SUDAH
dua hari aku tidak berjumpa dengan Datuk Rafael. Baguslah.. jangankan
bertembung pandang, terserempak dengannya pun aku tidak sudi lagi. Aku memang
tidak mahu lagi bercakap dengannya setelah peristiwa yang memalukan itu. Tapi
bolehkah begitu. Pasti boleh jika aku meghantar surat berhenti kerja. Aih..takkan
aku segila itu..
Hari
ini, aku memilih Isma Cafe sebagai tempat untuk makan tengah hari.
“Bashira..!!”.
Aku
menoleh, tergamam seketika melihat kelibat Datuk Affendi di depan mata. Datuk
Affendi adalah clientku beberapa
bulan lepas.
“Hai
Datuk..”.
“Lama
I tak nampak you, Bashira”.
“Ya!
Saya jarang keluar makan jauh dari syarikat. Hari ini, saja tukar selera”.
“Sorang?”.
“Ya!!”.
Balasku.
“Boleh
I teman?”. Soal Datuk Affendi.
Aku
mengganguk dengan hati separuh rela. Entah mengapa, dari dulu lagi, aku kurang
menyenangi sikap terlebih mesra lelaki yang sudah beristeri ini.
“You
makin cantik sejak kebelangan ini”. Puji lelaki itu ketika menyuap makanan ke
mulut.
“Thanks
Datuk. Jarang I kena puji”.
“Bashira,
honestly, I suka tengok you,cara you
bawa diri dan penampilan you. Nampak sangat sofistikated dan bekerjaya. Kalau
boleh I nak kenal lagi dekat dengan you”.
“I
tahu you dah bersendirian sekarang, Bashira”.
Aku tercengang.“Datuk,
saya memang sudah menjanda sekarang. Tapi saya bahagia begini. Dan saya pun
tidak nampak apa tujuannya Datuk mahu kenal saya dengan lebih dekat. Saya tidak
berminat untuk menjalin hubungan buat masa ini. By the way,you already have a wife. So please, just focus on her”.
“Bashira..”.
“I am gonna to make a
fullstop to this conversation”. Kataku tegas.
Hatiku
sakit. Begitu senang seorang lelaki bermain mata dengan wanita lain ketika si
isteri tiada di sisi. Begitulah agaknya perangai Nizam dahulu. Aku menanam
tekad, tidak akan sesekali aku menjadi seperti Erni, wanita yang menjadi
perampas kebahagiaan rumah tanggaku dengan Nizam.
MIMIK
muka Haikal yang masam mencuka aku kerling lagi. Langsung tidak mahu menegurku
sejak aku berkata tidak pada permintaannya yang merapu-rapu itu. Jatuh simpati
pula aku melihat muka sedihnya.
“Ekal..”.
Rambutnya kubelai lembut. Dia memuncung.
“Jangan
macam ni, sayang.”.
“Ekal
nak pergi… Ekal dah janji nak bagi hadiah pada Era”.
Haikal
merayu lagi.. Sakit kepalaku dengan permintaanya. Haikal mahu pergi ke majlis
sambutan hari jadi kawannya. Waktu dia memberitahu kepadaku, baru aku teringat
aku ada membeli gaun merah jambu untuk Era di SOGO hari itu. Bukannya aku tidak
mahu menuruti keinginannya, tapi aku tidak kenal di mana rumahnya.
“Mama
ingat Ekal dah bagi hadiah pada Era kat sekolah”.
“Ekal
nak bagi kat rumah Era la mama”.
“Mama
tak kenal rumah Era, macam mana nak pergi ni??”. Harap-harap dia terpujuk
dengan alasanku.
Haikal
memandangku. “Era suruh call papa
Era”.
Errr..aku
mati kata. Aduh! Budak-budak sekarang sudah bijak merancang rupanya. Haikal
bangun dan mencapai sesuatu di dalam beg sekolahnya.
“Ni..”.
Kertas
putih yang tertulis nombor telefon rumah itu aku pandang. Nampaknya aku tiada
pilihan lain lagi. Aku terpaksa mengikut kehendak Haikal ini.
“Okay..kita
pergi tapi sekejap saja tau”.
“Hooray..Ekal
sayang mama!!”. Lebar senyuman Haikal
seraya mengucup pipiku. “Ekal nak tukar baju cantik-cantik”.
Aku
mencapai telefon sejurus Haikal ke bilik tidurnya. Nombor itu aku dail
perlahan.
“Assalamualaikum.!”.
Gerangan di sana memberi salam. Berdasarkan suaranya, mungkin dia wanita sudah berumur.
“Waalaikumussalam..err
ini rumah Era..?”.
“Ya..ada
apa..?”.
“Saya
nak bercakap dengan ayah Era sekejap, boleh”.
“Baiklah..nanti
makcik panggil ya, nak”.
Talian
senyap. Aku menunggu dalam debar. Nervous
juga hendak bercakap dengan bapak budak rupanya.
“Hello..Era’s father
speaking”. Aku tersentak mendengar bahasa si
ayah.
“Ah!!.
Hello..ini..”.
“Siapa?”.
“Saya
mama Ekal..”.
“Ekal...Oh..I know.. Dari tadi lagi Era asyik sebut
Ekal saje.. Where are you..? Are you already here or you are on the way? Majlis
baru nak mula”.
“Eh..belum..saya
belum bertolak lagi. Sebenarnya saya tak tahu rumah Era. Kalau tak keberatan, boleh
papa Era bagi alamat”.
“Papa
Era?”. Kudengar dia meledakkan tawa.
“Ahh..macam
ni la…apa kata awak bagi alamat rumah awak. It
seem quite hard to find my houses. So, let my driver catch you”.
“Tapi
..”.
“You
boleh berbincang dengan husband you.
I akan suruh driver I hantar you all balik bila majlis dah habis”.
“Tapi..”
“Mama
Ekal. I hope you have no objection
against it. I really hope so”.
Bibirku
terkunci mati.
TATKALA
kakiku melangkah keluar dari kereta, aku tersentak melihat kediaman mewah dua
tingkat yang tersergam indah di depan mataku. Sudah aku duga, Papa Era itu
bukan calang-calang orang. Tentu bertuah si Mama Era.
Gemerlap
cahaya lampu rumah menunjukkan betapa meriahnya suasana majlis. Aku terpegun
melihat keindahan landskap banglo dua tingkat ini
Sentuhan
klasik dengan tumbuhan yang tidak terlalu sarat serta air melatari laman rumah.
Indah sekali kurasa. Pancuran air tempayan lima kaki menjadi mercu tanda
kediaman.
“Besarnya
rumah Era, mama”. Bukan aku sahaja, Haikal juga turut kagum melihat rupanya.
Mataku
tiba-tiba tunak pada garaj kereta. Tiga buah kereta kutatap satu persatu. Rush!
Mercedez Benz dan Porsche.
Porsche!!
Jantungku tiba-tiba memainkan irama lagu. Porsche putih itu kurenung lama dan
jatuh pada plat pendaftaran.
Aku
terbeliak.
“Ekal..jom
balik”. Tangan Haikal kutarik. Ini kerja gila!
“Ekal
dah datang!!”.
“Mama Ekal, is it
you?”. Suara halus diselangi dengan satu suara
garau menyentakkan urat nadiku. Aku meneruskan langkah. Haikal sudah menjerit
memanggil kawannya.
“Mama
Ekal…are you okay?”. Suara itu makin
mendekat, kedengaran agak cemas.
Ah!
Aku mengeluh. Aku mematikan langkah dan perlahan aku berpaling. Kurasa waktu
itu juga aku mahu rebah.
Datuk
Rafael mengangkat kening merenungku, mulutnya sedikit terbuka. Mungkin dia
tersentak kerana akulah si Mama Ekal itu. Aduhai!! Mengapa kami sering
dipertemukan dalam keadaan aku tidak bersedia seperti ini.
“Bashira!!”.
Aku
senyum sebaris. “Hai..”.
“Mama..!”.
Haikal memanggilku. Kualih mataku menatapnya. “Haikal tak nak balik!”.
“Ekal
jangan risau. Mama tak jadi nak balik. Era, ajak Ekal masuk rumah. Dari tadi
lagi you are waiting for your beloved
friend, right”. Datuk Rafael mengarah.
Pantas
sekali Era menarik Haikal masuk ke dalam rumah. Sekelipan, hanya kami sahaja
berada di luar.
Aku
tidak betah berdua dengannya. “Saya datang sekejap sahaja”.
“You
tak akan balik selagi majlis tak habis, Bashira”.
Aku
menjeling ke arahnya. “Ini bukan office, Datuk”.
Dia
senyum. “I tahu tapi driver I yang
akan hantar you pulang”.
“Saya
boleh naik teksi”.
“No!!”.
Aku
diam, tiada modal membalas kata-katanya.
“Terkejut
I, The Mama Ekal is you.. patutlah
suara you dalam talian tadi seemed to be
quite familiar to me. Nampaknya bukan kita sahaja yang sebumbung, anak kita
pun sama. Kita macam berjodoh, saje kan?”.
“Kenapa
nak lari tadi?”.
“Mana
ada?”. Sangkalku.
“Bashira..
I bukan buta..Kalau dah jalan laju-laju dan tak pandang belakang tu, bukan lari
ke namanya. Bila orang panggil, buat dekkk
je”.
“Saya
tak tahu pula yang majlis ni adalah majlis anak Datuk. Saya terperanjat”.
“Oh…jadi
sebab tu la you lari”.
Aku
menjongketkan bahu.
“You still tak selesa dengan gelaran
Datuk yang ada pada I ke?”. Soalnya lagi. Mungkin geram kerana hanya dia yang
bercakap.
“Tak
adalah”.
“Atau
sebab kejadian dekat apartment tu”.
Erk!!
Serkap jarangnya mengena. Mukaku berubah rona. Kenapa dia mengungkit pula? Kepalaku
ini mulalah hendak membayangkan apa yang dilihat tempoh hari. Sungguh
menggelikan.
Tiba-tiba
aku dapat rasakan Datuk Rafael mendekat padaku. Nafasku sesak bila tubuh kami
hampir bersentuhan. Aroma wangiannya menusuk hidungku.
“Rasa
malu akan hilang bila kita berani berhadapan, bukan melarikan diri, Bashira.. Kalau
you asyik nak mengelak sahaja, macam mana you nak hadapi I untuk jangka masa
yang panjang nanti?”.
“I
yang jadi mangsa, Bashira. The one
yang patut rasa malu sampai tak nak pandang muka selama dua hari tu patutnya I.
Bukannya you. I rasa tu adalah rezeki you bukan”.
“Plepangg!!”.
Dadanya kutampar di luar sedar. Reaksi refleksku bila abang-abangku bercakap
soal luar alam ini.
Aku
tersentak bila kembali kealam realiti, bahawa sesungguhnya dia itu bukan
abangku. Aku tercengang-cengang. Dunia bagaikan berhenti berputar. Mata kami
saling menatap. Dadaku berombak kasar. Rasa debar ini menggerunkan hatiku.
Aku
jarakkan diri ke belakang seraya membuang pandang. “Sorry!!”.
“Hoi
Rafa..kau kenapa berembun tengah-tengah malam ni?”. Satu suara mengejutkan. Kami
menoleh.
“Lina!”.
Abang Hasif membulatkan mata.
“MAKNANYA
Ekal dengan Era satu sekolah. Satu lagi kejutan”. Abang Hasif terkedu mendengar
penjelasanku.
Kami
sama-sama beriringan masuk ke dalam rumah. Tetamu yang kebayakannya rakan-rakan
Era sudah berkumpul di ruang tamu rumah. Ehmm.. aku suka sentuhan moden banglo
mewah ini. Aku sudah nampak Haikal yang sedang bergurau senda dengan
rakan-rakannya.
“Pak
Lang!! Pak Lang buat apa kat sini?”. Haikal bertanya sebaik sahaja dia nampak
kelibat Abang Hasif.
“Pak
Lang nak sambut birthday Era la, macam
Ekal”.
“Bestnya….!!”. Abang Hasif mendukung Haikal sebelum
menggeletek anakku itu. Haikal merayu-rayu minta dilepaskan. Aku tergelak
melihat gaya Abang Hasif melayan anak kecil.
“Perhatian..!!”.
Datuk Rafael mula memberi ucapan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang
sudi hadir meraikan anak gadisnya itu.
Kemudian,
tiba giliran untuk meniup kek comel yang dihias indah. Di atas kek itu, terdapat
gambar patung seorang gadis dan lelaki. Mungkin itu gambaran Datuk Rafael dan
Era.
“Era,
mana mama awak?”. Satu suara bertanya.
Raut
wajah serta-merta Era berubah, bagaikan tersentak mendengarnya. Era mengalih
pandang kearah Datuk Rafael, seakan memohon pertolongan untuk menjawab bagi
pihaknya.
Hatiku
jadi sayu, anak sekecil itu sudah kehilangan kasih sayang yang luhur dari
seorang ibu.
“Ila..
mama Era kerja, sebab tu tak dapat datang”. Datuk Rafael beralasan seraya
mengucup pipi Era.
“Tak
apa, mama Ekal boleh jadi mama Era jugakan, mama”. Haikal mencelah dan aku
tergamam.
Berpasang-pasang
mata sedang memandangnya kala ini, menagih jawapan. Wajah polos Era mengugat
hatiku. Pantas kepala kuangguk. Aku membongkokkan badan, menyamai paras
ketinggiannya. Kusentuh pipinya yang mulus. Era bagaikan terpukau melihat tindakanku.
“Ya
sayang..Mama boleh jadi mama Era!! Era suka tak?”.
“Ma..mama…!!”.
Bibir kecilnya memanggilku dengan air mata yang mengalir perlahan. Era meluru
ke arahku. Memelukku seerat mungkin. Hatiku sebu, aku bagaikan dapat merasai
kerinduannya terhadap seorang wanita bergelar ibu. Dia begitu mendambakan kasih
sayang dari insan yang boleh dipanggil mama.
Aku
mendongak ke arah Datuk Rafael. Tubir matanya bergenang. Aku tahu dia sebak
dengan apa yang berlaku. Mungkin juga, hatinya sedang mengakui, kasih sayang
yang dicurahkannya belum cukup kuat untuk membuatkan Era lupa akan ibu
kandungnya.
Abang
Hasif tersenyum.
“Mama
takkan tinggalkan Era lagi..?”. Soal Era sejurus pelukan dilepaskan.
“Mestilah
tak…Okey.. Era tiup lilin dulu. Mama lapar la…!”. Aku buat muka merengek.
Lantas
dia tertawa lucu. Air matanya kusapu lembut.
“Okay..sayang..
jom tiup lilin. Jangan sedih lagi. Mama
is here..”. Datuk Rafael menenangkan Era.
“Era
nak tiup lilin dengan mama”.
Aku
pula yang tidak keruan. Nampaknya malam ini, aku terpaksa melayan kerenah
manjanya.
“Jom…”.
Dengan
ucapan Selamat Hari Lahir kepada Era, kami meniup lilin bersama-sama. Datuk
Rafael meniup lilin terakhir. Lalu kami sama-sama bertepuk tangan.
Abang
Hasif mencuitku. Aku mengangkat kening. “Lina
is a good mama”. Pujinya mengundang senyumanku.
“Era
nak suap kek untuk mama”.
Aku
membuka mulut dan giliranku menyuap kek padanya. Ekal sudah memaut lenganku, minta
disuap sama. Aih…cemburu agaknya.
“Mama..suap
la untuk papa pula”.
Aku
tersentak. Pantas anak mata Datuk Rafael kucari. Mataku menghantar pesan agar
dia melakukan sesuatu pada permintaan Era tapi hampa. Dia tersenyum
memandangku.
“Mama..cepatlah..”.
“Lina…Alang
ambil gambar!!”.
“Tapi….”.
“Just once, Bashira”.
Dengan
rasa gugup yang menabiri rasa, kusuap ke mulut Datuk Rafael. Ekal dan Era
bersorak riang. Pancaran flash mengenai muka kami.
“Thanks Bashira”.
“Ekal
ada hadiah untuk Era”. Haikal bersuara. Mata Era bersinar mendengarnya.
Haikal
terus menghulur beg plastik yang mengandungi hadiah itu.
“Wow! Thanks you Ekal.. You are a nice boy”. Datuk
Rafael memuji.
“Mama
yang pilih untuk Era”.
‘Terima
kasih mama. Next year Era nak sambut birthday dengan mama lagi”.
Aku
mengangguk. Pipi Era kucium buat kesekalian kalinya.
No comments:
Post a Comment