DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 8 March 2018

Polaroid - Bab 5

“ARA, kau ada tengok WhatsApp group tak?”
“Group yang mana? Aku tak tengok telefon lagi
tengah hari ni. Telefon aku tinggal kat atas. Apasal?”
“Group geng UTHM. Dia orang cakap result dah
keluar. Dah boleh check kat portal.”
Tangan yang sedang mengacau air untuk tetamu
yang merangkap rakannya itu terus terkaku. “Kau serius ke
apa ni?”
“Aku seriuslah wei. Dah bising kat group ni.”
Tiara mendekat ke arah Mek Yah yang berada di atas
kerusi meja makan di ruang dapur rumahnya. Dia melihat
apa yang mata kawannya itu lihat. Ditelan liur. Terasa lain
macam debaran untuk tahu keputusan peperiksaan pada kali
ini. Sebelum ini, dia hanya selamba sahaja untuk menerima
apa-apa keputusan.
“Weh, kau melamun ke apa? Aku dah rasa nak
menggigil ni.” Mek Yah menyiku lengan Tiara yang dilihatnya
seperti sudah terbabas daripada realiti.
“Isy, kau ni. Jomlah kita check. Laptop aku kat atas.”
Mek Yah angguk laju. Setuju. Mereka terus
melangkah naik ke tingkat atas. Dibawa sekali air teh O panas
yang baru siap dikacau bersama goreng pisang panas yang
pembantu rumah Tiara baru angkat dari kuali.
Sampai sahaja di dalam bilik, tidak menunggu
lama mereka terus membuka laptop. Masing-masing
berpandangan dan bibir kedua-duanya membuat gerakan
membaca ‘bismillah’.
“Weh nervouslah. Apasal lain sangat aku rasa nak
check result kali ni. Biasa okey je. Ni seram semacam pulak.
Result aku tak comel ke? Matilah aku kalau tak boleh grad.
Tak sanggup dah aku nak ulang sem dan tunggu grad tahun
depan.”
“Kau ni cakap pakai otak, boleh tak? Fikir dulu. Ni
cakap ikut sedap mulut je. Kang Allah makbulkan cakap kau
tu, haru je.”
Tiara geram dengan kata-kata Mek Yah. Dia juga
menyembunyikan debaran untuk melihat keputusan. Apabila
kawannya itu bercakap sesuatu seperti itu, terasa sedikit
goyah. Dia bukan risau tak dapat konvokesyen. Dia tahu pasti
dia akan lulus semua subjek. Cuma untuk kali ini, targetnya
lain. Dia mahu 4 flat, dekan. Dia mahu buktikan kepada Zafril
yang dia mampu tunaikan kata-kata lelaki itu supaya menjadi
kenyataan.
“Cepatlah wei. Masuklah portal. Kau melamun apa?
Mehlah aku buat. Aku check yang aku punya dulu.”
Tiara bersetuju. Dia beralih sedikit ke tepi.
Memberikan laluan kepada Mek Yah. Laman portal universiti
dicari. Kemudian terus diakses masuk ke dalam laman yang
disediakan khas untuk pelajar.
Setelah butiran pelajar dimasukkan, mereka
merenung skrin laptop dengan mata yang terbuka
luas. Berganda luas daripada biasa. Keputusan Mek Yah
terpampang di ruang mata. Gadis itu bangun dengan lutut
yang goyah. Dia jatuh terduduk. Tiara tak menghiraukan. Dia
terus memandang keputusan milik kawannya.
“Wei, kau tak salah masukkan nombor matrik orang
lain ke ni? Tapi... nama kau dah betul kat sini.”
Mek Yah yang bernafas tercungap-cungap memegang
dadanya perlahan. Terasa senak di bahagian itu. Dia mencari
ruang untuk dia menghembuskan nafas seperti orang yang
normal.
“Wei, kau kena heart attack ke asma ni?”
Tiara pandang wajah pucat Mek Yah. Kalau ditoreh
dengan pisau, belum tentu wajah itu akan berdarah.
“Result tu aku punya, kan? Kau nampak seperti apa
yang aku nampak, kan?” Mek Yah menyoal Tiara.
Tiara senyum. Dia mengangguk. “Tahniah! Kau
dapat 4 flat. Walaupun aku rasa tak nak percaya tapi memang
mata aku sendiri yang tengok. Memang tak boleh dah aku
nak nafikan.”
“Aku nak pengsan boleh tak?”
“Dah, tak payahlah nak drama sangat. Bangun.
Nanti kau dah boleh canang pada dunia yang result kau 4 flat.
Debaran aku ni yang tak lepas lagi ni.”
Tiara ambil laptop dan dia memasukkan pula
maklumat dirinya. Beberapa detik kemudian, dia pula yang
tercengang. Mek Yah bingkas bangun. Dipeluk kawannya itu
dengan penuh rasa teruja. Dicium wajah Tiara bertalu-talu.
Tiara menepis muka kawannya itu supaya tidak
menghalang pandangan pada skrin laptop. Dia menelan
liurnya berkali-kali. Darah terasa laju berlumba naik ke
kepala. Mungkin perasaan sebegitu yang dirasakan oleh Mek
Yah seketika tadi.
“Kita berjaya Ara. Kita grad dengan dekan kali ni.”
Tiara sengih lambat-lambat. Baru dapat hadam
dengan baik realiti sebenar. Sungguh dia tak sangka. Saat itu
juga dia terbayang wajah lelaki yang dipanggil Encik Zafril.
Kemudian dia senyum.
“Syukur alhamdulillah.”
Mereka berdua kembali berpelukan. Tak disangka
hakikat itu milik mereka. Terasa indah dunia.

ZAFRIL MENGAMBIL telefon yang berada di tepi buku yang
berselerak di atas mejanya. Dia mendail nombor seseorang.
Semalam dia teringat untuk menghubungi sahabat lamanya
itu tapi tidak berkesempatan sebab terlalu sibuk dengan
urusan kerja.
“Assalamualaikum Zaf.”
Zafril tersenyum panjang saat mendengar lelaki
di hujung talian memberi salam. “Waalaikumussalam Dr.
Zairul.”
“Blahlah kau panggil aku macam tu. Dah lupa aku
kan? Sejak pergi hari tu ni baru call.”
“Sebab aku tak lupalah aku call ni. Kau tu tak ada
pulak nak call aku.”
“Dah kau yang nak pergi sangat. Kaulah yang kena
call.”
“Ada pulak macam tu. Mana adil!”
Mereka berdua gelak. Senyuman masih tidak hilang
di wajah Zafril. Terbayang wajah Dr. Zairul. Seperti lelaki
itu ada di depan matanya. Sangat jelas gambaran wajahnya.
Sahabat yang banyak membantu dirinya sepanjang dia
berkhidmat di UTHM. Jasa lelaki itu akan sentiasa mekar
dalam hatinya.
“Adil ke tak adil tetap kena jadi adil sebab aku yang
cakap. Ni kau telefon aku kenapa? Nak siasat pasal apa?” Dr.
Zairul gelak dengan kata-katanya sendiri. Kedengaran di
halwa telinganya yang Zafril juga turut sama gelak.
“Tak adalah aku nak siasat pasal siapa pun. Cuma
nak tanya khabar kau. Rindu aku dengan kawan yang banyak
berjasa dengan aku ni.”
“Ha, jasa-jasa kau jangan sebut. Aku memang
angin kalau orang ungkit pasal jasa ni. Nampak sangat nak
menidakkan keikhlasan dan ketulusan hati aku ni.”
Zafril gelak tak ingat. Memang kawannya itu di
mana-mana pun akan selalu dengan loyar buruk. Tak pernah
nak berenggang. Dia ketawa lagi.
“Bye the way, thanks a lot sebab tanya khabar aku.
Sihat walafiat lagi aku ni. Alhamdulillah... mujur ada Pamoga.
Aku minum produk Dato’ Seri Vida tu sihat je badan. Rasa
segar setiap kali bangun pagi.”
Zafril gelak besar. Zairul... Zairul...
“Ni Dato’ tu bayar kau ke apa sampai kau nak
iklankan produk dia tu kat aku.”
“Apa pulak iklankan kat kau. Mana ada. Aku
menjawab soalan kau. Dah tanya khabar aku sangat. Apa
daa...”
“Apa-apa jelah Rul. Student macam mana? Result
akhir diaorang dah keluar kan?”
“Ya, semua dah keluar. Diaorang pun dah check
online. Lima orang students kita dapat 4 flat.”
“Wah, hebat! Siapa?”
“Lokman, Hakim, Rosdi, Mek Yah dan Tiara. Dia
orang berlima tu dapat dekan.”
“Tiara? Mek Yah?”
“Ya. Yang bab Tiara tu aku tak hairan sangat sebab
dia memang budak bijak. Mek Yah tu yang aku tak sangka.
Dapat juga dia 4 flat. Selama ni pointer tak sampai tiga pun.
Memang strugglelah tu diaorang study sampai dapat result
gempak macam tu.”
“Rezeki. Dapat juga dekan si Tiara tu.”
“Aik? Lain macam je bunyi. Kenapa nama tu pulak
yang disebut?”
Zafril gelak. Dia menggelengkan kepala. Sendiri lucu
dengan dirinya. Ayat Dr. Zairul juga seperti memerli dirinya.
“Tak adalah. Aku cuma teringatkan arwah adik aku.
Teringin nak tengok dia grad dengan anugerah dekan. Tapi
nak buat macam mana kan, takdir Allah ambil dia lebih awal.
Setidak-tidaknya dia sebagai pengganti, walaupun memang
kami tak ada kena-mengena. Tapi kau pun tahukan yang
muka arwah sebijik dengan muka Tiara.”
“Yalah, aku faham. Aku gurau je tadi. Takziah Zaf.
Aku bukan sengaja nak mengungkit ingatan kau kat arwah.
Aku tak sensitif langsung bila cakap pasal Tiara tadi. Rindu
pulak aku dengan arwah Tania.”
“Tak adalah Rul. Aku okey. Pasal Tiara tu sebenarnya
aku memang target dia dapat dekan untuk last sem. Tak
sangka jadi kenyataan. Sebagai bekas lecturer dia, aku happy.
Mesti arwah Nia pun happy kalau dia tahu.”
“Kalau arwah ada lagi aku yakin yang dia pun akan
dapat dekan.”
“Thanks Rul. Allah lebih sayangkan dia. Lagipun
aku cukup bersyukur bila dia pergi. Aku dah tak sanggup nak
tengok dia menderita lawan penyakit dia tu. Aku yakin yang
alam dia tempuh sekarang ni akan bahagiakan dia.”
“Insya-Allah Zaf. Kita doa yang baik-baik.”
Zafril menyambut bicara itu dengan hati yang
lapang. Dia senyum sedikit.
“So, macam mana life kau sekarang? Dah ada
makwe?”
Zafril gelak. Lucu dengan soalan tiba-tiba kawannya
itu. “Tu soalan cepumas ke apa? Tiba-tiba je.”
“Yalah. Dah berbulan tak call. Aku tengok kat
Facebook pun kadang-kadang. Tak sempat. Busy. Manalah
tahu dah ada makwe. Makwe Sabah ramai yang cun. Takkan
masih tak melekat kut?”
“Adoilah Rul. Apalah kau ni. Kau ingat nak cari
makwe ni boleh cari tepi jalan eh? Boleh usyar kat pasar?”
“Dah tu kau pergilah usyar kat pulau-pulau yang ada
kat sana. Penyambut tetamu kat chalet ke... someone yang
check-in kau kat chalet tu ke. Boleh dia check-in masuk
dalam hati kau sekali.”
“Adoiii! Sudahlah Rul. Tak habis sembang dengan
orang loyar buruk macam kau ni. Nanti ada masa aku call
lagi. Aku ada kerja sikit ni.”
“Jangan bila ada masa. Tapi bila dah ada makwe, baru
call aku.”
“Wah... kau punya request macam aku ni esok je
bakal dapat makwe.”
“Eh, mana tahu. Kalau Allah izin, jadi je.”
Zafril kerutkan keningnya. Sudah penat dia nak
melayan kawan yang buat rahangnya lenguh sebab ketawa.
“Okeylah Rul. Assalamualaikum.”
“Yalah. Waalaikumussalam.”
Talian dimatikan. Zafril melihat pada skrin telefon.
Dia senyum sendiri. Dia melepaskan nafas yang panjang.
Ingatannya memaparkan wajah Tiara dan wajah Tania.
Kemudian jarinya menari mencari aplikasi Facebook. Nama
Tiara dicari.

No comments:

Post a Comment