DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 3

PERMAISURI HATI - BAB 3



Aku meminta cuti selama tiga hari. Aku mahu mencari secangkir ketenangan di rumah ibu bapaku. Haikal juga kuangkut sama. Tanpa meminta izin daripada Nizam, aku memandu ke rumahku di Muar, Johor. Namun, perasaan bersalah tidak mampu aku hilangkan dari hatiku. Lalu aku hantar mesej melalui telefon menyatakan pemergianku. Betapa aku sangat menjaga hubungan kami supaya adanya keikhlasan dan kepercayaan tetapi Nizam senang-senang merobek semua itu. Sakit hatiku sudah tidak tertanggung.
Sepanjang perjalanan, aku memikirkan kesudahan cinta kami. Apakah dia tidak lagi mencintaiku setelah berjumpa dengan temannya itu? Mungkinkah Nizam akan menceraikanku? Cerai!! Ngeri aku memikirkannya. Bagaimana aku mahu menggalas gelaran janda dengan usia semuda ini? Apa tanggapan orang di sekelilingku nanti?
“Nizam tak ikut sama ke?”. Soal emak setelah tangannya kukucup. Haikal sudah hilang bersama abah. Haikal tu memang cucu kesayangan abah. Maklumlah selama setahun Haikal di bawah jagaan abah dan emak  ketika aku sibuk belajar.
“Nizam tak dapat cuti. Lina rindu emak dengan abah”. Balasku namun mata tua emak masih memandangku. Lama sehingga aku berasa lain macam. Mungkinkah hati seorang ibu mampu merasai kepiluan hatiku?
“Abang…Lina balik”. Suara kak Zaleha, kakak iparku kedengaran memanggil abang sulungku, Rehan.
Tidak sampai seminit, Abang Rehan sudah keluar rumah. “Eh, memandu sorang ke?”. Soalnya agak terkejut.
Aku hanya mengangguk lemah. Aku tahu keluargaku pelik kerana inilah julung-julung kalinya aku pulang tanpa Nizam di sisi. Tidak pernah aku pulang keseorangan walaupun aku sudah hafal jalan ke kampungku ini.
Naik sahaja ke rumah, aku disambut oleh anak-anak abang Rehan seramai empat orang itu. Berlumba-lumba mereka menyalamiku. Suka benar aku melihat gelagat mereka adik-beradik. Pandai menghormati orang tua.
“Mak su…mana paksu?”. Tanya salah seorang dari mereka. Aku terkedu. Masuk yang ini, sudah tiga orang  bertanya tentang ‘kehilangan’ Nizam. Begitu terasakah? Andai aku menceritakan apa yang Nizam sudah lakukan padaku, masih lagikah mereka bertanya tentang Nizam? Mengenangkan pertengkaran semalam, soalan itu aku biarkan disapa angin lalu. Aku malas menjawab.
Malam itu, aku menolong emak memasak di dapur. Kak Zaleha dan aku berbual tentang anak murid di sekolahnya. Ada sahaja modalnya bercerita. Aku tumpang gembira melihat senyuman manis di bibirnya. Tidak semena-mena, hatiku disapa sayu melihat kehidupannya bersama Abang Rehan. Jauh berbeza dengan aku.
“Kenapa akak tengok mata Lina ni sembab je? Lina ada masalah ke?”. Soal Kak Zaleha. Aku terkelip-kelip mendengar soalannya. Bila masa dia habis bercerita tentang anak muridnya di sekolah?
“Tak adalah kak. Lina berjaga malam ni. Bereskan kerja pejabat”. Bohongku. Biarlah kepedihan ini aku simpan seorang.


DUA hari di rumah emak, aku bagaikan sudah boleh mengawal diri. Masalahku dengan Nizam bagaikan hilang dipukul ombak. Biarpun begitu, hatiku tetap sakit bila Nizam seakan-akan tidak kisah tentang pemergianku. Tidak langsung dia membalas mesejku, jauh sekali menelefon bertanya khabar. Tergamaknya Nizam! Sudah luput semuakah cintanya kepadaku? Aku sudah buat keputusan mahu pulang hari ini biarpun cuti masih berbaki. Sekurang-kurangnya bolehlah aku mengemas rumah atau menguruskan keperluan Haikal terlebih dahulu.
“Ekal tak nak balik lagi. Ekal nak main dengan atuk. Main dengan anak Mak Long. Mama…”. Haikal merengek lagi. Sudah lelah aku memujuknya. Sabar sahajalah aku dengan tingkahnya yang kadangkala mengugat kesabaranku.
“Ekal boleh main dengan mama..dengan ayah”.
“Ekal tak nak main dengan ayah. Ayah tak sayang Ekal lagi..”. Rajuknya membuatkan aku kematian kata. Haikal yang baru mengenal dunia itu pun mengerti tentang perubahan Nizam. Masakan aku tidak.
Aku kemudiannya bertolak lebih kurang pukul 10 pagi. Aku akan pulang lagi,  menghadapi lelaki yang satu itu.
Sampai sahaja di rumah, aku terkejut melihat Perdana milik Nizam tersadai elok di garaj. Bukankah dia sepatutnya bekerja hari ini? Hatiku tiba-tiba disapa cemas. Mungkin sesuatu yang buruk telah menimpa Nizam.
Haikal yang tertidur di dalam kereta aku biarkan dahulu. Tidak mahu aku menggangu lenanya.
Aku masuk ke dalam rumah. Namun tersentak mendengar suara manja sesorang di kamar tidur.
“Sayang..ehmm....”.
Aku menahan nafas. Menggigil kepala lututku. Apa yang sedang berlaku di dalam? Ada orang sakitkah tapi mengapa naluri hatiku tidak merasakan begitu.
Berbekalkan sedikit kekuatan, pintu bilik kutolak
“Astagfirullahal-azim!!!”. Aku menjerit kuat. Aku tersandar lemah di dinding. Runtuh hatiku saat itu juga. Luruh segala cinta yang aku tanam bertahun lamanya. Luluh perasaanku. Nizam…Nizam sedang berasmara dengan wanita lain di kamar tidurku. Kamar tidur kami.. di katil kami menyulam cinta.
“Li.. Lina”. Nizam kelam kabut bangun menutup setiap inci tubuhnya yang terdedah. Wanita yang sedang ditindih Nizam itu juga terbelalak. Mungkin tidak menyangka akan ditangkap hidup-hidup.
“Abang binatang….!!! Kau perempuan sial”. Laungku kuat. Aku berlari memukul-mukul Nizam dengan kedua belah tanganku. Aku pukul dia sekuat hati dengan tangisan yang nyaring kedengaran. Dia tidak membalas. Sedikit pun tidak.
Kemudian mataku tajam menatap wanita yang tidak bermaruah di hadapanku. Dia seperti takut sahaja. Mataku jatuh pada selimut milikku yang kini menutupi tubuh bogelnya.
“Pangg!!”. Pipinya aku tampar bertalu-talu.
“Lina…sudah!!!”. Tanpa kuduga, tubuhku ditolak ke katil. Terperanjat diriku. Kupandang Nizam yang sedang memeluk perempuan jahat itu dengan penuh hiba.
“Sampai begini sekali  abang bencikan Lina”.
“Abang cintakan Erni, Lina”.
“Kenapa di rumah ini?”. Soalku namun tidak mendapat balasan. Beraninya dia membawa teman tidurnya ke rumah ini. Mungkinkah sudah lama dia melakukan perbuatan terlarang itu tatkala aku sibuk di pejabat dan Haikal pula ke sekolah?
“Sebab Lina tak boleh mengandungkan, abang buat kerja terkutuk ni?”.
“Kami akan berkahwin. Lagipun perempuan mandul macam you tak layak untuk lelaki sehebat dia di katil”. Tanpa segan silu, Erni mencelah. Aku tergelak sinis. Nizam menghebohkan kekuranganku  kepada wanita kesayangannya ini. Kalau boleh, mahu sahaja aku pukul dia sampai mati.
“Ceraikan Lina..bang”.
“Ehmm…memang abang nak cerai pun. Kalau Lina tak minta, abang memang nak ceraikan Lina”.
Jawapan itu kutelan dengan air mata yang semakin lebat menuruni pipi. Pergilah Nizam.. pergi jauh dariku! Aku tidak mungkin mati kerana perbuatan yang kau lakukan ini. Akan tiba suatu saat nanti, engkau menyesal. Langit tidak selamanya cerah. Hatiku bagai berkata-kata sendiri.



SEDIKITPUN aku tidak pandang dirinya yang sedang mengusap kepala Haikal ketika itu. Tidak ada secebis pun perasaan kasih untuknya lagi. Aku benci dia sedalam-dalam hatiku. Kami sah bercerai pagi tadi di Mahkamah Syariah. Ahli keluarga kami terkejut mendengar perkhabaran sedih ini.
Ibu mertuaku mengamuk apabila Nizam memberitahu bahawa dia sudah punya wanita lain dalam hidupnya. Abang-abangku juga sama. Alongku yang memang selalu melindungiku menghadiahkan penumbuk sulungnya pada Nizam setelah mengetahui punca penceraian kami. Waktu itu, mahu sahaja aku menceritakan apa yang berlaku di depan mata kepalaku. Tapi cukuplah. Aku tidak kejam sepertinya. Aku masih punya malu untuk menceritakan keaibannya di depan keluarga sendiri.
“Ayah nak pergi mana?”. Suara Haikal kedengaran. Pelik agaknya melihat rumah kosong yang bakal ditinggal pergi. Aku tidak mungkin hidup di situ lagi. Kenangan jahanam itu tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku. Abang keduaku, Aidil yang sedang berada di tempat pemandu, mengusap lenganku. Mungkin berniat mahu memberi kekuatan.
“Ayah ada kerja. Nanti kalau ayah ada masa, ayah call Ekal ye”.
“Ayah janji?”.
“Ye..janji”. Mungkin ketika ini tangan kecil Haikal sedang berkait dengan jari kelingking Nizam, kerana itulah kebiasaan yang dilakukan dua beranak itu.
“Bye bye ayah..”. Haikal melambai Nizam.
“Lina..abang harap..abang boleh jumpa Haikal. Dan abang minta maaf banyak-banyak pada Lina”.
Aku hanya tersenyum hambar, tawar dan kosong. Sesenang itukah mengucap kata maaf setelah hatiku dipecah-pecahkannya seperti aku ini tidah pernah berharga di matanya?
“Kita gerak sekarang ye Angah”.
Ketika kereta abangku sudah bergerak meninggalkan Nizam sendirian, kupandang dirinya di dalam cermin sisi. Dia masih berdiri di situ, terpacak lama. Melihat kereta ini meluncur laju, mungkin bersama senyuman bahagia. Kerana aku tidak  lagi menjadi penghalang cintanya bersama Erni. Air mataku jatuh berderai. Sudah hilanglah cinta. Tenggelamlah segala kasih sayang. Runtuhlah masjid yang kami bina selama enam tahun lamanya. Hatiku menangis sendiri.





No comments:

Post a Comment