DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday, 18 February 2022

Lovely Badass - Bab 5


IBARAT isi dengan kuku.

            Daddy, may I?” tanya Deborah dengan muka seposen sambil menayang kunci keretanya kepada sang ayah; kereta yang baru sebulan dibelikan oleh ayahnya. Tetapi tidaklah dia boleh menggunakannya sesuka hati.

            Lelaki tua itu memandang sekilas kepada anak daranya itu.

            “Pakai pakaian yang sopan, Deb. Kamu tu anak daddy. Kamu faham maksud daddy, kan?” ujar sang ayah yang tidak senang dengan anak daranya mengenakan seluar pendek dengan baju ketat tidak berlengan.

            Sorry, daddy...” ujar Deborah perlahan.

            “Nanti adik kamu Desiree ikut juga. Daddy tak suka kamu berpakaian macam wanita tidak beradab,” tekan sang ayah.

            “Okey. I tukar,” balas Deborah.

            Lelaki tua itu terus berlalu ke atas sambil menggelengkan kepala. Deborah segera ke biliknya untuk menukar pakaian. Kali itu dia mengenakan seluar panjang jean dan baju-T putih.

            Setelah itu, si kakak pergi mengajak dua adiknya ke McD terdekat dengan rumah mereka. Bergegas Benjamin menyarung baju-T ke tubuhnya untuk mengikut kakaknya keluar. Si Deborah sudah menunggu dalam Honda CRVnya. Setelah ternampak dua adiknya keluar dari rumah, dia sengaja meletakkan telefonnya di celahan pintu dalam keadaan merakam. Bersedia hendak membuli adik lelakinya lagi.

            Ketika si adik mahu masuk ke dalam kereta, Deborah mengenakan kedua-dua adiknya dengan cara yang sama dia dikerjakan Benjamin beberapa hari yang lalu. Lagu ‘I Feel Good’ dipasangkan di pemain lagu keretanya dengan volume yang sudah dikuatkan. Akibatnya Benjamin terjongkang antara pintu kereta akibat terkejut. Desiree ikut terkena getahnya. Sudah duduk di kerusi belakang, akibat terkejut sangat, dia terjatuh semula di luar kereta.

            Deborah mengilai sambil menekup wajah di stereng dengan gelagat dua adiknya itu.

            Idiot,” ucap Desiree bengang. Hanya Benjamin sahaja yang diam sambil memandang kakaknya ketawa. Tidak sedar telefon kakaknya sedang merakam dirinya tadi.

            “Oh, my God... sorry. I can’t help it,” ucap Deborah masih dengan sisa tawanya.

            “Lain kali jangan ambil idea I,” ucap Benjamin geram dengan kakaknya.

            “I tak kisah pun,” Deborah menjawab selamba sebelum menggerakkan keretanya keluar dari kawasan rumah.

            Tiga beradik itu menghabiskan masa di McD berjam-jam. Sehingga ke lewat petang barulah Deborah mengajak pulang. Itu pun kerana dia sudah terlalu banyak menelan air bergas. Bukan main laju memandu untuk pulang. Rasa macam hendak terkucil benar. Tadi dia menolak untuk menggunakan tandas di restoran itu kerana rasa hendak melepas itu tidak berapa kuat benar.

            Namun ketika mendekati kawasan rumah, ada bonggol jalan. Deborah sengaja menekan brek secara mengejut ketika adiknya sedang leka. Akibatnya, remaja itu terdorong ke hadapan bersama bekas minuman di tangannya. Air di dalam bekas itu menyimbah seluar pendeknya. Deborah menahan gelak sambil memandang ke hadapan.

            Oh, my God... I really need to pee now,” ucap Deborah cuba menahan gelak. Bimbang jika dia gelak, terkencing dalam seluarlah dia.

            Benjamin menjeling bengang. Sempat terpandang kakaknya meletakkan telefon di pintu kereta. Sudah tentulah itu sudah dirancang semenjak tadi lagi. Sebaik sahaja tiba di rumah, timbullah tanduk setan si Benjamin apabila dia dikerjakan kakaknya dua kali semenjak tadi.

            Dia terus keluar dari kereta dan mencicit berlari ke arah rumah. Deborah juga mencicit ke arah yang sama kerana hendak terkencing benar. Namun sampai di pintu, pintu utama itu berkunci. Dan dia memang tiada membawa kunci rumah sama sekali.

            “Ben... bukalah pintu!” laung Deborah sambil terkepit-kepit.

            Oh, my God... oh my God... I’m gonna pee in my pants,” ucap Deborah agak panik. Lagi panik, lagi kuat rasa hendak terkucilnya.

            “Ben, bukalah pintu... mommy!!!” Deborah memekik. Rasa nak nangis pun ada dengan hati keras adiknya. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi. 

            “Ben, janganlah bergurau macam ni. Bukalah pintu ni!!!” Desiree pula memekik dek kerana kakaknya sudah tidak tentu arah benar. Tidak tahan sangatlah itu agaknya.

            Benjamin di dalam sibuk merakam gelagat dua kakaknya itu merayu-rayu di depan pintu. Dia buat keras sahaja sehingga akhirnya Deborah berlarian ke arah lain kononnya untuk ke pintu belakang. Namun sudahnya si kakak berlari ke arah rumput. Dan Deborah melepas di dalam seluar!

            Desiree terpaku.

            “Oh, my God... Deb! You bergurau ke ni???” ucap si adik. Pada usia 24 tahun, kakaknya itu terkencing di dalam seluar seperti budak umur 3 tahun.

            “Apa??? I dah tak tahan, okey!” tekan Deborah bengang dan malu. Dia tidak terkata saat pintu dibuka, ibunya keluar untuk melihat keadaannya.

            “Inilah kamu... kamu suka sangat membuli adik-adik. Tengok apa dia buat,” ucap Puan Sri Elisabeth kepada anak daranya itu.

            Mommy, dia sengaja buat macam tu. Kejamnya,” adu Deborah.

            Mommy tak mahu sebelah sesiapa. Kamu nakal, dia ikut perangai kamu. Dia rasa perbuatan itu tiada salahnya kerana kamu mengajarnya begitu,” ucap wanita berusia hujung 40-an itu.

            Deborah diam pula. Sedar dia yang menyebabkan adiknya buat begitu kepadanya.

            “Ambilkan tuala untuk kakak kamu. Jangan hanya berdiri di situ!” tekan wanita itu kepada anak keduanya pula.

            Masuk ke dalam rumah, Benjamin bukan main senang hati lagi duduk di ruang tamu seperti orang tak bersalah. Desiree sempat melintasi adiknya dan disebatnya kepala adiknya itu dari arah belakang. Benjamin yang baru hendak membuka permainan di TV menoleh. Dia sempat menyeringai kepada kakaknya tanda sudah menang.

            Mommy...” tegur Benjamin saat terpandangkan ibunya masuk. Wanita tua itu menjeling kepada anak lelakinya itu.

            Benjamin mula bangun.

            “Deb suka buli I,” adu Benjamin.

            “Kamu pun sama saja,” wanita itu membalas.

            Benjamin mula menayang wajah kecewa kerana Puan Sri Elisabeth tidak menyebelahinya.

            Setelah Deborah masuk ke dalam rumah, Benjamin menyeringai jahat.

            Screw you!” ucap Deborah bengkak hati dengan adiknya yang membalas dengan balasan yang agak kejam.

            “Love you,” ucap Benjamin sebelum dia duduk semula di sofa.

            Usai membersihkan diri, Deborah duduk di katilnya. Sempat membelek telefon. Ada sapaan ‘hai’ dari satu nombor di WhatsApp. Dia menjawab segera.

            Who is this?

            Seterusnya dia keluar dari bilik. Terserempak pula dengan ayahnya.

            Mommy kamu kata, kamu terkencing dalam seluar,” kata orang tua itu.

            Mommy beritahu semua orang!” tekan Deborah membuatkan Tan Sri Nusret ketawa spontan.

            Deborah turun ke bawah mencari adiknya. Namun Benjamin tiada di sofa. Dia hanya ternampak Benjamin bercakap dengan seseorang di hadapan pintu pagar yang terbuka luas. Deborah menyarung selipar untuk mendekati adiknya.

            “Hai, Deb...” sapa Amirah sebaik sahaja ternampak kakak Benjamin.

            “Hai... coming in?”

            Its okay. I singgah sekejap aje,” jawab gadis yang sebaya dengan Benjamin itu.

            Mommy you ada ke?” tanya Deborah sambil memandang kereta di seberang jalan.

            “Tak. Pak Cik Samad yang drive.”

            “Go homelah,” celah Benjamin seakan-akan mahu memendekkan perbualan antara Amirah dengan kakaknya.

            “Bye, Deb...” ucap Amirah lantas melambai Deborah. Dia sempat mengerling teman lelakinya itu. Benjamin hanya memandangnya dengan wajah selamba.

            “Kenapa you layan dia macam tu???” ucap Deborah setelah Amirah berlalu.

            Benjamin mencebik sambil berpaling untuk masuk ke dalam rumah semula. Tiada jawapan diberikan kepada Deborah.

            “Ben? Apa yang dah jadi?” tanya Deborah lantas mendekati adiknya itu.

            Mommy dengan daddy tak suka,” jawab Benjamin perlahan.

            “Kenapa?”

            Benjamin hanya angkat bahu. Dia masih bersekolah. Ramai pula peminat. Ayahnya dapat tahu dia berkawan rapat dengan Amirah, ayahnya tidak suka. Salah satu sebabnya, dia harus menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.

            “You sukakan dia tak?” tanya Deborah.

            “Tak lagi,” balas Benjamin.

            “Senangnya! Hari tu melayan, sekarang tak suka dah?” ucap Deborah kesal dengan adiknya. Adiknya itu baru berusia 17 tahun, tetapi susuknya seperti sudah 20 tahun. Pantaslah selalu bersalin teman wanita.

            Benjamin kembali memandang kakaknya. Dia mahu mengatakan sesuatu tetapi entah kenapa tidak terluah. Ada sebab mengapa ayahnya tidak sukakan Amirah.

            “Kenapa? Dia tu kan menarik...”

            Benjamin mengeluarkan telefonnya dan dia menunjukkan Deborah satu gambar yang membuatkan Deborah terkejut. Gambar Amirah di suatu tempat yang dia rasa kelab hiburan. Gadis itu sedang berdansa. Dan Benjamin menunjukkan satu lagi gambar yang diberikan oleh rakannya sebelum ini kepada kakaknya itu.

            “Itu Amirah ke?” tanya Deborah. Gadis itu tampak seperti sedang mabuk.

            “Apa pendapat you?” ucap Benjamin lantas mengangkat bahu.

            Deborah tidak terkata sebelum memandang adiknya semula. Namun kemudian dia memaut bahu adiknya itu. Manusia di KL ini ada bermacam-macam rupa. Walaupun keluarganya berketurunan Yahudi, tiada sesiapa dalam keluarganya mengambil alkohol.

            “Are you okay?” tanya Deborah perlahan.

            “I’m fine,” ucap Benjamin lantas memeluk bahu kakaknya. Mereka menuju ke dalam bersama. Lagipun dia dengan Amirah bukannya bercinta benar. Suka-suka berkawan sahaja. Orang nak ada makwe, dia pun nak ada juga.

            “Rasa macam minggu depan nak pergi cyclinglah. Malam ni kita keluar nak?” tanya Deborah.

            “Stop teasing me.” Benjamin menoleh kepada kakaknya dengan pandangan semacam.

            Deborah ketawa. Dia tahu perintah berkurung ketat untuk Benjamin kerana bakal menduduki SPM hujung tahun ini.

            “Lets race...” Belum habis Benjamin melontarkan kata-kata, Deborah dah memecut ke dalam rumah.

             Benjamin ikut memecut sehingga mereka berdua berasak-asak di pintu rumah. Akibatnya, Deborah jatuh terduduk akibat berlanggar dengan tubuh sasa adiknya itu.

            Benjamin kononnya mahu meninggalkan kakaknya di situ. Tetapi Deborah sempat mencapai hujung seluar pendek si adik. Sudahnya, seluar Benjamin terlondeh. Yang tak menahan, dia tidak pakai seluar dalam. Deborah ternampak punggung si Benjamin itu.

            Sorry. Sorry.” Deborah lekas melepaskan seluar itu. Benjamin lekas menarik seluarnya naik semula. Dia memandang kakaknya yang ketawa berdekah-dekah setelah ternampak punggungnya.

            “Gila!” cemuh Benjamin geram.

            I didn’t mean too. Wooo... sexy white ass. I’m gonna tell the whole world about it,” ucap Deborah lantas menyambung gelak. Dia berlari meninggalkan Benjamin yang menahan malu.

            “Tak guna!” desis Benjamin sebal.

 

PESANAN WHATSAPP yang sudah dibalas oleh pengirim itu tidak dipedulikan oleh Deborah pun. Dia tidak ada membacanya. Sapaan ‘hai’ yang diterimanya pada hari Sabtu lalu adalah daripada Zalman. Dia hanya mula peduli mesej itu pada hari Isnin ketika hendak ke pejabat bersama ayahnya.

            Awal pagi lagi sudah kecoh rumah itu. Benjamin sudah siap dengan uniform sekolah ketika Deborah turun ke bawah. Desiree mungkin masih sibuk mengoles gincu di bibir. Nak ke kolej pun harus kelihatan seperti mahu menyertai pertandingan ratu cantik. Begitulah perangai mak cik seorang itu.

            “Mommy, I nak pergi sekolah,” ucap Benjamin lantas mengucup pipi ibunya sebelum dia berlalu ke pintu utama. Ada bas akan datang menjemputnya.

            Tan Sri Nusret sempat memandang si anak.

            Bye, daddy. Bye, Deb. Bye, Desiree...” ucap Benjamin tanpa memandang ayah dan kakaknya itu.

            Sang ayah terus memandang gelagat anak lelaki kesayangannya itu.

            See you, Ben,” ucap Deborah kepada adiknya.

            Benjamin seperti tidak dengar balasan kakaknya. Bas sekolah sudah sampai pun di hadapan rumahnya. Bergegas dia menyarung kasut dan berlari keluar.

            Can I drive my car today, daddy?” tanya Deborah setelah Benjamin hilang daripada pandangan mata mereka.

            Up to you,” balas Tan Sri Nusret tanpa memandang anak daranya itu.

            Deborah mula menyeringai seronok. Sedikit demi sedikit ayahnya memberikannya kebebasan. Dia sudah boleh memandu sendiri. Selama ini paling dekat dia boleh memandu hanya ke restoran McD dekat dengan rumah mereka. Sedih, kan?

            “Jangan balik lewat dan jangan lupa berhati-hati,” pesan sang ayah saat menoleh kepada anak sulungnya itu.

            “Okey. Terima kasih, daddy.

            Ketika di dalam kereta, belum sempat memulakan pemanduan, telefon bimbitnya dihubungi oleh Zalman. Gadis itu segera menjawabnya.

            What can I do for you?” tanya Deborah sambil menilik mukanya di cermin pandang belakang.

            “Kenapa you tak balas pun mesej I?” tanya Zalman dalam nada kecewa.

            “Sorry, waktu I dengan famili, I jarang layan orang luar,” jawab Deborah.

            “So cute,” ucap Zalman kedengaran lunak.

            “Pardon?” balas Deborah.

            “I mean... I suka. You seorang yang mementingkan keluarga daripada orang lain,” jawab Zalman.

            “Tanpa famili kita bukan sesiapa, kan?” jawab Deborah.

            “Betullah tu,” jawab Zalman lembut.

            “Ermm... I baru nak drive ke ofis. Can we talk later?” pinta Deborah. Ayahnya sudah pergi, dia masih berada di rumah.  imbang kena bambu pula jika dia lambat sampai ke pejabat.

            “Siapa lelaki ni?” ucap Deborah seorang diri. Tidak sangka lelaki itu bersungguh-sungguh mahu menyapanya. Berani pula lelaki itu mendekatinya sedangkan satu pejabat tahu dia anak sulung Tan Sri Nusret.

            Setiba di pejabat, Deborah ternampak lagi lelaki tempoh hari. Langkah kakinya jadi pendek. Dia tidak tahu apa dibuat oleh Zalman di hadapan lif. Lelaki itu bersandar di dinding sambil berseluk poket.

            Zalman tersenyum setelah ternampak Deborah berjalan ke arahnya.

            “Hai,” sapa Zalman.

            “Hai...” jawab Deborah lantas menaikkan tangan mahu menekan butang ke atas. Namun Zalman lebih cepat= menekannya.

            “I pun nak naik.”

            “Kenapa I masih nampak you kat sini?” tanya Deborah.

            “Kalau boleh naik berdua, kenapa kena naik seorang?” jawab Zalman sedikit nakal membuatkan Deborah ketawa.

            “Macam mana dengan hujung minggu you?” tanya Zalman.

            “Busy. I selalu dengan adik-adik I,” jawab Deborah sambil memandang pintu lif yang terbuka. Mereka masuk bersama-sama.

            “Berapa ramai adik-adik you?”

            “Dua. Kami hanya tiga beradik,” jawab Deborah perlahan. Dia menekan butang 11. Zalman pula di tingkat 9. Kali itu mereka berpandangan pula.

            “Berapa lelaki berapa perempuan?” tanya Zalman.

            “I hanya ada seorang sahaja adik lelaki,” balas Deborah.

            Lelaki itu mengangguk sedikit. Tampak sikapnya yang ramah dan mengambil berat, mengusik sedikit hati perempuan itu.

            “I tak ada banyak masa untuk menunggu. I want to ask you out,” ujar Zalman.

            “You mean a date?” jawab Deborah.

            Zalman menoleh semula kepada gadis itu sebelum dia keluar dari lif.

            “Yes... a date,” jawab Zalman. Dia lekas menahan pintu lif yang mahu tertutup. Menanti jawapan tatkala Deborah kaku tanpa tahu apa yang hendak dijawabnya kala itu.

            “I akan jawab nanti,” balas Deborah akhirnya.

            “Okey. Jumpa lagi, sweetheart,” ucap Zalman lantas tersenyum. Pintu lif itu dilepaskannya. Sebelah matanya dikenyitkan nakal membuatkan Deborah mengerutkan kening dengan gelagat nakal lelaki itu.

            Deborah menghela nafas panjang setelah ditinggalkan bersendirian oleh lelaki itu. Entah kenapa, dia merasa dirinya naif apabila didekati Zalman padahal bukanlah dia tidak pernah berhadapan dengan lelaki yang menyukainya semenjak zaman remaja.

            Dalam bayangan Deborah, tiba-tiba dia terkenangkan Ahmad Iqmal Masree. Namun dia menghela nafas panjang, cuba memadamkan bayangan itu dari mindanya. Itu sekadar cinta monyet sahaja.

            Ketibaannya disambut oleh sapaan daripada beberapa kakitangan yang bertembung dengannya.

            “Miss Raymond,” tegur Amiza sambil mengekori Deborah ke biliknya.

            “You kenal tak dengan seorang staf Meridian Property, nama Zalman?”

            “Zalman Hassan ke?” jawab Amiza sambil memandang ketuanya dari arah belakang.

            “I tak tahulah nama penuh dia. You kenal ya?” tanya Deborah sambil menoleh sekilas kepada gadis itu.

            “Kenal sangat tu taklah. Kenal nama aje pun,” jawab Amiza.

            “I see...” balas Deborah perlahan.

            Saat duduk di kerusinya, Amiza menunjukkan beberapa fail di atas meja. Meridian Property... Estate... Tan Sri Cameron mahu you tengok semua ni.”

            “Untuk apa?” tanya Deborah lantas memandang Amiza. Sempat terpaku melihat fail itu. Bertimbun! Sempatkah dia membacanya?

            “Lebih baik you baca. Dia senang naik angin bila you tercengang tak tahu apa yang dia cakap dalam meeting nanti. Kalau dia petik nama projek itu ini, you mesti dah tahu projek mana yang dia cakapkan,” pesan Amiza.

            “Okey.” Deborah menghela nafas panjang.

            Berjam-jam gadis itu duduk di kerusi. Ke tandas pun tidak. Seram mendapat bos yang agak garang seperti lelaki mat salih itu. Namun dia terganggu dengan mesej daripada seseorang. Benjamin... adik lelakinya!

            “Deb,” suara anak muda itu kedengaran di corong talian.

          Ya, ada apa?”

            Ermm... can you come to my school? I need you to save my ass,” soal Benjamin agak payah.

            What’s wrong with you?” Deborah menilik jam tangannya.

            I need you to help me here.”

            Kening Deborah berkerut. Seperti ada sesuatu yang berlaku kepada adiknya.

            “You ada masalah dengan siapa, Ben?”

            Ermm... principal,” balas Benjamin perlahan.

            “Apa???” tekan Deborah lantas memandang ke hadapan.

          “Please, can you come?” rayu Benjamin tanpa memberitahu apa sebabnya dia meminta kakaknya datang ke sekolah.

            “Okey.” Deborah terus bangun lalu meninggalkan biliknya bersama beg tangannya. Sempat meninggalkan pesan kepada Amiza yang dia ke sekolah adiknya.

            Namun di lobi, dia terserempak lagi dengan Zalman. Lelaki itu bertanyakan tentang jawapan soalannya pagi tadi. Deborah tidak begitu menghiraukan pertanyaan itu.

“I nak jumpa adik I, Ben... sorry.” Deborah terus berlalu membiarkan Zalman tercengang sendirian.

            Agak sesak trafik menghala ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, tempat Benjamin menimba ilmu. Ketika dia sampai di pejabat sekolah, adiknya sudah berada di sana. Belum sempat Deborah pergi bertemu pengetua, adiknya sudah menunjukkan satu surat yang seharusnya diberikan kepada ibu bapanya.

            Deborah terpaku memandang Benjamin setelah membaca surat itu.

            “So, you panggil I datang sini sebab ini???” tekan Deborah mula berang dengan adiknya.

            This is the problem,” ucap Benjamin.

            Your problem. Not mine,” jawab Deborah kesal.

Benjamin menggaru pipinya sambil membaca kertas itu semula.

            “Nanti daddy marah,” ujar Benjamin perlahan.

So, what? Terima ajelah. You nak I buat apa?” jawab Deborah. Dia juga melalui keadaan yang sama suatu masa dahulu. Tiada sesiapa datang menyelamatkannya.

            “Boleh tak you pergi jumpa Mrs. Goh dan bercakap dengan dia? I bukannya malas. Bahasa Melayu bukannya senang. I’m not really interested in Bahasa Melayu composition,” ucap Benjamin perlahan. Sekarang dia mengharapkan kakaknya dapat menyelamatkannya agar ayahnya tidak perlu datang ke sekolah.

            Deborah menghela nafas panjang. Keputusan ujian percubaan kertas Bahasa Melayu Benjamin tidaklah teruk benar dengan keputusan B- yang diterimanya. Tetapi ayahnya akan melihat itu dahulu. Tetapi ayahnya akan perasan jika mereka menyembunyikan sesuatu daripadanya.

            “You need to deal with your problem, Ben. This is not right,” ucap Deborah tetap enggan menggantikan kedudukan ayahnya untuk bertemu dengan pengetua.

            Riak wajah Benjamin berubah sedikit. Nampaknya dia harus juga membentangkan slip keputusan itu kepada sang ayah di rumah nanti dan bersedia dimarahi.

            Come on... ini bukan pengakhirannya. Jadilah lelaki yang berani,” pujuk Deborah lembut. Dia memegang pundak adiknya.

            Benjamin meraup rambutnya. Rasa takut pula hendak pulang ke rumah.

            Daddy takkan bunuh youlah,” ucap Deborah perlahan. Dia menarik lengan adiknya agar berlalu dari situ segera.

            Di dalam kereta, Deborah meluahkan cerita tentang seorang lelaki bernama Zalman kepada adiknya itu. Benjamin mula menyeringai apabila mendengar kakaknya bakal ada pakwe sedikit masa lagi. Namun caranya menyengih membuatkan Deborah jadi tidak tentu arah.

            “You sukakan dia?” tanya Benjamin.

            “Kenal pun tak,” jawab Deborah.

            “Ya, you sukakan dia,” balas Benjamin lantas memandang ke hadapan. Yakin telahannya benar.

            “I tak kenal dia, Ben.”

            “Jadi, kenapa kita bercakap pasal dia?”

            Deborah sudah mula terdiam. Tidak tahu apa yang hendak dijawab kepada adiknya itu. Namun dalam diam dia terkenang seseorang yang pernah ada dalam fikirannya. Sayangnya, lelaki itu tidak pernah mengatakan menyukainya selama ini. Lebih parah lagi, dia tidak tahu pun di mana lelaki itu sekarang. Deborah menghela nafas panjang untuk meredakan rasa hatinya.

            See? You’re blushing! Oh, God... you’re in love,” ujar Benjamin lantas ketawa seronok.

            “Macam mana you dengan Amirah?” tanya Deborah pula.

            “Tak ada apa-apa yang menarik pun.” Benjamin baru sedar, dia tidak memikirkan langsung tentang gadis itu sepanjang hari ini. Namun dia kembali memandang kakaknya.

            So, first date?” tanya Benjamin dengan sengih nakal.

            Deborah menjeling adiknya dengan senyum malu. Benjamin ketawa seronok. Sekilas gelagat Deborah, dia sudah tahu maknanya.

            “I love it!” ucap Benjamin. Dia tahu kakaknya juga sukakan lelaki yang diceritakan itu. Kacak orangnya mungkin.

            First love?” tanya Benjamin sambil memandang Deborah yang sedang memandu.

Deborah mengangkat bahu.

            “I tak tahu, Ben. Aneh sangat,” ucap Deborah.

            “Kenapa?” tanya Benjamin.

            Deborah menayang wajah keliru. Bagaimana seseorang boleh menjadi resah dan menyukai seseorang dalam masa yang begitu singkat? Pelik, kan?

            “I cuma bercakap sekejap sahaja dengan dia. Tapi I rasa... dia seorang lelaki yang menarik.”

            “So, kita perlukan berapa lama untuk jatuh cinta kepada seseorang?” tanya Benjamin bersungguh-sungguh. Dia pun tidak tahu jawapan sebenarnya. Dia tidak pernah terfikir selama ini kenapa dia menyukai Amirah dahulu. Dia hanya suka sahaja.

            “I wish I know, Ben... I wish I know,” jawab Deborah perlahan.

No comments:

Post a Comment