DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 19 June 2023

Bibik High Class - Prolog

“KIRA, jangan menangis lagi sayang. Abang pun sedih anak kita meninggal. Dah ketentuan Allah, Dia pinjamkan kita anak kita hanya 15 tahun.” Dia memujuk isterinya yang masih tak berhenti menangis. Sangkanya, dengan membawa isterinya pulang ke Malaysia keadaan akan menjadi lebih tenang. Tapi sama sahaja.

“Bukan awak sorang aje yang sedih. Tu anak kita sorang lagi. Dia pun sedih. Dia rapat sangat dengan kakak kembar dia.” Dijeling cermin pandang belakang. Anak lelakinya sedang tertidur pulas.

Mereka baru sahaja pulang dari makan malam. Hujan sedang turun dengan lebat membuatkan dia lebih berhati-hati memandu. Ketika itu jalan sedang menuruni bukit.

“Dahlah anak kita dua orang aje. Allah ambil sorang, tinggal lagi sorang.”

“Ya. Jangan sampai yang sorang tu rasa dia hilang kakak dan juga hilang mak sekali gus!” Terpaksa dia berkeras dengan isterinya.

“Abang! Ada orang!”

Srettt!!!

Tubuh itu melambung tinggi sebelum jatuh terhempas ke jalan tar.

“Abang! Kita dah langgar orang. Dia tak bergerak. Dah mati ke?”


No comments:

Post a Comment