DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Showing posts with label Eyla Hime. Show all posts
Showing posts with label Eyla Hime. Show all posts

Sunday, 20 November 2016

Jangan Cintai Aku - Bab 10

TUALA kuning air itu disangkut ke towel hanger.
Sambil melangkah ke katil, Tariq menyepah-nyepahkan
rambut pendeknya yang masih basah dengan hujung jari.
Batang tubuh dicampak ke atas katil dengan gaya baring
meniarap. Tariq benam muka ke bantal buat beberapa saat,
sebelum mengiring wajah ke kanan. Telefon bimbit yang ada
di sebelah dicapai malas, lalu digodek tanpa tujuan.
Tengah-tengah menggodek, Tariq rasa mengantuk
pula. Bila hampir kelopak mata nak tertutup, dikuaknya balik
seluas mungkin. Cuba sehabis baik untuk terus berjaga. Dah
tinggal lagi setengah jam sahaja nak maghrib, mana elok
tidur masa-masa begini.
Namun, entah bagaimana, Tariq terlelap juga.
“Tariq!”
Sergahan itu menyentak Tariq. Tegak terus badan
yang baru beberapa minit lena. Dengan muka blur, dia renung
keliling. Perhati keadaan luar rumah yang baru berura-ura
nak gelap.
“La... asal tak kejut aku, Ira? Tengok! Lesap subuh
aku!”
Bahira jegil mata.
“Mengigau apanya kau ni? Sekarang ni baru nak
masuk waktu maghriblah!”
Muka Tariq yang tadi mencuka sebab Bahira tak
kejut dia solat subuh bertukar blur. Cepat-cepat lelaki itu
capai telefon bimbitnya di sebelah, periksa waktu sekarang.
“Itulah, tidur lagi time-time nak maghrib. Kan dah
mengigau.”
Tariq cebik bibir.
“Aku tak sengajalah. Penat kerja tadi.”
“Ni, bangun cepat. Ada orang datang.”
Tariq pelik. ‘Huh? Tetamu apa datang time-time
maghrib ni?’
“Siapa?”
“Kak Durrah.”
Bulat mata Tariq mendengar.
“Kau kata siapa datang?”
“Kak Durrah, kawan mak yang nak tolong kau tu.
Dia ada dekat ruang tamu tu.”
Laju Tariq meloncat turun dari katil, menonong ke
ruang tamu.
“Hai Tariq!” Durrah melambai mesra. Tariq buat
muka serius.
“Apa yang kau buat dekat sini?”
“Untuk tanya soalan yang sama Kak Durrah tanya
pada Tariq minggu lepas.”
Tariq merengus. ‘Laa... dia ni memang tak mahu
putus asa lagi rupanya!’
“Jawapan dia sama. Aku tak mahu.”
Tariq jawab sambil buat muka dingin. Durrah yang
dengar mengangguk tanda faham.
“Okay, got it. Tapi kan, bukan tu aje tujuan Kak
Durrah datang ke mari. Ada lagi satu sebab.”
Durrah tunjuk pada dua bungkus plastik putih berisi
barang basah pada hujung kaki kerusi rotan yang sedang
didudukinya, sebelum dia kembali merenung Tariq.
“Kak Durrah nak masak mi udang untuk kita semua
malam ni.”
Tariq langsung kerut wajah.
DOA MAKAN dibaca Tariq. Selesai semua mengamin,
masing-masing capai sudu garpu, kecuali Durrah.
Dikerlingnya silih berganti pada insan-insan yang sedang
duduk semeja dengannya. Tidak sabar menunggu komen
mereka pada mi udang yang dimasaknya. Memang Durrah
yakin dengan skil memasaknya, tapi debar itu tetap ada!
“Macam mana? Okey ke Kak Safa?” Durrah tanya
kepada Puan Safa yang baru menghirup kuah.
“Sedap! Terasa udangnya. Manis aje!”
Durrah senyum lega. Dia kalih pula pandangnya
kepada Bahira di depan.
“Ira? Macam mana? Okey tak?”
“Okey, okey. Sedap!”
Bahira jawab sambil palit senyum janggal di bibir.
Masih kekok dengan Durrah. Baru ini kali pertama mereka
berjumpa.
“Kak Durrah memang suka memasak ya?” Bahira
berbasa-basi.
“Haah. Tapi tak adalah sehandal cef yang kerja dekat
restoran tu.”
Durrah toleh pandang ke arah Tariq pula. Ingin
dapatkan komen pemuda itu tentang rasa mi udang yang
disediakannya. Tapi apabila lihat Tariq masih tak menjamah,
sebaliknya terus-menerus merenung ke arahnya, Durrah
kerut wajah.
“Tariq tak mahu makan ke mi udang yang Kak
Durrah masak ni?”
Semua pasang mata tertumpu kepada Tariq.
“Dengan makan mi udang ni, aku boleh hentikan
kau daripada mengganggu aku ke?”
Puan Safa tidak senang.
“Tariq! Apa cakap macam tu dekat Kak Durrah?”
“Tak apa, Kak Safa. Durrah tak kecil hati pun.”
Durrah tersenyum. Dia kemudian kembali kalih
pandang ke wajah Tariq. Tenang sahaja dia merenung pemuda
itu.
“Makan mi ni takkan boleh hentikan Kak Durrah
daripada mengganggu Tariq, tapi sekurang-kurangnya ia
boleh tolong hentikan kelaparan Tariq.”
Tariq diam.
“Makanlah. Sedap gila tau mi udang ni. Rugi kalau
kau tolak.”
Bahira di sebelahnya cuba memujuk.
“Makanlah Tariq. Kesian Kak Durrah. Sanggup dia
susah payah datang sini, masakkan untuk kita walaupun dia
penat baru balik kerja tadi.”
Puan Safa menokok pula. Tariq akhirnya beralah.
“Fine, aku makan. Tapi jangan ingat aku makan ni
aku akan terima tawaran kau tu. Aku makan sebab aku lapar.
Tu je.”
Dia menyudu sedikit kuah. Dihirupnya perlahan.
Membulat matanya sekejap.
‘Uish! Sedap!’
“Macam mana? Sedap? Okey?”
Tariq cepat-cepat buat muka tak ada perasaan.
“Biasa je. Tak adalah fantastic mr. lova-lova pun.”
Bahira terus siku pinggang Tariq. Jegil mata dengan
ketidaksopanan sepupunya itu, namun Tariq buat muka tak
bersalah.
KESEMUA MEREKA selesai menikmati makan malam lebih
kurang sejam kemudian, tatkala jam sudah pun terhala tepat
ke angka 10 malam. Sebaik saja selesai meja makan dikemas,
dan pinggan mangkuk siap berbasuh, masing-masing ambil
tempat di ruang tamu. Bersantai-santai, merehatkan diri
sambil berbual kosong. Yang banyak berboraknya cuma Puan
Safa dan Durrah sahaja, manakala Bahira dan Tariq lebih suka
pilih untuk mendengar.
“Err Kak Safa... Durrah nak minta diri dulu.” Durrah
berkata apabila dia perasan jam sudah pun menginjak ke
angka 10.40 malam.
“La... nak balik dah?”
Durrah angguk.
“Lewat dah ni, Kak Safa. Pukul 10.40 dah.”
“Hmm, betul juga. Nanti pukul berapa nak sampai
KL, kan?”
“Itulah. Nanti lambat sangat, mengantuk pulak.”
“Kalau macam tu, apa kata kalau Durrah tidur sini
aje malam ni?”
“Hah? Tidur sini?” Tariq yang senyap sedari tadi
tiba-tiba bersuara. Terkejut mendengar usul yang dikeluarkan
si ibu saudaranya kepada Durrah barangkali. Terus dia jadi
perhatian tiga pasang mata yang lain.
“Kenapa? Tak boleh ke mak su ajak Kak Durrah tidur
sini?”
Tariq diam. Puan Safa kemudian memandang
Durrah semula.
“Esok hari Sabtu. Durrah tak kerja kan? Tidur sini
aje.”
“Err, tak apalah Kak Safa. Durrah balik ajelah.
Durrah tak ada bawa baju lebih.”
“Kalau setakat baju lebih tu, pinjam baju Ira ni pun
tak apa.”
Bahira mengangguk-angguk. Bentuk tubuh Durrah
tak jauh beza dengan dia. Cuma Durrah lebih tinggi sedikit
sahaja. Tak ada masalah kalau nak pinjam baju dia.
“Kak Durrah tidur sini aje malam ni ya?”
“Tapi...”
“Alah, tidur sini ajelah, Durrah. Durrah pun mesti
penat kan? Balik kerja terus datang sini, memasak semua.
Rehat aje semalam kat sini. Esok pagi balik KL.”
Durrah akhirnya mengalah setelah dipujuk tak henti.
KE KIRI. Ke kanan. Meniarap. Menelentang. Sedari jam
11.30 minit malam tadi, sehinggalah saat jam kini sudah
masuk ke pukul 1 pagi, bermacam posisi dicuba Tariq. Dia
cuba mengajak badan untuk tidur. Kira anak kambing di
kepala pun sudah sampai beratus-ratus, tapi mata tetap juga
berdegil tidak mahu lelap. Entah kenapalah. Nak kata cuaca
malam ini hangat, tak pun. Dari jam 12 tengah malam tadi
tidak henti hujan turun mencurah. Angin pun kuat. Dingin
mencucuk ke tulang sehingga Tariq terpaksa tutup kipas dan
berselubung dalam selimut.
Dummm! Kilat yang tiba-tiba memancar cahaya di
balik tingkap yang bertutup dengan langsir biru, beriring
pula dengan bunyi guruh, buat Tariq buka mata.
Dummm! Kilat memancar lagi. Hujan melebat.
“Hmm, makin lebat pulak hujan ni.” Tariq komen
sendiri.
Tiba-tiba terasa ingin buang air kecil dek kesejukan
yang mencucuk. Dia bangun, lalu melangkah keluar menuju
ke tandas yang terletak di dapur. Lima minit kemudian,
pemuda itu jalan semula ke bilik. Namun, bila melihat ada
cahaya putih yang menerangi ruang tamu, geraknya terhenti
sekejap.
“Hai, tadi elok gelap, siapa pulak yang buka lampu
ni?” Tariq bertanya sendiri. Dia menapak ke ruang tamu.
Melihat Durrah sedang duduk termenung di situ.
“Apa kau buat tak tidur lagi ni?”
Durrah menoleh. Merenung Tariq dengan garis air
mata di pipi. Wajah Tariq bertukar terkejut.
‘Kenapa dia menangis lagi?’
Durrah lekas larikan wajah ke tempat lain.
Tergesa-gesa dia kesat pipi yang basah dengan air hangat
menggunakan belakang tapak tangan. Kemudian dia bingkas
bangkit, ingin masuk ke bilik. Namun langkahnya terhenti
apabila Tariq tiba-tiba mencapai lengannya.
Terkujat dengan tindakan tersebut, Durrah lekas
menepis. Dia pandang Tariq dengan rasa tidak selesa.
“Kenapa kau menangis?”
Terdiam sekejap Durrah mendengar soalan itu.
“Mana ada Kak Durrah menangis.”
“Bohong. Aku nampak jelas kau menangis tadi.”
“Tak adalah. Kak Durrah tak menangislah. Dahlah,
Kak Durrah nak masuk bilik.”
Durrah sambung langkah. Tidak betah untuk terus
berdepan dengan Tariq dek hatinya yang masih meracau
dengan mimpi ngeri yang mengganggu lenanya tadi. Mimpi
ngeri yang hakikatnya merupakan igauan peristiwa pahit yang
sehingga ke saat ini menjadi noda hitam dalam hidupnya.
Namun, tatkala Tariq sekali lagi menarik lengannya,
Durrah gelisah.
“Selagi kau tak jawab kenapa kau menangis
tengah-tengah malam macam ni, selagi tu aku takkan bagi
kau masuk bilik.”
Tariq bersuara tegas. Hatinya dipalit rasa risau
melihat Durrah menangis tadi. Tariq sendiri tidak mengerti
kenapa dia perlu ada rasa sedemikian terhadap seorang insan
yang bernama Durrah ini.
“Kak Durrah tak ada apa-apalah. Now let me go.”
“Nope. It's not going to happen.”
Durrah cuba meleraikan pegangan namun ia terlalu
kejap. Apabila Tariq tiba-tiba memaut kedua-dua belah
bahunya dek rontaannya yang tidak henti, Durrah jadi cemas.
Matanya terus terbayang semula pada kejadian lampau
yang menjadi igauan mimpi ngerinya tadi. Hilang langsung
normal akal dek rasa takut yang kuat mencengkam segenap
tubuh, tidak dapat membeza antara masa kini dan kisah lalu.
“To... tolong, Is... jangan! To... tolong!”
Kaget melihat Durrah yang seolah-olah dalam
ketakutan, Tariq lekas meleraikan pegangan. Dipandangnya
Durrah yang sudah berteleku melindungi wajah dengan
kedua-dua belah lengan dengan rasa terkejut.
“To... tolong, Is... to... tolong... ja... jangan... to...
tolong...” Terketar-ketar suara Durrah meminta.
Tariq terusik. Perlahan, pemuda itu menjatuhkan
kedua-dua belah lutut di hadapan Durrah. Dia dapat
dengar sayup-sayup suara itu meminta supaya dirinya tidak
diapa-apakan.
“Kak Durrah...”
Tariq menarik lembut kedua-dua belah lengan
Durrah yang terketar-ketar. Dia makin terusik dan sebak
melihat raut wajah wanita itu yang sedang mempamerkan
riak ketakutan.
“It’s okay. Jangan takut. Ini Tariq. Tariq takkan
apa-apakan Kak Durrah.”
Suara lembut Tariq yang tidak henti memujuk
dan menenangkannya membuatkan Durrah yang asalnya
tenggelam dalam trauma silam, kembali semula ke dunia
realiti. Bola matanya yang tadi terfokus entah ke mana,
dihalakan ke wajah Tariq.
“Ta... Tariq?”
Tariq angguk.
“Ya. Tariq...”
Dada yang mulanya berombak laju perlahan-lahan
kembali tenang. Hembus nafas dan denyut nadi Durrah
sedikit demi sedikit kembali normal. Ketakutan yang tadinya
jelas di wajah juga perlahan-lahan mengendur. Durrah rasa
lega. Lega kerana pemuda yang berada di hadapannya ini
bukan bayang insan yang telah memberi parut kekal dalam
hidupnya.
“Kak Durrah okey?”
Tariq kembali bersuara. Penuh prihatin lagaknya.
“O... okey...” Durrah menjawab perlahan. Tariq
memapah gadis itu bangun. Dibawanya semula Durrah ke
ruang tamu.
“Tariq ambil air kejap.” Baru dia pusing badan,
hujung baju-t kelabu yang dipakainya terasa ditarik seseorang.
Tariq toleh, merenung wanita itu, dengan pandangan keliru.
“Can you... can you please stay with me for a while?”
Kaku 2 saat, Tariq kemudian angguk. Dia melabuh
punggung di sebelah Durrah, manakala Durrah, wanita
itu tidak lagi bersuara selepas itu. Dia berusaha untuk
memulihkan diri yang baru sahaja mengalami panic
attack. Hanyut dalam dunianya sendiri, tenggelam dalam
perasaannya sendiri.
Saat berganti saat, minit berganti minit. Terasa
setiap saat yang berdetik berlalu begitu perlahan dengan
kebisuan yang memenuhi ruang antara mereka. Sehingga
akhirnya masa telah satu jam berlalu.
Sejujurnya, Tariq rasa seperti orang bodoh apabila
dia duduk membatu di sebelah Durrah tanpa berhujah walau
sepatah pun. Dia rasa canggung. Ingin sahaja mulutnya
bertanya itu ini. Atau setidak-tidaknya bertanya tentang
keadaan Durrah, sama ada wanita itu okey atau tidak, namun
entahlah. Bibir Tariq kekal rapat kedudukannya. Tidak
teranjak walau sedikit. Barangkali dia tahu, Durrah perlukan
ketenangan.
Tariq dapat rasa ada sesuatu jatuh ke bahu. Terus
matanya bergerak ke sisi. Terpaku melihat kepala Durrah
yang sudah mendarat di bahu. Dia merenung wajah wanita
yang kelihatan tenang dalam lenanya itu. Leka memerhati,
sehingga tidak menyedari tangan spontan naik menyeka sisa
air mata yang mencemari pipi mulus Durrah.
Tidak dapat mentafsir perasaan itu apa, namun Tariq
dapat merasakan ada satu perasaan asing yang menyelinap
halus ke dalam hatinya.

Jangan Cintai Aku - Bab 9

BUNYI ketukan sudu dan garpu di atas pinggan
mengisi ruang makan tersebut. Meski masing-masing
kelihatan tenang menikmati makan tengah hari yang
terhidang, Adham dapat rasa kejanggalan yang jelas
memenuhi ruang. Terasa bagai nak tercekik dia menelan
setiap satu suapan yang masuk ke mulut.
“Sedap ke lauk-pauk ni, Adham?”
Tiba-tiba sahaja Datuk Dayani menegur Adham.
Adham senyum kekok.
“Mmm... sedap.”
“Tambahlah lagi. Jangan malu-malu.”
Adham mengangguk sedikit. Durrah yang hanya
mendengar sedari tadi pula tersenyum sinis. Benci melihat
Datuk Dayani tunjuk mesra dengan Adham.
‘Hipokrit!’ hati Durrah menjerit kuat.
Adham kerling kepada Dzakwan. Berkalih pula
ke arah Durrah kemudiannya. Berbeza dengan raut wajah
Dzakwan yang lebih mesra, raut wajah Durrah tampak dingin.
‘Dia marah dekat aku ke, dekat mama dia? Ke dia
marah dekat dua-dua?’ Adham tertanya-tanya.
“ARE YOU perhaps, mad at me?” Adham menyoal tenang,
sambil dia dan Durrah menuju ke arah kereta Jaguar miliknya
yang terparkir di pekarangan Pondok Bahagia.
“No.” Ringkas Durrah menjawab.
“Betul ni?”
“Ya.”
“I minta maaf sekali lagi okey? I ingat you tahu
kedatangan I ke mari, memandangkan masa mama you telefon
I tadi, dia kata dia akan beritahu you yang I akan datang, and
you would have no problem with it. I tak sangka pula yang
you langsung tak tahu-menahu tentang kedatangan I ni.”
Durrah mengeluh.
“Next time, kalau mama ajak you datang ke rumah,
tolong beritahu I dulu, okey?”
Adham senyum seraya mengangguk.
“Uhmm... hubungan you dengan mama you memang
tegang ke?”
Durrah berhenti melangkah lalu Adham juga
mengikut. Buat sesaat dua, masing-masing bertukar renung.
“Am I asking something that should not be asked?”
Adham buka mulut.
“Yes.”
“Sorry.”
Adham sengih. Kedua-dua mereka kembali
menyambung langkah.
“Can I ask one more question?”
Durrah buat muka tak suka. ‘Isy! Banyak betul benda
yang dia nak tanya!’
“You nak tanya apa lagi?”
“You dah buat keputusan tentang proposal I hari tu?”
“Isn’t it obvious?”
“That you are rejecting it?”
“Yes.” Beberapa hari Durrah memikir, dia tetap rasa
menolak kerja gila itu lebih baik daripada menerima. Durrah
khuatir kalau masalah lain pula yang muncul. Baiklah lagi
kalau dia terus dipaksa menghadiri blind dates yang tak
henti-henti. Sekurang-kurangnya dia tak perlu susahkan diri
untuk hadapi risiko terjebak dalam kahwin paksa!
“May I know the reason why?”
“I takut jadi benda yang tak sepatutnya jadi.”
“And that is...” sengaja Adham bertanya sekadar
ingin kepastian pada soalan yang dia sudah pun dapat agak
jawapannya.
“Dipaksa kahwin dengan youlah. Apa lagi? I tak
berminat nak jadi heroin dalam novel kahwin paksa ni.”
Adham sungging senyum. Melihatnya, Durrah jadi
pelik.
“Kenapa you senyum?”
‘Ada benda kelakar ke dalam ayat aku tadi?’ getus
hati Durrah.
“Nothing. It’s just that... uhmm... apa yang buat you
fikir, kalau kita berpura-pura setuju dengan aturan ni, kita
akan dipaksa kahwin ya?”
“You pun tahu kan parents kita aturkan janji temu
kita hari tu dengan harapan supaya kita akan kahwin? Kalau
kita berdua pura-pura berminat antara satu sama lain,
dah tentu-tentulah mereka akan push kita supaya kahwin
cepat-cepat.”
“You fikir I suka dekat you ke?”
Durrah terkedip-kedip.
“Excuse me? Bila masa pula I cakap yang you suka
dekat I?”
“Then kenapa you dengan yakinnya cakap yang
hubungan kita ni akan berakhir dengan sebuah perkahwinan?
You ada nampak I ni suka dekat you? Tak ada kan? So...
kalau I sendiri tak berminat untuk jalin sebarang hubungan
romantik dengan you, apatah lagi nak menikah dengan you,
apa pun yang mereka buat, you dengan I tetap takkan jadi
suami isteri, betul tak?”
Durrah terdiam.
“Remember, Durrah... lafaz akad tu di tangan I,
bukan di tangan orang lain. Kalau I kunci mulut, tak ada
sesiapa dekat sini yang akan terpaksa pegang watak heroin
yang kena kahwin paksa macam dekat dalam novel tu.”
“Tapi...”
“Look.” Adham lekas pintas. “I faham... you tak yakin
sama ada I ni betul ke tak berminat untuk berkahwin macam
you, atau I cuma tengah berpura-pura sahaja. But then you
fikirlah balik. Kalau I betul-betul berminat nak kahwin, I
takkan bazirkan masa I dengan propose untuk berlakon jadi
kekasih bagai apa semua ni dekat you. I ada pakej lengkap,
Durrah. Harta, paras rupa, pangkat. Kalau I nak kahwin...”
Adham petik jari kiri kanan sambil buat muka berlagak.
“Petik aje jari I ni, beribu-ribu perempuan akan
datang tawar diri mereka untuk jadi isteri I. Buat apa I bazir
masa I dekat orang yang tak mahu ada keluarga sendiri
macam you?”
Durrah senyum sinis. Juling mata ke kiri. Rasa
menyampah pula dengar kata-kata Adham yang memuji diri
sendiri terlebih-lebih tu.
“Narsisistik juga you ni rupanya kan?”
Adham ketawa kecil.
“Tak salah untuk ada sedikit perangai narsisistik ni,
Durrah.”
“Tapi you punya kes ni, I tak terasa sikit pun.”
Adham ketawa kecil.
“Pendek kata, macam tulah. Kalau I ni memang
berminat nak kahwin, I ada banyak pilihan lain. Tak perlu
nak buang masa dengan tunggu you. Plus, I tak nampak ada
apa-apa yang special pun dalam diri you ni sampai I nak kena
tunggu you bagai.” Sengaja Adham memprovokasi. Konon
nak menunjukkan yang dia sememangnya tidak berminat
dengan Durrah, sedangkan hakikat adalah sebaliknya. Dia
fikir Durrah akan tersinggung, namun sebaliknya pula yang
terjadi. Durrah tampak tenang sahaja. Indifferent, kata orang
putih.
“Baguslah kalau you fikir macam tu. Memang tak
ada apa-apa yang special pun dekat seorang pembunuh
macam I ni sampai melayakkan I untuk buat orang macam
you tunggu I.”
Wajah Adham berubah keliru. ‘Pembunuh? Aku
salah dengar ke apa ni?’
“Excuse me?”
“Apa dia?”
“Tadi I dengar you cakap...”
“Cakap apa?” Durrah soal dengan muka sepuluh sen.
“Uhmm... tak ada apa-apalah.”
Adham berdeham kecil.
“Anyways... you fikir semula keputusan you tadi tu
ya? I harap keputusan you nanti akan lebih bijaklah daripada
keputusan you yang sekarang ni.”
“Tapi kalau keputusan I kekal sama?”
“Tak mungkin. Sebab I yakin you akan terima juga
proposal ni akhirnya.”
Durrah pamer muka skeptikal, sambil sorot senyum
sinis. Langsung tidak percaya yang dia akan menerima usul
itu, seperti yang dikatakan Adham.
TUP! Pintu biliknya dikatup. Bahira yang baru selesai
menunaikan solat isyak, menapak ke ruang tamu. Mendekati
Tariq yang sedang membaca buku entah apa di sofa rotan
ruang tamu.
“Hoi!”
Bahu Tariq terhinggut. Lekas dia kalih pandang ke
sebelah, merenung Bahira yang baru mendarat punggung di
tepinya. Menyengih sahaja sepupunya itu. Siap buat muka tak
bersalah.
“Hoi! Hoi! Tegurlah elok-elok sikit. Tak ada adab
langsung.”
“Alah. Dengan kau tak perlu pun nak beradab-adab
bagai ni.”
Dihadiahkannya Bahira dengan sebuah jelingan
tajam.
“Mak mana?”
“Ada dekat dalam bilik dialah.”
Mata Tariq kembali menumpu pada buku landscape
architecture di tangan. Bahira yang melihat buat muka.
‘Hmm, padanlah bukan main khusyuk membaca!’
“Kau ni dah tak ada buku lain dah ke yang nak
dibaca? Tak habis-habis buku berkaitan landscape design aje
yang kau pinjam kat public library tu.”
“Dah memang aku minat baca buku-buku macam ni,
buat apa pulaklah aku nak sibuk-sibuk pinjam buku lain?”
“Tapi takkanlah tak bosan?”
“Tak.”
“Tulah, orang suruh pergi sambung belajar, kau tak
nak. Cuba kalau kau sambung belajar, ambil degree dalam
landscape architecture ke kan, boleh juga kau channelkan
minat kau tu ke saluran yang betul.”
Tariq kerling ke sebelah, sebelum kembali
menyambung pembacaannya.
“Ni mesti mak su ada cerita dekat kau pasal kawan
dia yang sanggup nak taja aku sambung belajar semula tu,
kan?”
“Kenapa? Salah ke mak cerita dekat aku pasal
perkara tu?”
“Tak salah pun. Tapi mak su cerita dekat kau ni mesti
sebab dia nak kau try slow talk dengan aku. Betul tak?”
Bahira tidak menjawab.
‘Betullah tu!’ teka Tariq. Dia tepek senyum sinis.
“Apa pun yang kau nak cakap, jawapan aku akan kekal
sama. Aku tak mahu sambung, dan aku tak akan sambung.”
“Tapi kau kan pandai. Sia-sia kalau kau tak gunakan
untuk memajukan diri.”
“Hidup aku sekarang ni dah cukup maju, Ira. Dah
cukup sempurna untuk diri aku.”
Terlepas keluhan berat dari celah bibir nipis Bahira
tatkala mendengar kata-kata itu.
“Sampai bila kau nak macam ni, Tariq? Merajuk
dengan kehidupan sampaikan kau terus berhenti kejar apa
yang dulunya kau sangat-sangat dambakan? Mana pergi orang
yang bercita-cita besar yang aku kenal dulu? Yang kononnya
nak buka firma arkitek sendiri tu?”
Buku ditutup.
“Aku masuk bilik dulu.”
Tariq bangun, lalu menonong ke bilik bersama buku
yang dibimbit di tangan kiri. Muka Bahira tak puas hati.
Direnungnya belakang Tariq geram.
“Hobi kau memang suka larikan diri, kan?”
Sindiran Bahira itu tak diendahkan.

Jangan Cintai Aku - Bab 8

DI ruang tamu rumah teres setingkat yang
didiami Haleef dan Darin, kelihatan Dzakwan sedang sibuk
melayan Farish yang sedang bermain kereta mainan yang
dibeli Durrah sewaktu mereka dalam perjalanan ke situ tadi.
Haleef juga ada di situ. Ikut melayan telatah comel anak
sulungnya yang baru berusia 3 tahun itu bersama-sama adik
iparnya.
“Wan...”
Sedang Dzakwan seronok melayan Farish, Haleef
tiba-tiba memanggil. Dia toleh ke belakang, merenung wajah
abang iparnya yang sedang duduk di sofa serangkai yang
tersedia.
“Ya, abang ngah?”
“Mama sihat?”
“Sihat, alhamdulillah.”
Tap! Lengannya yang tiba-tiba digamit Farish
buat Dzakwan kembali menoleh semula ke hadapannya.
Kembali melayan anak kecil itu mengomel entah apa sambil
bermain-main dengan alat permainan yang berselerakan di
lantai ruang tamu.
SEMENTARA ITU, di dapur, Darin dan Durrah dilihat sedang
sibuk menyiapkan makan tengah hari mereka bersama-sama.
“Kenapalah tak cakap dekat Rin yang Kak D dengan
Wan nak datang hari ni? Kalau beritahu, boleh Rin pergi pasar
kejap pagi tadi, beli apa yang patut. Boleh masak grand sikit.”
Darin merungut sambil sibuk membersihkan ayam
di singki. Durrah yang sedang menyediakan bahan untuk
memasak ayam masak merah, tersenyum.
“Alaaa, buat apa nak masak grand-grand? Ayam
masak merah, ikan belanak masin dengan sayur kubis masak
tumis yang kau nak buat ni pun dah cukup untuk isi perut
kita semua.”
Darin kerling ke belakang sekejap.
“Memanglah. Tapi Rin naklah jugak jamu Kak D
dengan Wan makanan yang best-best sikit. Bukan selalu Kak
D dengan Wan datang rumah Rin. Tambah Wan tu. Bukan
selalu Rin dapat jumpa dia.”
“Eh? Sayang juga kau dekat dia kan?”
“Hai, mestilah! Walaupun Rin tak rapat sangat
dengan dia, sayang Rin pada dia tak kalah dengan sayang Kak
D pada dia tau!”
Kakak manalah yang tak sayang adik sendiri kan?
“Kak D...”
“Hmm...”
“Mama tahu ke Kak D dengan Wan datang rumah
Rin ni?”
Pisau yang tadi laju mengupas kulit bawang terhenti
pergerakannya. Durrah renung belakang Darin buat beberapa
ketika, sebelum kembali menyambung kerjanya.
“Tahu.”
Darin menyimpul sendiri. Dia tahu bisu dua tiga saat
kakak sulungnya sebelum memberi jawapan tadi jadi tanda
Datuk Dayani sebenarnya tak tahu kedatangan mereka ke
mari.
“Kalau mama tahu Kak D bawa Wan datang rumah
Rin ni, mesti mama marah.”
Kerja Durrah terhenti lagi.
“Dia nak marah ke tak marah ke, kau pun tahu kan
Kak D tak pernah peduli pun selama ni?”
Darin senyap.
“KAK D...”
Sepuluh minit Durrah memulakan pemanduan
di jalan raya selepas mereka menghabiskan masa selama
beberapa jam di rumah Darin tadi, Dzakwan di sebelah
tiba-tiba bersuara. Durrah kerling sekilas.
“Apa?”
“Kesian Farish kan?”
“Kenapa cakap macam tu?”
“Yalah. Dah umur 3 tahun, tapi tak pernah jumpa
mama tok dia lagi. Dahlah mama tok tu sorang aje nenek
yang Farish ada.”
Dzakwan simpati dengan nasib Haleef dan Darin.
Tapi yang lebih meruntun jiwanya bila melihat Farish yang
sehingga kini masih belum pernah berjumpa dengan nenek
sendiri. Semuanya kerana ego Datuk Dayani!
“Bilalah agaknya Farish dapat jumpa mama tok dia
kan?”
Durrah cuma diam. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu
bagaimana untuk menjawab, kerana dia juga tidak punya
jawapannya.
“PERGI MANA tadi?”
Tengah bermalas-malasan di ruang tamu, Durrah
dan Dzakwan dikejutkan dengan suara dingin yang tiba-tiba
menegur. Dua-dua menoleh, merenung Datuk Dayani yang
sedang bergerak ke arah mereka.
“Tak ada pergi mana-mana, mama. Kita orang pergi
tengok wayang.” Dzakwan beritahu, tenang. Berbohong?
Tidak! Memang betul pun tadi mereka ke panggung wayang
menonton filem terbaru sebaik saja pulang dari rumah Darin.
Cuma itulah. Dzakwan tidak memberitahu pula tentang
kedatangan mereka ke rumah Darin.
“Kak D naik atas dulu, Wan.” Durrah bangun,
lekas nak mengelak. Semak dia rasa kalau terpaksa nak
berlama-lama di ruang yang ada Datuk Dayani di ruangan itu.
“Nanti dulu, D. Mama ada benda nak cakap.”
Durrah menghentikan langkah. Dia buat muka
bosan.
“Apa dia?”
“How’s your relationship with Adham going?”
Muka Dzakwan berubah. Dia tertanya-tanya.
‘Adham? Siapa tu?’
“Definitely not going towards the direction you
want it to.”
Dzakwan dengar jawapan itu keluar dari mulut
Durrah, sebelum dia lihat kakak sulungnya itu selamba
mendaki tangga ke bilik.
KETUK-KETUK jari di atas meja, dan sambil itu kerling pada
skrin iPhonenya selang beberapa minit. Berfikir-fikir siapa
yang boleh diajak keluar. Rasa bosan pula duduk memerap
di kondominiumnya di The Loft Bangsar itu pada hujung
minggu begini. Tapi hendak diajak siapa pun Adham tak tahu.
Muiz balik ke kampung. Adila pula dah tentu-tentu tengah
habiskan masa dengan Hakim dan putera kembar mereka,
Ilham dan Ilman pada hujung minggu macam ni.
“Hailah. Nak ajak Nadmi dengan Izzul pun tak
boleh. Diaorang mesti tengah spend time dengan wife dan
anak-anak diaorang.”
Adham garu kepala. Akhirnya putus asa mencari
orang yang sesuai buat diajak melepak, sebab semua rakannya
sudah sibuk dengan anak bini masing-masing. Kan bagus
kalau dia juga ada anak isteri? Atau sekurang-kurangnya ada
teman wanita?
Cakap pasal teman wanita, kepala Adham tiba-tiba
sahaja teringatkan cadangan untuk berlakon jadi kekasih
olok-olok yang diberitahunya kepada Durrah seminggu lepas.
“Tak sangka kepala otak aku ni boleh fikir benda
pelik macam tu kan? Inspirasi drama TVlah ni.”
Adham tersengih-sengih, sambil tergeleng perlahan.
“Hmm, agaknya bila dia nak beri jawapan ya? Dah
seminggu menunggu ni.”
Trut! Trut! Tiba-tiba skrin iPhone menyala. Laju
Adham rembat, namun melihat nombor tak dikenali yang
terpampang, mukanya jadi tertanya.
“Siapa ni?” Dijawab panggilan tersebut.
“Helo, assalamualaikum, Adham. This is Auntie
Dayani speaking.”
‘Auntie Dayani?’ Memikir beberapa saat, Adham
kemudian ternganga mulut. Terperanjat.
‘Mama Durrah?’
“Err, waalaikumussalam. Err, ada apa hal ya auntie
call saya?” hati-hati Adham bertutur. Yalah, ini kali pertama
dia berbicara dengan Datuk Dayani kan.
“Auntie tahu ajakan auntie ni terlalu tiba-tiba, tapi
kalau Adham tak busy, auntie nak jemput Adham datang
rumah auntie tengah hari ni. I want to meet you in person.”
Adham terkebil-kebil. ‘Eh? Aku belum ada apa-apa
lagi dengan anak dia, tiba-tiba nak jumpa aku in person?’
“Uhmmm...”
“Don’t worry. I’m not going to talk about marriage
or anything of that sort. Auntie cuma nak ajak Adham makan
tengah hari dengan auntie dan anak-anak auntie sahaja.”
“Err... Durrah tak kisah ke kalau Adham datang
rumah auntie?”
“I’ll inform her later that you’re coming over for
lunch. Don’t worry, she’ll be fine.”
Adham diam. Berfikir-fikir sejenak.
‘Ah! Setuju ajelah! Boleh aku berkenalan dengan
famili dia!’ fikir Adham.
TUDUNG BAWAL berona kuning air di hujung katil dicapai,
lalu disarung ke kepala. Puas hati dengan penampilan diri
yang kasual dengan baju-T lengan panjang berwarna hitam
dan jean, Durrah kemudian capai iPhone dan purse di atas
meja sisi katil. Bersedia untuk keluar.
“Kak D!”
Pintu terkuak, dan muncul Dzakwan.
“Wan, boleh tak bila nak masuk bilik Kak D ketuk
dan...”
“Siapa Adham, Kak D?”
Durrah kerut dahi.
“Kenapa tiba-tiba sebut nama tu?”
“Yalah, semalam mama sebut nama tu. Hari ni
tiba-tiba mama jemput dia datang rumah kita pulak.”
Berubah air muka Durrah.
“DUDUKLAH,” PELAWA Datuk Dayani, lembut. Adham
senyum janggal, seraya mengangguk sedikit.
“Terima kasih, auntie.”
“Auntie minta maaf kalau permintaan auntie
untuk minta Adham datang ke mari ni terlalu tiba-tiba, atau
mengganggu aktiviti harian Adham.”
Adham lekas-lekas menggeleng.
“Eh, tak adalah auntie. Saya tak kisah pun. Lagipun
saya cuti hari ni. Jadi...”
“Siapa yang izinkan mama jemput dia datang ke
rumah?”
Dari jauh, Durrah bersuara. Dalam raut wajah yang
jelas tidak puas hati, gadis itu mara ke arah Datuk Dayani dan
Adham. Di belakangnya, ada Dzakwan mengekor resah.
“Siapa bagi izin pada mama untuk jemput dia datang
ke rumah?” Kali ini nada suaranya lebih keras.
Datuk Dayani dongak sedikit, merenung Durrah
dengan wajah yang dingin.
“Ini rumah mama, jadi mama tak perlu minta izin
sesiapa untuk jemput Adham datang kan?”
Durrah ketap bibir. Mengepal kedua-dua belah
tangan di sisi. Datuk Dayani kalih pandang pada Adham
semula.
“Adham, Adham makan tengah hari dekat sini ya?
Kita makan sama-sama. Durrah dengan Dzakwan pun join
sama.”
Adham senyum kekok. Dia kerling kepada Durrah
yang sedang merenung tajam Datuk Dayani. Lagak gaya
tak ubah seperti singa nak menerkam mangsa. Serba salah
Adham melihat. Tak tahu apa yang perlu dia buat.
‘Hmm... tadi bukan ke Auntie Dayani cakap dia akan
beritahu Durrah yang aku akan ke mari? Ini tengok gaya
perempuan ni, macam dia langsung tak tahu-menahu aje!’
Tiba-tiba, gadis itu kalih renung ke arahnya. Gulp!
Adham telan air liur.
“Excuse me, Encik Adham, but I’m going out. You
can enjoy your lunch with my mother here instead, since she
was the one who asked you to come over kan?”
Durrah senyum plastik kemudian maju ke pintu
utama. Kebiadabannya buat Datuk Dayani berang.
“Tunggu dulu, Durrah!”
Panggilan Datuk Dayani tak diendah.
“Mama cakap tunggu!”
Kali ini suara Datuk Dayani naik satu oktaf lebih
kuat. Namun tetap tak diendahkan Durrah. Kekal Durrah
melangkah, namun terhenti bila tiba-tiba lengannya dicapai
seseorang. Durrah tepis cepat. Dipasungnya renungan tidak
suka tepat ke dalam anak mata Adham.
“Durrah, I minta maaf sebab datang ke mari tanpa
beritahu you. I sepatutnya minta izin you dulu. It’s okay. I
akan balik. Just... Don’t fight with your mum okay? Tak baik.”
Lembut Adham bersuara. Durrah senyap. Di dalam
hati, timbul rasa malu bila Adham tenang meminta maaf
kepada dia. Sedikit pun tidak menunjukkan tanda yang lelaki
itu tersinggung dengan kebiadabannya tadi.
“Auntie.” Adham pusing menghadap Datuk Dayani.
“Adham minta maaf, tapi Adham rasa lebih baik Adham balik.
I don’t think my presence here is welcomed. Insya-Allah, lain
kali bila Durrah sudi beri ruang untuk Adham datang makan
tengah hari dekat rumah ni, Adham datang.”
Adham bertukar senyum dengan Dzakwan, sebelum
kembali merenung Durrah yang mula rasa bersalah.
“I balik dulu. Sekali lagi, I minta maaf ya? Sebab buat
you rasa tak selesa.”
Durrah ketap bibir. Merenung dengan perasaan
berbelah bagi belakang Adham yang sedang melangkah ke
pintu.
“Wait.” Durrah panggil, dan Adham paling.

Jangan Cintai Aku - Bab 7

NAFAS ditarik dalam, kemudian dilepas
perlahan-lahan. Sambil jari telunjuknya mengetuk
stereng kereta, Durrah setia memerhati setiap satu pekerja
beruniform putih yang melangkah keluar daripada pintu
pagar utama kilang penghasilan coklat Il Diletto itu. Penuh
sabar dia menunggu kemunculan Tariq dari dalam keretanya.
Durrah sempat kerling pada jam Franc Muller
berwarna rose gold di pergelangan tangan kirinya, apabila
dia lihat pekerja yang keluar dari pintu pagar itu semakin
berkurang. Tepat jam 6.27 petang. Ikut kata Puan Safa
sebelum dia bertolak ke sini tadi, syif kerja Tariq hari ini
habis pukul 6 petang. Tapi kenapa Durrah masih tak nampak
bayang Tariq?
“Aku yang tak perasan dia dah keluar ke, atau dia
masih ada dekat dalam lagi?”
Durrah bertanya sendiri. Hendak keluar cari Tariq di
dalam, takut pengawal atau staf pengurusan kilang perasan
kemunculan dia di situ. Durrah datang ke sini petang
ini bukannya atas urusan kerja, jadi dia tidak mahulah
kehadirannya mencuri tumpuan orang.
Tapi kalau dia tak keluar dan pastikan sendiri
sama ada Tariq sudah punch kad kedatangannya di pondok
pengawal atau tidak, macam mana dia nak tahu Tariq dah
habis kerja ke belum?
Tengah berkira-kira itu, bola mata Durrah dapat
menangkap kelibat Tariq sedang melangkah elok ke arah
tempat parkir motosikal.
‘Rezeki!’ Durrah senyum lebar.
KOCEK SELUAR hitam yang dipakainya diseluk, lalu kunci
motor kapcainya ditarik keluar. Tariq yang sudah siap
memakai topi keledar angkat kaki sedikit, bersedia hendak
naik ke tempat duduk motornya.
“Hah!”
“Opocot!”
Durrah gelak kecil mendengar latah Tariq. Tariq
ketap bibir. Geram.
“Apa main sergah-sergah ni hah? Tak reti bagi salam
dulu ke?”
Durrah senyum. Dia angkat tapak tangan ke udara,
melambai Tariq ceria.
“Assalamualaikum. Hai Tariq!”
“Waalaikummussalam!” Tariq jawab kasar.
‘Isy! Dah kenapa tiba-tiba muncul depan aku ni?
Ingatkan dia tak akan cari aku dah lepas apa yang jadi hari
tu. Eh? Tapi macam mana dia boleh tahu aku kerja dekat sini
ni ya? Stalk aku ke?’ Soalan demi soalan menderu masuk ke
dalam kepala Tariq, tatkala matanya masih setia merenung si
gadis bertudung hijau lembut di hadapannya.
“Baru balik kerja ya?”
“Taklah! Baru lepas buang air besar!”
“Oh, padanlah keluar lambat. Pergi buang air besar
dulu rupanya.”
Tariq menjeling geram pada Durrah.
‘Dia ni memang jenis tak faham orang perli ke atau
sengaja buat-buat bebal supaya aku sakit hati?’
“Kau buat apa kat sini? Siapa beritahu kau aku baru
lepas habis kerja ni? Mak su?”
Durrah senyum. Mengangguk.
“Tariq jangan marah dekat mak su tau. Kak Durrah
sendiri yang degil nak datang jumpa Tariq, walaupun Kak Safa
dah cakap Tariq mesti tak suka kalau Kak Durrah cari Tariq
lagi. Bukan salah Kak Safa, jadi nanti balik jangan merajuk
dengan dia ya?”
Seolah-olah tahu Tariq akan salahkan Puan Safa atas
kemunculannya ke mari, Durrah memberitahu tenang.
“Kak Durrah ada benda sikit nak bincang dengan
Tariq. Boleh tak kalau Tariq masuk kereta Kak Durrah kejap?”
Tiada balasan.
“Jangan risau. Kak Durrah bukan nak culik Tariq.”
Terus berkerut muka Tariq. ‘Eh dia ni, ke situ pulak!’
“Cakap ajelah dekat sini. Kenapa mesti nak kena
masuk kereta?”
‘Punya luas dekat luar ni, kenapa pula dia nak ajak
aku masuk kereta untuk berbincang? Pelik betul perempuan
ni!’ leter Tariq dalam hati.
“Alaaa, sekejap aje Tariq. Sepuluh minit. Please!
Please! Please! Kita masuk kereta Kak Durrah, kita berbincang
kejap ya?”
Tariq mengalah. Entah kenapa.
“AKU TAK mahu apa-apa.”
Tariq menjawab dingin, tanpa memandang wajah
Durrah. Bengang sebab dibawa ke Restoran Secret Recipe
ini tanpa persetujuannya. Yalah, mula-mula Durrah kata nak
bincang dekat dalam kereta sahaja. Tapi lepas dia elok masuk
ke kereta tadi, tiba-tiba wanita itu terus memandu pergi dari
kilang. Cakap nak bawa dia keluar makan pula. Pandai betul
Durrah tipu dia!
“Beri saya Deep Fried Wanton ni satu, lepas tu
Chicken Parmigiana ni, kemudian Noodle Tom Yum Kong
untuk adik saya ni.”
Mendengar Durrah membahasakan dirinya sebagai
adik, Tariq terus toleh ke depan.
“Air pula bagi mineral water dan jus epal kasturi ni.
Terima kasih.”
Pelayan yang usai mengambil pesanan Durrah itu
mengangguk, sebelum dia berlalu daripada meja tersebut.
“Siapa suruh orderkan makanan untuk aku? Kan
aku dah cakap aku tak mahu apa-apa? Lagi satu, kenapa kau
bahasakan diri aku sebagai adik kau dekat pelayan tadi? Bila
masa pula mak kau beranakkan aku?”
Durrah senyum.
“Kak Durrah tahu Tariq lapar sebab penat kerja
seharian, sebab itu Kak Durrah pesankan makanan untuk
Tariq. Pasal mengaku Tariq adik Kak Durrah tadi, apa
masalahnya? Memanglah bukan mak Kak Durrah beranakkan
Tariq, tapi sebab Tariq lebih muda daripada Kak Durrah, tak
salah kan Kak Durrah nak anggap Tariq adik Kak Durrah?”
Tariq merengus kecil.
“Tariq sihat?”
Tak ada sebarang balasan.
“Kak Durrah sihat.”
‘Huh! Orang tak tanya pun!’ gerutu Tariq dalam hati.
“Kau nak cakap apa dengan aku?”
Durrah senyum.
“Tentang tawaran Kak Durrah pada Tariq hari tu.”
Tariq buat muka bosan.
“Aku dah beritahu jawapannya pada kau hari tu kan?
Yang aku tak berminat.”
“Itu jawapan Tariq masa hari tu, bukan hari ni. Tak
mustahil jawapan Tariq hari ni boleh berubah, betul tak?”
“Jawapannya tetap sama. Aku tak berminat!”
“Okey, tak apalah kalau macam tu. Esok Kak Durrah
akan tanya Tariq lagi. Mungkin jawapan Tariq esok akan
berbeza?”
Tariq menjeling. ‘Isy! Perempuan ni!’
“Esok ke, lusa ke, tulat ke, tonggeng ke, jawapannya
tetap sama! Aku tak berminat!”
“Sampai tonggeng aje? Okey. Kalau macam tu lepas
hari tonggeng, Kak Durrah tanya semula.”
Tariq buat muka bengang campur sakit hati. Geram
dengan perilaku Durrah yang tak ubah macam orang tak
faham bahasa. Wajah senyum Durrah direnungnya tajam
buat beberapa ketika.
‘Asyik senyum aje minah ni! Tak penat ke senyum
tak sudah-sudah? Isy!’
“Kau ni mesti ada udang di sebalik batu kan?”
Durrah pamer muka tak berapa faham.
“Maksud Tariq?”
“Kau suka dekat aku ya?”
“Hah?!”
Durrah terkejut.
“Mesti kau nak suruh aku jadi anak ikan kau kan,
sebab tu kau tiba-tiba offer nak tampung aku kalau aku nak
sambung belajar, betul tak?”
“Pftt! Hahahaha!” Ketawa Durrah terhambur kuat.
Terasa lucu dengan teori pelik yang entah macam mana boleh
tertimbul di akal Tariq itu. Sampai senak perut dia mengekek.
Aduhailah! Tak masuk akal sungguh!
“Tariq tengah nak cuba bakat untuk masuk Maharaja
Lawak ke?”
Durrah geleng kepala perlahan, dalam tawa yang
masih bersisa. Wajah Tariq yang kelihatan bengang direnung
sinis.
“Dari mana Tariq dapat idea tak logik ni? Bila masa
Kak Durrah cakap Kak Durrah suka pada Tariq ni?”
“Habis kalau bukan sebab kau ada hati pada aku
yang kau beria-ia sangat nak suruh aku sambung belajar ni
kenapa? Nak support aku segala bagai ni?”
Durrah ketawa sampai tergeleng kepala.
“Well, sorry to disappoint, but I’m not interested
in dating young fellows who are still wet behind the ears.
Kak Durrah tak pernah dan tak mungkin akan nampak Tariq
sebagai seorang lelaki, jadi Tariq tak perlu risau atau takut
yang Kak Durrah akan ada perasaan yang tak sepatutnya pada
Tariq, okey?”
Tariq ketap bibir. Merenung Durrah dalam rasa
marah dan malu yang bergaul menjadi satu. Rasa tercalar
pula maruahnya mendengar kata-kata Durrah itu. ‘Ada ke
dikatanya aku ni masih basah dekat belakang telinga? Lagi
teruk, ada ke dia kata dia tak nampak aku sebagai seorang
lelaki pun? Bedebah betul!’
“Habis kalau kau tak nampak aku sebagai lelaki, kau
nampak aku ni sebagai apa? Shemale? Lagi satu, belakang
telinga aku ni tak basahlah! Kering aje sepanjang masa
kecuali masa mandi tau!”
Tariq buat gaya sentuh belakang telinga, sambil
menjeling Durrah tajam.
Durrah yang melihat tertawa lagi.
‘Comelnya alahai budak ni!’
“Fine then! Kalau bukan sebab kau ada hati dekat
aku, beritahu aku apa sebab sebenar kenapa kau tiba-tiba
nak tolong aku. Jangan cakap yang pertolongan kau ni ikhlas
okey, sebab aku sikit pun tak percaya yang kau tak harap
apa-apa sebagai balasan!”
Dia mungkin miskin harta, miskin pendidikan, tapi
Tariq tidak senaif itu untuk memahami frasa ‘nothing’s free
in this world’. Dia percaya pertolongan yang ingin dihulur
Durrah ini bukannya percuma, yang tak perlu dibayar semula
harganya!
“Well... mungkin betul apa yang Tariq cakap tu. Tak
mustahil Kak Durrah ada harapkan sesuatu sebagai balasan,
tapi tak mustahil juga yang Kak Durrah sememangnya ikhlas
nak tolong Tariq tanpa mengharapkan apa-apa, betul tak?”
Tariq buat muka meluat.
‘Urgh! Berteka-teki pulak dia kat sini! Ingat aku ada
banyak sangat masa nak memikir?!’
“Look, Tariq. Sama ada Kak Durrah ikhlas nak
menolong atau tidak, atau sama ada Kak Durrah ada agenda
tersembunyi atau tidak, itu kita tolak tepi dulu. Tariq boleh
fikir perkara tu kemudian. Yang utamanya sekarang ni ialah
peluang untuk Tariq sambung belajar tanpa perlu risau
tentang soal duit. Peluang keemasan macam ni bukan datang
selalu tau. Why not grab it while you still have the chance?
Betul tak?”
Tariq berdeham dan betulkan duduk. Entah kenapa,
renungan Durrah yang menikam tepat ke dalam anak
matanya buat dia tidak selesa.
SAMBIL ANAK mata yang setia melekat di kaca TV, Tariq
menghirup perlahan air kopi yang dibancuh Puan Safa
untuknya tadi. Dia kelihatan sedang fokus pada drama
Melayu yang tertayang, namun hakikatnya minda Tariq
penuh tentang soal Durrah dan pertemuan mereka petang
tadi. Bukan tentang keinginan Durrah yang mahu dia setuju
untuk sambung belajar buat dia rasa tertekan, tapi senyuman
Durrah yang manis, gelak Durrah yang kedengaran menawan
dan renungan lembut Durrah yang mengocak ketenangan
jiwanya.
Tariq kerut dahi. Keliru. Dan bingung. Tidak
memahami kenapa setiap kali pertemuannya dengan Durrah
terjadi, wanita itu akan berjaya penuhi setiap ruang yang ada
dalam fikirannya. Kali pertama tempoh hari sudah begini.
Kali kedua pertemuan juga begini.
Kenapa ya dia tak mampu untuk menghentikan
dirinya daripada memikirkan tentang Durrah?
“Ira dah habis jawab periksa dah. Esok pagi dia balik.”
Puan Safa yang sedang menjahit tempahan baju
kurung orang kampung, buka mulut. Mulanya tidak letak
mata ke arah Tariq, namun bila bicaranya itu tidak diberi
sebarang balasan, gerak kerja di tangannya terhenti. Puan
Safa kerling pada anak saudaranya.
“Aku bukannya kenal dia sangat pun, tapi kenapa
otak aku ni mesti nak teringat-ingatkan dia?”
Meski perlahan, Puan Safa dapat dengar jelas bait
kata yang digumam Tariq. Terus dia bangun lalu ditepuknya
bahu anak saudaranya itu. Tariq terpinga-pinga.
“Tengah berangan apa tu?”
“Err... tak ada apa!”
Tariq senyum janggal.
“Ni, dengar tak apa mak su cakap tadi?”
“Mak su ada cakap dengan Tariq ke?”
Geleng kepala Puan Safa. ‘Kata tak berangan!’
“Ira kata dia dah habis jawab periksa. Esok pagi dia
balik.”
“Oh... ya ke?”
Tariq angguk-angguk. Suasana di ruang tamu itu
jadi sepi seketika. Puan Safa sambung semula menjahit, dan
Tariq, kembali memikir tentang Durrah.
“Mak su...”
“Hmm...”
“Kak Durrah tu, umur dia berapa?”
Soalan itu buat Puan Safa pelik. Dia pandang balik
muka Tariq. ‘Eh? Tiba-tiba aje nak tahu pasal Durrah? Aku
ingat dia tak suka dengan Durrah?’
“Tiga puluh empat. Kenapa tanya?”
“Saja.”
‘Dua belas tahun lebih tua daripada aku rupanya,’
hatinya mendesis.
“Dia dah kahwin ke? Dah ada anak?”
“Kak Durrah tu tak pernah kahwin pun lagi Tariq,
macam mana nak ada anak?”
Tariq kerut wajah. ‘Umur 34 tahun belum kahwin
lagi?’
TOK! TOK! Pintu diketuk, dan seraya itu, wajah Dzakwan
terpacul di balik pintu. Tanpa dijemput, dia masuk. Mendekati
Durrah yang baru menanggalkan tudung di kepala.
“Kak D! Baru balik? Lambat balik? Pergi mana?
Penat Wan tunggu. Nasib tak tertidur.”
Durrah mengerling.
“Kau ni Wan, baik tak payah ketuk pintu kalau kau
tak nak tunggu Kak D bagi izin supaya masuk.”
Dzakwan cebik.
“Alaa, bukannya bilik orang lain. Bilik kakak Wan
sendiri jugak.”
Durrah geleng kepala. Kemudian dia berjalan ke
closet room, ingin menyimpan jam tangan yang masih
tersarung di pergelangan. Dzakwan pula setia mengekor di
belakang.
“Ni nak apa asyik mengekor Kak D macam anak itik
ni?”
Zrapp! Glass top drawer box yang menyimpan
berbelas koleksi jam tangan berjenamanya, dibuka. Selesai
Durrah meletak jam tangan yang dipakainya tadi ke tempat
asal, dia pusing badan, menghadap Dzakwan.
“Hmm, nak cakap apa?”
Dzakwan tersengih-sengih. ‘Tahu-tahu saja Kak D,
aku ada benda yang nak dicakapkan!’
“Err... Kak D free tak esok? Teman Wan jumpa Kak
Rin, boleh?”
Bibir Durrah kulum senyum penuh makna.
“Kenapa tiba-tiba aje nak jumpa Rin ni?”
“Saja. Alang-alang Wan tengah cuti sem kan.
Lagipun kan Wan dah lama tak jumpa Kak Rin. Nanti Wan
takut dia sentap pulak.”
“Eleh, cakap ajelah yang kau sebenarnya rasa kekok
nak pergi jumpa dia sorang-sorang. Takut Kak Rin sentap
konon.”
Dzakwan sengih lagi.
“Boleh ya teman?”
“Tak boleh. Pergi sendiri.”
“Alaa... temanlah. Please! Please! Please!”
“Kau ni, mengada-adalah nak berteman bagai.
Bukannya Rin nak makan kau ke apa. Pergi ajelah jumpa
sendiri.”
Kadang-kadang Durrah pun pelik dengan fiil adik
bongsunya ini. Dengan dia, Dzakwan tak ada pula nak kekok
ke apa ke, tapi dengan Darin, bukan main lagi adik bongsunya
itu nak malu bagai! Bukannya orang lain pun. Kakak dia
jugak!
“Alaaa, Kak D... janganlah macam tu. Temanlah.
Please!”
Muka Dzakwan dah mula nak bertukar jadi mamat
bajet comel. Dengan bibir atas bawah memuncung sedikit
ke depan serupa platipus, dengan mata bulat ala puppy eyes,
sah tengah cuba nak cairkan hati Durrah. Taktiknya nyata
berkesan bila akhirnya Durrah memberi persetujuan.
“Yalah, yalah. Kak D teman. Hailah kau ni.
Mengada-ada!”
“Yes! Thank you, Kak D!” Dzakwan mendepang
kedua-dua belah tangan, lalu dibalutnya tubuh Durrah yang
tinggi sedikit berbanding dia itu. Durrah cemik, buat muka
acah menyampah.
“Eee, rimaslah Wan! Boleh tak lepas?”
Dzakwan geleng-geleng. Hanya beberapa bulan
kebelakangan ini barulah dia dapat kembali merangkul
Durrah seperti ini setelah beberapa tahun wanita itu
berperang dengan ketakutannya untuk disentuh, alias
haphephobia. Biarlah dia nak lepas rindunya cukup-cukup.
“Tak boleh. Wan nak peluk jugak. Sebab Wan dah
lama tak dapat peluk Kak D macam ni kan, Wan nak peluk
puas-puas sampai pagi esok!”
Durrah hinggut kasar kedua-dua belah bahunya,
membuatkan pelukan Dzakwan terlerai. Remaja itu sekali
lagi cuba merangkulnya, namun cepat Durrah letak tapak
tangan ke dahi Dzakwan, menghalang tubuh adik lelakinya
itu daripada merapatinya.
“Alaa, Kak D ni...” Dzakwan cebik tak puas hati.
“Dah, pergi tidur.”
“Yalah, yalah.”
Dzakwan terpaksa akur. Tapi berjaya dia curi peluk
Durrah sekali lagi sebelum memecut keluar dengan sengihan
ceria.

Jangan Cintai Aku - Bab 6

MATA Erdina yang tadinya terpaku ke skrin
komputer terkalih bila dia perasan kelibat seseorang yang
sedang melangkah mendekatinya. Terkejut atas kedatangan
tidak diundang itu, wajah PA Durrah berlapis seribu. Tertanya
bagaimana si lelaki yang baru menghentikan langkah di
hadapannya ini boleh dibenarkan naik ke sini, dan siapa dia.
“Hai! Saya Adham, dan jangan risau, saya bukan
orang jahat. Saya cuma datang ke mari sebab nak jumpa bos
awak, Cik Durrah. Dia ada dekat dalam, kan?”
Belum sempat Erdina nak tanya lanjut, Adham
terlebih dulu menonong ke pintu bilik bosnya. Kalut Erdina
bangun mengejar, cuba nak menghalang. Namun sayang,
pintu kayu itu lebih dulu dikuak Adham.
Wajah Erdina berubah kecut. ‘Alamak! Mati!’

TIBA-TIBA PINTU bilik dibuka. Durrah yang tengah menulis
sesuatu di atas kertas yang berselerak di meja, kerut wajah.
“Saya dah beritahu awak kan Er, saya tak mahu
diganggu.”
“Assalamualaikum.”
Tapp! Mendengar suara asing memberi salam,
pen jenama David Oscarson yang dipegang di jemari
kirinya serta-merta terhenti gerak. Durrah angkat wajah.
Berkerut-kerut dahinya. Renungnya juga langsung jadi tajam.
“Who are you, and why are you here?”
Adham senyum.
“Tak mahu jawab salam I dulu ke?”
Wajah Durrah makin berkerut.
“Who are you?”
Durrah pandang wajah Erdina yang baru muncul di
muka pintu pula.
“Who is he, Er?”
Erdina ketap bibir. Kecut, rasa senak perut dia
dengan renungan Durrah yang tajam itu.
“Err, saya tak tahu, Cik D. Dia tiba-tiba muncul
dan...”
“I was the man from yesterday’s blind date, Miss
Durrah. The name’s Adham.”
Wajah Durrah mengerut.
“I NI handsome sangat ke?”
Durrah kerut dahi.
“Excuse me?”
“Tak adalah. Sejak I duduk dekat sofa ni 5 minit lepas,
you asyik renung I je. Tulah I terfikir, muka I ni handsome
sangat ke sampai you tengok I macam tu sekali?”
Durrah senyum sinis. ‘Narsisistik juga mamat ni
kan!’
“I tengok you bukan sebab you handsome, tapi sebab
I pelik kenapa you boleh tiba-tiba tak malu datang ofis I ni.
I thought I made everything clear yesterday. Kawan I dah
cakap kan yang I tak mahu terima you untuk jadi suami I?”
“Tapi kawan you tu juga dah beritahu pada you
kan yang I tak terima penolakan you tu? Malah I yakin ibu
you pun dah beritahu you yang I berminat untuk kenal you
dengan lebih dalam, kan?”
Durrah menjeling.
“Maaf. You berminat ke tak berminat ke, itu bukan
masalah I. Yang I tahu, I tak berminat dengan you,” tegas
Durrah lagi.
Adham ketawa kecil. Menggeleng perlahan penuh
kagum dengan bicara Durrah yang terlalu terus terang.
“Hmm, you ni orangnya direct kan? Tak kisah pun
sama ada orang yang you beritahu tu akan rasa kecil hati ke
tak, you cakap aje apa yang you nak cakap.”
“Dah tu, benda dah memang betul, I cakap jelah.
Takkan I nak berpura-pura pulak?”
Durrah tak suka berkias-kias semata-mata nak
jaga hati orang. Dia jenis yang terus terang bila berbicara,
sekalipun terkadang, tutur katanya yang tak berlapik itu
boleh buat orang lain berkecil hati. Lagipun, memang Durrah
harap Adham akan kecil hati dengan dia. Adham nak marah
pun Durrah kisah apa. Dia lagi suka adalah. Sebab bila Adham
marah, tak adalah lelaki itu akan ganggu dia lagi!
Durrah berdeham sedikit.
“Anyways, since you dah faham yang I tak...”
“I datang ni sebenarnya sebab nak usulkan sesuatu
pada you, Durrah.” Adham tiba-tiba potong.
“I tak berminat.” Durrah buat muka tak ada perasaan.
Adham senyum. “You tak nak dengar dulu?”
“Tak nak.”
“Tapi usul I ni akan buatkan you tak perlu lagi terus
dipaksa menghadiri endless blind dates yang mama you
aturkan untuk you tau. Betul you tak berminat?”
Durrah pamer wajah sinis. ‘Heh! Ingat aku tak tahu
dia nak usulkan apa?’
“Mesti you nak suruh I pura-pura couple dengan
you, kan?”
“Eh! Mana you tahu?” Terkejut Adham. Tak
sangka pula Durrah boleh teka dengan tepat usul yang nak
dicadangnya! ‘Boleh baca fikiran orang ke apa perempuan ni?’
hairan Adham.
“Tak susah pun untuk I agak. Apa lagi benda yang
akan buatkan Datuk Dayani berhenti daripada paksa I
daripada menghadiri semua blind date tu melainkan bila dia
tahu I dah ada teman istimewa?” Durrah senyum sinis.
“Hmm, betul juga kan.” Adham angguk-angguk.
“Look. Usul you tu mungkin akan hentikan mama I
daripada terus mengaturkan blind date untuk I, tapi ia akan
bawa kepada masalah lain, iaitu I pastinya akan didesak untuk
kahwin dengan you. I tak mahu benda tu jadi. Berbanding
kena paksa kahwin, lebih baik I attend blind dates yang
mama I aturkan. Sekurang-kurangnya I tak perlu nak kahwin
dengan siapa-siapa.”
“Lagipun I tak ada masa nak terlibat dalam lakonan
yang tak ada makna ni. Berpura-pura seperti kita ni pasangan
kekasih? I bukannya watak dekat dalam novel, Encik Adham.
I tak segila tu untuk buat kerja gila macam ni.”
Adham senyum.
“Kalau I kata yang kahwin paksa tu takkan jadi?”
Berkerut sedikit dahi Durrah.
“Maksud you?”
“Well, to tell you the truth, sebenarnya kita berada
dalam keadaan yang sama. Ibu bapa I pun sibuk suruh I
kahwin cepat-cepat, memandangkan I sekarang dah 34 tahun
kan. Selalu juga I dipaksa hadiri blind dates macam you. But
the thing is, I, seperti juga you, tak berminat untuk kahwin.”
“You ni gay ke?”
Terhambur tawa Adham. Tidak tersinggung, tapi rasa
kagum dengan bicara Durrah yang terlalu lancang! Memang
selamba katak sungguh perempuan ni!
“Hanya kerana sebab I tak berminat untuk kahwin,
you label I sebagai gay? You tu? Tak mahu kahwin, sebab you
lesbian ke?”
Durrah kerut muka. Tak senang dengan telahan
Adham. Adham ketawa lagi, namun kali ini tidak sekuat tadi.
“I’m straight, FYI. I bukan gay. I tak berminat untuk
kahwin sebab I lebih sukakan kehidupan I sebagai seorang
lelaki bujang. Bebas nak ke sana ke mari, tak ada siapa nak
mengongkong. You pun selesa hidup solo macam sekarang ni
sebab you nak hidup bebas, betul tak?”
Durrah diam. Tidak mengiakan dakwaan itu kerana
ia jelas lari daripada punca sebenar dia memilih untuk tidak
berkahwin. Namun untuk menafi pula, dia terlalu malas.
Durrah tak mahu ditebak soalan bukan-bukan oleh lelaki
yang tidak dikenalinya ini.
Penyudahnya, Durrah angguk.
“So sekarang ni, Cik Durrah... apa kata kita tolong
antara satu sama lain? Jadi pelakon utama untuk skrip yang
ala novel ni. Pura-pura sebagai pasangan kekasih di hadapan
famili kita, supaya mereka takkan suruh kita hadiri blind
dates lagi. Tapi, yang membezakan kita dengan jalan cerita
dekat dalam novel tu ialah hubungan kita tak perlu berakhir
dengan perkahwinan. Why? Because we both have the same
view on marriage. Tak berminat.”
Durrah termangu.
“I BAGI you masa untuk fikir tentang perkara ni. Once you
have the answer, you can call me anytime you want.”
Nombor Adham yang sudah tersimpan di dalam buku
telefon di iPhone sejak siang tadi, direnung buat beberapa
ketika. Durrah kemudian kunci skrin. Dari beranda biliknya,
dia buang pandang ke langit malam.
“Betul ke dia memang tak berminat nak kahwin?
Takkan dia tak teringin nak ada anak sendiri?”
Timbul soalan itu di kepala. Cadangan Adham yang
mahu mereka berpura-pura jadi kekasih itu memang satu
jalan penyelesaian yang cukup bagus andai dia tidak mahu
terus dipaksa menghadiri blind dates yang mamanya aturkan,
namun, Durrah rasa ragu pula. Dia tak pasti sama ada Adham
benar-benar maksudkan yang dia sememangnya tak berminat
dengan institusi perkahwinan, atau... Adham sebenarnya
sedang cuba menjerat dia ke dalam muslihat yang dia sendiri
tidak tahu apa.
“Tapi macam tak nampak pulak yang dia ada agenda
tersembunyi.” Durrah tukas sendiri.
ADILA KERUT wajah sebaik saja Adham habis bercerita.
Direnungnya wajah adik kembar tak seirasnya itu dengan
rasa tak percaya.
“Kau kata dekat dia yang situasi kau pun lebih
kurang dengan dia? Tak berminat dengan perkahwinan, tapi
didesak untuk cari calon isteri cepat-cepat oleh mummy dan
daddy? Jadi sebab tu kau nak ajak dia jadi kekasih olok-olok
kau?”
Adham angguk-angguk.
“Bijak tak aku ni? Bijak, kan?”
Sebenarnya, Adham bukan tak mahu kahwin. Malah,
Tan Sri Fauzi dan Puan Sri Zahra, daddy dan mummy dia
pun sebenarnya tak pernah desak dia supaya kahwin cepat,
jauh sekali paksa dia hadiri blind dates seperti apa yang Datuk
Dayani buat kepada Durrah. Adham sengaja khabarkan begitu
kepada Durrah siang tadi, sengaja nak pancing minat wanita
yang berusia sebaya dengan dia itu.
Nak buat macam mana? Itu sahaja cara yang dia ada
untuk merapatkan diri dengan Durrah. Kalau dia tak beri
jaminan yang kononnya dia tidak berminat dengan institusi
perkahwinan, Durrah akan menolak terus tanpa menimbang!
“Tahu dek mummy dengan daddy, naya kau!” Adila
geleng kepala.
“Alah, kalau kau tak beritahu, mummy dengan
daddy takkan tahu, betul tak?”
Adila geleng lagi. Apa nak jadilah dengan adik
kembar tak seirasnya ni? Buat kerja merepek! Banyak sangat
masa terluang ke apa?
“Macam manalah kau boleh terfikir idea merepek ni,
Ad? Kut ya kau berminat nak kenal dengan dia pun pilihlah
cara yang normal sikit. Ni tak, ada pulak pergi ajak dia
berlakon jadi kekasih bagai. Kau nak tukar profession ke apa
ni? Daripada veterinarian kepada pelakon?”
“Hmm, okey jugak idea kau tu. Mana tahu aku
dapat jadi pelakon popular macam Aiman Darwish tu ke kan?
Silap-silap lagi popular daripada dia. Yalah, aku kan lebih
handsome, lebih macho daripada dia.”
Adham buat muka berlagak. Adila yang melihat
juling mata ke atas. Rasa nak muntah dia dengar pujian
masuk bakul angkat sendiri lelaki itu!
“Huh, perasan! Aiman Darwish tu berbilion kali
ganda lebih handsome daripada kau tau?”
Adham terkekek-kekek.
“Cik Durrah tu cantik tak Ad? Dalam gambar tengok
hari tu macam cantik.”
Adila jongket-jongket kening. Merenung adik
kembarnya ingin tahu.
“Entahlah. Biasa aje kut. Tapi tak tahulah kenapa,
lepas jumpa dengan dia tadi, hati aku ni makin tertarik pulak
nak kenal dia lebih rapat.”
Adham sendiri pun tidak memahami kenapa dia
rasa begini. Tak pernah-pernah ada perempuan yang buat
rasa ingin tahunya untuk mengenali mereka membuak-buak
sebagaimana Durrah. Mungkin sebab dia tertarik dengan
tingkah dan lagak gadis itu siang tadi agaknya.
“Hmm, teringin pulak aku nak jumpa dia face to
face, Ad. Apa kata kau ajak dia lunch dekat restoran aku ni?”
“Hesy! Gelojoh sangat kau ni. Dia belum pun setuju
dengan offer aku tu, takkan tiba-tiba nak ajak dia jumpa
kembar aku pulak? Mesti dia akan rasa tak selesa kalau
tiba-tiba aku bawa dia jumpa kau. Lagipun, kau tu dahlah
busybody tahap tak ingat dunia. Kejap lagi elok-elok aku
dengan dia boleh jadi kawan, tak pasal-pasal dia langsung tak
mahu jumpa aku dah.”
Adila cebik bibir.
“HELO, ASSALAMUALAIKUM anak mak.”
Senyum terus terukir di bibir Bahira saat mendengar
suara Puan Safa di hujung talian.
“Waalaikummussalam, mak. Mak tengah buat apa
tu? Sihat?”
“Sihat, alhamdulillah. Mak tengah jahit baju orang
ni, sayang. Ira tengah buat apa tu? Sihat ke?”
“Sihat. Ira tengah study untuk exam subjek terakhir
Jumaat ni. Tapi Ira tak dapat fokuslah, mak. Ira asyik fikir nak
balik aje ni.”
Bahira merengek manja.
“Alaa, sabarlah Ira. Lusa tu tak jauh mana dah.”
Bahira sengih-sengih.
“Tariq apa khabar, mak? Sihat? Dia ada kat rumah?”
“Tariq sihat. Dia ada tengah tengok TV dekat depan
tu. Ira nak cakap dengan dia ke?”
Bahira geleng perlahan.
“Tak apalah, mak. Nanti Ira balik cuti ajelah Ira
sembang dengan dia puas-puas.”
“Hmm, tak apalah kalau macam tu. Tapi nanti kan,
bila Ira balik, Ira cuba pujuk dia supaya sambung belajar
semula boleh?”
Bahira kerut wajah.
“Eh? Kenapa tiba-tiba aje nak Ira pujuk Tariq supaya
sambung belajar ni mak?”
Puan Safa kemudian buka cerita tentang Durrah dan
niat wanita itu yang mahu membiayai Tariq sambung belajar.
Tapi dia tak beritahu semua benda. Dia putar belit sedikit
identiti sebenar Durrah ikut apa yang dia rasa sesuai supaya
Bahira tak syak apa-apa.
“Oh... macam tu ke?”
Bahira angguk-angguk kepala. Fahamlah dia kenapa
soal ini tiba-tiba ditimbulkan ibunya setelah sekian lama ia
berkubur. Rupa-rupanya sebab ada insan baik hati yang nak
membantu Tariq sambung belajar.
“Nanti Ira pujuk dia ya?”
Bahira ketuk-ketuk jari di atas meja.
“Tapi mak, Tariq tu kan degil orangnya. Mak pun
tahu kan?”
“Mak tahu. Tapi Ira cubalah dulu ya? Ira kan rapat
dengan dia. Sayanglah Ira kalau Tariq tak mahu terima
tawaran kenalan mak tu. Rugi sangat sebab peluang dah ada
dekat depan mata kan.”
“Yalah, yalah. Nanti Ira balik, Ira cuba pujuk dia. Tapi
Ira tak janji apa-apa tau.”

Jangan Cintai Aku - Bab 5

“TARIQ! Buka pintu ni! Mak su nak cakap
sikit!”
Tariq yang sedang duduk menyandar tubuh di kepala
katil sambil memejamkan mata bagi menenangkan perasaan,
bangun. Dia tuju ke pintu. Membukanya tanpa banyak soal.
Tahu Durrah sudah pun beredar dari rumah mereka melalui
deruman enjin kereta yang didengarnya beberapa minit lepas.
“Mak su nak cakap apa?”
Pergelangan Tariq ditarik menuju ke ruang tamu.
“Duduk.”
Tariq patuh.
“Kenapa Tariq buat macam tu dekat Kak Durrah
tadi?”
Diam.
“Tariq tahu tak Kak Durrah tu lagi tua daripada
Tariq?”
Diam lagi.
“Tindakan Tariq yang meninggi suara pada dia tadi
tu sangat tak beradab tahu tak?”
Tariq dongak akhirnya. Merenung ke dalam anak
mata Puan Safa.
“Habis tindakan dia yang suka-suka hati masuk
campur dalam hidup Tariq tu beradab pulak? Kenal pun
tidak, apa pun tidak, tiba-tiba terus masuk campur hal Tariq.
Dia siapa? Lagi satu, kenapa mak su cerita benda yang tak
patut diceritakan pada orang luar macam dia?”
“Tariq, Kak Durrah tu kenalan rapat mak su. Dia
bukan orang luar. Apa salahnya mak su kongsikan cerita ni
dengan dia?”
Tariq merengus.
“Tariq, Kak Durrah tu ikhlas nak tolong mak su, nak
tolong Tariq. Dia pun sama macam mak su juga, tak mahu
kepandaian Tariq masa di sekolah dulu jadi sia-sia. Sebab itu
dia mahu Tariq sambung belajar.”
Tariq pamer muka sinis.
“Tak ada maknanya dia ikhlas, mak su. Tariq tak
percaya. Tariq bukan siapa-siapa pada dia. Apasal dia tiba-tiba
nak tolong Tariq free-free pulak? Tentu dia ada harapkan
sesuatu sebagai balasan pada pertolongan yang dia nak beri
tu.”
“Durrah tu baik orangnya, Tariq. Mak su kenal dia.
Dia memang tak mengharap apa-apa balasan pun daripada
kita. Dia ikhlas nak bantu mak su, nak bantu Tariq lebih-lebih
lagi!”
“Ah! Kalau dia betul ikhlas, betul baik sangat, nak
bantu mak su, bantu Tariq, suruh dia bantu Ira sama! Suruh
dia tanggung kos pengajian Ira, bayar semua hutang PTPTN
yang Ira ambil selama ni! Kalau dia sudi buat macam tu, baru
Tariq akan setuju untuk sambung belajar semula!”
Tariq menonong masuk ke dalam biliknya semula.
Tidak menghiraukan laungan Puan Safa.
“DURRAH!”
Durrah yang sedang ralit bermain dengan seekor
kucing di cat room Coffee Cottage Cat Café di Subang Jaya
itu, mendongak separuh. Melihat Wafeeq yang baru hendak
duduk di sebuah meja sambil menunjuk dua cawan kopi yang
berada di tangannya, gadis itu tersenyum, seraya bangkit
bergerak mendapatkan lelaki itu.
“Thank you.”
Durrah duduk. Cawan kopi yang berada di depannya
dipegang, lalu dihirup sedikit. Anak mata hazelnya kemudian
bergerak memerhatikan gelagat beberapa ekor kucing yang
sedang bermain-main dengan pelanggan lain di cat room itu.
“How was it? Your meeting with Tariq?”
“Okey. Cuma air mata aku tiba-tiba mengalir masa
first time bertentang mata dengan dia tadi. Too overwhelmed
I guess, since I never thought that this day would come kan...”
Durrah jawab tenang, tanpa memandang Wafeeq. Ke
saat ini pun, dia masih rasa sukar untuk percaya sebenarnya.
Yalah, selama ini cuma khabar dan gambar Tariq sahaja yang
mampu didengar dan dilihatnya. Tak pernah pula Durrah
sangka hari di mana dia akan punya keberanian yang cukup
untuk bertentang mata dengan Tariq secara berdepan macam
tadi akan tiba.
Walau bagaimanapun, dia rasa gembira!
“Dia tak terkejut ke tengok kau menangis? Dia tak
tanya?”
Durrah menggeleng.
“Tapi agaknya mesti dia fikir aku ni weirdo. Aku siap
kena marah lagi dengan dia tadi kau tahu.”
Wafeeq kerut dahi.
“Kena marah?”
“Yup. Kena marah, sebab aku sentuh pasal arwah
umi dan abang long dia.”
“Kau...”
“Taklah. Aku tak beritahu dia apa-apa pun. It’s just
that masa tu aku tak puas hati sebab dia tolak tawaran aku
dan beritahu aku yang dia happy dengan cara hidup dia
sekarang. Jadi aku pun secara tak sengaja tersentuh pasal
benda tu. Aku cakap dia tak nak sambung belajar bukan sebab
dia happy dengan hidup dia sekarang, tapi sebab dia fikir dah
tak ada makna untuk dia kejar cita-cita tu memandangkan
umi dan abang long dia dah tak ada. Lepas tu apa lagi, dia pun
naik anginlah.”
Durrah membongkok tubuh. Mengusap-usap kepala
seekor kucing yang datang menggesel-gesel di kakinya.
“Jadi sekarang ni, memandangkan dia dah tolak
tawaran kau tu, apa plan kau yang seterusnya?”
“Entahlah. Aku pun tengah fikir macam mana nak
buat dia setuju. Tapi aku takkan putus asa. Aku akan pastikan
jugak dia terima tawaran aku tu.”
Wafeeq senyum.
“By the way, macam mana dengan Encik Adham ni?
Apa plan kau dengan dia pulak?”
Dengar nama Adham, Durrah mengerut wajah. Dia
tegak badan, merenung pelik wajah Wafeeq.
“Kenapa dengan dia? Dia tak setuju ke untuk
rahsiakan pasal aku tak datang tadi daripada pengetahuan
mama?”
Kali ini Wafeeq pula yang kerut dahi.
“Laaaa... kau tak baca WhatsApp aku ke tadi?”
Durrah geleng.
“Kau ada hantar WhatsApp baru ke? Aku tak
perasan.”
Wafeeq mengeluh kecil.
“Ni, dia bukan tak setuju untuk tolong kau rahsiakan
pasal kau tak datang tadi daripada pengetahuan mama kau.
Dia setuju untuk kunci mulut. Tapi...”
“Tapi apa?”
“Dia nak aku beritahu pada kau yang dia tak terima
penolakan kau ni.”
“Hah?”
Terkejut Durrah mendengar.
Dia tak terima penolakan kau ni,
sebab dia kata kau dah buatkan
dia tertarik untuk tahu lebih
lanjut tentang diri kau. I think he’s
interested in you, D.
UNTUK KESEKIAN kali, Durrah ulang baca WhatsApp
daripada Wafeeq yang tak sempat dibacanya siang tadi.
Berkerut-kerut dahinya. Masih rasa sukar untuk menghadam
hakikat bahawa lelaki yang cuba nak dipasangkan dengannya
itu tidak menerima penolakannya. Malah menyatakan pula
berminat untuk kenal dia dengan lebih lanjut.
“Macam mana pula dia boleh berminat pada aku
kalau jumpa aku pun tidak? Dahlah aku bersikap kurang ajar
sebab tak datang blind date tadi.”
Bibirnya menggumam sendiri. Tertanya-tanya
dengan respons pelik Adham. Selama ini, setiap kali hadir
ke blind date yang diatur, Durrah pasti akan dikutuk kerana
suka bersikap biadab. Ini dengan siap tak datang tunjuk
muka, boleh pula dia tiba-tiba dapat respons positif?
“Pelik betul lelaki ni.”
“Siapa?”
Durrah toleh ke belakang. Kemudian merengus
kecil.
“Kau ni Wan, boleh tak bagi salam dulu? Terkejut
Kak Dlah!”
Dzakwan sengih. Dia ambil tempat di gazebo
tersebut, duduk di sebelah Durrah.
“Siapa lelaki yang Kak D kata pelik tu?”
Dzakwan ulang tanya lagi.
“Tak ada siapalah. Ni kenapa tak tidur lagi? Dah
pukul 12 tengah malam dah.”
“Sebab tak mengantuk lagilah. Kalau Wan dah
mengantuk, nak pulak Wan duduk sini tengok muka Kak D?”
Durrah menjeling. Dzakwan sengih lagi.
“By the way, lewat Kak D balik hari ni? Dah pukul
10 malam baru sampai rumah. Seronok sangat berdating
dengan blind date ke siang tadi?”
“Ah! Tak ada maknanyalah! Kau pun tahu kan Kak
D tak mungkin akan terima calon yang mama nak kenenkan
pada Kak D?”
“Jadi, kiranya Kak D memang nekadlah untuk tak
mahu kahwin sampai bila-bila ya?”
“Yup.”
Dzakwan diam seketika.
“Kadang-kadang, Wan rasa kesian pulak dekat
mama.”
Komen itu menarik perhatian Durrah.
“Kenapa cakap macam tu?”
“Yalah... Kak D suka sangat tak dengar cakap dia.
Mesti mama frust, kan?”
Durrah senyum.
“Sebab tulah kau kena jadi anak yang dengar kata
mama, supaya mama tak frust dengan kau macam mana dia
frust dengan Kak D.”
Dzakwan senyum kelat.
KE KIRI. Ke kanan. Meniarap. Menelentang. Habis semua
posisi baring dicubanya, namun sejak 30 minit lepas, Tariq
masih belum mampu melelapkan mata. Asal dia cuba nak
memejamkan mata, wajah Durrah yang sedang mengalirkan
air mata tadi terbayang, membuatkan pemuda yang bakal
menginjak ke usia 22 tahun beberapa bulan lagi itu laju
membuka semula mata.
“Hesy!”
Tak puas hati, Tariq bangun daripada perbaringannya.
Direnung ruang di depannya dengan muka berkedut seribu.
“Argh! Stres! Kenapa asyik teringat muka perempuan
tu je ni?”
Bibir merengus kasar. Dilontar soalan tersebut
pada diri. Hatinya tertanya-tanya kenapa sang pemilik nama
Durrah itu tidak henti berlegar dalam kotak fikiran, sedangkan
mereka tidak pernah kenal pun selama ini. Tambahan pula
dengan pertemuan mereka yang tidak berakhir dengan begitu
baik siang tadi, Tariq jadi bingung!
“Sebab muka dia cantik ke?”
Tariq geleng kepala, laju menolak apa yang baru
meluncur di mulut. Ya, tak dinafikan, Durrah sememangnya
kelihatan manis dan menawan meskipun sudah ada garis-garis
penuaan yang terlukis di wajahnya. Tapi Tariq tak rasa itu
sebabnya, terutama renungan Durrah sewaktu mengalirkan
air mata siang tadi, boleh beri kesan yang sebegini mendalam
kepadanya.
‘Habis... kalau tak sebab tu, sebab apa pula?’
“Sebab aku marah dia sentuh pasal umi dengan
abang long ke?”
Marah. Ya, dia marah dan tersinggung bila Durrah
sentuh perkara tu, tapi hati kecilnya tak henti berbisik bahawa
itu juga bukan penyebab utama kenapa dia jadi begini. Ada
sebab lain yang dia tak dapat nak rungkai ikut akal fikirannya.
Tariq garu kepala. Menyepah-nyepahkan juntaian rambut
yang menutupi dahi. Jam dah menginjak ke angka 2 pagi,
dan esok, dia perlu kerja syif pagi. Tapi matanya enggan lelap.
‘Ini semua salah perempuan tu sebab menangis
depan aku tiba-tiba tadi!’ Tariq merengus. Sudahnya malam
itu, dia langsung tak berjaya lelap!
AIR SUSU itu diteguk separuh. Durrah kemudian menyudu
scrambled eggs ke dalam mulut. Senyap sahaja dia. Tidak
berbicara walau sepatah dengan Datuk Dayani yang juga
sedang bersarapan bersama di meja makan itu. Dzakwan di
sebelah pun ikut senyap.
“Tan Sri Fauzi telefon mama semalam. Beritahu
yang Adham nak kenal D dengan lebih rapat.”
Pecah sunyi. Terhenti sekejap suapan croissant
ke dalam mulut. Durrah kerling sekilas pada wajah dingin
mamanya.
“Well, that’s his problem. Yang D tahu, D tak
berminat dengan dia, dan D dah pun reject dia.”
Wajah Datuk Dayani mengeras sedikit, namun cuma
untuk seketika.
“Mama dah bagi nombor D pada Tan Sri. Adham
minta. Soon you’ll be hearing from him. Make sure to treat
him well.”
Durrah ketap bibir. Dia ingin bersuara, namun
jemarinya yang tiba-tiba digenggam seseorang buat wanita
itu menoleh ke sebelah. Dipandangnya Dzakwan, yang juga
sedang merenung ke arahnya. Renung yang Durrah tafsir
sebagai permintaan supaya dia tidak bertelagah dengan Datuk
Dayani.
Tidak sampai hati untuk buat adik bongsunya itu
hampa, Durrah akur. Dia melepas rengusan kecil. Sempat
menjeling Datuk Dayani penuh jelik.
PINTU OFIS ditutup rapat. Durrah ambil tempat di meja
kerja yang terletak berhampiran tingkap kaca. Dia letak bag
pack yang disandangnya ke tepi, lalu menyandar badan ke
belakang kerusi ergonomic yang sedang didudukinya.
Tok!!! Tok!!! Pintu diketuk.
“Masuk!”
Erdina muncul, dengan iPad di tangan. Dia mula
bacakan jadual kerja Durrah hari ini. Durrah pula setakat
pejam mata. Mendengar tanpa sebarang suara.
“Meeting dengan Gold Bakery petang ni pula ditukar
ke hari esok. Sebab...”
“Pagi-pagi lagi dah buat mood orang rosak.”
Gulp!!! Erdina yang tengah membaca jadual Durrah,
telan liur. Cepat matanya berkalih. Daripada skrin iPad, ke
wajah Durrah.
‘Alamak! Cik D macam tengah bad mood aje!’ Risau
Erdina dibuatnya.
“Yang awak stop baca tiba-tiba ni apa hal?”
Tak sempat Erdina lari pandang, Durrah tiba-tiba
buka mata dan merenung tepat ke arahnya. Terkocoh-kocoh
gadis itu sambung semula pembacaannya sekejap tadi.
“Itu sahaja jadual Cik D untuk hari ni.”
Durrah tegak badan. Merenung Erdina, dingin.
“Kiranya hari ni saya tak perlu keluar dari ofislah,
betul?”
Erdina angguk.
“Good. Now make sure it stays that way for the rest
of the day. Unless I ask for something, treat as if I’m not here,
understand?”
“Yes, Cik D.”
“Keluar.”
Cepat-cepat Erdina keluar. Takut kena marah.
CERMIN MATA hitam jenama Bentley diturun dari batang
hidung. Adham kemudian memberikan senyuman manisnya
ke arah penyambut tetamu Il Diletto.
“Hai...” Adham kenyit mata. Penyambut tetamu itu
tersipu malu.
“Saya Adham. Uhmm, Cik Durrah ada? Boleh saya
jumpa dengan dia tak?”
“Encik ada janji temu dengan Cik D ke?”
Adham geleng. “Tak ada.”
“Minta maaflah, Encik Adham. PA dia beritahu saya
tadi yang hari ni Cik D tak mahu jumpa dengan sesiapa yang
tak ada buat appointment dengannya.”
“I see...”
Adham angguk faham.
“Err... tapi kan cik, tak boleh ke kalau cik izinkan
saya naik ke atas dan jumpa dengan dia? Sebenarnya saya
datang nak ajak tunang saya tu lunch sama-sama.”
Bulat mata penyambut tetamu itu. Merenung Adham
yang tampak bersahaja dengan rasa terkejut.
“Tu... tunang? Ma... maksud Encik Adham, Encik
Adham ni tunang Cik Durrah ke?”
Adham angguk.
“Ma... maafkan saya, Encik Adham. Saya tak tahu Cik
Durrah dah ada tunang, dan Encik Adham ialah tunang dia.
Kejap ya? Saya telefon PA Cik Durrah untuk beritahu yang
Encik Adham datang.”
Lekas Adham menghalang.
“Eh, tak apa, tak apa. Tak perlu beritahu PA dia. Saya
nak surprisekan Durrah sebenarnya ni. Just give me the pass,
I’ll find the way myself.”
Nak beritahu PA Durrah? Gila! PA Durrah dah
tentu-tentu tahu yang Durrah tak ada tunang. Rosaklah
helah dia nanti!
“Err...” Penyambut tetamu itu teragak.
“Alaa, takkan tak boleh? Saya bukannya orang lain
pun. Tunang dia. Lagipun, saya rindu sangat dah dengan
Durrah. Dah sebulan kami tak jumpa sebab saya ada kerja di
US hari tu. Ni baru aje saya sampai Malaysia pukul 10 tadi,
terus datang sini sebab rindu punya pasal. Cik tak kesian
dekat saya ke?”
Adham buat mimik muka simpati. Dalam hati, dia
ketawa dengan tingkah sendiri yang lancar sahaja menuturkan
pembohongan. Entah dari manalah idea itu datang. Yang
Adham tahu, dia tak boleh biarkan kedatangannya ke Il
Diletto ini berakhir sia-sia. Dia nak juga jumpa Durrah!

Jangan Cintai Aku - Bab 4

BREK tangan kereta Aston Martin miliknya itu
ditarik ke atas. Enjin dimatikan. Durrah lurutkan kaca mata
hitam Gucci dari batang hidungnya, menggantungnya ke
kolar oversized t-shirt berona oren yang tersarung di tubuh.
Nafas ditarik dalam. Dilepasnya perlahan-lahan.
Durrah kemudian keluar, melangkah tenang mendapatkan
Puan Safa yang sedang tersenyum menunggu dia di muka
pintu.
“Assalamualaikum Kak Safa.”
“Waalaikummussalam.”
Kedua-dua mereka bertukar salam.
“Jom masuk.”
Durrah angguk. Lepas flat shoes putih yang
tersarung di kaki ditanggalkan, dia membuntuti Puan Safa
menaiki anak tangga menuju masuk ke dalam rumah.
“Tariq baru keluar pergi kedai tadi. Kak Safa minta
dia tolong belikan santan kejap.”
Seolah-olah tahu apa yang bermain di dalam fikiran
Durrah, Puan Safa memberitahu. Durrah yang mendengar
tersenyum cuma dan mengangguk sedikit.
“Kak Safa tengah memasak ke?”
Durrah bertanya, sebaik saja dia dan Puan Safa
melabuh punggung di kerusi rotan yang terletak di ruang
tamu.
“Haah. Untuk makan tengah hari kita.”
“Oh. Padanlah sedap aje baunya. Boleh Durrah
tolong sama?”
Puan Safa pamer muka skeptikal.
“Durrah boleh memasak ke?”
“Kenapa tanya macam tu? Kak Safa fikir Durrah tak
reti ke?”
“Err, tak adalah macam tu. Tapi Durrah kan anak
orang berada. Selalu anak orang berada ni kan jarang masuk
dapur. Yalah, sebab mampu upah orang gaji untuk tolong
buat kerja rumah.”
Durrah tersenyum sinis. ‘Stereotaipnya pandangan
Kak Safa! Gamaknya sebab banyak drama dan novel tunjuk
anak-anak orang kaya tak pandai masaklah ni, dia fikir aku
pun macam tu agaknya!’
“Tak adalah, Kak Safa. Tak semua macam tulah.
Durrah selalu aje memasak dulu. Tapi sejak Durrah ambil alih
Il Diletto, dah jaranglah sikit. Sibuk dengan kerja.”
Puan Safa mengangguk-angguk. Sengih dia
kemudiannya.
“Kak Safa minta maaflah ya, Durrah? Sebab
pandai-pandai buat kesimpulan sendiri.”
Durrah senyum lagi.
“So, Kak Safa nak Durrah tolong masak tak ni?”
Puan Safa menggeleng perlahan.
“Tak apalah, Durrah. Tak payah susah-susah. Kak
Safa dah nak siap dah pun. Tunggu si Tariq tu bawa balik
santan aje, nak masuk dalam periuk, lepas tu tunggu kari
ayam tu siap masak.”
“Alaa, tak dapatlah Durrah nak tunjuk skil memasak
Durrah ni, ya?” seloroh Durrah selamba.
Puan Safa tertawa.
“Durrah duduk sini kejap ya? Kak Safa pergi dapur,
ambil air untuk Durrah.”
Durrah angguk. Sementara menanti, dia tarik keluar
iPhone dari kocek skinny jeans hitam yang dipakai. Kunci
dibuka, lalu conversation board antara dia dan Wafeeq di
aplikasi WhatsApp dibuka.
Ola!
Macam mana blind date kau dengan
Encik Adham tadi? Okey?
So bila aku boleh makan nasi
minyak korang?
Tiga empat minit menunggu, balasan yang dinanti
masuk. Tergelak Durrah lihat ikon anger smiley yang
dihantar Wafeeq.
Hei budak senget ni! Ingat aku gay ke
hah???
Ibu jari Durrah laju menekan skrin.
Bukan ke?
Baru beberapa saat menghantar, menderu-deru
simbol smiley marah tertera di skrin. Durrah ketawa lagi.
Dengan mata yang masih melekat pada skrin iPhone, ralit
dia menaip WhatsApp balas. Tidak menyedari kehadiran
seseorang di muka pintu rumah sedang merenung ke arahnya
sejak beberapa minit yang lepas.
“Ehem!”
Dehaman itu menyentak perhatian Durrah. Lekas
dia dongak kepala yang tadi terturun sedikit merenung skrin
iPhonenya. Raut wajahnya berubah terkejut.
“CIK NI siapa?”
Terkebil-kebil Durrah merenung Tariq. Direnung
cuma pada susuk tubuh yang sedang tegak berdiri di muka
pintu itu tanpa sebarang kata. Tidak menyedari ada getar di
iPhone yang dipegang.
‘Siapa perempuan ni? Dia ke pemilik kereta dekat
luar tu?’ Hati Tariq bertanya sendiri.
“Cik ni siapa?”
Tariq ulang lagi soalannya, apabila dia lihat Durrah
terus membisu.
“Kenalan mak su ya?”
Durrah kekal diam, tidak memberi balasan yang
diharap. Tariq jadi makin pelik. Tambahan pula apabila dia
lihat renungan wanita itu ke arahnya berubah semacam.
Seolah-olah... wanita itu sedang sayu memandangnya.
“Cik... saya tanya ni, cik ni siapa? Kenalan mak su
ke? Saya...”
Kata-kata Tariq terhenti apabila tiba-tiba dia lihat
ada garis air mata di pipi wanita itu. Tariq terkesima.
MENYEDARI ADA titis air hangat yang tumpah membasahi
wajah, Durrah lekas-lekas melarikan pandangan. Tidak
mahu Tariq terus memerhati. Dia seka air hangat itu dengan
belakang tangan.
“Uhm...”
Tariq ingin menegur, namun teragak.
“Eh? Tariq? Dah balik?”
Puan Safa muncul tiba-tiba. Menatang dulang berisi
sejag air oren dan gelas kosong yang diletakkan ke atas meja
kopi kemudiannya. Perlahan, Tariq mendekat.
“Nah mak su, santan.”
Plastik merah di tangan dihulur pada Puan Safa.
Namun mata Tariq masih tidak lepas memerhati Durrah yang
sedang tertunduk merenung lantai kayu ruang tamu yang
dilapisi tikar getah.
“Siapa ni, mak su?”
“Oh... cik ni... cik ni kawan mak su. Durrah namanya.
Durrah...”
Durrah angkat wajah. Merenung Puan Safa.
“Ini anak saudara Kak Safa, Tariq.”
Lambat-lambat Durrah bangun dari duduknya.
Dia maniskan wajah. Tersenyum penuh yakin. Cuba untuk
kelihatan bersahaja seolah-olah apa yang baru terjadi tadi
tidak pernah berlaku.
“Saya Durrah. Tariq boleh panggil saya Kak Durrah.”
Tariq mengangguk sedikit.
“Kak Durrah ni datang sebab nak jumpa Tariq
sebenarnya.”
Tariq kalih pandang ke wajah Puan Safa.
“Jumpa Tariq?”
Puan Safa angguk.
“Dia nak tawarkan biasiswa untuk Tariq sambung
belajar.”
Wajah Tariq bertukar terkejut.
SUASANA DI ruang tamu itu terasa canggung buat Tariq.
Tidak selesa dia ditinggalkan berdua dengan Durrah di situ.
Bukan apa. Dia cuma rasa keliru. Bingung. Belum pun lagi
rasa terkejut melihat air mata Durrah yang jatuh tiba-tiba
tadi habis, tiba-tiba dia disuruh duduk berbincang dengan
Durrah pula.
“Mengenai tawaran Kak Durrah yang mak su Tariq
sampaikan pada Tariq tadi...”
Tariq lekas mencari wajah Durrah apabila mendengar
suara lembut wanita itu berkata-kata.
“Tariq berminat tak?”
Lama Tariq paku renungnya ke dalam anak mata
Durrah yang tenang. Setenang air di kali, jauh benar beza
dengan renungannya tadi yang sarat dengan emosi sayu dan
derita. Seolah-olah Durrah yang berada di hadapannya bukan
Durrah yang sama dengan yang pertama kali dipandangnya
tadi.
Tariq berdeham kecil.
“Maaf, tapi saya terpaksa tolak tawaran tu. Saya tak
berminat.”
Durrah tarik nafas dalam, kemudian menghembusnya
keluar perlahan-lahan. Bibir atas dan bawah kembali terpisah.
“Tariq dapat 10A+ masa SPM dulu, kan?”
“Mana Kak Durrah tahu?”
“Kak Safa cerita.”
Durrah menjawab tenang.
“Kak Safa kata Tariq berminat nak jadi landscape
architect, kan?”
‘Sampai ke situ perempuan ni tahu?’ hati Tariq
mendesis sendiri.
“So why not kalau Tariq sambung belajar dan kejar
cita-cita Tariq yang tertangguh tu? Jangan risau tentang soal
duit. Kak Durrah akan biaya semua kos pembelajaran Tariq.”
Tariq diam beberapa detik.
“Boleh saya tahu tak apa hubungan awak dengan
mak su yang sebenarnya?”
Durrah senyum.
“Macam yang Kak Safa kata tadi, Kak Durrah ni
kawan dia.”
“Setahu saya, mak su tak pernah ada kawan orang
senang macam awak.”
“Kak Safa tak pernah cerita pada Tariq, sebab itu
Tariq tak tahu. Now, berbalik semula pada topik tadi...”
“Macam mana awak boleh kenal dengan mak su?”
Durrah mengeluh kecil.
“Macam mana Kak Durrah kenal dengan Kak Safa,
itu tak penting. Yang penting sekarang ni, soal Tariq.”
Kali ini giliran Tariq pula yang mengeluh. ‘Alahai
perempuan ni! Aku dah cakap kan yang aku tak berminat?’
“Kan saya dah beri jawapan tadi, yang saya tak
berminat untuk terima tawaran awak.”
“Then beritahu Kak Durrah apa yang Kak Durrah
kena buat supaya Tariq ubah fikiran Tariq tu.”
Penuh azam untuk buat dia ubah keputusannya.
Itulah yang Tariq dapat simpulkan daripada panahan mata
Durrah.
“Kak Durrah tak mahu Tariq sia-siakan kepandaian
Tariq. Sayang kalau Tariq terus kerja kilang macam ni
sedangkan Tariq lebih daripada layak untuk sambung
pengajian ke peringkat yang seterusnya.”
“Kak Durrah nak kata yang Kak Durrah pandang
rendah pada orang yang kerja kilang macam saya ke?”
“Kak Durrah tak cakap macam tu pun, Tariq. Kenapa
pula yang Tariq pandai-pandai buat kesimpulan sendiri ni?”
“Dah tu, kenapa nak paksa saya sambung belajar
semula? Saya tak nampak apa masalahnya dengan keputusan
saya untuk tak mahu sambung belajar ni. Saya tak kacau
orang, tak bebankan orang. Malah saya betul-betul bahagia
dengan kerja saya sekarang. Saya suka dengan hidup saya
yang simple macam ni.”
“Tapi daripada apa yang Kak Durrah nampak, Tariq
tak betul-betul maksudkan apa yang Tariq cakap tu. Mulut
boleh menipu Tariq, tapi mata tidak. Kak Durrah tahu, jauh di
sudut hati Tariq, Tariq memang nak sambung belajar semula.
Kalau tak, masakan Tariq pinjam buku gambar landscape
design ni daripada perpustakaan awam?”
Durrah kerling pada buku tebal di atas meja kopi
dan pandang Tariq semula. Tariq yang menyedari cepat-cepat
mengambil, lalu menyoroknya ke bawah meja. Dia merengus
kecil.
“Kak Durrah tak ada hak nak ceroboh privasi saya
macam ni!”
“Ceroboh apanya? Tariq sendiri yang letak buku ni
atas meja tadi.”
“Still!”
“Admit it, you’re actually not that happy living this
life right? Tariq sebenarnya memang nak sambung belajar
semula, kan? Nak kejar cita-cita Tariq tu. Tapi sebab Tariq
kecewa, tak dapat terima pemergian abang dan ibu Tariq 4
tahun lepas, Tariq pilih untuk putus asa dengan cita-cita Tariq
tu. Tariq fikir dah tak ada maknanya lagi untuk Tariq kejar
cita-cita Tariq sebab orang-orang yang Tariq sangat-sangat
sayang tu dah tak ada.”
Tariq yang marah dengan kata-kata itu terus
meloncat bangun.
“Apa yang kau tahu tentang aku hah? Kau kenal
aku pun tidak, muncul depan aku entah dari mana, lepas tu
tiba-tiba nak paksa aku untuk sambung belajar pula. Apa hak
kau untuk masuk campur dalam hidup aku secara tiba-tiba
macam ni??? Jangan nak berlagak konon kau faham sangat apa
yang aku rasa sedangkan hakikatnya kau tak tahu apa-apa!”
Tinggi suara Tariq mengherdik. Dia tahu Durrah lebih tua
daripadanya. Tapi rasa bengang dan sakit hati menguasai diri
sampai dia hilang adab dan sopan buat Durrah.
Macam mana hatinya tidak tersinggung? Durrah
tanpa perasaan mencuit kepahitan lampau yang menjadi palit
duka dalam episod kehidupannya itu? Tariq tak suka Durrah
berlagak seolah-olah dia faham akan perasaannya!
“Tariq...”
“Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi!”
Tariq acu kaki ke bilik.
Dammm! Kedengaran bunyi pintu dihempas kasar.
Durrah mengeluh.
“Durrah...”
Durrah kalih pandang kepada Puan Safa yang
muncul menegur.
“Kenapa ni? Tariq berkasar dengan Durrah ke?”
Durrah senyum kelat.

Jangan Cintai Aku - Bab 3

ADA panggilan masuk. Durrah mengerling pada
iPhone yang tersangkut di phone holder pada dashboard. Kak
Safa calling!
Durrah kerling sebelah pula. Melihat Dzakwan
sedang tidur, dia jawab panggilan tanpa rasa khuatir.
“Helo, assalamualaikum. Durrah...”
“Waalaikummussalam...” Dijawabnya dengan nada
sedikit perlahan. Tidak mahu Dzakwan terjaga daripada
tidurnya.
“Durrah tengah buat apa tu? Kak Safa ganggu ke?”
“Tak adalah. Durrah tengah dalam perjalanan nak ke
KL ni. Ambil adik bongsu Durrah kat USM tadi. Dia dah start
cuti sem. Kenapa Kak Safa telefon Durrah ni?”
“Ni, Kak Safa nak beritahu, Kak Safa dah cakap pada
Tariq yang Kak Safa nak dia sambung belajar semula.”
Riak ingin tahu terpamer di wajah Durrah.
“Lepas tu? Dia cakap apa?”
“Dia tolak.”
Hampa Durrah mendengarnya.
“Dalam masa beberapa hari ni Kak Safa dah puas
pujuk, tapi Tariq tetap dengan keputusan tak nak sambung
semula pengajian.”
Durrah gigit bibir. Macam mana ni?
“Kak Safa...”
Durrah bersuara.
“Kalau Durrah... ermm... kalau Durrah jumpa dia
boleh?”
Sebaik saja habis mengeluarkan kata, Durrah terus
rasa kesal. Ah! Tak sepatutnya dia buat permintaan itu! Apa
yang dia harapkan? Yang Puan Safa akan mengizinkan dia
untuk bertentang mata dengan Tariq? Mana mungkin!
“Datanglah rumah esok. Esok Tariq cuti.”
Namun, lain yang terjadi. Tergamam seketika Durrah
mendengar izin yang diberi.
“Kak... Kak Safa benarkan Durrah jumpa Tariq?”
Dengan nada tak percaya, Durrah bertanya semula. Bimbang
dia salah mentafsir apa yang baru menerobos ke telinga.
“Selama ni Kak Safa tak pernah halang Durrah
daripada jumpa Tariq. Durrah sendiri yang fikir Durrah tak
patut jumpa dia.”
Durrah terdiam. Betul. Yang dikata Puan Safa itu
sememangnya betul. Selalunya Durrah akan tanya dahulu
kepada Puan Safa sama ada Tariq ada di rumah atau tidak. Tak
ada, dia akan datang menjenguk. Kalau ada pula? Sebaliknya
yang dia akan buat. Bukan Puan Safa yang menghalang, tapi
dia sendiri yang melarang diri daripada bertemu dengan
pemuda yang sebaya dengan adiknya itu.
“Durrah boleh datang tak esok?”
Lamunan Durrah padam dengan pertanyaan Puan
Safa.
“Boleh, insya-Allah. Err, tapi... bila Durrah datang
nanti...”
“Jangan risau. Kak Safa takkan beritahu dia siapa
Durrah.”
Durrah senyum lega.
“Durrah minta maaf, Kak Safa... sebab buat
permintaan yang mementingkan diri macam ni.”
“Tak perlu minta maaf, Durrah. Kak Safa faham...
Kak Safa pun tahu, kalau dia tahu siapa Durrah, Tariq cuma
akan salah faham dengan niat baik Durrah. Tak apalah. Kita
diamkan ajelah dulu perkara ni daripada dia ya? Yang penting
sekarang, kita pujuk dia sambung belajar semula.”
Durrah angguk. Talian dimatikan. Selesai
masing-masing bertukar salam, Durrah melepas keluhan
lega, namun saat dia teringat sesuatu, raut wajahnya kaget.
‘Alamak! Aku lupa ada blind date esok!’
WAFEEQ MERENUNG tepat ke dalam anak mata Durrah.
Pandangannya serius.
“Kau kata apa? Nak jumpa Tariq esok?”
Durrah mengangguk. Perlahan. Buat seketika,
gazebo Pondok Bahagia yang dihuni oleh dia dan doktor
psikiatri merangkap teman baiknya itu sepi.
“Do you think I’m ready enough to meet him?”
Durrah akhirnya buka mulut.
“Of course you are, since you’re the one who
suggested the meeting in the first place. Sure, this comes as a
surprise to me, but it’s not like I have anything against your
decision whatsoever. It’s good, to see how you finally have the
courage to meet him.”
Terkejut. Namun Wafeeq gembira dengan progress
yang ditunjuk Durrah. Kesediaan wanita itu untuk berjumpa
Tariq merupakan satu perkembangan yang dilihatnya cukup
baik!
“Do you think so? Aku nak jumpa dia, tapi aku tak
bercadang untuk beritahu dia siapa aku yang sebenarnya.
Bagus ke macam tu? Kau tak rasa tindakan aku ni pentingkan
diri ke?”
Durrah menyoal lagi. Ragu dengan kata-kata Wafeeq.
Mendengarnya, Wafeeq senyum.
“Bila kau buat pilihan untuk berdepan dengan
Tariq, walaupun tanpa memberitahu dia siapa kau yang
sebenarnya, itu maksudnya kau dah mula bersedia untuk
bertanggungjawab atas kesalahan kau pada dia 4 tahun
dulu. Kau semakin berani ke hadapan, tak lagi mengelak dan
pilih untuk berada di belakang tabir. It’s okay, D. Just keep
progressing at your current pace. There’s no need for you to
rush things up.”
Perlahan-lahan, Durrah angguk. Bibirnya yang
merah tanpa sebarang gincu melarik senyum.
“But Af...”
“Hmm...”
“Kalau kau nak aku keep moving forward macam ni
kan, kau kena tolong aku.”
Terjongket kening Wafeeq. Memasak pandang ke
wajah Durrah, merenung gadis itu sinis.
“Hai? Bukan ke selama ni aku memang tengah
tolong kau?”
“Tapi ini lain.”
“Maksud kau?”
“Uhmm... Maksud aku, aku nak kau tolong attend
blind date yang si diktator tu aturkan untuk aku esok.”
“Hah???”
Membuntang mata Wafeeq merenung Durrah.

JANGGAL. ITULAH yang Wafeeq rasa sekarang. Dia tidak
tahu hendak meletak pandang ke mana. Ke wajah Adham
yang sedang merenungnya pelik? Ke lantai? Ke pada orang
yang tengah lalu lalang di Le Luxe? Entah!
“D la ni. Tak pasal-pasal aku kena jadi jurucakap tak
bertauliah dia pulak. Ni kejap lagi kalau apa-apa jadi, mesti
mama kesayangan dia tu akan cari aku!”
Menggerutu Wafeeq sendirian, dalam deru nafas
yang ditarik dan dilepas sekali. Memang dia rasa geram sangat
dengan Durrah sekarang. Bukannya Durrah tak boleh datang
sendiri untuk jumpa Adham sebelum pergi berjumpa Puan
Safa dan Tariq. Sengaja cari alasan!
‘Ah! Kalau tak sebab aku kalah osom dengan D
semalam, harus aku tak perlu ada dekat sini dan jumpa Encik
Adham ni bagi pihak dia!’ jerit hatinya bengang.
“So...”
Suara Adham menarik perhatian Wafeeq. Terus dia
gerakkan bola matanya ke wajah tenang Adham.
“You’re saying that you’re Durrah’s boyfriend is it?”
Wajah Wafeeq bertukar cemas. Laju dia menggeleng
kepala. Menafi telahan Adham.
“No! No! No! I definitely don’t have that kind of
relationship with her!”
“Habis tu kenapa Encik Wafeeq boleh muncul di sini
dan beritahu saya yang Durrah takkan dapat hadiri blind date
ni?”
Wafeeq garu kepala.
“Err, D... maksud saya, Durrah ada perkara yang
lebih penting, jadi dia tak dapat hadir janji temu ni. Sebab tu
dia hantar saya untuk jumpa Encik Adham dan err... minta
saya beritahu Encik Adham yang dia tolak Encik Adham.”
“Maksud awak dia tak nak terima saya sebagai calon
yang berpotensi untuk jadi suami dia?”
“Err, ya.”
“Walaupun dia belum pernah jumpa saya lagi?”
“Err, yes. She sends you an apology though. Saying
that she’s sorry for declining you as her future husband.”
Durrah tak suruh minta maaf bagi pihak dia pun
sebenarnya, tapi sengajalah Wafeeq tokokkan. Nak positifkan
imej Durrah yang tentunya sudah tercalar di mata Adham.
Lagipun takkanlah dia nak beritahu ayat sebenar-benarnya
yang Durrah suruh dia sampaikan pada Adham?
“Tell him I have no interest in rich
brats who have never experienced any
hardships in life.”
Itulah yang Durrah suruh dia cakap dekat Adham.
Gila! Kalau Wafeeq cakap macam tu, mahu Adham
tersinggung!
“Dan lagi satu. Dia minta Encik Adham supaya tak
beritahu ibu bapa Encik Adham dan lebih-lebih lagi mama dia
tentang ketidakhadiran dia ni.”
Adham senyum cuma. Mengangguk kemudian
dengan senang hatinya, tanda setuju dengan permintaan
tersebut. Wafeeq yang melihat merenung pelik.
‘Eh? Kenapa pula dia senyum ni? Tak rasa
tersinggung ke dengan perbuatan Durrah yang kurang adab
sopan ni?’ Tertanya Wafeeq sendiri.
“She’s cute.”
Makin pelik Wafeeq dengar komen Adham. Tidak
tahan dengan rasa ingin tahu yang membuak dek melihat
reaksi Adham yang tenang, Wafeeq buka mulut.
“Encik Adham tak marah pada Durrah ke?”
“Taklah. Saya memang dah jangka pun dia akan
menolak, cumanya yang saya tak jangka tu bila dia hantar
orang lain untuk tolak bagi pihak dia.”
“Eh? Encik Adham tahu?”
Adham angguk.
“She’s very famous in the circle you know. For
rejecting every single guy that her mother tries to pair her
up with.”
Wafeeq senyum janggal. Hmm, ya tak ya juga kan?
Tak hairan kes Durrah yang tak henti hadiri blind date dan
tak henti juga menolak setiap satunya ni jadi perbualan
mulut orang!
“Tak apalah. Beritahu dia tak payah risau. Saya
takkan beritahu sesiapa tentang apa yang jadi hari ni.”
Wafeeq lega dapat tolong Durrah elak dimarahi
Datuk Dayani kerana tak datang blind date ini!
“Tapi beritahu juga pada dia yang saya tak terima
penolakan dia ni, sebab dia dah buatkan saya tertarik untuk
tahu lebih lanjut tentang dia.”
Wafeeq merenung keliru wajah Adham yang sedang
tersenyum penuh makna.

“MACAM MANA tadi? Okey?”
Adila merenung wajah Adham, penuh teruja.
Jongket-jongket keningnya. Tidak sabar hendak tahu lebih
lanjut tentang hasil pertemuan Adham dan Durrah tadi.
“Hmm... Kau rasa pertemuan aku dengan dia
berakhir dengan baik ke tak?”
“La, berteka-teki pulak dengan aku. Manalah aku
nak tahu!”
Adham gelak. Adila mencebik. Namun tak lama
kemudian dia kembali buat muka terujanya.
“Cepatlah cerita. Okey tak tadi? Durrah tu macam
mana orangnya? Baik tak?”
“Dia tak datang tunjuk muka pun, Dila.”
“Apa? Tak datang? Serius?”
Adham angguk.
“Tapi dia hantar wakil untuk beritahu yang dia reject
aku.”
Melongo mulut Adila.
“Serius??? Isy! Isy! Isy! Kut ya nak reject kau pun,
datanglah sendiri beritahu elok-elok. Ni boleh pulak hantar
wakil. Tak ada adab sopan langsung!”
Adham senyum dengar omelan kakak kembar tak
seirasnya itu.
“Tapi kiranya khabar angin tu memang betullah,
kan? Yang dia memang suka buat hal setiap kali attend blind
date. Hesy, tak faham pulak aku! Kalau dia tak suka hadiri
blind date, kenapa dia tak tolak aje dari awalnya kan? Ini tak.
Buat orang sakit hati aje.”
“Tak apalah, Ad... jangan sedih-sedih ya? Nanti kita
cakap dengan daddy dan mummy. Suruh carikan calon lain
pulak untuk kau.”
Adila pandang Adham sambil pamer riak simpati.
Bahu Adham ditepuk-tepuk kemudiannya. Tanda memberi
semangat, memikirkan yang adik kembar tidak seirasnya itu
rasa kecewa dengan penolakan Durrah.
“Eh? Siapa pula kata aku sedih?”
Adila kerut dahi.
“Maksud kau, kau tak sedih dengan penolakan
Durrah ni ke?”
Adham angguk mengiakan.
“Eh? Tapi bukan masa daddy tunjuk gambar Durrah
dekat kau hari tu, tanya kau berminat ke tak nak attend blind
date dengan Durrah ni, kau dengan senang hatinya setuju ke?
Jadi maksudnya kau berkenan dekat si Durrah tulah kan?”
“Tak adalah. Aku setuju tu bukan sebab aku dah
berkenan dengan dia, tapi sebab aku teringin nak jumpa dia.”
“Doesn’t that mean the same thing?”
“Maksud aku, khabar angin tentang dia suka cari
pasal dengan blind date dia yang tersebar selama ni yang
buat aku teringin nak jumpa dia. Aku nak confirmkan sendiri
sama ada Managing Director Il Diletto tu betul ke biadab dan
angkuh macam apa yang orang kata.”
“Hmm, macam tu ke? Ingatkan kau ada crush
dengan dia ke apa. Yalah, despite all the negative rumors
about her attitude, you easily agreed to this blind date kan.
Sebab tu aku fikir kau suka dekat dia. Rupa-rupanya sekadar
nak memuaskan rasa ingin tahu kau aje ya?”
Adham senyum, seraya angguk kepala.
“So sekarang kau dah tahu yang semua khabar angin
tu memang betul pun, kau puas hati ke?”
“Tak. Sebab aku masih belum dapat jumpa dia dan
confirm dengan mata kepala aku sendiri sama ada dia betul
seorang yang kerek atau tidak.”
Kening Adila jongket sebelah.
“Hai, dia buat macam ni dekat kau pun, kau still kata
kau tak confirm sama ada dia tu sombong ke tidak?”
Adham cuma senyum.
“So apa plan kau lepas ni?”
“Aku nak beritahu mummy dengan daddy yang aku
tak ditolak.”
“Maksud kau, kau nak beritahu blind date kau ni
berjalan dengan jayanya? Yang kau dan Durrah kononnya
decide untuk kenal lebih rapat antara satu sama lain?”
“Yup.”
“Hesy! Peliklah kau ni!”
“Can’t help it, Dila. She piques my curiousity.” Ah!
Entahlah! Adham sendiri tak tahu kenapa rasa ingin tahunya
tentang si pemilik nama Nur Durrah ini begitu membuak
dalam hatinya.
“Curiosity killed the cat you know.”
“But the satisfaction brought it back.”
Menggeleng Adila mendengar. Ada-adalah Adham ni!