DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 27 June 2018

Lelaki Pilihan Hati - Cik Fara Haniey (Random teaser 2)


.
.
Bab 25

Pulang saja ke rumah, aku terus mencari Zarul. Mahu Zarul memberi jawapan pada semua persoalan yang bersarang dalam fikiranku.“Siapa Maria dalam hidup you, Zarul?”Zarul yang ketika itu sedang menonton TV tersentak. Pantas kepalanya menoleh ke arahku. Kerutan di dahinya menyatakan dia sedang keliru dengan terjahanku tadi.“Love, are you okay?” Alat kawalan jauh TV Zarul capai dan TV serta-merta dimatikan.Bangkit dari duduk, Zarul marakan langkah mendekatiku. Saat kakinya makin luas merapat, tanpa sedar aku mengundur diri ke belakang. Takut. Takut andai kenyataan yang tidak mahu aku dengar akan terlahir dari bibirnya.
Saat itu, bersediakah aku menerima?Melihatkan jarak kami semakin dekat, aku segera menegahnya daripada melangkah.“Kenapa ni, Lia?” Wajah kacak Zarul nampak kebingungan menghadap tingkah lakuku yang tiba-tiba berubah dingin.Detik ini aku tak tahu apa yang patut aku buat.
Nak mempercayai Zarul, tapi kata-kata Maria sudah meracuni separuh daripada daerah fikiranku. Meletakkan aku di sempadan yang tak mampu aku putuskan. Sudahnya, aku duduk mencangkung dan menekup muka. Tangisanku mula berlagu sendu.Tidak lama kemudian, terasa tubuhku dirangkul, menyebabkan separuh wajahku melekat di dada bidang Zarul.“Apa yang dah berlaku ni, Lia? Kenapa you menangis?” Zarul turut terkesan dengan emosiku. Nadanya berbaur runsing.Tangisanku telah menyekat suara daripada terkeluar. Aku hanya kaku di dalam pelukan Zarul.
Terasa kekuatan yang aku kumpul seketika tadi lesap apabila berada di dalam pelukannya.“Hei, pandang sini. Kenapa ni?” Zarul bertindak mendongakkan kepalaku saat bibirku tidak menghasilkan sebarang bunyi.Menatap ke sepasang mata redupnya, hati di dalam makin basah. Walau apa pun terjadi, aku perlukan
jawapan.“Siapa Maria pada you? Tolonglah jujur dengan I, Zarul.”Aku berharap Zarul menafikan segala perkara buruk yang berselirat dalam otakku. Namun, untuk mendengar kebenarannya, mampukah aku lalui? Terasa jalan yang dihamparkan di hadapanku dulu penuh dengan keindahan berubah sekelip mata. Yang ada jalan penuh duri dan gelap-gelita.“Lia, kenapa tiba-tiba you tanya pasal Maria ni? Maria ada jumpa you ke?” Nada Zarul bertukar terkejut. Mungkin dia terkejut tiba-tiba aku menyebut nama Maria. Dari pengamatanku, Zarul kelihatan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Pagi tadi kami masih elok, dan apabila pulang, tingkahku terus berubah. Tidak perlu tanya pada sesiapa, ia jelas dan nyata.“Jawab soalan I, Zarul Hamidi!” Kali ini amarahku sudah tidak mampu dikawal.
Hati ini sudah retak mendengar kata-kata Maria petang tadi. Dan aku sangat berharap bukan Zarul penyebab hati ini berkecai. Tetapi setelah menghadapi kebisuan Zarul, aku yakin cerita antara mereka berdua terlalu rumit untuk diungkapkan.Zarul mengeluh sebelum meleraikan pelukan. Air mukanya kelihatan tidak bermaya.“Apa yang pernah terjadi antara you dengan Maria? Apa maksud Maria bila dia cakap yang you lari daripada tanggungjawab? Tanggungjawab apa yang Maria maksudkan Zarul?” Bertalu-talu aku menebak
Zarul dengan soalan. Perasaanku kini sedang ditawan oleh rasa marah, membuatkan aku bertindak di luar kawalan.“Apa yang Maria beritahu you?” Kelihatan Zarul sedikit marah apabila aku mendesaknya.“You cintakan Maria, kan?” Sengaja aku memancing Zarul untuk membuka mulut.
Genangan air mataku terasa memberat di birai mata.Ternyata air muka Zarul berubah terpanar. Melihat perubahannya, aku yakin antara mereka pernah terikat dengan cinta. Selain itu, dia tidak menafikan kata-kataku. Seolah-olah apa yang aku soalkan tadi satu kebenaran yang tak mampu dia sembunyikan lagi. Remuk-redam hatiku. Kerana tak sanggup berhadapan dengan kebisuan Zarul, punggung aku angkat sebelum menapak anak tangga satu per satu menuju ke kamar yang aku pernah huni sebelum ini. Bukan lagi bilik Zarul.
Saat aku merebahkan tubuh di atas tilam, saat itu juga air mata pecah berderai. Ada sesuatu yang Zarul sembunyikan dari pengetahuanku. Ini bukan kisah cinta semata-mata. Kisah itu pasti terlalu sulit untuk diungkap dengan kata-kata. Aku yakin!Daripada terlentang, aku duduk mengiring. Memeluk tubuh sendiri agar kesakitan ini segera hilang. Apakah cinta yang aku hulurkan sekadar untuk dipermainkan?Lama berbaring dalam posisi begitu, tak
semena-mena ada tangan memeluk erat tubuhku dari belakang. Bau maskulin tubuh Zarul menyapa hidung.“I'm sorry... I'm sorry, love.”Bukan perkataan maaf yang aku ingin dengar. Tidak fahamkah Zarul yang aku sudah penat bermain tarik tali dengan semua persoalan dalam benakku? Yang aku mahukan, kebenaran. Tapi lelaki bernama Zarul Hamidi ini tidak pernah memahami apa yang aku mahukan. Dia hanya tahu diam, diam, dan terus diam.“Salah ke kalau you jujur dengan I?” Dalam tangisan aku masih meminta Zarul berterus terang. Suaraku sedikit serak membuatkan tubuh sasa Zarul kian merapat.“Sometimes, hiding the truth is better than exposing it.” Perlahan dan seakan berbisik suara Zarul.
Aku memejamkan mata. Membiarkan air jernih itu melewati pipi. Umpama membiarkan air mataku membersihkan kesakitan yang Zarul lakarkan.“Kalau macam tu, kita perlukan masa untuk fikirkan semula hubungan kita. I tak boleh terima lelaki yang tak bersikap jujur dalam hubungan.” Tangan Zarul yang melilit pinggang, cuba kurungkai. Tapi malangnya, kekuatan aku tak mampu menandingi kekemasan pelukannya.“You minta perpisahan ke Lia?”“Yes! I perlukan ruang dan masa untuk fikirkan semula hubungan kita. Bila you berkeras nak sembunyikan hal sebenar, bermakna you dah cukup
kuat untuk lepaskan I pergi.” Aku meronta-ronta untuk merungkaikan pelukan Zarul yang masih utuh memaut pinggangku.Kedengaran nafas berat Zarul terhela di tepi telingaku. Berkemungkinan dia lelah asyik didesak.“Perpisahan bukan jalan terbaik, Lia.
Ya, memang perceraian itu dibenarkan. Tapi perlu kena dengan situasi. You dan I, tak curang. Jadi apa alasan you nak minta perpisahan dengan I?” Dia menyelar membuatkan pergerakanku kaku.Memang aku akui apa yang Zarul bahaskan. Cuma, aku tak boleh hidup dengan lelaki yang hanya berlindung di sebalik topeng. Berpura-pura menyayangiku tapi kebenarannya, hati Zarul terlebih dahulu ditakluki.“Sebab you tak jujur dengan I!!!” Setelah mengumpul tenaga, aku membidasnya tanpa ragu. Sekali rentap, tubuhku terlepas dari rangkulannya. Segera aku susun langkah keluar dari bilik. Terasa bahang suasana bilik menyebabkan aku tidak betah untuk bertahan lagi. Tambahan pula dengan perbalahan kami, makin buat aku tak boleh berfikir dengan normal.“Setelah apa yang kita lalui semalam, you still nak berpisah ke Lia?” Soalannya berjaya memasung kakiku. Setitik air mata yang kering seketika tadi kembali merembes.Entah bila masa Zarul mendekati, sedar-sedar saja tubuhku ditarik menghadapnya dan dia menarikku
ke dalam dakapannya.“Baru sekali Maria racun fikiran you, you dah termakan umpan dia.” Zarul bersuara lirih. Aku tahu dia turut terkesan, namun dia sehabis mungkin menayangkan ketenangannya.Berada di dalam pelukan Zarul membuatkan tingkahku lumpuh. Otak gagal memberi isyarat kerana rasa cinta terhadap Zarul melebihi segalanya.“Ya, I memang kenal Maria. Kalau you nak tahu Lia, I tak pernah cintakan Maria. Hati ni tak pernah pilih dia walaupun I ada sebab untuk pilih dia.” Zarul mengemaskan pelukan malah bahuku dikucup berkali-kali.“Cuma, bila hati melebihi akal, I tersilap pilih langkah. Dan sekarang, I tak nak kerana kesilapan yang I lakukan akan melukakan you, Lia.” Aku dapat rasakan jiwanya tercedera. Tapi apa kaitan dengan Maria? Apakah penyebab dia tidak mahu mengungkapkan kebenaran? Benarlah apa yang aku nampak di sekeliling, kadangkala manusia mudah terjebak dengan hasutan hati. Mengambil langkah tanpa memikirkan keburukan yang dihadapi. Mungkinkah juga dia tergolong dalam manusia sebegitu?Mendiamkan diri di dalam dakapan Zarul, membuatkan hati yang merusuh tadi kembali tenang. Perasaan ketat yang mencengkam diri tiba-tiba terungkai.“Bagi I, you adalah segala-galanya, love.
I tak sanggup nak hamparkan kebenaran andai ia akan melukakan hati you.” Zarul menarik kepalaku berada di bawah dagunya, membiarkan aku mendengar setiap nafasnya beralun.Bersabarlah. Aku cuba bersangka baik. Kerana detik ini, walau beribu kali pun aku mendesak, keadaan tetap sama. Dia tetap menyembunyikan kebenaran yang terselindung. Mungkin ada sebab Allah sembunyikan perkara itu dari pengetahuanku. Allah mahu aku hidup tenang di samping Zarul.

Nk sunting??? Ketuk ja pintu team k.peah yer..
tok tok ja

www.wasap.my/60134888095
www.wasap.my/60194226431
www.wasap.my/60133698404

No comments:

Post a Comment