DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 20 September 2018

Mencari Jalan Pulang - Bab 6

PINTU bilik diketuk.
“Zie, jom solat.” Mia menjengulkan wajah di balik
pintu.
Aku menggeleng.
“Kau solatlah.”
Mia diam. Akur. Perlahan-lahan pintu bilik ditutup
kembali.
Everytime... semenjak Mia sudah mula sembahyang,
pintu bilik aku selalu diketuk Mia, mengajak aku sembahyang
bersama. Kadangkala sehari sampai 5 kali dia mengajak. Naik
rimas aku dengan perlakuannya itu. Mana mungkin aku ingin
menerima ajakannya. Aku ini sembahyang pun tidak pernah.
Tidak tahu. Aku sendiri tidak faham kenapa manusia perlu
sembahyang. Aku juga tidak suka menjadi orang hipokrit.
Buat hanya mengikut ajakan orang. Kalau begitu lebih baik
tidak payah buat. Jujur saja dengan diri sendiri.
Tin bir aku teguk kasar. Assignment Computing
1A sudah hampir siap. Lebih seminggu aku memerah otak,
berkurung di dalam bilik menghadap laptop menaip coding.
Keluar pun hanya untuk makan. Itu pun kalau Mia masak.
Kalau tidak, aku order saja Domino's dan makan di dalam
bilik sambil membuat kerja.
Planner yang ditampal di dinding sebelah meja studi
kutatap. Cuti winter akan tiba lagi seminggu. Semester ini
pula aku hanya ada 2 kertas untuk peperiksaan akhir. Cuti
awallah nampaknya. Berkira-kira ingin mengisi cuti dengan
aktiviti yang menarik.
Nota tulip Izzat pagi tadi nampak lain sedikit
daripada biasa. Tiada kata-kata berbentuk wishes, tetapi lebih
pada pelawaan. Setelah hampir sebulan rutin menghantar
bunga dan kadangkala diiringi dengan jambangan coklat yang
besar, masih lagi tidak dapat mencungkil respons daripada
aku. Agaknya hari ini dia cuba-cuba juga untuk memulakan
langkah yang seterusnya.
Vivid sydney to Bennelong tonight?
I'll pick you up at 7. It's a date :-)
P/s: Wear red if you’re still angry,
white if you are not.

Isi nota itu aku renung kembali. Sekarang ini sedang
berlangsung festival Vivid Sydney selama sebulan. Festival di
mana kota Sydney dari Darling Harbour sehingga ke Circular
Quay yang menempatkan Opera House diterangi dengan
cahaya-cahaya abstrak pada binaan bangunan-bangunan di
situ.
Aku faham sangat maksud nota Izzat. Dia ingin
membawa aku pusing keliling pesta Vivid sebelum berhenti
makan di Bennelong, sebuah bar restoran mewah yang
terletak di dalam Opera House. Aku pernah sekali sahaja
menjejakkan kaki di situ, bersama Mia ketika ulang tahun
kelahirannya pada Mac lalu.
Baju warna apakah yang patut aku pakai malam ini?
Merah atau putih?
Laptop kembali kutatap. Jari-jemari kutekan pada
papan kekunci. Menyiapkan baki assignment sebelum bersiap
sedia untuk janji temuku malam ini.

OPERA HOUSE aku tatap tanpa berkelip. Kagum. Binaan
unik di hadapanku ini reka bentuknya terlalu memukau.
Ditambah lagi dengan lampu yang terpancar di bumbungnya
membentuk corak-corak abstrak, membuatkan keindahannya
sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Izzat di sebelah hanya diam. Turut menikmati
pemandangan yang jarang sekali dapat dilihat. Tersenyum
aku melihat wajahnya yang jelas takjub itu. Terhibur.
Beberapa ketika selepas itu, kami melangkah masuk
ke dalam Bennelong, mengambil tempat duduk di meja
yang ditunjukkan oleh pelayan yang menyambut kami di
hadapan pintu masuk restoran. Mujur Izzat sudah membuat
tempahan, kerana suasana di dalam restoran tersebut agak
padat, tetapi tidak sesak.
Selepas memesan makanan, pelayan tersebut
menuang wain merah ke dalam gelas kami sebelum beredar.
Terus gelas tersebut aku capai dan aku teguk perlahan,
menikmati after taste wain yang lembut dan kompleks.
Terasa seperti diperhatikan, aku pantas mengalihkan
pandangan daripada wain merah di dalam gelas ke arah Izzat
di hadapan. Ternyata dia sedang tersenyum memandang
segala tingkah lakuku.
Aku mengangkat sebelah kening.
“There is something on my face?”
Dia tergelak.
“Erm... it's just... your attire today. What exactly do
you want to tell?”
Terukir senyuman nakal di wajahku lalu aku
menjongketkan sebelah bahu, membiarkan Izzat membuat
tafsiran sendiri.
Kemeja putih kain nipis yang kubiarkan tidak
berbutang sehingga ke dada, menampakkan sedikit lurah
di dada, disaluti blazer tebal putih, dipasangkan dengan
seluar panjang separas buku lali berwarna merah, dan kasut
tumit tinggi juga daripada warna yang sama. Padanan itu
disempurnakan lagi dengan clutch ringkas berwarna hitam
dan rantai leher halus berwarna emas. Inilah attire aku yang
sedang difahami oleh Izzat ketika ini.
“I just assume you still ada marah sikit-sikit,
but overall you look fine and happy. I'm glad,” ucap Izzat
perlahan.
Tepat. Sungguh, dia memang faham dengan apa
yang aku rasakan saat ini.
“I cuma rasa bersalah dengan diri I kalau I terus
maafkan you dan lupakan segala apa yang you dah buat
selama ni. Maybe I should restrain myself a little bit, just to
make sure not to fall in the same trap again,” balasku jujur.
Izzat diam sebentar, kemudian mengangguk faham.
“Tak apa. I faham. Semua ni tentang kepercayaan,
kan? I khianati you, so kepercayaan you pada I dah hilang.
But I believe I will gain that trust from you again. It's just a
matter of time.”
Aku senyum sinis.
“Well... people say trust is like a paper. Once it's
crumpled, it can't be perfect again.”
Izzat menundukkan pandangannya. Tiada jawapan
balas. Aku tahu dia rasa bersalah. Aku faham sangat dengan
Izzat. Dia lelaki yang bertanggungjawab. Kesalahan yang
dia lakukan dia akan akui, dan dia takkan mencipta alasan
semata-mata untuk lari daripada perbuatannya. Itulah salah
satu sikapnya yang membuatkan aku menyayanginya.
Tidak lama selepas itu, makanan yang dipesan pun
tiba. Kami menikmati hidangan sambil berbual kosong; saling
bertanya khabar setelah sekian lama tidak berkesempatan
untuk meluangkan masa bersama. Perbualan berkisar
tentang kehidupan aku setibanya aku di sini, penerimaan
orang sekeliling, dan juga perniagaan keluarga Izzat yang
kini diuruskan oleh dia dan adik lelakinya.
“How's Mia doing?” soal Izzat sambil menyuap
daging ke dalam mulut.
Terdiam aku mendengar soalan itu. Perlahan-lahan
pisau dan garpu di tangan aku letakkan di pinggan, dan gelas
wain aku capai. Mencecap perlahan sambil berfikir. Dalam
hati muncul juga soalan yang entah ke berapa kali aku tanya
pada diriku sendiri sebelum ini; apa dah jadi dengan Mia?
Tadi sebelum aku keluar dari rumah, aku lihat dia
dan Mariam sedang duduk di atas lantai karpet di ruang
tamu, saling berhadapan. Pelik juga, sofa ada, lantai juga yang
dipilih. Dan masing-masing sedang memegang dan membaca
sebuah buku kecil yang tebal. Teringat pula perbualan antara
mereka...
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
agar mereka beribadah kepada-Ku (51:56). Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, aku
hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka berkata,
apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak
dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih
memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman,
sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui
(2:30).”


“Ingat Mia, kita ni sebagai manusia diciptakan bukan
tanpa sebab. Berdasarkan dua ayat tadi, tujuan Allah ciptakan
kita ada dua. Pertama, untuk menjadi khalifah. Kedua, untuk
beribadah kepada-Nya. Bila kita ingat dan faham akan tujuan
kewujudan kita di dunia ini, maka barulah kita ada semangat
untuk terus hidup. Sebab kita tahu, hari-hari yang kita lalui ni
bukan sia-sia, tapi dipenuhi dengan tugas yang diberikan oleh
Tuhan. Sekarang saya nak tanya Mia soalan. Apa kegunaan
utama pen?”
“Untuk menulis.”
“Apa jadi kalau pen tak ada dakwat?”
“Tak boleh digunakan untuk menulis.”
“Fitrah pen itu sendiri ialah dakwat. Tanpa dakwat,
pen tak berguna. Jadi, apa pula fitrah manusia?”
“Maksud Mariam?”
“Biar saya jelaskan sedikit. Apa beza manusia yang
hidup dengan yang mati?”
“Nyawa. Roh.”
“Betul. Manusia hidup kerana adanya roh dalam
jasad. Tanpa roh, jasad akan kaku; tak berguna. Jadi, fungsi
roh sama seperti dakwat pen tadi. Menghidupkan kegunaan
jasad.”
“Jadi, fitrah manusia ialah roh?”
“Hampir tepat. Fitrah manusia ialah roh yang
mengabdikan diri kepada Tuhannya. Roh yang ingin kembali
kepada Penciptanya.”
“Saya kurang faham.”
“Roh yang ada dalam jasad kita bukan sekadar roh,
Mia. Tapi roh ini datang daripada Tuhan. Maka sebab itu
rasa untuk bertuhan itu normal bagi manusia, baik Muslim
ataupun bukan Muslim; kerana fitrah manusia itu sendiri
ialah roh yang ingin menyembah Tuhan.”
“Jadi, adakah manusia yang berpaling daripada
menyembah Tuhan itu adalah manusia yang melanggar
fitrah?”
“Tepat sekali. Roh kita ni ingin sekali melaksanakan
dua tujuan penciptaan yang kita bincangkan tadi. Tapi
sayangnya, manusia ini sangat mengikut hawa nafsu syaitan
yang selalu ingin membawa manusia lebih jauh daripada
Tuhannya. Dari situ hadirnya kekontangan jiwa, kerana roh
kita sedang dibawa melawan arus tujuannya.”
“Zie?”
Tersentak aku daripada lamunan. Hilang segala
imbasan perbualan Mariam dan Mia. Wajah Izzat kembali
muncul di hadapan mata.
“You okey?” tanya Izzat sedikit risau.
“Yeah I'm good.”
“Ada apa-apa jadi ke antara you dengan Mia?”
Aku melepaskan nafas berat.
“Mia nampak lain sejak kebelakangan ni.”
Dahi Izzat berkerut.
“Lain? Maksud you?”
Aku terdiam sejenak. Mencari ayat yang sesuai.
“She looks more... reserved.”
Izzat pandang aku pelik.
“Reserved macam mana?”
“She seems to have more faith now.” Aku meneguk
wain sebelum menyambung, “... in God.”
“Really?” Izzat sedikit terkejut, tidak percaya.
“How?”
Aku jongket bahu.
“I don't know. It was so sudden. She met someone
yang alim dan baik. Lepas tu dia terus berubah. Dia banyak
spend masa dengan budak tu. Dia nampak tak berapa happy
bila I minum depan dia. And yang lagi buat I pelik, dia
sembahyang.”
“What?” Hampir tersembur wain yang diteguk Izzat.
“Sampai macam tu sekali? What happened to her?”
“Weird, right? Entahlah. I pun tak faham.” Aku
melepaskan keluhan berat. “Maybe she's already found
something in life,” sambungku separuh menggumam.
“Tak masuk akal...” komen Izzat.
“Apa?”
“I cakap tak masuk akal.”
“Kenapa?”
“We don't need no God to find something in life.
You determine your own life. Bukannya orang lain. Not even
so-called God.”
Aku pandang Izzat tidak percaya.
“Apa maksud you?”
Izzat pandang aku sekilas sebelum kembali
memotong daging di pinggan.
“Maksud I, dalam dunia ni tak ada pun istilah Tuhan,
Zie. Yang ada cuma kita. Only us.”
Aku terkedu.
“You tell me, kalau ada Tuhan, kenapa dalam dunia
ni ada orang miskin; kenapa ada orang yang lapar; kenapa ada
peperangan; kenapa bad things happen?”
Diam.
“You tengok orang-orang yang sembah Tuhan, yang
tunduk cium tanah tu semua, what have they achieved?
Orang-orang macam tu bukannya ada apa-apa pun. Yang
diaorang tahu cuma minta, minta, dan minta. Minta pada
benda yang tak wujud, sebab tu hidup melarat macam tu.”
Diam.
“You tengok macam you dengan I. We don't have to
do anything. Tak perlu sembahyang, tak perlu pergi Mekah
doa macam-macam, but we already have everything in our
life. Tak adil, kan? Sebab tu I cakap, there's no such thing as
God.”
Aku tak tahu nak balas apa. Aku hanya mampu
terpaku memandang wajah Izzat yang sedang enak
mengunyah makanan.
‘Jadi, adakah manusia yang berpaling
daripada menyembah Tuhan itu adalah
manusia yang melanggar fitrah?’
Terngiang-ngiang soalan yang Mia ajukan kepada
Mariam tadi. Saat ini, kedudukan Izzat yang selama ini begitu
tinggi di mataku terus jatuh serendah-rendahnya. Entah
kenapa, aku sendiri tidak tahu.
Hidangan di dalam pinggan terus kubiarkan tidak
berusik. Hilang selera. Aku hanya mampu meneguk wain
berulang kali sehingga mabuk. Dan date kami berakhir tanpa
kusedari apa yang terjadi selepas itu...

No comments:

Post a Comment