DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 14 December 2021

Darlingku Miss Youtuber - Bab 1

 

ALRIGHT, guys. Dont forget to hit the like button and subscribe my channel. Turn on the notification bell also. Bye!”

Suraya menekan butang jeda pada video. Dia segera membuat senaman ringan untuk melegakan sengal-sengal ototnya. Sudah hampir dua jam dia menghadap komputer untuk menyunting video yang bakal dimuat naik di akaun YouTube rasminya.

Akaun YouTube dijengah seketika untuk melihat jumlah tontonan, jumlah subscriber dan komen-komen daripada penonton. Tidak sampai 2 hari, video terakhir yang dimuat naik sudah menjangkau angka lebih 2 juta tontonan.

Suraya bersyukur. Komen-komen pun kebanyakannya positif sahaja. Ada yang terhibur apabila dia meletakkan segala bentuk meme yang kelakar. Ada juga yang terhibur dengan keletahnya yang agak gila-gila itu.

D

Kanta permata (2 days ago)

Aku suka kalau Yaya buat video

reaction lagi. She's hilarious XD.

Dunia Baru (2 days ago)

Hai Kak Yaya. Saya subscriber baru.

Kenapalah baru sekarang saya

jumpa channel Kak Yaya. Ruginya!

Mr. Solero (2 days ago)

How many memes do you want to

put in it?

DIY BlackWhite (2 days ago)

Sis, nanti buat reaction video

seram. Ramai suka tengok video

reaction ni.

Faizal Firi (56 minutes ago)

Nanti buat streaming game pulak.

Main game Unravel. Game tu betul

heartwarming.

Diara Aldara (1 day ago)

Jarang betul saya nak subscribe

youtuber dari Malaysia ni. Tapi sis

punya content bestlah. Lepas tu,

saya perasan jugak sis tak pernah

nak OOTD kat IG sis.

 

Suraya hanya tergelak kecil apabila membaca komen-komen mereka satu per satu. Segala kandungan dan kandungan video, semuanya bergantung pada permintaan subscriber.

Masalah terbesar untuk menjadi seorang Youtuber adalah untuk menghasilkan kandungan yang menarik bagi mendapatkan jumlah tontonan yang ramai. Sebab itulah di saluran Yaya Su, pelbagai kandungan Suraya sajikan kepada penontonnya. Ada mukbang, cover lagu, reaction video, cerita seram, resipi masakan, tip kecantikan dan banyak lagi.

Seusai selesai menyunting video, Suraya segera memuat naik video tersebut ke dalam akaun YouTubenya. Tetapi videonya itu diprivasikan dahulu kerana dia sudah menyusun jadual dan menetapkan harinya untuk memuat naik video baharu.

Suraya segera bangun lalu menuju ke katilnya. Jam dinding sempat dikerling. Sudah pukul 4 petang.  Video promosi dan review produk pula sudah lama disunting. Tinggal mahu dimuat naik di Instagram sahaja. Itulah kerjanya sejak 5 tahun yang lalu. Menjadi seorang YouTuber. Pada mulanya, memang sangat susah kerana Suraya tidak berapa mahir mengenai hal pengeditan video dan digital. Dia sangat berterima kasih kepada kawan karibnya iaitu Syeera kerana mencadangkannya untuk menyertai kursus dalam bidang pengeditan. Jadi, sedikit banyak Suraya dapat ilmu baharu itu.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Tersentak Suraya daripada lamunannya. Dengan malas, dia terus menuju ke pintu bilik lalu tombol pintu tersebut dipulas. Pintu tersebut dibuka. Kelihatan Amanda iaitu editor videonya dan merupakan rakan baiknya sedang berdiri di  hadapan pintu.

“Kau buat apa? Lepas makan tadi terus berkurung dalam bilik,” tanya Amanda.

Suraya menunjukkan monitor komputernya. Amanda terus sahaja duduk di kerusi untuk menonton video yang baru diedit oleh Suraya tadi.

“Makin banyak meme kau letak,” ujar Amanda tersengih-sengih.

Suraya hanya tergelak kecil.

“Itu pun aku ikut cadangan kau. Kau yang ajar dulu macam mana nak edit meme dekat video. Kalau tak, memang video aku sendulah sepanjang masa,” Suraya berkata sambil melabuhkan duduknya di atas katil.

“Oh ya... tadi si Asyraf Kholid telefon aku. Dia nak ajak kau shooting video untuk channel YouTube diaorang. Dia cakap nak main satu game prank. Dia harap sangat kau terima.”

Suraya menjulingkan matanya ke atas. Bukan dia tidak tahu apa niat sebenar penggiat YouTube yang menjengkelkan itu. Suraya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali sahaja dia bekerjasama dengan Asyraf Kholid. Lelaki itu hanya mementingkan jumlah tontonan sahaja tanpa mengira adab dan hukum agama.

Suraya pernah bekerjasama dengan lelaki itu dalam satu penggambaran drama pendek untuk saluran YouTube mereka. Dia tidak menyangka pula bahawa produksi mereka menyediakan satu banglo besar yang memuatkan kesemua kru produksi tanpa mengira lelaki dan perempuan. Suraya agak tidak selesa. Dia sanggup mengajak Amanda untuk sewa di bilik hotel sahaja.

Haih... aku tak nak dah. Dia ni tak ada content yang lebih berguna lagi ke? Asyik nak buat video prank aje. Aku tak naklah. Aku tak berapa selesa dengan diaorang punya management. Kau faham kan maksud aku?”

Amanda hanya mengangguk faham. Dia sendiri pun tidak berapa suka dengan pengurusan kru produksi Asyraf itu. Lelaki dan perempuan berpegangan tanpa rasa malu. Ada juga mereka menyuruh beberapa orang pelakon wanita untuk membuka tudung semasa penggambaran drama mereka. Dan sebelum mereka melakukan projek drama, Asyraf dan krunya mesti mengadakan satu parti mini.

“Kau tak rasa pelik ke, Yaya? Asyraf tu macam nak rapat dengan kau. Dia asyik ajak kau join content YouTube dia. Aku rasa, Asyraf tu suka kat kau. Banyak aje lagi Instafamous lain yang boleh dia ajak, tapi kau jugak yang dia cari. Something fishy,” ujar Amanda sambil mengurut dagunya.

Suraya hanya diam sahaja. Bukan Amanda sahaja yang perasan akan hal itu. Kawan-kawan penggiat YouTube yang lain pun perasan akan hal yang sama. Ada juga beberapa orang kawan Asyraf mengatakan bahawa lelaki itu ada perasaan cinta terhadapnya. Tetapi Suraya tidak mengendahkannya.

“Entahlah. Aku malas betul nak layan dia. Dia tu muda daripada aku. Okey... aku tahulah umur bukan penghalang. Tapi... entahlah. Aku rasa tak selesa. Aku malas nak fikir bab-bab cinta ni,” jawab Suraya malas. Kepalanya dilabuhkan di bantal.

“Kau malas nak fikir ke atau belum move on?”

Suraya terus bangun semula daripada perbaringannya. Soalan tersebut seperti berbaur sindiran sahaja.

Kelihatan Amanda mengangkat sebelah keningnya sambil bibirnya menguntum senyuman sinis. Ya... Amanda tahu mengenai kisah cintanya terhadap Zariq yang hanya bertepuk sebelah tangan. Jadi Suraya faham maksud tersirat soalan Amanda itu.

“Tak ada kena-mengena dengan Zariq tu. Aku dah move on, okey. Kau jangan nak buat muka macam tu,” ujar Suraya berbaur amaran.

Amanda hanya mencebik sahaja. Dia memang tidak akan percaya Suraya boleh move on. Dia tahu kawan baiknya masih lagi menyimpan perasaan terhadap lelaki yang bernama Zariq itu.

Suraya pula hanya memandang siling sahaja. Tiba-tiba, memori pahit 5 tahun yang lepas muncul dalam benaknya. Dia tidak tahu apa yang terjadi setelah dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada syarikat minyak wangi itu dahulu.

Keluhan kasar dilepaskan. Mungkin juga Zariq sudah berkahwin dan hidup bahagia dengan isteri tercintanya.

No comments:

Post a Comment