AKU
buat-buat selamba bila bertembung
pandang dengan Datuk Rafael di dalam lif. Dia juga tidak mempedulikanku. Padahal
hanya kami berdua sahaja di dalam lif. Anehnya, aku sendiri tidak tahu kenapa
aku tidak selesa dengan bos baruku ini. Mungkin kerana dia lelaki muda
sekalipun aku yakin dia jauh lagi tua dariku.
Tiba-tiba
handphonenya berbunyi. “You nak apa?”. Terkejut aku dengar suara yang kasar.
Tanpa salam.
“Hey come
on.. jangan jadi bodohlah.. you ingat I akan kalah”.
“Kalau
you nak bawak perkara ni ke mahkamah, semua bukti akan menentang you. You got that??”.
“I
tak pernah kalah dalam hidup I, Lea dan kali ni pun I tak akan kalah. Kalau you
rasa I akan putus asa, you silap besar”.
Aku
hanya mampu menikus. Suaranya menakutkanku.
“Syukur
I tahu perangai you yang sebenar dan ceraikan you. Kalau tak memang terseksa
hidup dengan perempuan yang kurang bermaruah macam you ni. I bagi amaran…jangan mimpi nak dapat dia. Kalau I perlu mati untuk
anak I, I sanggup”. Jeritannya kedengaran serentak dengan hempasan telefon ke
lantai lif. Aku meneguk liur. Siapa yang menelefonnya sehingga dia begitu
marah?
Apabila
lif terbuka, Datuk Rafael keluar terburu-buru. Err..aku melihat handphone yang
masih elok itu. Handphone mahal itu
berada di genggamanku.
AKU
kebingungan. Tidak tahu mengapa kepala asyik memikirkan Datuk Rafael atau lebih
tepat lagi masalah yang sedang dihadapinya.
Denagn
siapa agaknya dia bercakap sehingga suaranya seperti harimau lapar sahaja.
Handphone
di atas meja aku pandang. Bila nak bagi ni? Hatiku berbolak balik. Takut pula
aku hendak ke biliknya. Mahu dia memaki hamun aku kat situ, tak ke naya.
Aku
terkejut bila bunyi ringtone dalam Bahasa Inggeris yang aku tidak pasti
nyanyian apa dan siapa keluar dari telefon Datuk Rafael. Alamak! Ada orang
call.
Hasif’s calling.
Aku
biarkan sahaja tidak berjawab. Dan kemudian aku terkedu.
Papa’s calling.
Pun
aku biarkan.
Home’s calling. Beberapa
minit kemudian.
Lea’s calling
Aku
menelan liur. Sungguh famous lelaki ini. Bukan main ramai lagi yang
menelefonnya pagi-pagi buta seperti ini. Ini tidak boleh jadi. Mungkin
panggilan penting.
“Nak
apa?”. Urat sarafku tiba-tiba terasa kejang mendengar suara kasarnya. Nampaknya
Datuk Rafael benar-benar terganggu dengan panggilan yang diterima di dalam lif
tadi. Segala kekuatan yang aku bina sebelum melangkah masuk ke bilik ini lebur
serta merta. Bibirku kaku.
“Kalau
datang sini sekadar nak senyap. Get
out!!”. Kertas yang sudah diconteng dilempar ke bawah. Kasar betul.
“Maaf
menggangu, Datuk. Saya nak minta cuti separuh hari”.
Dia
pandang aku dengan pandangan tajam. “Are
you sure?”.
Aku
tidak jelas dengan soalannya namun aku iakan sahaja.
“Okay..Nanti I luluskan”.
“Terima
kasih”.
DISEBABKAN
aku tipu cuti separuh hari untuk menyelamatkan diri sebentar tadi, aku jadi tidak
tahu hendak ke mana. Malas lagi rasanya mahu pulang ke rumah. Ehmm..baik aku
pergi supermarket dulu. Beli apa yang patut.
Sampai
sahaja di Careffour, aku mengambil troli. Barang-barang keperluan aku capai,
antaranya bahan basah dan bahan kering untuk dapurku.
Aku
memandang sekeliling. Tidak ramai pengunjung hari ini. Mungkin kerana hari
bekerja. Tiba-tiba mataku tertancap pada satu pemandangan indah di hadapanku. Hatiku
jadi sedih melihatnya. Kelihatan seorang wanita mengandung sedang dipimpin sang
suami yang menolak troli. Senyuman bahagia terukir di bibir keduanya. Tentulah
bahagia lantaran bakal menimang bukti cinta mereka.
Hati
diserbu sayu. Untuk seumur hidup pun, aku tidak akan berpeluang untuk merasai
kehidupan itu lagi. Perasaan teruja mengandung dan membawa nyawa lain dalam
rahimku tidak mungkin terjadi lagi. Aku adalah perempuan mandul yang diceraikan
suami. Air mataku mencuri keluar.
Aku
meletakkan beg tanganku di sofa. Apartment Abang Hasif aku tuju. Sudah berkali-kali
aku menelefon abangku, tetapi tidak berjawab. Sibuk agaknya. Lalu, menggunakan
kunci pendua yang diberikan kepadaku, aku masuk ke apartment ini. Aku hendak
berehat di sini seketika bila mengenangkan apartment Abang Hasif tidak jauh
dari Careffour berbanding rumahku.
Berkerut-kerut
dahiku memandang sekeliling. Tergeleng-geleng aku dibuatnya. Inilah lumrah
hidup bujang agaknya. Tunggang langgang apartment ini. Pening kepala aku
melihatnya, aku segera mengemas serba-sedikit. Ruang tamu kusapu cermat. Pinggan
mangkuk yang berterabur di dapur aku basuh. Pakaian-pakaian kotornya aku
masukkan ke dalam bakul.
Huh..lega
bila akhirnya kulihat ruang rumah itu kembali bersih dan berseri. Aku masuk ke
bilik kedua yang menjadi tempat tidurku apabila aku dan Haikal datang
berkunjung.
Aku
tersentak. Bilik itu bersepah-sepah dengan pakaian, baju kemeja dan seluar
slack bergumpal di atas katil errr..dan seluar dalam abangku berterabur di
lantai. Aku menggeleng dengan sikap Abang Hasif. Dah la guna dua bilik. Dua-dua
langsung tidak teratur, bagaimana agaknya dia hidup?
Selesai
kerjaku, aku mengambil peluang berbaring di katil. Serentak, hidungku ditusuk
dengan bau wangian di katil. Hishh…kuat betul. Kugosok hidungku yang terasa
sakit dengan wangian itu. Aku terasa mengantuk, lalu dengan lafaz bismillah, mata
kupejam rapat.
SAYUP-sayup
kedengaran suara diruang tamu. Aku membuka mata, tersedar bahawa aku masih di
apartment Abang Hasif. Baru sahaja aku hendak membuka pintu, perbualan Abang Hasif
dan temannya mematikan langkahku.
“Relaks
la Raf”.
“Ni
bukan masa nak relaks okay. Aku tengah serabut ni. Kau bayangkan lepas bertahun
aku jaga anak aku tu, dia senang-senang je nak tuntut hak penjagaan. Dia gila
ke apa? Sif, aku tak boleh hilang dia. Mati aku kalau macam ni”. Kudengar suara
teman Abang Hasif yang kurasa sedang mengalami masalah.
“Perempuan
yang jaga body macam dia tak layak
nak jaga anak aku kay”.
“Alaa..kalau
bawak naik court pun, confirm kau menang. Cuba kau bincang
dengan peguam kau dulu”.
“Dah..kau
nak tahu apa dia cakap. Kalau aku tak ada bukti yang dia tu ibu yang tak
bertanggungjawab, aku mungkin akan kalah kes ni. Sebab budak tu masih di bawah
umur, so hak penjagaan lebih pada
ibu. Shit!!”.
“Why don’t you talked
nicely to Lea? Kau tu kalau dengar suara perempuan
tu, mulalah naik baran. Mana reti nak cakap elok-elok. Try call dia”.
“Sampai
mati pun aku tak akan cakap elok-elok dengan dia. Aku tak akan lupa apa dia
buat pada aku. Hati aku ni masih sakit”.
“Biar
aku yang try cakap dengan Lea. Remember she is my friend too. Bagi handphone kau. I don’t have her number”.
“Hilang”.
“Apa
yang hilang?!!”.
“Aku
dah campak masuk laut. Biar padan dengan muka perempuan tu. By the way, bila kau kemas apartment ni. Tak pernah-pernah aku
tengok suci bersih macam ni sejak kau bertapa dalam ni”.
Aku
hanya mendiamkan diri mendengar
perbualan dua manusia itu. Macam mana aku hendak balik? Astagfirullah.. aku
sudah terlepas solat Zohor nampaknya. Gila tidur mati.
“Eh,
ada miscall dari adik aku la. Kejap
eh”. Suara Abang Hasif kedengaran lagi. Nampaknya dia memang tidak perasan aku
menghubunginya tadi.
Handphone
ku tiba-tiba berbunyi. Alamak! Abang Hasif!
“Ada
orang lain dalam rumah ni ke? Ada bunyi dari bilik tu”. Teman Abang Hasif
bersuara.
Pintu
bilik dikuak. “Lina…bila Lina datang?”. Nyata Abang Hasif terkejut melihatku. Aku
tercengang. Bayang teman Abang Hasif yang seperti mahu masuk ke bilik
menyedarkan aku.
“Lina
nak pakai tudung dulu”.
“Okay..alang
tunggu kat luar”.
No comments:
Post a Comment