DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 6

PERMAISURI HATI - BAB 6



Sekembali aku dari Pulau Pinang, aku nyata terkejut dengan berita yang singgah di telinga. Datuk Razif bersara dan tempatnya sudah diganti oleh Datuk Rafael Hamdani. Aku jadi terkilan kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Datuk Razif. Secerewet mana pun dia, dia tetap bos pertamaku yang baik.
“Datuk  Rafael tu  duda, puan. Dia baru balik dari oversea”. Ujar Liza kepadaku.
Aku sekadar mengangguk. Aku rasa aku tidak perlu tahu itu semua. Langsung tidak penting bagiku. Aku hanya mampu membayangkan dia lelaki yang sudah berusia seperti Datuk Razif. Jangan dia cerewet seperti bos lamaku sudah.
“Semalam dia kata dia nak jumpa puan”.                                   
“Hah?”. Aku terperanjat. “Kenapa nak jumpa saya?”.Aku bertanya ala-ala bodoh. Tentulah dia hendak bertemu mata dengan pekerjanya.
Liza kulihat menggaru kepala. Pelik agaknya dengan pertanyaanku. “Dia dah buat meeting kenal dengan semua pekerja semalam. Tapi bila dia tengok seorang tak cukup. So, dia tanya dan kata nak jumpa puan hari ini”.
Aku menelan liur tiba-tiba. Perasaan takut ini seperti hendak ditemu duga untuk bekerja sahaja. Kelakar pula aku ni.  “Dia dah ada di bilik ke?”.
“Ya. Kalau puan nak pergi sekarang pun boleh”. Aku angguk lagi. Bila lagi aku hendak bertemu bos baruku itu?
Pintu bilik yang sudah bertukar nama DATUK RAFAEL HAMDANI  itu aku ketuk. Sekelipan mata, pintu kubuka. Jelas di mataku seorang lelaki sedang menunduk di bawah meja. Datuk buat apa tu?
Aku menunggu dia mendongak dan aku terkedu melihatnya. Err..mana Datuk?
“Yes..anything?”. Lelaki itu bertanya seperti seorang bos sahaja lagaknya. Sebal pula aku melihatnya.
“Saya cari Datuk”. Kulihat dahinya berkerut seribu.
“Datuk? Datuk mana? Datuk Razif? Datuk Alif? Datuk Hamka?”. Aku tercengang-cengang mendengar jawapan darinya. Aku rasa lelaki segak berkot hitam di hadapanku ini sudah hilang akal.
“Ini bilik Datuk Rafael kan?”. Dengan muka serius, aku bertanya meminta kepastian. Manalah tahu aku tersalah nampak.
Lelaki itu tiba-tiba tergelak kecil. “Ya”.
So..I’m looking for Datuk Rafael Hamdani, the CEO of the company, please”.  Terus lelaki di hadapanku mengangkat kening.
Lama dia diam, jadi aku rasa mungkin dia ini anak Datuk Rafael. “Tak apalah..bila ayah awak sampai..saya akan datang balik”.
“Ayah saya?”.
“Ya..Liza beritahu saya Datuk Rafael nak jumpa saya hari ni.. but then since dia tak datang lagi…”. Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, ruang bilik itu pecah dengan ketawanya. Keningku sudah bercantum dua. Sah! Lelaki kacak ini sewel.
“So here you are Amalina Bashira. Welcome back to the office. How’s Penang?”. Aku terkebil-kebil memandangnya yang mula serius membuka fail di tangan. Perlahan-lahan aku menelan liur. Mataku membulat. Rasanya kali ini aku sudah mahu melompat keluar melalui tingkap. Apakah ini.. bermakna..lelaki di hadapanku ini adalah Datuk…errr? Alamak..mati la aku!
“Awak Datuk..tak.. Datuk Rafael..err..”.
“Yes, I’m Rafael Hamdani  Musa. Do you have any other question, Bashira?”. Aku rasa aku mahu rebah di situ juga. Kulit mukaku terasa tebal berinci-inci. Perlahan-lahan aku menggeleng. Dari ekor mata, aku lihat senyuman nakalnya yang makin menambahkan rasa maluku.
Bagaimana mungkin aku tidak malu…dalam bayanganku Datuk Rafael itu sudah berusia, kepala sudah beruban dan perut pun boroi. Ini tidak…muda trang tang tang lagi. Tentu dia gelakkan aku kerana kebodohanku itu. Maaflah, tetapi aku memang tidak pernah nampak lelaki muda yang sudah punya gelaran Datuk sebelum ini. Jadi jangan salahkan aku. Aku menyedapkan hati sendiri.


“HOW’S Penang,Bashira?”. Suaranya yang lembut itu kurasakan begitu memukau.
“Okay”. Jawabku pendek.
“I tak suka jawapan you, Bashira. When I ask seriously, so answer seriously”. Terkedu aku mendengar tegurannya. Baru tadi aku melihat ketawanya yang kuat, sekarang ini mukanya serius sehingga aku merasa gugup.
“Saya minta maaf  ” . Pohonku. “Kalau awak…”.
“Datuk!!”. Lelaki itu memberi amaran.
Dush! Aku terasa seperti ditembak sahaja. Kenapalah aku boleh jadi sewel hari ni? “Maaf, kalau Datuk nak tahu pasal Pulau Pinang, saya rasa pulau tu baik-baik sahaja. Tak ada penceroboh masuk pun sekarang”.
Dia angkat kening lagi. Dia gelak kecil “Nice answer. Boleh ringkaskan segala maklumat yang you dapat sepanjang kursus?”. Aku tiba-tiba sesak nafas. Aku memang tidak dapat bos cerewet seperti Datuk Razif tetapi lebih teruk dari itu.
Aku berdehem. Cuba mengingati apa yang aku peroleh ketika berkursus seminggu di sana. “Berdasarkan apa yang diberitahu, harga pasaran sudah semakin menurun. So, buat masa ni kita tak boleh melakukan banyak tindakan. Sebab dengan cara ini, reputasi syarikat mungkin boleh jatuh”.
“Good! Bashira, you kahwin umur berapa?”. Aku terkedu mendengarnya. Kenapa dengan lelaki ini. Aku terdiam tidak mahu menjawab namun bila dia mengangkat kertas resumeku yang sedang ditatapnya, aku mengerti dia adalah bosku yang lebih teruk dari Datuk Razif.
“19 tahun”.
“Berapa orang anak?”.
“Seorang”.
“Suami you kerja apa?”.
“Dah bercerai”.
“Kenapa bercerai”.
“Dia ada perempuan lain”. Aku perasan Datuk Rafael seperti terkejut. Aku pun rasa tidak senang. Kalau ye pun dia itu bosku, tidak perlulah bertanya soalan peribadi seperti itu.
“Oh sorry..really sorry”.
“Ada apa-apa lagi Datuk?”. Suaraku berubah sendu. Pertanyaannya sebentar tadi mengembalikan ingatanku pada kecurangan Nizam
“I minta maaf kalau you terasa hati dengan pertanyaan I”.
“Tak adalah? Ada apa-apa lagi Datuk nak tanya?”.
“I won’t ask question but you can’t go right now”. Apa masalah dia ini mahu menahan aku di biliknya?
Datuk Rafael kulihat membetulkan duduknya, menyandar senang. “Datuk Razif beritahu I, you are very serious women. No laugh, no smile but then a very excellent one. Semua kerja you memenuhi citarasa client and you sangat teliti dalam setiap apa yang you lakukan”.
Huh…aku seperti tidak percaya sahaja dengan kata-katanya. Tapi mungkin juga betul kerana Datuk Razifkan sebenarnya seorang yang baik.
“I wonder how serious you are and now I know”. Ucap Datuk Rafael tiba-tiba seraya merenungku lama. Aku terasa seram sejuk melihat renungan matanya yang memukau itu.


“ANGAH!”. Aku tersenyum manis melihat kelibat Abang Aidil yang keluar dari dalam kereta. Eh, alang dan along pun ada”.
“Mana Kak Zaleha?”. Soalku menyalami ketiga-tiganya.
“Kak ipar Lina tu mana rajin nak berjalan-jalan macam kita orang ni. Asyik nak terperap dalam bilik je. Nasib baik along ni suami penyayang”. Ujar Abang Rehan sambil tertawa.
“Ye la tu..Along, angah, alang duduk ye. Lina pergi dapur sekejap”. Balasku.
“Haikal mana?”. Alang bertanya.
“Kat rumah pengasuh dia. Ramai budak-budak kat situ, suka la Haikal pergi sana. Lagipun Lina kasihan juga tengok dia terkurung dalam rumah ni”.
“Bagus la tu. Sekurang-kurangnya ada juga kawan si Haikal tu. Ada ayah tak boleh harap. Tak berguna sesen pun. Jangankan nak datang tengok anak, entah nama anak dah tak ingat”. Bebel Abang Rehan tiba-tiba. Aku terdiam sahaja. Tahu benar tingkah Abang Rehan yang masih sakit hati dengan tindakan Nizam menceraikanku. Aku, Abang Aidil dan Abang Hasif berpandangan. Mata menghantar isyarat supaya menghentikan kemarahan yang mula bertapak di hati Abang Rehan.
“Tak apa la Along. Lina pun dah bahagia dengan hidup Lina sekarang. Lagipun dia masukkan nafkah Haikal tiap-tiap bulan”. Ya.. itu sahajalah yang boleh aku banggakan dengan Nizam. Dia masih ingat akan Haikal walau sudah setahun tidak bertentang mata.
“Along sakit hati tau Lina. Nizam tu dah kahwin dengan girlfriend dia. Anak kat sini tak ingat pun. Ayah apa macam tu? Tak bertanggungjawab langsung”.
Tersentak aku mendengarnya. Sekian lama khabar Nizam tidak pernah aku dengari. Tahu-tahu sahaja Nizam sudah kahwin. Aku tersenyum sendiri. Baguslah. Lebih baik kahwin dari buat kerja terkutuk itu. Namun, aku tahu masih ada rasa sedih yang bertanda. Dia lebih tegar memilih wanita lain, setelah sekian lama aku setia kepadanya.
“La…Lina janganlah sedih. Tak apa..nanti angah cari suami untuk Lina. Nak yang macam mana?”. Abang Aidil memeluk bahuku.
Aku tersengih. “Cari yang paling kaya, boleh tak angah?!!”.
“Boleh!!!”. Ketiga-tiga abangku bersuara serentak. Pecah tawa kami.
“Lina tak nak ke pindah apartment Alang? Risau alang tengok Lina duduk sorang-sorang ni”. Soal Abang Hasif.
Aku pantas menggeleng. Aku hargai keprihatinan abang-abangku tetapi biarlah aku hidup berdikari. Aku selesa begini.
“Nanti kalau lapang..In Sh Allah Lina pergi apartment abang”.

No comments:

Post a Comment