Please Lea…jangan bawa masalah pada I. I dah bosan dengan you”.
“Era juga anak I, Rafa…I akan jaga dia”.
“Are you lost???? Bertahun-tahun you tinggalkan dia semata-mata nak kejar cita-cita you, hanya sebab I tak berharta, you pergi dan tinggalkan Era bersama I. Dan sekarang, you senang-senang nak ambil dia balik? Langkah mayat I dulu kalau you rasa you mahu dia”.
Lea gelak sumbang. Mukanya yang tidak bersalah buat aku  kepingin untuk menampar pipinya berkali-kali. “Memang I tinggalkan you sebab you bodoh.. miskin.. papa kedana.. I tak boleh hidup tanpa duit, Rafa. I sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk dapatkan Era. Jangan ingat I tak berani. I akan bunuh sesiapa sahaja yang halang keinginan I”. Ugutnya dengan mata mencerlung.
“I tak izinkan”.
“I minta secara baik, Rafa..I nak jaga dia..okay fine..just one week.. I nak dia tahu yang I mamanya”.
“Jangan harap!”.
Muka Lea berubah berang. “Tunggu surat mahkamah dari I..”.
“Dan kau..hei perempuan..kau siapa, hah??”. Dia membentak ke arahku. Kurasa pelukan Era makin erat. Mungkin dia takut akan perempuan singa ini.
“Lea…jaga mulut you, dia adik I”. Abang Hasif menghadang tubuhku.
“Adik you? So,dia buat apa kat sini and kenapa Era panggil dia mama”.
“You tak perlu tahu semua tu. You tak berhak!!”. Datuk Rafael berang.
Aku melangkah masuk sambil memeluk Era dan memimpin Haikal. Aku tidak mahu masuk campur lagi. Biar sahaja Lea menyelesaikan masalahnya sendiri.

AKU hanya mengunci mulut dalam kereta Datuk Rafael. Setelah Era dan Ekal lena, aku meminta diri untuk pulang bersama Abang Hasif namun aku terperanjat bila dia menegah. Berkali-kali aku menolak, dia masih berkeras mahu menghantar aku pulang. Sudah setengah jam perjalanan, kami masih membisu. Haikal sudah lena di bahagian belakang.
Liar mataku memandang sekeliling bila kereta diberhentikan di pinggir jalan. Apa yang mahu dilakukan tengah-tengah malam buta ini? Apakah Datuk Rafael sudah hilang akal akibat diterjah bekas isterinya?
Aku kelu. Datuk Rafael masih tidak menerangkan padaku. Dia hanya termenung dalam kereta.
“Datuk tak apa-apa ke?”. Aku mengalah mengenangkan keadaan kami.
“I cintakan dia, Bashira”. Ungkapannya membuatkan aku gamam sendiri.
Dia merenungku. “Dulu I terlampau cintakan dia sehingga  I sanggup tinggalkan segala-galanya untuk dia, Bashira. I sanggup bangkang parents I sebab dia. I buat apa sahaja untuk dia.. tapi dia tinggalkan segala luka dalam hati I”.
“Dia tikam I  dengan meninggalkan I hanya untuk kejar segala kemahuan hatinya. Dia kata dia tak boleh dapat semua yang dia nak sebab I miskin. Waktu tu I sedar, dia kahwin dengan I untuk harta. Cinta dan kasih sayangnya palsu”.
Aku menelinga, mendengar keluh kesahnya. Aku cuba meneroka sekeping hati lelaki ini. Betapa dia kecewa dengan cinta yang tidak kesampaian. Bertahun lamanya dia terluka dengan kasih sayang yang berbalas dengan pendustaan.
Aku mengigit bibir. Ingin sekali aku memeluknya, biar dia tahu ada yang mengambil berat soal kepiluan yang dirasainya.
“Saya juga pernah terluka, Datuk. Saya pun pernah bersedih hati kerana kehancuran rumah tangga saya. Gelap seluruh kehidupan waktu tu. Tapi saya janji pada diri sendiri. Saya tidak akan mengalah. Saya akan buktikan pada Nizam bahawa tanpa dia, saya juga boleh berdiri sendiri, saya boleh menjaga anak kami dengan penuh kasih sayang. Saya mahu dia tahu saya bukan wanita yang terhegeh-hegeh pada lelaki yang tidak tahu menghargai erti sebuah kesetiaan sepertinya”.
“Kesakitan tidak mungkin terhapus dengan hanya sekali ungkapan maaf sahaja, Datuk. Percayalah, sekali hati terhiris, lukanya sangat dalam”.
Datuk Rafael memandangku. Matanya bagaikan bersetuju dengan tuturanku.
“Bashira.. You wanita pertama yang buat I kagum. Memang I tak tahu apa punca perceraian you dengan bekas suami you. Tapi you tak pernah salahkan dia. Jauh sekali menyalahkan takdir. Kita berbeza, Bashira. Selain menyalahkan Lea, I juga turut benci dengan takdir hidup I”.
“Takdir adalah ketentuan, Datuk. Sesekali mungkin takdir  tidak seperti yang kita impikan tapi bolehkan kita salahkan semua tu? Sedangkan kita masih bernafas dan hidup hari ini adalah mengikut aturan takdir yang telah Dia tetapkan untuk semua”.
“Jangan salahkan Lea , ada hikmahnya atas segala yang terjadi”.
Datuk Rafael tersenyum. Raut mukanya sedikit ceria. “Thanks Bashira..sebab sudi dengar luahan I malam ni. I sangat tertekan dengan kehadiran Lea sebentar tadi. I faham apa yang you cuba sampaikan”.
Aku tersenyum kelat. Hati mengerti sendiri. Sesungguhnya kami saling memahami kerana kami punya pengalaman yang sama. Kami bagaikan berkongsi hati.
“Jom I hantar you pulang”. Enjin kereta dihidupkan.
“Nampaknya  I kena minta cuti esok. Tak cukup tidur. Nanti tak boleh focus dalam office”. Selorohku mengundang tawanya.







No comments:

Post a Comment