DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 2

PERMAISURI HATI - BAB 2



Kupandang hidangan istimewa yang aku sediakan dengan segala susah payah sejak pukul enam petang tadi. Siap menelefon emak lagi bertanyakan resepi. Aku sebak sendiri. Sedih mengenangkan segala usahaku langsung tidak dihargai. Dari pukul 8, aku menunggu dirinya, sudah pukul 12 begini, kelibat Nizam masih juga tidak kelihatan. Ada sayu yang bertamu dia hati, apakah Nizam tidak ingat hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang keenam. Sudah lupakah dia pada tarikh keramat kami bersatu hati?
Malas melayan perasaan,aku masuk ke bilik tidur Haikal yang bersebelahan bilikku. Aku tersenyum melihat aksi Haikal yang tidur dengan kaki terbuka luas. Haikal kuselimut dan kukucup penuh kasih. Sudah besar Haikal ni. Sudah bersekolah di tadika.
Aku masih ingat, empat tahun yang lalu, ketika aku disahkan tidak mampu melahirkan zuriat untuknya lagi, dia  memang kecewa tapi tidak pula memarahiku. Dia tahu kami tidak punya rezeki. Lalu katanya, cukuplah baginya Haikal seorang. Mendengar kata-katanya, air mataku mencurah-curah keluar. Betapa tulusnya dia. Dan hari-hari seterusnya, kami hidup seperti biasa, tanpa  ada seorang pun di antara kami yang mengungkit tentang ‘kecacatanku’ itu. Namun aku sudah mulai berasa letih dengan perangai Nizam sejak setahun yang lalu. Banyak perubahan yang berlaku pada dirinya sejak dia berjaya menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat. Pulangnya sentiasa lewat, entah ke mana perginya, aku tidak pasti.
“Lewatnya abang pulang..”. Ujarku sekadar berbasa-basi. Rasa sakit dihati aku tolak jauh-jauh.
“Ehmm…”. Itu sahaja komen Nizam. Dengan muka tidak bersalah, dia menyalin pakaian. Tidak mahukah dia bertanya khabar tentangku yang menunggunya bagaikan orang bodoh ataupun paling kurang bertanya tentang anak kami. Sampai hati dia.
“Abang pergi mana?”.
“Kerja..”.
“Kerja sampai lewat malam ke?”.
“Lina ni kenapa..? Abang penat tau.. Pulang-pulang sahaja, dah tanya soalan bukan-bukan. Abang letih la”. Balas Nizam kasar, semakin merobek hatiku.
“Baguslah..”.
“Apa yang bagus?”. Tanya Nizam dengan dahi berkerut.
“Bagus sebab abang masih tahu macam mana rasa letih. Lina pun rasa letih juga ni bang. Letih dengan semua perangai abang sejak akhir-akhir ni. Abang dah tak hiraukan Lina lagi. Abang ingat Lina tunggul ke dalam rumah?”. Terjahku tidak mampu menahan rasa.
Dia seperti terpaku dengan kata-kataku. Mungkin terkejut dengan sergahanku kerana selama ini aku memang tidak banyak komen pun tentang apa yang dilakukannya. Aku biarkan sahaja dia dengan perangainya.
“Lina nak cakap apa ni? Kalau tak ada apa-apa, abang nak ti..”.
“Satu lagi… Lina penat sangat sebab tunggu abang dari lepas Maghrib sampai sekarang. Letih sebab Lina perbodohkan diri sendiri semata-mata nak sambut anniversary kita. Tapi abang langsung tak hargainya”. Kataku dengan kasar seraya menarik bantal. Aku malas mahu mempedulikan Nizam.
Dari ekor mata, aku lihat dia masih terpaku. Hatiku menangis sendiri. Nizam benar-benar tidak ingat tarikh keramat itu. Tegarnya dia.


KERJA di pejabat aku bereskan dengan teliti sekalipun kadang-kadang aku teringat juga masalahku dengan Nizam. Walaubagaimanapun, setakat hari ini, tidak pernah lagi rasanya aku mencampur adukkan masalah peribadi dengan hal-hal di pejabat. Aku adalah ketua di bahagian pemasaran, wajarlah kiranya aku menunjukkan teladan yang baik untuk para pekerja.
“Puan..bos panggil”.Setiausahaku, Liza memberitahu.
Alamak…apahal pula Datuk Razif panggil. Aku kepelikan. Macam-macam la orang tua ni. Rungut hatiku. Sudah dua tahun berkerja di bawah Datuk Razif, aku tahu tingkahnya yang agak cerewet itu, pantang ada yang salah.. mulalah hendak membebel. Pernah juga aku berdoa supaya dia bersara. Hahaa…jahat betul hatiku ini. Tapi sebenarnya.. Datuk Razif itu baik orangnya, aku cuma tidak berkenan part cerewet itu sahaja.
“Duduk Bashira”. Arahan Datuk Razif aku terima. Terkejut melihat seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan Datuk Razif sedang duduk di sisiku.
“Kenalkan ni Tan Sri Musa and Tan Sri, ini salah satu pekerja I yang cukup pakej, Amalina Bashira”. Datuk Razif dengan bangganya memperkenalkan aku pada kenalannya itu. Aku jadi malu sendiri dengan pujian melambung tinggi bosku itu.
“Assalamualaikum Tan Sri, apa khabar?”.
Tan Sri Musa membalas salamku seraya tersenyum. Aku mengganguk sebagai tanda penghormatan dan perkenalan.
Well…Bashira.. I panggil you sebab I nak you jumpa client I petang ni di Shah Alam. You tak ada masalahkan?”.
Aku menggeleng. Kalau ada masalah pun, masakan aku hendak mengiakan. Mahu aku dipecat oleh Datuk Razif.
“Good..nanti I akan inform pada you apa yang dia mahu. Sepatutnya I yang jumpa dia but then, since my friend is here..I am stuck..”. Ujar Datuk Razif tergelak kecil..turut mengundang tawa Tan Sri di sebelahku. Rapat benar mereka berdua nampaknya.
“One more thing..client I tu isteri Tan Sri kat depan ni ha…so make sure you layan dia elok-elok, okay”.
Oh…aku tersenyum sahaja.
“Ada-ada ajelah kau ni Zif’. Aku dengar Tan Sri ketawa sebelum melangkah keluar.
Tengah hari itu, aku memandu keseorangan ke Shah Alam. Katanya mahu bertemu di Shah Alam. Jalan raya yang agak sibuk itu tidak membataskan pemanduanku. Tenang sahaja aku memandu seperti tiada masalah.
Aku melangkah masuk ke dalam restoren dengan perlahan. Mataku mencari pelanggan yang dimaksudkan dan aku tersenyum bila melihat seorang wanita melambai-lambai ke arahku.
“Amalina..?”. Puan Sri Rohaiza bertanya. Aku menanggguk. Sekilas aku pandang wajahnya. Cantik. Bertuah Tan Sri. Aku jangka umur wanita ini mungkin sudah menjangkau 50 tapi kelihatan muda sahaja lagaknya.
You look nice in your dress”.
Err..terkedu aku mendengar pujian yang tidak terduga itu.
“Terima kasih Puan Sri..ehmm…boleh kita mula?”.
“Sure..”.
Mulutku terus berbunyi rancak menerangkan perihal kerja yang dimintanya. Dalam perbualan kami, aku tahu dia orang yang sangat peramah. Gelaran Puan Sri di hadapan namanya itu hanya sekadar gelaran baginya. Aku bagaikan sedang berbicara dengan makcik-makcik sahaja.
Hampir sejam perbualan kami, dia meminta diri. Aku menghabiskan makanan sebelum berjalan ke kereta. Sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, mataku tiba-tiba menangkap satu kelibat yang membuatkan jantungku berdegup kencang.
Dari jauh, kelihatan Nizam sedang bergelak tawa dengan seorang wanita bertudung cantik. Aku lihat wanita itu menepuk-nepuk bahu Nizam dengan gaya yang kukira bukan main gedik lagi. Kuperah ingatan kalau-kalau mungkin wanita itu adalah saudara mara atau sepupu-sepupu Nizam. Tidak! Tidak ada. Seingatku inilah kali pertama aku lihat wanita itu. Nizam pula begitu ralit melayan si gadis. Hatiku hancur lumat. Apakah ini sebabnya? Nizam sudah punya pengganti diriku.
Aku bergegas masuk ke dalam kereta. Tidak mampu lagi menonton drama sebabak yang menyiat-nyiatkan hati dan perasaanku kala itu. Namun sebelum aku menghidupkan enjin kereta sempat pula aku mengeluarkan telefon bimbitku. Perhitungan harus dibuat. Aku tidak sanggup terus-terusan diperlakukan seperti tidak punya maruah diri.


AKU tidak punya mood untuk melayan kerenah Haikal malam itu. Anak terunaku yang sudah berusia enam tahun itu sibuk mahu mengajak aku mewarna buku lukisan yang aku beli untuknya beberapa minggu lalu.
“Mama…”. Haikal merengek supaya aku memberi perhatian kepadanya. Dia sudah duduk di ribaku.
“Ekal sayang”. Pipinya yang tembam itu aku kucup. “Boleh tak Haikal dengar cakap mama malam ni”. Pintaku. Aku mahu sekali dia mengerti perasanku yang sedang terluka ini, yang menunggu kepulangan ayahnya dalam debar.
Walaupun mungkin tidak memahami maksud pertanyaanku, Haikal mengangguk juga.
“Haikal tidur awal ye sayang malam ni. Mama banyak kerja”.
“Boleh tapi Ekal nak tidur dengan mama”. Dia bersuara manja sekali. Pantas aku membawanya masuk ke bilik. Aku mahu Haikal tidur supaya dia tidak akan mengganggu ‘kerjaku’ dengan Nizam sejurus dia pulang nanti.
Hampir setengah jam kemudian, Haikal terlena dalam pelukanku. Anak kecil itu sungguh aku kasihi. Tanda penyatuan cinta aku dengan Nizam.
Seperti yang aku jangka, hampir jam menunjukkan pukul 12 malam, bunyi enjin kereta Nizam kedengaran.
Pintu rumah terbuka dan mukanya terjengul di balik pintu. Dia memandangku sekilas.
“Sampai bila abang nak balik lewat malam ni?”. Soalku mematikan langkahnya.
“Kenapa Lina asyik soal abang bila abang balik je kerja. Lina ada cita-cita nak jadi polis ke? Bosan tahu bosan!!”. Dia meninggikan suara. Aku pula yang terkedu. Jarang sekali dia bersuara kasar bila bercakap denganku.
“So..sekarang abang dah bosan dengan Lina?”. Soalku sedikit sayu. Kusembunyikan perasan sakit di dada dengan riak muka selamba. Aku tidak boleh kalah dengannya.
Nizam kulihat meraup mukanya dengan telapak tangan berkali-kali. “Come on Lina..kalau Lina marah pada abang sebab abang tak ingat anniversary kita.. I’m so sorry okay. Abang betul-betul terlupa”.
“Bukan Cuma fasal tu bang. Banyak lagi yang buatkan Lina makan hati dengan sikap. Abang dah lama tak kisahkan Lina. Dalam kepala otak abang Cuma ada kerja dengan Haikal sahaja. Tu pun waktu pagi sahaja abang layan dia. Malam-malam abang balik lambat. Apa yang buat abang berubah sampai macam ni?”. Aku menyoal lembut. Aku tidak mahu nampak terburu-buru.
“Kan abang dah cakap abang banyak kerja kat office. Kenapa tak faham ni?”.
“Lina pun kerja bang..dan setahu Lina kerja pejabat habis pukul 5. Tapi abang balik selalu tengah malam. Okay…Lina faham kalau abang balik lambat sehari dua tapi bukan untuk sepanjang tahun ni. Lina dah penat dengan perangai abang ni”.
“Lina nak cakap apa lagi ni? Why don’t you make it clear?”.
“Abang ada masalah?”.
“No!!”.
“Abang suka orang lain”.
“No!”.
“Jadi siapa dia ni?”. Aku tunjukkan handphoneku kepadanya yang jelas terpampang gambar mesranya dengan wanita lain.
Berubah terus raut wajah Nizam. Aku lihat dia seperti terkedu.
“Siapa ni?”. Aku tergelak sinis bila dia buat-buat tanya? Apakah Nizam sudah buta?
“Entahlah! Lina pun tak tahu.. Abang tahu?”. Aku berlagak sinis.
“Lina intip abang?”. Akhirnya…
“Kalau ya kenapa?”.
“Dia kekasih abang, Lina”. Bagaikan peluru yang menikam jantungku, aku terhenyak di kerusi. Silap dengarkah aku?
“Apa abang cakap?”.
“Abang cintakan dia”. Ujar Nizam perlahan, langsung tidak menatapku.
Air mataku menitis tanpa aku sedari, tergamak dia berterus-terang begitu. Tahukah dia.. ucapannya begitu menyakitkan hatiku? Nizam curang..curang…curang.. Aku mengulang- ngulang dalam hati. Seakan- akan mahu perkataan itu terpahat dalam hatiku, biar aku sedar.. dia telah bersalah terhadapku.
“Abang minta maaf.. abang tak boleh halang perasaan abang. Abang dah cuba..tapi tak boleh”.  Sambungnya lagi. Aku menangis di tempatku. Tidak mahukah dia menarik balik ucapan itu?
“Abang..kenapa abang buat Lina macam ni? Selama ni, Lina setia pada abang. Abang dah hancurkan hati dan perasaan Lina”. Aku merayu dalam tangisan.
“Kita bercinta dari kecil lagi abang… hanya abang yang Lina sayang..”.
“Abang nak ramai anak Lina…Lina tahukan?”. Nizam menukar topik.
Aku cuba mencari kaitan dengan kecurangannya tapi aku bingung.
“Apa maksud abang?”.
“Abang nak anak tapi Lina tak boleh lahirkan anak untuk abang. Lina mandul”. Nizam memandangku dengan senyuman sinis... Terpempan aku melihatnya. Tidak sekalipun selama aku hidup dengannya, aku melihat dia tersenyum begitu. Senyuman yang memberi sejuta kesakitan. Dan tiba-tiba aku berasa sungguh terhina dengan sikapnya.
“Tapi bang..mungkin doktor silap. Lina masih tak berhenti berdoa supaya kita dapat anak”.
“Nak berdoa apa lagi. Termakbul ke doa Lina tu? Tengok sampai sekarang tak mengandung pun. Dahlah…abang dah tak ada rasa dengan perempuan mandul macam Lina”. Ujarnya lagi sebelum menghempas pintu sekuat mungkin. Nizam pergi lagi.
Aku tergeleng-geleng mendengar ucapannya. Tidak takutkah Nizam menghina permintaan doaku? Doa yang aku panjatkan itu adalah kepada Allah, Pencipta yang Satu. Dialah yang menentukan segala-galanya.
Aku meraung-raung di sofa sendirian. Menangisi nasib hidupku. Apakah itu sebab utamanya? Dia menduakan cintaku lantaran aku tidak mampu lagi melahirkan zuriat untuknya. Aku tidak mampu menjadi ibu kepada anak-anak yang dimpikannya. Rahimku tidak berdaya untuk menghadiahkan keturunannya. Yang ada cuma Haikal..itupun dia tidak berpuas hati. Tapi bukankah…bukankah dia pernah berkata.. Haikal sudah cukup..!
Dan bukankah dia juga pernah berjanji untuk sehidup semati denganku?
Aku terus menangis tanpa henti.

No comments:

Post a Comment