SEBAIK
kakiku melangkah ke luar. Abang Hasif terus memandangku. Temannya juga
berpaling. Dan aku bagaikan bisu. Jantungku berdegup kencang. Terkedu aku
melihatnya.
Datuk
Rafael!! Macam mana dia boleh ada di sini? Diakah yang bercakap dengan suara
serabut seketika tadi? Dia teman Abang Hasif. Aku beristigfar, terkejut dengan
kebetulan ini. Kulihat matanya juga tajam menatapku, seperti tidak menjangka
akulah adik kawannya itu.
“Kenapa
datang tak beritahu Alang? Boleh Alang kemas bilik”. Ujar Abang Hasif
membantutkan khayalanku.
Abang
Hasif kupandang dengan serba salah. Aku mahu pulang. ”Lina dah call Alang tapi tak ada orang jawab. Lina
pulang dulu la”.
“Lina
kemas apartment Alang eh”.
“Ya…tempat
tinggal Alang ni dah macam kapal terbalik. Sakit hati Lina tengok. Haa..bilik
yang Lina tidur tu…bergumpal dengan segala pakaian, seluar kecik alang. Lain
kali masukkan dalam bakul. Pemalas betul Alang ni”. Aku tidak sedar bila mulutku
mula membebel. Tapi aku memang begini. Aku pantang tengok barang bersepah.
Kening
kuangkat bila riak Abang Hasif berubah dan Datuk Rafael juga sama. Kenapa? Aku
silap tegurkah.
Abang
Hasif kemudian tersengih-sengih sahaja. “Lina..alang kenalkan ni roommate Alang dekat US, Rafael
Hamdani. Rafa…adik aku, Lina”.
Aku
perasan dia memandangku tajam dan aku hanya mendiamkan diri sahaja. Bagaimana
agaknya reaksi abangku bila tahu Datuk Rafael itu adalah bosku?
“Senyum
la sikit kat kawan Alang. Takut Rafa nanti”. Tegur Abang Hasif bila aku tidak
sedikit pun tersenyum pada Datuk Rafael.
“Lina
balik dulu. Dah lambat ni. Senang-senang nanti Lina datang lagi”.
Abang
Hasif berdiri. Tangannya kucium lembut. “Jaga diri elok-elok. Bawak kereta hati-hati.
Cium Haikal untuk Alang, okay”.
“Insyallah”.
Balasku.
“Tak
nak bye-bye kat kawan Alang?”. Abang Hasif
sengih jahat. Dia ini selalu buat lawak macam ni bila ada kawannya datang
rumah. Sengaja hendak mengenakan aku lantaran dia tahu aku ini dingin sekali
dengan lelaki.
Aku
hanya buat bodoh sahaja. Kudengar gelak tawa Abang Hasif disusuli dengan ketawa
kecil Datuk Rafael sebelum menutup pintu.
PEJABAT
kujejajaki lagi. Kali ini, aku nekad mahu memulangkan telefon bimbit Datuk
Rafael. Nanti tidak pasal-pasal aku dituduh mencuri telefonnya pula.
“Yes Bashira, have a
sit”. Suaranya sudah lembut, bukan seperti
semalam lagi.
Tanpa
berkata sepatah pun, handphone di
tangan kuletak di atas mejanya. Lama matanya menatap ‘hadiah’ku.
“Mana
you jumpa?”.
“Dalam
lif. Kan Datuk campak dalam lif semalam”.
Dia
tersenyum sedikit. “Bila I campak, I memang tak harap untuk jumpa lagi sebab I
dah beli yang baru semalam… Look”.
Tidak
berkelip mataku bila dia menunjukkan telefon barunya kepadaku. Begitu senang
rupanya bertukar harta. Ya! Kalau sudah kaya, petik sahaja jari, semua sudah
terbentang di depan mata.
Aku
tidak beraksi.
“Apapun..thanks sebab bagi balik handphone ni. As a token of appreaciation, why
don’t you take this handphone”. Bicaranya membuatkan aku terkejut. Dia mahu
menghadiahkan harta barunya itu kepadaku. Apa dia sudah hilang akal?
Pantas
kepala kugeleng. Aku bukannya telah menyelamatkan nyawa dia sehingga mahu
diberi hadiah mahal sebegitu.
“You don’t want?”. Soalnya.
Aku
menggeleng lagi. “Telefon saya masih okay.
Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu”. Aku tetap meletakkan handphone
lamanya di atas meja.
“Wait!! “.
Aku
menatapnya. Sungguh, aku tidak faham.. jika aku masuk biliknya, seringkali dia
menghalangku untuk keluar awal.
“I
still ada banyak masa untuk uruskan
kerja. I rasa I nak bercakap dengan you”.
Kami
saling bersabung pandang.
“Bashira..
I tahu you dengar perbualan I dengan bekas isteri I dalam lif semalam”. Ujarnya.
Aku diam. Sesungguhnya aku sudah dapat mengagak dengan siapa dia bercakap
semalam bila aku mencuri dengar perbualannya dengan Abang Hasif di apartment.
“Honestly... I terkejut bila I tahu you
adik Hasif. Sampai tak terkata apa. I am
telling you, abang you tu kawan I dari MRSM sampai US. We really made a great friendship. Dan I tak sangka adik kesayangan
yang dia selalu cerita pada I is you”.
Erk!
Aku tidak tahu mahu memberi komen apa.
“Abang
Hasif cerita pasal I?”.
“Yup..always. Pasal you yang selalu jadi
kesayangan dalam keluarga”.
Aku
tersenyum manis mengenangkan hal itu. Memang aku selalu disayangi dan dihargai
oleh ketiga-tiga abangku itu. Maklumlah, akulah satu-satunya adik perempuan
mereka.
Mata
kualih pada Datuk Rafael dan aku terpana kerana dia sedang menatapku dengan
pandangan… err.. aku sungguh tidak tahu
bagaimana hendak aku tafsirkan tatapan matanya
itu.
“Juga
pasal your ex-husband you. Apa nama
dia..ehmm..ehm..Oh Nizam, right”.
Berubah
rona wajahku. Aku tidak suka mendengar nama lelaki itu keluar dari mulut Datuk
Rafael. Aku mula berasa geram kepada Abang Hasif.
“Errr..sorry”.
Dia kelihatan tidak senang duduk bila melihat perubahanku.
“Saya
minta maaf Datuk.. tapi saya tidak suka cakap pasal ni..tambah-tambah lagi
mengenai bekas suami saya. Dalam hati saya, saya sudah tetapkan tidak mahu
ingat lagi pasal dia. Jadi tolong jangan cakap soal lagi”. Aku bersuara serius.
Kali ini, aku pasti aku perlu bertegas dengan Datuk Rafael. Aku benar-benar
tidak suka dia menceritakan atau bertanya hal peribadi aku seperti yang
dilakukannya ketika kali pertama aku bertemu dengannya.
“I’m so sorry Bashira”.
Ujarnya kelihatan kesal.
“Saya
maafkan. Tapi saya harap ini kali terakhir. Datuk, ramai orang tersalah sangka
dengan ucapan maaf. Mereka merasakan dengan sekali maaf, segala kesakitan akan
terpadam tapi tidak bagi saya kerana jika seribu kali pun Nizam merayu supaya
saya memaafkan dia, saya mungkin tidak mampu berkata ya”. Ucapku tiba-tiba. Air
mataku sudah bergenang. Aku tidak tahu mengapa aku menjadi sensitif begini. Mungkin
kerana nama lelaki yang ingin aku lenyapkan itu ditimbulkan lagi.
Aku
bangun. Tidak lagi memandangnya.
“Bashira…”.
Panggil Datuk Rafael.
Aku
menoleh.
“Sekali
lagi, I minta maaf. I juga pernah rasa apa yang you rasa. I tahu bagaimana
rasanya bila diri dikhianati. I faham betapa peritnya bila diri ditinggal
pergi”.
Ucapannya
buat aku terkelu sendiri. Aku mulai sedar, Datuk Rafael ini adalah lelaki yang
juga mengalami nasib sepertiku. Yang berbeza hanya jantina.
“ALANG
memang nak kena dengan Lina kan”. Terjahku sebaik panggilanku disambungkan.
Sakit hatiku dengan abang yang seorang ini. Aku tidak nampak di mana
kewajarannya dia bercerita tentang kisah hidupku dengan Nizam. Yang lain itu, boleh
aku terima tapi tidak tentang soal peribadi.
“Kenapa
dengan adik Alang ni?’.
“Alang
cerita pasal Lina dengan Nizam pada Datuk Rafaelkan”. Gesaku.
“Hah?..Datuk
Rafael? Siapa Datuk..? Rafa! You mean
Rafa??”. Dia seperti terperanjat.
“Ye..siapa
lagi.? Alang ni kenapa banyak mulut sangat cerita pasal Lina pada dia?”.
“Mana
adik tahu? Rafa cerita ke? Kat mana Lina jumpa dia?”.
Telefonku
rasa mahu jatuh dari genggaman. Aduh! Aku sudah terperangkap kerana sikapku
yang terburu-buru ini.
“Lina..Alang
tanya..bila Lina jumpa Rafa?”.
“Err..sebenarnya
kawan alang tu bos Lina”. Aku berterus terang lantaran tidak punya pilihan
lagi.
Serentak
itu, sakit gegendang telingaku disapa ketawa kuat Abang Hasif. Apa yang lucu
sangat aku tidak tahu.
“Patutlah
muka Rafa macam ayam berak kapur bila nampak Lina semalam. Pekerja dia rupanya.
Lina ni, kenapa tak beritahu Alang semalam? Ala..Lina sorry la..itu dulu..sekarang Alang dah tak cerita apa-apa lagi
pasal Lina kat dia. Dia banyak problem
sekarang”.
“Dia
ada masalah dengan bekas isteri dia kan Alang?”. Soalku mula mengorek rahsia.
Dia sudah tahu tentang kisah hidupku,jadi tidak salah rasanya kali ini aku pula
yang membalas dendam.
“Yup…Lea
tu nak tuntut hak penjagaan anak. Bengong la perempuan tu Lina.Kasihan Rafa, tu
mesti dengki sebab Rafa dah kaya raya sekarang ni”.
Aku
menyandar di kerusi. Aku tidak jelas lagi apa yang diterangkan kepadaku.
“Alang
cerita la kat Lina pasal dia”.
“Aik??
Interested nampak?”. Walaupun aku
tidak nampak muka Abang Hasif sekarang, aku pasti dia sedang tersenyum
mengusik.
“Habis
tu, alang dah cerita hal peribadi Lina kat dia…Lina nak juga tahu pasal dia”. Aku
seolah-olah memujuk. Aku rasa aku sudah kurang betul sekarang. Ini kali pertama
aku jadi tertarik untuk mengetahui kisah hidup seseorang.
“Ehmm…Alang
ringkaskan saja ye. Untuk pengetahuan Lina, Rafa tu kawan Alang..”. Gelaknya.
“Alaa…tu
Lina tahu la…”.
“Hmm..
okay.. Where to start ?.. hmm.. He’s
affluent man. Apartment Alang ni sebenarnya hak milik dia. Sebab banyak
sangat harta karun, dia bagi sedekah dekat Alang. Free of charge”.
Aku
terkedu mendengarnya. Begitu rapatkah mereka sehingga Datuk Rafael memberi
hadiah semewah itu?
“Tak
percayalah Lina”.
“Eh
budak ni..kita cerita tak nak percaya pulak. Betul…Alang dengan dia memang
kamceng dari dulu lagi. Semua kisah hidup dia ada dalam poket Alang ni ha…”
“Enam
tahun dulu Rafa bercinta dengan Lea tapi mummy dia tak suka. So, dia tinggalkan semua harta kekayaan
dia dan kahwin dengan Lea. Alang jadi saksi tau”. Nada suara Abang Hasif
kedengaran serius di telingaku.
“Masa
kahwin tu Lea tak tahu yang Rafa dah tak berharta lagi. Diorang bahagia lebih
kurang enam bulan macam tu. Lepas Lea dah tahu perkara sebenar, perempuan tu
buat hal. Nak gugurkan anak…dan akhirnya dia tinggalkan Rafa dengan anak dia
bila dah jumpa Englishman kaya dekat
US tu”.
“Sekarang
ni perempuan tu dah jadi gila balik. Dia nak rebut hak penjagaan anak Rafa.
Tapi Alang tahu tu mesti taktik dia supaya Rafa rujuk dengan dia. Remember bos Lina tu dah berdatuk-datuk
sekarang”.
“Actually, Rafael tu tiba-tiba jadi kaya
raya bila arwah atuk dia yang menetap di US ni bagi aset pada dia..
To simplify, mengikut surat peguam.. dia akan terima semua aset tu when he reached 25”.
Aku
jadi simpati pada Datuk Rafael bila mengetahui kisah hidupnya. Begitukah? Tentu
dalam sekali luka hatinya apabila
diperlakukan oleh wanita yang pernah dicintai separuh mati, sehingga sanggup
pula berkorban meninggalkan kekayaan di sisi. Tentu lukanya lebih parah dari
aku. Segala pengorbanannya tidak bermakna.
Kusangka
akulah yang paling menderita saat talak jatuh ke atasku setahun yang lalu. Namun,
aku silap menduga, Datuk Rafael sudah lama merasai keperitan itu. Hatinya lebih
dahulu menangisi kejamnya takdir yang menimpa diri. Tapi usahlah menyalahkan
takdir.. kerana sesungguhnya semua sudah tersurat.
No comments:
Post a Comment