DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 14 January 2019

Walimatulurus Aku & Dia - Prolog






Maha suci Allah yang menjadikan
kejadian semua berpasangan dari sesuatu
yang tumbuh di bumi, dari mereka
(manusia) dan dari sesuatu yang mereka
tiada mengetahui.
-Surah Yasin: ayat 36-

KEDEPAK, kedepak! Kedebum, kedebum!
Kedepak, kedepak! Kedebum, kedebum!
Bunyi kompang menguasai majlis. Aku langsung
menurunkan lengan baju kurung yang disingsing sikit ke
atas tadi. Awal pagi lagi aku sudah ke sini untuk merewang.
Sampailah sekarang ni, hah.
Rajinkan aku?
Sebenarnya aku kena paksa dengan tok. Kalau tak
ikut mahu dicepuk punggung aku ni nanti. Katanya daripada
aku duk menganga depan TV buat perangkap lalat di rumah
tu lebih baik ikut dia ke sini mengeratkan hubungan bersama
penduduk kampung.
Huh, yalah tu. Masalahnya aku aje yang paling muda
belia di rumah kenduri ni.
“Pengantin mai dah weh... cepat-cepat!”
Dua orang perempuan sedikit tua daripadaku berlari
menuju ke pintu dapur. Tidak melepaskan peluang melihat
pengantin bersanding, aku pun ikut serta juga berdiri di situ.
“Amboi, amboi... segak depa noh. Dua-dua sepadan.
Umpama buah nyok dibelah-belah!” kata seorang perempuan
yang berdiri di sebelah aku. Kemudian ketawa di hujung
ayatnya.
Ada pula kelapa dibelah-belah. Bergeleng kepala aku
sebelum membuang pandang ke arah pasangan pengantin
yang kini sudah duduk di atas pelaminan. Wajah mereka
berseri-seri! Bibir pula tak lekang dengan senyuman. Bahagia
dengan jodoh ini. Mungkin...
Mataku naik melirik ke langit biru.
Ya Allah, bila Engkau nak pertemukan aku dengan
bakal jodoh aku ya?
“Aduh!” Tak payah teka siapa yang tampar punggung
aku ni. Memutarkan biji mata ke atas, badan kubawa pusing
ke belakang.
“Tok ni! Suka sangat tampaq Dinda dekat situ.
Malulah kalau orang tengok. Awat?” Kaki aku hentak-hentak
sebelah. Sebal.
“Orang kelui (panggil) dari tadi sampai nak terkeluaq
anak tekak dia buat tak tau saja. Hang nak balik rumah, kan?”
Aku jatuhkan kepala.
“Ni hah, ambil! Tuan rumah bagi. Bawa balik sekali.
Sat lagi abang hang sampai mesti dia lapaq. Kutlah dia tak
makan tengah hari lagi.”
“Yalah.” Tangan menyambut huluran itu. Lupa pula
aku yang Abang Dika balik ke kampung hari ni.
Hairannya, abah ada di sini. Habis siapa pula yang
pergi jemput dia di stesen bas Shahab Perdana tu? Dia balik
naik teksi kut. Aku buat andaian sendiri.
Sampai pada skuter comelku, plastik yang terisi
lebihan nasi kukus dan lauk kenduri disangkut pada tengkuk
motor.
“Tu dia... baru nampak rupa. Lama sungguh Cik Mat
tak tengok hang. Bila balik sini? Habis dah ka belajaq tu?”
“Minggu lepas cek balik sini, Cik Mat. Alhamdulillah,
habis dah. Tunggu result tengok lagu mana nanti.”
Cik Mat, kawan abah aku ni tersengih menunjukkan
barisan giginya yang tidak teratur. Bibir pula hitam. Itulah
suka sangat minum kopi dan hisap rokok.
“Tak apa. Doa banyak-banyak dekat Allah. Mesti
elok punya result hang tu nanti. Lagipun, anak Amrun kan
bijak-bijak belaka. Elok-elok bawa motor tu nah.”
“Baik, Cik Mat.”
Aku menghidupkan enjin skuter. Sepanjang jalan
aku menguntum senyuman. Sebab hati ni manyak senang
ma. Rasa bahagia dan tenang sangat dapat melihat sawah padi
yang masih menghijau di sebelah kiri dan kananku. Nun di
sana pula aku boleh nampak Gunung Keriang. Kalau dapat
naik ke puncak gunung tu, bertambah syok habaq hang!
Membelok masuk ke halaman rumah, aku melihat
Abang Dika keluar dari sebuah kereta. Semestinya bukan
teksi. Tapi kereta siapa ya?
“Abang Dika!” Sedang aku melambai kepadanya,
tayar motorku tiba-tiba terasa lelong semacam. Apa hal pula
ni? Pancit ke?
“Eh, eh, eh, ehhh!”
Sah, memang pancitlah ni.
Pemanduan skuter aku tidak dapat kawal. Brek
tangan ditekan-tekan kuat. Sudah... brek pun dah tak
berfungsi. Apa malangnya nasib aku ni?
“Brek tak makan!!! Abang Dika, tolong!!!”
Abang Dika aku lihat sekejap pergi ke kiri, sekejap
ke kanan. Tingkah lakunya tak ubah seperti sedang bermain
galah panjang. Bila aku semakin hampir dia terus mengelak!
Cis, ingatkan nak menahan aku tadi. Tak guna punya
abang!
Bush!
Motorku terbalik, manakala badan aku terasa
melayang ditarik oleh satu tangan yang entah dari mana
datangnya. Yang pasti bukan tangan Abang Dika.
Gedebuk!
Macam nangka busuk kami berdua jatuh atas tanah.
Eh, bukan. Dia aje yang jatuh ke atas tanah. Aku? Oh Em Gee.
Aku jatuh atas dada dia!
Senyap.
Kemalangan itu tak ubah seperti angin menumpang
lalu. Perlahan muka kuangkat memandang wajah yang
hampir dengan wajahku itu.
Eh, siapa dia ni?
Lambat-lambat lelaki itu menarik senyum kepadaku.
Wah... ada lesung pipitlah kat pipi dia! Oh, Tuhan...
adakah lelaki ini bakal jodoh aku?
Aku membalas senyuman yang memikat itu. Lebar
dan semakin lebar sampai ke belakang telinga.

No comments:

Post a Comment