DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 12

PERMAISURI HATI - BAB 12



PAGI itu, Datuk Rafael tersenyum ke arahku ketika kami terserempak di lot parking. Aku membalas mesra.
“Cukup tidur tak?”. Usiknya.
Aku tergelak. “Kalau ada yang bagi mandat boleh tidur sampai tengah hari, saya on je”.
Kami bersatu langkah ke bangunan syarikat. “Kena fikir dulu nampaknya… By the way, Era pagi tadi bangun-bangun cari mama kesayangannya”.
Aku menjongket kening. “Datuk cakap apa?”.
“Penat mulut I explain you dah balik rumah, meraung dia panggil you”.
“Saya rasa elok Datuk terangkan duduk perkara sebenar. Makin ditangguh, makin Era salah faham”.
“I have tried my best.. tapi Era tetap mengamuk. Don’t worry..akhirnya I berjaya pujuk dia when I mention about your son, Ekal”.
“Baguslah tu..ehhmm. Datuk, tentang projek kita dekat Selangor..saya rasa..”.
“Oh.. I tahu..Nanti kita bincang di bilik you okay”.
Erk! Aku terkelu. Kenapa bukan di biliknya? Aku penasaran.
“Bashira!!”.
“Ya!!”.
“I suka kalau you boleh jadi mama pada Era”.
“Maksud Datuk?”.
Dia seperti tidak keruan. “I mean..kalau you izinkan Era terus panggil you mama”.
“Saya tak kisah tapi saya takut benda sekecil ni akan jadi lebih rumit suatu masa nanti. Saya tidak mahu Era keliru tentang mama kandungnya. Kalau saya jadi mamanya sekarang, dia akan rasa sayalah yang melahirkan dia padahal hakikatnya bukan begitu”.
She is only six years old now, Bashira. We stll have a lot of time to give her an explanation”.
Aku mengeluh. “I don’t see any other choice I have now. Insyallah, saya akan jadi mama lakonan untuk dia”.
Senyuman manis Datuk Rafael terukir lebar. Hatiku turut senang melihatnya. Senyumannya bagaikan gelombang-gelombang yang menghidupkan jiwa.


DI sofa di dalam bilikku, aku dan Datuk Rafael berbincang mengenai projek perumahan di Selangor. Kami serius, bagaikan kali pertama kenal.
“Pembinaan projek perumahan ni menelan belanja jutaan ringgit,Datuk?”.
“So?”.
“Saya  risau kita ambil risiko macam ni. Peratus untuk berjaya 50-50”.
“Kita takkan tahu kalau kita tak lakukan,Bashira”.
“Tu saya tahu tapi kita kena ambil kira kemungkinan yang akan berlaku kemudian hari. Kalau berjaya, Alhamdullilah..tapi sekali jatuh, impaknya sangat besar”.
Datuk Rafael mengusap dahi. Kupandang dirinya yang kurasa sungguh bergaya. Lelaki ini punya aura tersendiri. Dia kelihatan begitu kacak pada mataku. Aku teruja melihat raut mukanya yang putih bersih. Hatiku bagai menari-nari sendiri. “Betul cakap you, apapun I rasa baik kita usulkan projek ni ke dalam mesyuarat bersama semua ahli lembaga pengarah minggu depan. Kita dengar apa pendapat mereka”.
Aku angguk. Bersetuju dengan ideanya.
Interkom di meja tiba-tiba berbunyi. Aku pantas berdiri. “Yes Liza..”.
“Puan Bashira…Puan ada tetamu”.
Aku mengerutkan kening. Dua tahun menjadi setiausahaku, apakah Liza masih belum memahami sikapku? Aku pantang diganggu bila ada kerja sepenting ini.
“I’m so sorry but he insist…”.
He??
Datuk Rafael mengangkat kening.
Are we done, Datuk?”. Soalku. Bila dia mengangguk, aku terus memberi persetujuan pada Liza.
“Siapa nak jumpa you?”.
Aku garu kepala yang tidak gatal. “Saya tak ingat nak tanya”.
Pintu bilikku dikuak. Aku tersentak melihat gerangan yang sedang merenung tepat ke anak mataku. Aku mengetap bibir. Ada apa lagi ini?
“Lina..Boleh abang masuk?”.
“Ada apa?”.
“Abang nak cakap sikit dengan Lina”.
“Lina sedang berbincang soal kerja. Kalau abang nak bercakap, maaf Lina tak ada waktu”.
Datuk Rafael dan Nizam saling berpandangan. Datuk Rafael bangun seraya membetulkan kot di tubuhnya. Mereka bersalaman sebelum Nizam menatap wajahku lagi.
“Abang nak cakap dengan Lina sendirian”. Ujarnya, dalam diam meyuruh Datuk Rafael pergi.
“Lina  tengah berbincang. Datuk.. tolong duduk”. Pandai-pandai sahaja aku mengarah. Aku tidak mahu berdua-duaan dengan Nizam di bilik ini dan aku menarik nafas lega bila Datuk Rafael duduk kembali di sofa.
Nizam bersikap degil. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Aku mengetap bibir. Rasa panas dengan tingkahnya.
“Abang nak cakap soal Haikal”.
“Okey cakaplah.. Apa kena dengan Haikal? Setahu Lina, sepanjang dia bersama Lina, dia tak pernah bermasalah pun”.
“Abang dah pergi sekolah Haikal, tapi tak jumpa dia”. Ujarnya polos.
Aku tergelak kecil mendengarnya. “Apa maksud Abang ni..? Kalau awak datang sini sekadar nak beritahu tu, Abang sedang membazirkan masa Lina. Kalau Abang betul nak jumpa Haikal, tolong berusaha sikit”.
“So, Lina tuduh abang tak bersungguh? Kalau abang memang tak pedulikan Haikal, abang tak akan jumpa Lina hari ni”. Nizam mulai berang.
“Abang nak jumpa Haikal di rumah”.
‘Tak boleh!! Rumah Lina bukan untuk lelaki asing macam abang?”.
“Abang bukan stranger, Lina”.
“Jadi, siapa abang? Abang beritahu Lina…abang itu siapa? Hubungan kita dah hancur lebur, Abang”. Tempelakku bengang.
“Abang masih sayangkan Lina..”.Ucapannya mengejutkanku.
Namun hanya untuk sedetik dua sebelum aku terkekeh ketawa di hadapan Nizam sehingga dia mengerutkan kening.
“Ini lawak yang paling bodoh Lina pernah dengar. Setelah apa yang berlaku, abang masih berani kata Abang sayangkan Lina. Abang dah kahwin. Tolong sedar tentang kenyataan tu..”.
“Lina.. kembali pada abang.. kita rujuk..”.
Aku menggeleng-geleng. Sudah hilangkah maruah lelaki ini? “Tak mungkin Abang… segalanya tak akan pernah sama. Luka tetap luka.. Lina tak akan lupakan kecurangan abang”.
“Abang minta maaf”.
Aku menggeleng lagi. “Berhentilah memohon maaf dari Lina. Sampai sekarang Lina masih terbayang-bayang saat abang berasamara dengan dia atas katil kita. Lina ulang…atas katil kita. Abang hancurkan kepercayaan Lina dengan sekelip mata. Lina mungkin tak terlalu sakit kalau abang berzina di tempat lain tapi bukan di atas katil, di bilik tidur kita, depan kepala mata Lina sendiri”.
“Lina..abang betul-betul minta maaf. Abang tak sengaja”.
‘Tak sengaja?” . Aku mencebik. “Lelaki hipokrit memang akan bercakap macam tu, langsung tak guna akal”.
“Bayangkan kalau Abang balik kerja dalam keadaan letih dan tiba-tiba Abang nampak Lina sedang tidur dengan lelaki lain. Bagaimana rasanya, bang..? Tentu sakit bukan”.
“Lina..”. Nizam merayu kesal.
“Lina akan bagi alamat Alang pada Abang. Kalau hendak datang jenguk Haikal, beritahu Alang dan lepas ni jangan ganggu hidup Lina lagi”.
“Abang macam dah tak kenal Lina. Lina yang abang kahwini bukan macam ni”. Tiba-tiba, suara Nizam berubah tinggi. Mungkin sakit hati dengan ketegasanku.
Aku tersenyum sinis. “Baguslah Abang. Sekurang-kurangnya Abang tidak kenal Lina setelah hubungan kita putus. Linalah yang malang di sini, kerana rupa-rupanya Lina tidak cukup kenal Abang sewaktu Abang masih lagi suami Lina”.
Nizam termangu-mangu. Dapat kulihat raut mukanya yang kecewa semasa dia melangkah keluar.
Aku terduduk di kerusi. Air mataku mengalir laju. Aku menangis hiba. Dalam usahaku untuk menghapuskan segala kesengsaraan ini, mengapa Nizam selalu hadir menggangu ketenanganku. Kenapa dia tidak pernah membiarkan aku hidup bahagia tanpa kehadirannya?
Aku menangis lagi.
“Bashira!”.
Aku tersentak. Pantas mendongak, mataku yang agak kabur dengan air mata tidak menghalangku berpandangan dengan Datuk Rafael.
Aku bagaikan mahu rebah. Bagaimana aku boleh lupa tentang kewujudan Datuk Rafael di sofa? Apa mungkin kedudukan meja dan sofa yang agak jauh membuatkan aku tidak sedar tentang kehadirannya.
“Calm down, Bashira”.
Nasihatnya menambah hiba. Air mataku mengalir lagi. Segala-galanya terbongkar. Datuk Rafael sudah mengetahui punca penceraianku. Sebab yang tidak pernah diketahui orang lain itu sudah terlebih dahulu singgah di telinganya.
Aku mengigil apabila dia menarikku ke dalam pelukan. Bila masa dia datang ke arahku?  Bulu romangku meremang. Aku mahu menolak dirinya jauh-jauh tapi aku bagaikan tidak bermaya. Kubiarkan diriku hanyut dalam pelukannya.Aku berasa selamat dalam pelukan lelaki yang satu ini.
“Jadi isteri I, Bashira.. Jadi mama pada Era”.
Bagaikan petir yang menyambar tubuh, aku seakan ingin pitam saat itu juga.















No comments:

Post a Comment