DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 27 June 2018

Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Manaf Hamzah




[READY STOCK]
.
.
Random Teaser

Jam menunjukkan sudah pukul 1.00 pagi. Sampai sahaja di garaj, Assad menarik Intan dengan kasar dari perut kereta dan menolaknya ke dalam rumah. Dia menarik Intan naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Lantas pintu bilik dikunci.
Assad bersandar pada daun pintu sambil berpeluk tubuh. Merenung buas dan tajam ke arah Intan yang sedang menangis di birai katil. Meskipun begitu, tangisan Intan itu tidak sedikit pun melembutkan hati Assad yang ketika itu sedang marah.
“Kau ke majlis tu sebab sengaja nak buat aku cemburu, kan? Sengaja kau bergurau senda dengan lelaki lain sebab nak sakitkan hati aku.”
Intan tidak menjawab.
“Kau biarkan lelaki-lelaki tu dekati kau. Kau bergelak ketawa dengan mereka seperti perempuan murah. Kau relakan lelaki-lelaki tu perhatikan susuk tubuh kau,” Assad melepaskan apa yang terbuku di hatinya. “Sekarang aku nak kau tanggalkan pakaian kau!”
Intan tersentak. Dia amat tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Jiwanya tiba‑tiba digigit rasa gerun. Benar‑benar dia tidak mengharapkan perkara ini akan berlaku.
“Tolong jangan buat saya macam ni? Saya tak terniat nak menawan sesiapa pun dalam majlis tu. Saya lakukan sebab Encik Assad, bukan untuk orang lain,” kata Intan dalam esakan.
“Aku akan kira sampai tiga. Kalau kau tak tanggalkan juga pakaian kau, aku sendiri akan tanggalkan,”Assad terus membentak.
“Tolonglah, Encik Assad. Saya merayu...”
“Satu!”
“Encik Assad tolonglah....”
“Dua!”
Dengan air mata yang berlinangan dan menahan perit luka yang sungguh parah, Intan bangun perlahan‑lahan dari birai katil. Dengan tangan yang gementar dia meletakkan tangannya ke zip baju yang dipakainya itu. Tetapi belum pun sempat Intan menarik zipnya, tiba‑tiba Assad mengherdik.
“Cukup!”
Intan terkejut. Tangannya segera terhenti daripada menarik zip itu. Dia menarik nafas panjang. Intan terpinga‑pinga melihat sikap suaminya.
Assad tersengih. Wajahnya masih tegang. Dalam hatinya masih terpendam perasaan dendam.
“Sekarang aku nak kau lepaskan rambut kau,” arah Assad. Dia masih bersandar pada daun pintu. Matanya terus menjelajah seluruh wajah dan rambut Intan. Intan tidak membantah. Dia melakukan juga dengan mengambil masa yang agak lama. Tangannya terketar‑ketar ikatan di rambutnya dan dibiarkan lepas mengurai. Dalam pada itu, Intan merasakan dirinya tidak ubah seperti seorang pelacur. Sambil memejamkan mata, dia mengetap giginya dan menggenggam kuat tangannya menahan marah yang teramat sangat. “Jangan tutup mata kau, Intan,”Assad bersuara parau.
Intan terkejut. Ketika membuka kelopak matanya. Dia agak terkejut apabila Assad telah berdiri hanya beberapa inci daripadanya. Suaminya telah pun bersedia melucutkan kemejanya. Dada Intan semakin menjadi-jadi debarnya. Intan mengundur ke belakang apabila tangan Assad cuba menyentuh lehernya.
“Saya sedang mengandung. Tolong jangan paksa saya, Encik Assad,” rayu Intan. Matanya kembali mengalirkan air mata.
Intan tidak dapat meneruskan katanya apabila tangan Assad seperti kilat merangkul pinggangnya. “Tolong, Encik Assad. Saya merayu, jangan paksa saya. Saya tak nak apa-apa jadi pada kandungan ni,” rayu Intan lagi, dengan nada merintih.
“Aku akan hati-hati. Tapi kalau kau cuba melawan, aku tak dapat beri jaminan apa-apa.”
Nafas Assad semakin berat. Dakapannya semakin erat. Bibir Intan yang seperti limau seulas itu ditatapnya dengan perasaan gelora yang memuncak.
Dalam pada itu, Intan cuba sedaya upaya mempertahankan pendiriannya. Dia cuba mengeraskan dirinya. Tetapi rupanya segala percubaan untuk mendinginkan segala rasa batin dirinya supaya tidak membalas segala belaian itu, ternyata sia‑sia belaka. Dia sesungguhnya tiada mempunyai kekuatan langsung untuk melawan suaminya. Akhirnya dia sendiri menjadi lemah dan lemas. Lebih‑lebih lagi apabila berdepan dengan pemuda yang telah pun menjadi suaminya. Suami yang sebenarnya selama ini dicintai dan disayangi. Akhirnya Intan sendiri tidak ragu‑ragu membalas pelukan itu. Dengan tidak disedari dia telah memaut leher suaminya erat‑erat.
Merasakan balasan daripada Intan dan menyedari isterinya telah mula lemas, Assad tidak dapat mengawal dirinya lagi. Sebenarnya dia sendiri telah lama rindukan tubuh isterinya. Dengan perlahan‑lahan dan penuh hati‑hati dia mengangkat dan membawa isterinya ke katil lalu dibaringkan di atas tilam.
Akhirnya dia dan Intan sama‑sama berada di suatu kemuncak yang paling tinggi. Mereka sama‑sama menarik nafas puas dan sama‑sama belayar ke alam impian yang sungguh nikmat dan paling bahagia. Intan terus berbaring di sisi Assad. Sementara Assad pula berbaring tenang di sisi isterinya. Tubuh isterinya didakap dengan penuh mesra. Kepala isterinya diletakkan di bahunya, sementara jejarinya mengusap‑usap lembut belakang isterinya.
Intan tidak menolak sentuhan Assad itu. Dia membiarkan sahaja dirinya dibelai suaminya. Tetapi sebenarnya, dalam diam‑diam, dia mula menangis dalam hati. Untuk menahan tangisnya daripada diketahui suaminya bibirnya digigit. Hatinya masih perit dan luka. Dia sedar, betapa pun dicurahkan kasih dan cintanya kepada suaminya itu. Namun Assad hanya perlukan tubuhnya untuk nafsu dan keseronokan sahaja. Dia tahu suaminya hanya mengutamakan seks daripada cinta. Assad tidak bersuara. Hanya kedengaran bunyi pernafasannya yang tidak berapa normal. Seperti orang kelelahan. Beberapa ketika kemudian matanya dipejamkan. Dia terlelap. Pertama kalinya dia tidur dengan aman dan nyenyak, tidak diganggu minipi‑mimpi buruk.
Tidak pula begitu halnya pada Intan. Dia begitu payah hendak melelapkan mata. Dalam dadanya masih berselirat rasa sedih dan sengsara. Suaminya telah pun berdengkur. Apabila nyata betul suaminya benar‑benar nyenyak, Intan mengalihkan tangan suaminya yang melintang di dadanya perlahan‑lahan. Kemudian dengan perlahan‑lahan dan hati‑hati tidak mahu mengganggu tidur suaminya, dia bergerak turun dari katil sambil mengutip pakaiannya yang berselerak di lantai.
Selesai mengenakan pakaian, Intan berdiri semula di tepi katil itu. Dia memandang wajah suaminya. Wajah tampan suaminya nampak seperti kebudak‑budakan ketika sedang tidur lena. Mahu rasanya dia memberi kucupan pada dahi suaminya. Tetapi cepat‑cepat dia menahan diri. Akhirnya dia menitiskan air mata. Di sebalik wajah suaminya yang tenang itu, rupanya dia mempunyai hati yang keras.
“Selamat tinggal abang.... Intan cintakan abang...” bisik Intan mengungkapkan kata yang selama ini tersemat dalam hatinya. Intan terus keluar dari bilik itu menuju ke bilik Ismadi.
Ismadi sedang tidur dalam keadaan tidak tentu arah, seperti kelakuan kebanyakan budak‑budak seusia dengannya ketika tidur. Intan mengucup dahi Ismadi dan tersenyum. Hatinya tiba‑tiba diserang pilu.
“Maafkan ibu, Iis. Ibu terpaksa pergi. Jangan lupakan Ibu, ya. Ibu sangat sayangkan Iis,”bisiknya hampir di telinga anak itu seraya mengusap lembut kepalanya sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Nk sunting??? Boleh klik link kt bwh ni yer..

www.wasap.my/60134888095/DHDAL
www.wasap.my/60133698404/DHDAL
www.wasap.my/60194226431/DHDAL

No comments:

Post a Comment