DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 27 June 2018

Sentap - Fazlyn Ridz (Blurb)


 
 
SENTAP - ADNIL ZAFF
.
BLURB:

“Kau fikir aku hairan? Aku dah lama sabar dengan perangai kau ni. Baiklah, Darlina... kau nak sangat, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” - Johari

Perkahwinan melankolik. Episod bahagia Darlina menjelma setelah dirinya tiba-tiba dilamar oleh bosnya, Dato’ Farid; seorang lelaki pendiam dan suka menyendiri. Namun setelah puas berduka nestapa, hidup Darlina kembali diterjah bahagia sekali lagi.

Tidak seperti Darlina, hidup Sarina lebih dahsyat cubaannya. Diduga kemiskinan, Azhan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sayangnya, kenaifannya menjebakkan dia ke kancah hitam
sehingga terheret ke dalam tuduhan berat yang berdepan dengan hukuman mati.

“Betapa kejamnya kau, hai lelaki. Aku tak tahu di mana nak aku letakkan muka ni! Sekarangkau mengaku semua hasil yang masuk ke dalam perut aku dan anak kau tu duit haram!” - Sarina

Adakah benar hidup mereka berada di jalan mati?

Hitam jalan yang dilalui Azhan, begitulah juga hitamnya kisah lalu Intan seorang pesakit major depression. Intan merasakan hidupnya malang. Tanpa sedar dia menyeksa sekeping
hati yang ikhlas menerimanya seadanya.

“Setiap kali abang cuba mendekat, Intan akan hamburkan kebencian pada abang. Di mata Intan abang lelaki yang jahat. Abang cuba hulurkan tangan tapi Intan tak mahu sambut
tangan abang.” - Haris

Benarkah wanita tanpa permata seperti Intan sudah tiada harapan untuk merasa bahagia?

Naurah pula bermasalah dengan lamaran si Adi Setan, musuh sejak zaman kanak-kanaknya.

Sejahat mana si Adi setan itu?

“Awak letak chewing gum atas kerusi saya di sekolah. Baju saya kena gula getah yang penuh dengan air liur awak. Itu baru satu! Awak tukar buku dalam beg saya. Awak letak
buku komik awak. Saya kena cubit dengan cikgu. Oh ya... ada lagi!” - Naurah

Empat wanita, empat kisah yang berbeza. Dugaan mereka tidak sama. Namun sama-sama akhirnya merasa bahagia.
.
.
Jom pm atau wasap team kak peah utk hoder naaa..

http://wasap.my/60194226431
http://wasap.my/60194888095
http://wasap.my/60193698404

Lelaki Pilihan Hati - Cik Fara Haniey (Random teaser 3)



.
.
Random teaser lagi 😍😍😍

"You nak tahu tak manfaat mandi bersama ni?" Matanya menatap aku penuh kasih.
Aduhai... Zarul dengan helah tak pernah terpisah! Nak tak nak, terpaksalah aku tadah telinga dengar ceramah mengarut dia.
"Mandi bersama ni banyak manfaat tau. Antaranya, dapat mengukuhkan hubungan pasangan. Sambil mandi, I boleh tengok perubahan kulit di badan you."
Aku angkat kening pandang dia. Perubahan kulit apa pula si suami ni tengah cakap?
"Maksudnya, I boleh tahu dekat mana lagi tahi lalat you berada. Mungkin hari ini, dekat sini." Tangannya lurus ke atas dadaku. Membesar kelopak mataku dan pantas aku tepis tangannya. Dan balasannya, Zarul ketawa-ketawa.
"Maybe esok ada dekat tempat lain. Mungkin nanti dekat sini." Jemarinya bergerak betul-betul di tepi bibirku.
Terkesima saat wajah Zarul mara sedikit demi sedikit mendekati mukaku. Tatkala bibirnya mahu melekat di tepi bibir aku, spontan aku elak.
"Isk! You ni suka ambil kesempatan!" Aku merungut dengan muka masam mencuka.
Sekali lagi dia ketawa nyaring. Siap tekan perut lagi.
"Love... I tak tipulah. I kan doktor." Dia masih ketawa.
Mencebik aku jadinya. Malas nak melayan keraneh bukan-bukan Zarul, aku angkat punggung dan halakan kaki ke kamar mandi.
"Tak nak bawa I ke?"
"Ke mana?"
"Ke syurga kita." Bicaranya berjaya memahat kakiku daripada menerus langkah. Aku toleh sedikit ke belakang. Zarul tengah sengih lebar. Gaya sengih gatal aje lebihnya.
"No man allowed!" Aku angkat jari telunjuk dan goyang-goyang depan mukanya. Bagi warning jangan mengekoriku.
"I'm not your man. I'm your husband." Dia bangun sambil tayang muka tak bersalah.
Bila perasan kakinya mendekati, aku melangkah mengundur.
"You! I nak mandi ni. Belum solat lagi. Kang lambat pula solat." Aku luahkan ayat tak puas hati.
Malangnya, dia tetap marakan langkah. Mendekati aku yang hanya beberapa langkah lagi dari kedudukan dia.
"Mandi sekali, jimat masa. Kita boleh solat berdua lepas tu. You nampak tak I pandai bahagi masa?" Ayat dia memang tak boleh blah. Boleh pulak nak cari alasan begitu.

Nak sunting??? wasap team kak peah.. tekan jer link bwh ni yer..

www.wasap.my/60194226431
www.wasap.my/60134888095
www.wasap.my/60133698404

Lelaki Pilihan Hati - Cik Fara Haniey (Random teaser 2)


.
.
Bab 25

Pulang saja ke rumah, aku terus mencari Zarul. Mahu Zarul memberi jawapan pada semua persoalan yang bersarang dalam fikiranku.“Siapa Maria dalam hidup you, Zarul?”Zarul yang ketika itu sedang menonton TV tersentak. Pantas kepalanya menoleh ke arahku. Kerutan di dahinya menyatakan dia sedang keliru dengan terjahanku tadi.“Love, are you okay?” Alat kawalan jauh TV Zarul capai dan TV serta-merta dimatikan.Bangkit dari duduk, Zarul marakan langkah mendekatiku. Saat kakinya makin luas merapat, tanpa sedar aku mengundur diri ke belakang. Takut. Takut andai kenyataan yang tidak mahu aku dengar akan terlahir dari bibirnya.
Saat itu, bersediakah aku menerima?Melihatkan jarak kami semakin dekat, aku segera menegahnya daripada melangkah.“Kenapa ni, Lia?” Wajah kacak Zarul nampak kebingungan menghadap tingkah lakuku yang tiba-tiba berubah dingin.Detik ini aku tak tahu apa yang patut aku buat.
Nak mempercayai Zarul, tapi kata-kata Maria sudah meracuni separuh daripada daerah fikiranku. Meletakkan aku di sempadan yang tak mampu aku putuskan. Sudahnya, aku duduk mencangkung dan menekup muka. Tangisanku mula berlagu sendu.Tidak lama kemudian, terasa tubuhku dirangkul, menyebabkan separuh wajahku melekat di dada bidang Zarul.“Apa yang dah berlaku ni, Lia? Kenapa you menangis?” Zarul turut terkesan dengan emosiku. Nadanya berbaur runsing.Tangisanku telah menyekat suara daripada terkeluar. Aku hanya kaku di dalam pelukan Zarul.
Terasa kekuatan yang aku kumpul seketika tadi lesap apabila berada di dalam pelukannya.“Hei, pandang sini. Kenapa ni?” Zarul bertindak mendongakkan kepalaku saat bibirku tidak menghasilkan sebarang bunyi.Menatap ke sepasang mata redupnya, hati di dalam makin basah. Walau apa pun terjadi, aku perlukan
jawapan.“Siapa Maria pada you? Tolonglah jujur dengan I, Zarul.”Aku berharap Zarul menafikan segala perkara buruk yang berselirat dalam otakku. Namun, untuk mendengar kebenarannya, mampukah aku lalui? Terasa jalan yang dihamparkan di hadapanku dulu penuh dengan keindahan berubah sekelip mata. Yang ada jalan penuh duri dan gelap-gelita.“Lia, kenapa tiba-tiba you tanya pasal Maria ni? Maria ada jumpa you ke?” Nada Zarul bertukar terkejut. Mungkin dia terkejut tiba-tiba aku menyebut nama Maria. Dari pengamatanku, Zarul kelihatan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Pagi tadi kami masih elok, dan apabila pulang, tingkahku terus berubah. Tidak perlu tanya pada sesiapa, ia jelas dan nyata.“Jawab soalan I, Zarul Hamidi!” Kali ini amarahku sudah tidak mampu dikawal.
Hati ini sudah retak mendengar kata-kata Maria petang tadi. Dan aku sangat berharap bukan Zarul penyebab hati ini berkecai. Tetapi setelah menghadapi kebisuan Zarul, aku yakin cerita antara mereka berdua terlalu rumit untuk diungkapkan.Zarul mengeluh sebelum meleraikan pelukan. Air mukanya kelihatan tidak bermaya.“Apa yang pernah terjadi antara you dengan Maria? Apa maksud Maria bila dia cakap yang you lari daripada tanggungjawab? Tanggungjawab apa yang Maria maksudkan Zarul?” Bertalu-talu aku menebak
Zarul dengan soalan. Perasaanku kini sedang ditawan oleh rasa marah, membuatkan aku bertindak di luar kawalan.“Apa yang Maria beritahu you?” Kelihatan Zarul sedikit marah apabila aku mendesaknya.“You cintakan Maria, kan?” Sengaja aku memancing Zarul untuk membuka mulut.
Genangan air mataku terasa memberat di birai mata.Ternyata air muka Zarul berubah terpanar. Melihat perubahannya, aku yakin antara mereka pernah terikat dengan cinta. Selain itu, dia tidak menafikan kata-kataku. Seolah-olah apa yang aku soalkan tadi satu kebenaran yang tak mampu dia sembunyikan lagi. Remuk-redam hatiku. Kerana tak sanggup berhadapan dengan kebisuan Zarul, punggung aku angkat sebelum menapak anak tangga satu per satu menuju ke kamar yang aku pernah huni sebelum ini. Bukan lagi bilik Zarul.
Saat aku merebahkan tubuh di atas tilam, saat itu juga air mata pecah berderai. Ada sesuatu yang Zarul sembunyikan dari pengetahuanku. Ini bukan kisah cinta semata-mata. Kisah itu pasti terlalu sulit untuk diungkap dengan kata-kata. Aku yakin!Daripada terlentang, aku duduk mengiring. Memeluk tubuh sendiri agar kesakitan ini segera hilang. Apakah cinta yang aku hulurkan sekadar untuk dipermainkan?Lama berbaring dalam posisi begitu, tak
semena-mena ada tangan memeluk erat tubuhku dari belakang. Bau maskulin tubuh Zarul menyapa hidung.“I'm sorry... I'm sorry, love.”Bukan perkataan maaf yang aku ingin dengar. Tidak fahamkah Zarul yang aku sudah penat bermain tarik tali dengan semua persoalan dalam benakku? Yang aku mahukan, kebenaran. Tapi lelaki bernama Zarul Hamidi ini tidak pernah memahami apa yang aku mahukan. Dia hanya tahu diam, diam, dan terus diam.“Salah ke kalau you jujur dengan I?” Dalam tangisan aku masih meminta Zarul berterus terang. Suaraku sedikit serak membuatkan tubuh sasa Zarul kian merapat.“Sometimes, hiding the truth is better than exposing it.” Perlahan dan seakan berbisik suara Zarul.
Aku memejamkan mata. Membiarkan air jernih itu melewati pipi. Umpama membiarkan air mataku membersihkan kesakitan yang Zarul lakarkan.“Kalau macam tu, kita perlukan masa untuk fikirkan semula hubungan kita. I tak boleh terima lelaki yang tak bersikap jujur dalam hubungan.” Tangan Zarul yang melilit pinggang, cuba kurungkai. Tapi malangnya, kekuatan aku tak mampu menandingi kekemasan pelukannya.“You minta perpisahan ke Lia?”“Yes! I perlukan ruang dan masa untuk fikirkan semula hubungan kita. Bila you berkeras nak sembunyikan hal sebenar, bermakna you dah cukup
kuat untuk lepaskan I pergi.” Aku meronta-ronta untuk merungkaikan pelukan Zarul yang masih utuh memaut pinggangku.Kedengaran nafas berat Zarul terhela di tepi telingaku. Berkemungkinan dia lelah asyik didesak.“Perpisahan bukan jalan terbaik, Lia.
Ya, memang perceraian itu dibenarkan. Tapi perlu kena dengan situasi. You dan I, tak curang. Jadi apa alasan you nak minta perpisahan dengan I?” Dia menyelar membuatkan pergerakanku kaku.Memang aku akui apa yang Zarul bahaskan. Cuma, aku tak boleh hidup dengan lelaki yang hanya berlindung di sebalik topeng. Berpura-pura menyayangiku tapi kebenarannya, hati Zarul terlebih dahulu ditakluki.“Sebab you tak jujur dengan I!!!” Setelah mengumpul tenaga, aku membidasnya tanpa ragu. Sekali rentap, tubuhku terlepas dari rangkulannya. Segera aku susun langkah keluar dari bilik. Terasa bahang suasana bilik menyebabkan aku tidak betah untuk bertahan lagi. Tambahan pula dengan perbalahan kami, makin buat aku tak boleh berfikir dengan normal.“Setelah apa yang kita lalui semalam, you still nak berpisah ke Lia?” Soalannya berjaya memasung kakiku. Setitik air mata yang kering seketika tadi kembali merembes.Entah bila masa Zarul mendekati, sedar-sedar saja tubuhku ditarik menghadapnya dan dia menarikku
ke dalam dakapannya.“Baru sekali Maria racun fikiran you, you dah termakan umpan dia.” Zarul bersuara lirih. Aku tahu dia turut terkesan, namun dia sehabis mungkin menayangkan ketenangannya.Berada di dalam pelukan Zarul membuatkan tingkahku lumpuh. Otak gagal memberi isyarat kerana rasa cinta terhadap Zarul melebihi segalanya.“Ya, I memang kenal Maria. Kalau you nak tahu Lia, I tak pernah cintakan Maria. Hati ni tak pernah pilih dia walaupun I ada sebab untuk pilih dia.” Zarul mengemaskan pelukan malah bahuku dikucup berkali-kali.“Cuma, bila hati melebihi akal, I tersilap pilih langkah. Dan sekarang, I tak nak kerana kesilapan yang I lakukan akan melukakan you, Lia.” Aku dapat rasakan jiwanya tercedera. Tapi apa kaitan dengan Maria? Apakah penyebab dia tidak mahu mengungkapkan kebenaran? Benarlah apa yang aku nampak di sekeliling, kadangkala manusia mudah terjebak dengan hasutan hati. Mengambil langkah tanpa memikirkan keburukan yang dihadapi. Mungkinkah juga dia tergolong dalam manusia sebegitu?Mendiamkan diri di dalam dakapan Zarul, membuatkan hati yang merusuh tadi kembali tenang. Perasaan ketat yang mencengkam diri tiba-tiba terungkai.“Bagi I, you adalah segala-galanya, love.
I tak sanggup nak hamparkan kebenaran andai ia akan melukakan hati you.” Zarul menarik kepalaku berada di bawah dagunya, membiarkan aku mendengar setiap nafasnya beralun.Bersabarlah. Aku cuba bersangka baik. Kerana detik ini, walau beribu kali pun aku mendesak, keadaan tetap sama. Dia tetap menyembunyikan kebenaran yang terselindung. Mungkin ada sebab Allah sembunyikan perkara itu dari pengetahuanku. Allah mahu aku hidup tenang di samping Zarul.

Nk sunting??? Ketuk ja pintu team k.peah yer..
tok tok ja

www.wasap.my/60134888095
www.wasap.my/60194226431
www.wasap.my/60133698404

Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Manaf Hamzah




[READY STOCK]
.
.
Random Teaser

Jam menunjukkan sudah pukul 1.00 pagi. Sampai sahaja di garaj, Assad menarik Intan dengan kasar dari perut kereta dan menolaknya ke dalam rumah. Dia menarik Intan naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Lantas pintu bilik dikunci.
Assad bersandar pada daun pintu sambil berpeluk tubuh. Merenung buas dan tajam ke arah Intan yang sedang menangis di birai katil. Meskipun begitu, tangisan Intan itu tidak sedikit pun melembutkan hati Assad yang ketika itu sedang marah.
“Kau ke majlis tu sebab sengaja nak buat aku cemburu, kan? Sengaja kau bergurau senda dengan lelaki lain sebab nak sakitkan hati aku.”
Intan tidak menjawab.
“Kau biarkan lelaki-lelaki tu dekati kau. Kau bergelak ketawa dengan mereka seperti perempuan murah. Kau relakan lelaki-lelaki tu perhatikan susuk tubuh kau,” Assad melepaskan apa yang terbuku di hatinya. “Sekarang aku nak kau tanggalkan pakaian kau!”
Intan tersentak. Dia amat tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Jiwanya tiba‑tiba digigit rasa gerun. Benar‑benar dia tidak mengharapkan perkara ini akan berlaku.
“Tolong jangan buat saya macam ni? Saya tak terniat nak menawan sesiapa pun dalam majlis tu. Saya lakukan sebab Encik Assad, bukan untuk orang lain,” kata Intan dalam esakan.
“Aku akan kira sampai tiga. Kalau kau tak tanggalkan juga pakaian kau, aku sendiri akan tanggalkan,”Assad terus membentak.
“Tolonglah, Encik Assad. Saya merayu...”
“Satu!”
“Encik Assad tolonglah....”
“Dua!”
Dengan air mata yang berlinangan dan menahan perit luka yang sungguh parah, Intan bangun perlahan‑lahan dari birai katil. Dengan tangan yang gementar dia meletakkan tangannya ke zip baju yang dipakainya itu. Tetapi belum pun sempat Intan menarik zipnya, tiba‑tiba Assad mengherdik.
“Cukup!”
Intan terkejut. Tangannya segera terhenti daripada menarik zip itu. Dia menarik nafas panjang. Intan terpinga‑pinga melihat sikap suaminya.
Assad tersengih. Wajahnya masih tegang. Dalam hatinya masih terpendam perasaan dendam.
“Sekarang aku nak kau lepaskan rambut kau,” arah Assad. Dia masih bersandar pada daun pintu. Matanya terus menjelajah seluruh wajah dan rambut Intan. Intan tidak membantah. Dia melakukan juga dengan mengambil masa yang agak lama. Tangannya terketar‑ketar ikatan di rambutnya dan dibiarkan lepas mengurai. Dalam pada itu, Intan merasakan dirinya tidak ubah seperti seorang pelacur. Sambil memejamkan mata, dia mengetap giginya dan menggenggam kuat tangannya menahan marah yang teramat sangat. “Jangan tutup mata kau, Intan,”Assad bersuara parau.
Intan terkejut. Ketika membuka kelopak matanya. Dia agak terkejut apabila Assad telah berdiri hanya beberapa inci daripadanya. Suaminya telah pun bersedia melucutkan kemejanya. Dada Intan semakin menjadi-jadi debarnya. Intan mengundur ke belakang apabila tangan Assad cuba menyentuh lehernya.
“Saya sedang mengandung. Tolong jangan paksa saya, Encik Assad,” rayu Intan. Matanya kembali mengalirkan air mata.
Intan tidak dapat meneruskan katanya apabila tangan Assad seperti kilat merangkul pinggangnya. “Tolong, Encik Assad. Saya merayu, jangan paksa saya. Saya tak nak apa-apa jadi pada kandungan ni,” rayu Intan lagi, dengan nada merintih.
“Aku akan hati-hati. Tapi kalau kau cuba melawan, aku tak dapat beri jaminan apa-apa.”
Nafas Assad semakin berat. Dakapannya semakin erat. Bibir Intan yang seperti limau seulas itu ditatapnya dengan perasaan gelora yang memuncak.
Dalam pada itu, Intan cuba sedaya upaya mempertahankan pendiriannya. Dia cuba mengeraskan dirinya. Tetapi rupanya segala percubaan untuk mendinginkan segala rasa batin dirinya supaya tidak membalas segala belaian itu, ternyata sia‑sia belaka. Dia sesungguhnya tiada mempunyai kekuatan langsung untuk melawan suaminya. Akhirnya dia sendiri menjadi lemah dan lemas. Lebih‑lebih lagi apabila berdepan dengan pemuda yang telah pun menjadi suaminya. Suami yang sebenarnya selama ini dicintai dan disayangi. Akhirnya Intan sendiri tidak ragu‑ragu membalas pelukan itu. Dengan tidak disedari dia telah memaut leher suaminya erat‑erat.
Merasakan balasan daripada Intan dan menyedari isterinya telah mula lemas, Assad tidak dapat mengawal dirinya lagi. Sebenarnya dia sendiri telah lama rindukan tubuh isterinya. Dengan perlahan‑lahan dan penuh hati‑hati dia mengangkat dan membawa isterinya ke katil lalu dibaringkan di atas tilam.
Akhirnya dia dan Intan sama‑sama berada di suatu kemuncak yang paling tinggi. Mereka sama‑sama menarik nafas puas dan sama‑sama belayar ke alam impian yang sungguh nikmat dan paling bahagia. Intan terus berbaring di sisi Assad. Sementara Assad pula berbaring tenang di sisi isterinya. Tubuh isterinya didakap dengan penuh mesra. Kepala isterinya diletakkan di bahunya, sementara jejarinya mengusap‑usap lembut belakang isterinya.
Intan tidak menolak sentuhan Assad itu. Dia membiarkan sahaja dirinya dibelai suaminya. Tetapi sebenarnya, dalam diam‑diam, dia mula menangis dalam hati. Untuk menahan tangisnya daripada diketahui suaminya bibirnya digigit. Hatinya masih perit dan luka. Dia sedar, betapa pun dicurahkan kasih dan cintanya kepada suaminya itu. Namun Assad hanya perlukan tubuhnya untuk nafsu dan keseronokan sahaja. Dia tahu suaminya hanya mengutamakan seks daripada cinta. Assad tidak bersuara. Hanya kedengaran bunyi pernafasannya yang tidak berapa normal. Seperti orang kelelahan. Beberapa ketika kemudian matanya dipejamkan. Dia terlelap. Pertama kalinya dia tidur dengan aman dan nyenyak, tidak diganggu minipi‑mimpi buruk.
Tidak pula begitu halnya pada Intan. Dia begitu payah hendak melelapkan mata. Dalam dadanya masih berselirat rasa sedih dan sengsara. Suaminya telah pun berdengkur. Apabila nyata betul suaminya benar‑benar nyenyak, Intan mengalihkan tangan suaminya yang melintang di dadanya perlahan‑lahan. Kemudian dengan perlahan‑lahan dan hati‑hati tidak mahu mengganggu tidur suaminya, dia bergerak turun dari katil sambil mengutip pakaiannya yang berselerak di lantai.
Selesai mengenakan pakaian, Intan berdiri semula di tepi katil itu. Dia memandang wajah suaminya. Wajah tampan suaminya nampak seperti kebudak‑budakan ketika sedang tidur lena. Mahu rasanya dia memberi kucupan pada dahi suaminya. Tetapi cepat‑cepat dia menahan diri. Akhirnya dia menitiskan air mata. Di sebalik wajah suaminya yang tenang itu, rupanya dia mempunyai hati yang keras.
“Selamat tinggal abang.... Intan cintakan abang...” bisik Intan mengungkapkan kata yang selama ini tersemat dalam hatinya. Intan terus keluar dari bilik itu menuju ke bilik Ismadi.
Ismadi sedang tidur dalam keadaan tidak tentu arah, seperti kelakuan kebanyakan budak‑budak seusia dengannya ketika tidur. Intan mengucup dahi Ismadi dan tersenyum. Hatinya tiba‑tiba diserang pilu.
“Maafkan ibu, Iis. Ibu terpaksa pergi. Jangan lupakan Ibu, ya. Ibu sangat sayangkan Iis,”bisiknya hampir di telinga anak itu seraya mengusap lembut kepalanya sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Nk sunting??? Boleh klik link kt bwh ni yer..

www.wasap.my/60134888095/DHDAL
www.wasap.my/60133698404/DHDAL
www.wasap.my/60194226431/DHDAL

Lelaki Pilihan Hati - Cik Fara Haniey (Random teaser 1)


[LELAKI PILIHAN HATI] CIK FARAHANIEY
.
.
Random Teaser

Aku mendekati bilik air. Belum pun sempat aku mengetuk pintu bilik air itu, tak semena-mena pintu bilik air itu terkuak dari dalam. Sesaat kemudian, terjengul kepala Zarul yang penuh dengan buih syampu. Dia memandangku hanya dengan sebelah mata.“Boleh tolong I tak?” Tercengang aku di depan muka pintu bilik air.Beberapa saat berlalu…“Dahlia?” Segera kuangkat kepala lurus ke arah Zarul yang telah memejamkan mata gara-gara buih syampu di rambutnya.“To... tolong apa?” Terketar-ketar aku bersuara.“Alamak! Tolonglah I. Mata I masuk sabun. I tak nampak kolah dekat mana. Boleh tolong I tak?”Oh, God! Aku? Kena tolong dia? Seriously? Apabila mataku jatuh pada ketulan yang terbentuk atas perutnya, liurku tersangkut mendadak.“I...” Baru nak cipta ayat alasan, sepasang tangan Zarul sudah mencapai lenganku. Ditariknya aku masuk ke dalam bilik air itu.Terkedu aku sesaat sebelum Zarul mengejutkanku.“I tahu you teringin sangat nak tengok I macam ni. Tapi boleh tak you tolong I dulu? Mata I dah pedih sangat ni.” Perhatianku direntap pergi dengan bicara Zarul yang penuh nada menggoda itu.Aku meneguk liur. Cepat-cepat gayung di atas kolah kuambil lalu kucedok ke dalam air. Perlahan-lahan kucurahkan ke atas kepala Zarul. Disebabkan ketinggian Zarul lebih daripadaku, terpaksalah aku menjengketkan sedikit kaki. Dua tiga kali kuulang hinggalah selesai. Dan sepantas kilat, aku meminta diri keluar apabila perasan mata Zarul tidak lepas daripada memerhatikanku.Baru bergerak dua tapak, pergelangan tanganku ditarik. Sekelip mata tubuhku dirangkul Zarul.“You nak buat apa ni?” Perasaan seganku sudah bertambah-tambah. Tadi segan tengok six packnya. Sekarang segan sebab dipeluk dalam keadaan dia tidak berbaju.“Cuma nak ucap terima kasih.” Merdu dan penuh menggoda suaranya buat pernafasanku tersekat.Tiba-tiba bibir Zarul melekat di dahiku. Lumpuh terus pergerakanku. Dan tatkala bibir seksinya mula bergerak perlahan menuju bibirku, automatik jantungku hilang rentak. Entah kenapa, detik ini aku tak punya kudrat untuk menghalang. Hanya membiarkan Zarul menguasaiku.“Zarul!” Pekikan seseorang seraya pintu terkuak mematikan tingkah Zarul. Serentak aku dan Zarul menoleh ke arah pintu.“Astaghfirullahalzim...” Mengucap panjang suami Mak Long Juliana.Dan aku cepat-cepat menekup muka ke dada Zarul. Malunya!!! Confirm! Sekejap lagi aku dan Zarul pasti kena bahan dengan sanak saudara. Ya Allah, macam manalah aku boleh terlupa pintu tadi tak sempat kukunci? Ohoi, suamiku... apa yang you dah buat ni?

Nk sunting??? Ketuk ja pintu team k.peah yer..
tok tok ja

www.wasap.my/60134888095
www.wasap.my/60194226431
www.wasap.my/60133698404