DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2022

Gelisah Asmara - Bab 9


“DIA tak mahu jawab panggilan saya,” ucap Pak Cik Mohamad sambil memandang skrin telefonnya. Mak Cik Mariam menggeleng kesal.

“Dua-dua anak kita yang bongsu, memang mencabar kesabaran,” ucap Mak Cik Mariam tentang Mariani dan Mikayla.

Sang ayah menghela nafas panjang. Tidak tahu mahu kata sementelah orangnya tiada di depan mata. Namun rusuh hatinya mendengar daripada Madaniya yang Mikayla dan Saef masih tidak tinggal serumah.

“Cuba awak call si Saef, bang...” ucap Mak Cik Mariam pula.

Si ayah mula menghubungi menantunya itu. Dan suara Saef kedengaran di hujung talian tidak lama kemudian.

“Ayah cuba call Kay... tapi susahnya nak dapat bercakap dengan dia,” luah Pak Cik Mohamad.

“Saya tahu. Dia tak jawab call,” balas Saef.

Pak Cik Mohamad mengeluh seketika.

“Ayah susah hati, Saef. Kalau boleh ayah nak bercakap dengan dia. Dia tak balik kampung semenjak hari kahwin dulu. Entahkan dia marahkan mak dan ayah,” ujar Pak Cik Mohamad.

“Saya akan cakap dengan dia, ayah.”

“Macam mana kau dengan Kayla?”

“Masih macam dulu. Tapi ayah jangan risaulah. Tentang dia serahkan pada saya,” ucap Saef lembut.

“Ayah sebenarnya malu pada kau, Saef.”

“Ayah, jangan cakap macam tu. Semuanya baik-baik saja. Insya-Allah,” ucap Saef lembut.

“Ayah harap begitulah. Kalau dapat ayah bercakap dengan dia... bolehlah ayah beri nasihat apa yang patut,” ujar Pak Cik Mohamad perlahan.

“Saya akan suruh dia call ayah nanti. Ayah jangan bimbang ya? Dia baik-baik saja,” ujar Saef pula.

“Yalah, kalau begitu kata kau.”

Tidak lama perbualan mereka. Pak Cik Mohamad memandang isterinya seketika.

“Apa kata Saef?”

“Semuanya baik-baik saja,” ucap lelaki tua itu.

“Dia tak mahu kita masuk campurlah tu,” jawab Mak Cik Mariam.

Sang ayah memandang ke hadapan semula. Tiada sebab mereka mahu masuk campur melainkan kalau anak-anak sudah buat masalah seperti ini.

“Mar lain... Kayla lain... apa nak jadilah,” keluh Pak Cik Mohamad perlahan. Kedua-dua itu memeningkan kepalanya, mengusutkan hati kecilnya dengan masalah mereka masing-masing.

 

“KAY, I rasa I dah tegur tentang perangai you tak suka jawab phone.”

Mikayla terjerit akibat terkejut apabila suara Saef kedengaran tiba-tiba dari arah belakangnya. Spontan wanita itu menoleh.

“You dah kenapa hah???” marah Mikayla. Lupa yang mereka sedang berada di tempat parkir.

“Ayah call I tadi. Dia kata you tak jawab call dia. Kenapa?”

“I dengan klienlah. Macam mana I nak jawab.”

“You boleh beritahu saja dia yang you ada dengan klien, kan? You layan ayah you sama sepertimana you layan  I? Rasa tak mahu bercakap, tak payah layan. Macam tu?”

Kata-kata Saef membuatkan Mikayla terdiam. Dia menyeluk beg tangannya. Berniat mahu melihat panggilan itu.

Emm... I memang tak sempat nak jawab,” ucap Mikayla perlahan. Ada 3 kali panggilan daripada ayahnya yang tidak dijawabnya.

Saef menggeleng kesal dengan perangai Mikayla.

“Sekali-sekala call ayah dan mak tu. Jangan bagi diaorang risau. Takkan itu pun I kena ajar?” Nada Saef kedengaran tajam.

Mikayla memandang suaminya itu.

“I malas nak call sebab nanti mak dan ayah asyik tanya pasal kita!”

“Jawab sajalah apa yang you kata pada I selama ni? Kan you pandai menjawab?” balas Saef, memulangkan paku buah keras kepada Mikayla.

Mikayla hela nafas panjang. Banyak cakap pula lelaki seorang ini. Dia malas hendak menjelaskan apa-apa kepada ibu dan ayahnya. Nanti ayahnya akan mengadu kepada Maleq. Tidak mustahil lelaki itu akan muncul di depan rumahnya tiba-tiba nanti.

“Susah sangat nak bercakap dengan ayah dan mak tu? You nak lari sampai bila?” suara Saef kedengaran lagi.

“I bukan lari. I cuma...”

“Bukan lari tapi cuma nak larilah? Nak mengelak,” sambut Saef apabila isterinya itu berdiam.

Mikayla hela nafas panjang. Geram dengan tekaan Saef yang sebetulnya, memang terkena di batang hidungnya.

“Kalau mak bapak sendiri pun layan macam sampah... apa yang boleh I harap, Kay? Suatu hari nanti Allah mungkin akan tentukan kita menjadi ibu bapa. Barulah kita faham rasanya,” ucap Saef.

Mikayla terdiam lagi dengan bicara lelaki itu. Dia kemudian mendail semula menghubungi sang ayah. Saef terus memerhatikan isterinya berbicara dengan Pak Cik Mohamad.

Sorry, ayah. Tadi Kay busy. Ada klien,” ucap Mikayla perlahan.

“Ayah tahu kau tak mahu bercakap dengan ayah, Kay. Tak payahlah kau nak beri alasan.”

“Bukan macam tu, ayah...”

“Tak apalah. Kau orang semua dah besar. Buatlah sesuka hati,” ucap Pak Cik Mohamad lantas mematikan talian.

Mikayla termangu memandang telefonnya setelah panggilan itu terputus. Saat ini dia merasa bersalah kepada ayahnya. Perlahan Mikayla mula memandang suaminya.

“Apa ayah cakap?” tanya Saef.

Mikayla hanya geleng. Ayahnya tidak cakap apa-apa. Itu merisaukannya.

“Perkara yang mengusutkan apabila kita kecilkan hati ibu bapa sebab kita ikutkan perasaan, kan? Sebelum buat tak fikir,” ucap Saef lantas mengambil kunci kereta di tangan isterinya.

Kali itu Mikayla seperti sedang dipukau kerana dia merasa susah hati dengan reaksi ayahnya tadi.

Come,” ajak Saef lantas mengunci semula keretaitu. Kemudian tangan Mikayla ditarik ke arah keretanya.

“Masuk,” suruh Saef.

Mahu tidak mahu Mikayla masuk ke dalam kereta suaminya dan Saef memandu pergi. Lelaki itu singgahdi restoran tidak jauh di Bukit Ceylon. Setelah membuat pesanan, Saef mula menghubungi ayah mentuanya.

“Ayah sibuk ke?” tanya Saef lantas duduk santai. Matanya memandang isterinya yang bungkam di hadapannya.

“Dia ada depan saya sekarang. Kami baik-baik saja, ayah. Ayah jangan risaulah. Dia kata dia sibuk... saya pegang kata-kata itu. Allah Maha Melihat,” ucap Saef lantas tersenyum sedikit.

Lelaki itu berdiam mendengar bicara ayah mentuanya. Mikayla tunduk merenung permukaan meja. Namun telinganya terpasang untuk mendengar apa yang diucapkan Saef kepada ayahnya. Namun agak lama Saef hanya diam mendengar bicara ayah mentuanya tanpa Mikayla tahu apa yang dibicarakan sang ayah kepada suaminya itu.

“Ayah doakan yang baik-baik. Apa pun... kita semua tetap perlu beriman kepada takdir. Kita hanya berusaha, ayah. Saya harap jangan kerana masalah ini ayah abaikan kesihatan diri. Jangan banyak fikir, ayah. Soal saya dan Kay... biar saya yang uruskan,” ucap Saef lembut.

Mikayla terus membisu. Dalam banyak-banyak bicara, dia hanya merasakan ada secebis bicara itu masuk ke dalam hatinya.

Allah Maha Melihat...’

Allah Maha Melihat, adakah benar dia sibuk atau cuba mengelak. Itu yang dia fahami daripada sepotong bicara Saef itu.

Lelaki itu menghela nafas panjang setelah selesai berbicara dengan ayah mentuanya itu. Dia menggeleng sendiri. Kesal dengan perangai Mikayla.

“You ada masalah kerja?” tanya Saef seketika kemudian.

Mikayla menggeleng. Malah dia rasa inilah tempoh yang terbaik untuknya. Kliennya kian bertambah-tambah. Klien kian ramai, kerja sudah tentulah banyak.

“You boleh layan sesiapa saja yang you tak suka dengan cara you. Tapi ibu bapa kita... what goes around comes around, Kay. Cepat atau lambat saja,” ucap Saef perlahan.

“I tak berniat nak abaikan mak dan ayah macam tu aje,” ucap Mikayla perlahan.

“Tak perlu jelaskan pada I. Ambil masa sikit dah cuba baiki semula keadaan ni nanti. Selagi kita ada peluang. Ibu bapa tak akan ada dengan kita selama-lamanya,” ucap Saef lembut.

Mereka berdiam seketika saat pelayan datang menghantar minuman. Mikayla masih seperti tadi. Dia merenung permukaan meja memikirkan ayahnya.

“Apa yang ayah cakap dengan you tadi?”

“Tak ada apa yang baru. Dia cuma risau bila kita masih tak berbaik. Itu saja,” balas Saef sebelum menarik cawan tehnya.

“Kadangkala kita kena menipu untuk tutup keadaan sebenar supaya mereka tak risaukan kita. Tapi I lebih suka jika mereka hanya tunggu dan lihat. Mereka tak ada kuasa untuk kawal keputusan yang kita nak buat. Tapi kita ada,” ucap Saef lantas tersenyum sendiri.

Mikayla masih tidak banyak cakap. Dia sekadar memandang suaminya itu.

“Tak susah, Kay. Hanya minta mereka berikan kita masa. Itu saja. Jangan mengelak. Bila kita mengelak, mereka akan bertambah risau dengan macam-macam andaian yang buruk,” ujar Saef lagi.

“I tahu,” balas Mikayla amat perlahan.

“Jadi, lain kali... you dah tahu apa nak buat, kan? Call ayah... dan minta maaf. That’s all you need to do.”

Mikayla hanya angguk. Nafas dihela perlahan. Dia sebetulnya tidak suka ibu dan ayahnya banyak tanya tentang rumah tangganya dengan Saef. Tetapi dia juga sedar, itulah resam orang tua.

Take it easy, Kay. Bahagian mana yang teruk sangat you rasa? Kena kahwin paksa?” ucap Saef lembut.

Mikayla kembali memandang suaminya. Anehnya dia lihat Saef tersenyum.

Enjoy your life. Smile. Kita ada bahagian yang kita tak suka. Kalau kita terlalu fokus pada itu, kita akan merasa letih,” pesan Saef.

“Macam tu you deal dengan masalah you dengan Mariani? You macam tak kecewa dengan setiap apa yang dia buat kepada you.”

What else? Apa yang perlu I buat bila dia melarikan diri? Ada bahagian lebih penting berbanding memikirkan apa yang menyakitkan daripada perbuatan dia. Ia adalah hidup I sendiri. Hidup kita Tuhan yang beri. Kita perlu hargainya. Kenapa I nak kena stres tentang orang yang tak hargai hidupnya? Dia sudah memilih jalannya sendiri. Suatu hari nanti, andainya kita terpisah... you tetap perlu hargai hidup you sendiri. Hidup seperti orang lain.”

Bicara Saef membuatkan Mikayla terfikir akan kebenarannya. Dia hanya melayani perasaan menyebabkan dia merasa stres sendirian. Dan dia melayani orang sekelilingnya dengan buruk sekali.

Saef hela nafas panjang. Dia tidak berniat untuk berlama-lama di sini.

“I rasa you penat. Can I take you home? So that you can rest,” ucap Saef.

“I boleh drive sendiri,” bantah Mikayla.

“Kay, I know you’re lonely...” balas Saef.

“Antara kita berdua... tak semestinya kita kena jadi seperti apa yang orang lain bayangkan. I can be your partner or your friend,” ucap Saef lembut.

Mikayla diam. Dia memandang pelayan membawakan hidangan minum petang buat mereka.

Enjoy your meal,” ucap Saef lantas menarik hidangan roti bakar ke arahnya.

15 minit kemudian, lelaki itu memandu pulang dengan Mikayla di sebelahnya. Mikayla hanya tersandar di kerusi sambil memandang ke luar sana. Sudahnya dia mengambil telefon dari dalam beg tangannya. Dia mendail nombor ayahnya.

“Ayah, Kay minta maaf...” ucap Mikayla setelah terdengar suara orang tua itu.

“Ayah maafkan, nak.”

Sedih hati Mikayla mendengar suara sang ayah. Biarpun sudah memaafkan namun masih jelas nada lelaki itu kecewa dengan anak-anaknya.

“Ayah tak tahu apa nak cakap dengan kau,” ucap Pak Cik Mohamad.

“Kay tak berniat nak susahkan hati ayah dan mak,” balas Mikayla.

“Kau tahu apa yang membuatkan hati ayah gembira, Kay? Kalau anak-anak ayah patuh pada perintah Allah, itulah yang akan buat hati ayah gembira. Tapi seribu satu macam alasan yang ayah kena terima. Hukum Allah letak belakang sekali hanya kerana emosi. Apa yang paling merugikan kita? Bila kita ikutkan perasaan, Kay. Dengarlah cakap ayah ni. Ayah tahu kau memberontak kerana kau terpaksa terima Saef. Tapi hukum Allah tetap hukum Allah. Kau takkan nak berdiri depan Allah dan jelaskan tentang emosi manusia apabila Allah tanyakan kenapa kau derhaka pada suami!” tekan Pak Cik Mohamad membuatkan Mikayla diam.

“Atas dunia ni bolehlah kita ikutkan ego dan emosi kita. Tapi depan Allah nanti semua tu dah tak laku. Tak layak kau sakiti suami sementelah dia tidak ada menyakiti kau. Kau sedar tak? Tak kiralah dia siapa. Dia tetap suami kau,” ucap Pak Cik Mohamad.

“Kay sedar, ayah.”

“Ayah sedih, nak. Apabila ayah bercakap dengan Saef tentang kau, dia selalu kata dia maafkan kau. Dia juga ada perasaan dan emosi dia sendiri tapi dia bersabar demi kau. Tolong buka mata dan fikirkan apa yang ayah tegurni. Ada suami yang baik, apa lagi yang kau kejar dalam hidup ni, Kay?”

Mikayla diam. Tidak terungkap rancangan mereka untuk bercerai nanti. Entah kenapa dia tidak mampu untuk membicarakannya.

“Kay akan fikirkan,” jawab Mikayla akhirnya.

“Itu sajalah yang ayah nak pesan pada kau. Terpulang kau saja. Kau dah besar,” ucap Pak Cik Mohamad lantas mematikan talian.

Saef menoleh kepada isterinya saat wanita itu berdiam. Dia agak, Mikayla dimarahi ayahnya. Perlahan lelaki itu memegang jemari Mikayla.

Everything is going to be okay,” ucap Saef lantas meramas jemari wanita itu seketika sebelum dilepaskan semula.

I hope so,” balas Mikayla perlahan sambil memandang ke luar sana. Entah apa anginnya hari itu Mikayla rela dibawa pulang oleh Saef. Mungkin kerana perasaannya keletihan. Lebih daripada itu... sebelum ini dia pernah tidur di rumah suaminya, ia tidaklah seteruk yang dibayangkan.

Make yourself comfortable,” ucap Saef. Pembantu rumah sudah pulang ketika mereka sampai di rumah. Jadi hanya mereka berdua saja di rumah itu.

Mikayla naik ke atas. Dia mahu mandi. Namun tiada pakaiannya di rumah ini. Jadi, dia mencari baju Saef di dalam ruangan pakaian.

Let me help you,” ucap Saef setelah masuk ke ruangan itu. Dia rasa Mikayla sudah tahu. Tuala bersih sudah siap disusun di dalam kabinet di dalam kamar mandi.

Mikayla meminggir saat lelaki itu berdiri dekat dengannya. Saef mencapai sehelai baju-T dan seluar panjang.

Okay, you can try this,” ucap Saef sebelum dia turun ke bawah.

Betapa amannya dia rasakan setelah dapat merasai kedinginan air pada tubuhnya yang letih. Namun saat dia mahu mencari tuala, mata Mikayla terpaku. Di sebalik kabinet itu kosong. Yang ada hanya tuala muka. Susunan tuala dan jubah mandi tiada!

“Alamak...” Mikayla membuka kabinet lain. Tiada tuala di dalam situ. Mulalah dia kalut. Dia ambil tuala muka lalu cuba tutup apa yang boleh.

Ketika melintasi ruangan membasuh, mata Saefsempat terpandangkan sesuatu di atas mesin pengering. Dia berpatah semula. Alangkah terkejutnya dia melihat pembantu rumahnya tidak menyudahkan kerjanya. Tuala dan jubah mandi yang sudah dilipat tidak pun dihantar ke atas.

Sudahnya dia mengambil susunan tuala mandi dan jubah mandi itu lalu dibawa naik ke atas. Ketika dia masuk, dia ternampak kelibat Mikayla keluar dari kamar mandi dengan menjadikan tuala muka sebagai penutup bahagian bawah.

Bila dah nampak muka si Saef, Mikayla jadi panik. Dia sedar sebelah atas terdedah. Tangannya naik ke atas dan mendedahkan yang bawah pula. Sudahnya Saef berpaling, tidak mahu melihatnya sehingga susunan tuala di tangannya terjatuh. Hanya ekor matanya sempat terpandangkan isterinya kelam-kabut masuk ke kamar mandi. Nampak jugalah ada sejenis makhluk telanjang bogel berlari masuk ke dalam kamar mandi semula.

Mikayla dalam kamar mandi dah tak jadi apa. Dia panik. Sungguh! Inilah waktu yang dia rasakan dirinya sangat-sangat tak berguna dan teruk!

“Kay?” Suara Saef kedengaran di depan pintu.

Mikayla pegun di sebalik pintu. Dia malu nak buka pintu.

Baby, I tinggalkan tuala ni kat sini ya? I turun dulu,” ucap Saef. Dia tahu ini waktu yang tak elok untuk dia berada di depan mata Mikayla setelah insiden tadi.

Mikayla diam juga. Saef berlalu keluar. Dia duduk di sofa seketika sebelum dia menekup wajahnya. Cuba meredakan perasaannya saat ini. Namun lelaki itu tergelak mengekek seorang diri melihat betapa kelam-kabutnya Mikayla tadi.

Mikayla diam juga. Saef berlalu keluar. Dia dudukdi sofa seketika sebelum dia menekup wajahnya. Cuba meredakan perasaannya saat ini. Namun lelaki itu tergelak

mengekek seorang diri melihat betapa kelam-kabutnya Mikayla tadi.

Mikayla di dalam kamar mandi segera tersedar sesuatu. Berbanding keluar dengan tuala sebesar tapak tangannya, dia sebenarnya boleh saja mengenakan semula pakaiannya yang berlonggok di dalam bakul pakaian. Kenapa dia tidak terfikir???

Wanita itu tersandar di dinding dengan berkemban mtuala.

“Malunya. Macam mana ni?” ucap Mikayla seorang diri.

Dah mandi, satu perkara lagi jadi masalah. Coli! Benda lain boleh pinjam. Tapi yang satu ni, memang masalah sikit. Kebetulan baju-T lelaki itu memang besar di badannya, jadi dia tak pakai yang dalam.

Selesai bersolat maghrib, dia turun ke bawah dan mencuci pakaian. Seketika kemudian, Saef turun ke bawah. Dia ternampak Mikayla di dalam kamar membasuh.

Need anything?” tanya Saef, cuba berlagak seolah-olah tiada apa berlaku tadi.

“Tak apa. I tengah keringkan baju,” ucap Mikayla tanpa memandang lelaki itu.

Dinner?” ajak Saef.

“Okey.”

Saef memandang pelik Mikayla. Dia menyangkut tuala di atas tengkuk berjuntai ke dada.

“Kenapa dengan tuala tu?” tanya Saef. Habit itu agak pelik dilihatnya.

“Tak ada apa.” Mikayla menjawab dengan muka selamba. Nak tutup yang dia tak pakai coli! Dia takut Saef tahu.

Saef terus ke dapur. Bersedia untuk menghidangkan makanan. Mujurlah hari ini dia meminta Winda menyediakan makan malam untuknya kerana dia malas hendak makan di luar.

Mikayla terus berdiam ketika makan. Tiada apa yang hendak dia borakkan dengan Saef. Usai makan, lekas-lekas dia melihat kain bajunya semula. Masih bersisa waktu mengering! Alamatnya malam ini dia terpaksa tidur tanpa bra.

“Nak solat sekali?” ajak Saef.

“Taklah. You dulu. I ada kerja nak buat.”

Saef memandang hairan isterinya. Masakan Mikayla hendak menghadap mesin pengering itu sementelah waktu mengering kain baju mengambil masa agak lama. Bukannya seperti mesin pengering di dobi, hanya perlukan 40 minit saja.

Mahu tidak mahu, Mikayla naik ke atas. Saef dilihatnya baru selesai solat. Mikayla menyidai tuala yang lembap. Dia berdiri di depan cermin dan menyikat rambut. Saat Saef terpandangkan isterinya berdiri di depan cermin, barulah dia faham perilaku aneh Mikayla semenjak tadi.

Lelaki itu perlahan mendapatkan kardigan milik isterinya lalu dia mendekati Mikayla. Kardigan itu dihulurkan kepada Mikayla. Wanita itu terpaku di depan cermin, memandang suaminya di belakangnya.

“You rasa segan dengan I? You rasa tak selamat? Pakailah,” ucap Saef.

Mikayla berpaling lalu pakaian itu diambilnya. Namun tidak dikenakannya.

“I tak mahu you rasa tak selamat di sini,” ucap Saef dan dia berlalu untuk memberi sedikit ruang kepada isterinya itu.

Mikayla terpaku saat memandang suaminya keluar dari kamar itu. Kemudian dia memandang pakaiannya itu. Tidak dikenakan, sebaliknya dia meletakkan di hujung katil. Mikayla pergi mengambil wuduk dan bersolat sendirian.

Saef duduk di depan TV. Seketika kemudiandia menoleh ke arah tangga. Mikayla sudah turun ke bawah dan kardigan itu elok sudah dikenakannya. Lelaki itu kembali memandang TV. Kebetulan dia baru saja memulakan tontonan siri Queen of South kegemarannya di Netflix.

“Kay... come?” ajak Saef ketika wanita itu keluar semula dari dapur.

Mikayla mendekati suaminya. Saef menepuk tempat di sebelahnya.

“You layan cerita ni?” ucap Saef.

“Tengok.”

“I baru perasan drama ni di Netflix. Cuba tonton, seronok pulak,” ucap Saef lantas kembali memandang TV.

Mikayla diam sediam-diamnya. Kerana dia sudah khatam drama itu dan ada satu babak tidak disukainya dalam masa beberapa detik lagi.

Sudahnya dia memandang ke arah lain ketika ada babak panas. Saef lekas mengambil remote dan memajukan babak-babak panas itu ke depan. Seketika kemudian Mikayla bangun lalu mengambil gelas air kosong di atas meja di hadapannya.

“I dah tengok sampai Season 4. You tengoklah,” ucap Mikayla perlahan.

Saef sekadar memandang isterinya sekilas sebelum kembali menonton. Dia tahu Mikayla segan dengan apa yang tersiar di TV tadi. Dan sekarang dia mengerti apa yang menyebabkan isterinya mahu naik segera. Masih ada babak panas dipaparkan setelah itu sehingga dia terpaksa memajukan babak itu banyak kali.

Tengah malam barulah Saef naik ke tingkat atas. Mikayla disangkanya sudah tidur. Tetapi isterinya itu sedang duduk bersandar dan melayani perbualan di WhatsApp. Mikayla mengerling suaminya itu seketika.

“You belum tidur?” tanya Saef setelah duduk di tempatnya.

“Belum mengantuk,” jawab Mikayla perlahan.

Saef turut duduk bersandar lalu memandang tanpa jemu isterinya itu. Mikayla menoleh ke sebelah seketika.

What?” tanya Mikayla.

Nothing...” balas Saef lantas tersenyum sendiri. Dia kembali teringat peristiwa tadi. Namun malaslah hendak mengulasnya semula.

“I ingat you akan tidur awal. Tadi you nampak penat,” ujar Saef lantas menarik selimut.

“You nak tidur, tidur ajelah...” ucap Mikayla sambil kembali memandang telefonnya.

“I nak berbual dengan you,” balas Saef lembut.

Mikayla diam saat dipandang oleh Saef.

“Kenapa you bencikan lelaki, Kay?” tanya Saef seketika kemudian.

“I tak benci. I just don’t trust most of them,” balas Mikayla.

“Sebab?”

Mikayla memandang suaminya.

“9 daripada 10 klien I, akan cuba menggatal dengan I biarpun secara halus. Sebahagian besar daripada kawan I masa kat U, akan cuba buat gurauan gatal dengan I. Hanya seorang saja yang tidak,” balas Mikayla selamba.

Saat itu kembali ke ruangan fikirannya raut seseorang yang tidak ingin lagi dikenangnya. Namun dia tidak ingin menceritakannya kepada Saef.

“Seorang saja yang tidak? Siapa?” tanya Saef.

Riak wajah Mikayla berubah mendengar pertanyaan yang paling tidak dijangka dan tidak dimahukannya.

“I dah tak ingat nama dia. Dah lama tak kawan dengan dia,” ujar Mikayla perlahan. 

I see. Makes sense,” ucap Saef lantas tersenyum sendiri.

“Lumrah lelaki, kan? Kalau tak macam tu, tak lelaki sejatilah namanya,” teka Mikayla.

“Mungkin.”

“You tak macam tu?” teka Mikayla dalam nada sedikit aneh.

Saef kembali memandang isterinya itu.

“I tak biasa macam tu kerana adab itu penting,” ucap Saef perlahan.

Mikayla memandang Saef spontan. Dia tahu Saef datang daripada keluarga yang baik-baik. Kerana dia perasan lelaki itu cuba untuk tidak memandangnya ketika dia berlarian tanpa pakaian tadi. Oh, Tuhan... saat ini kalau boleh dia mahu koma saja agar dia tidak perlu ingat betapa bodohnya dia tadi.

“Ramai lelaki juga tak begitu, Kay. Melainkan lelaki yang ada pemikiran kelas rendah,” ujar Saef dengan helaan nafas panjang.

“Agaknya sebab tu jodoh you ditentukan orang tua you,” balas Mikayla sinis.

Saef ketawa kecil.

“Sekurang-kurangnya ada jodoh. Ada orang lain masih tercari-cari, kan?” balas Saef lembut.

Mikayla diam dengan cebikan. Matanya masih fokus pada perbualan di WhatsApp.

“I rasa berbesar hati kalau you sudi kenali keperibadian I. That’s all I want,” ucap Saef sebelum dia berbaring dan menarik selimut. Sempat dia mematikan lampu di sebelahnya.

Mikayla memandang suaminya tanpa jemu saat Saef berbaring membelakanginya. Sudahnya dia meletakkan telefon ke tepi dan turut berbaring dan mematikan lampu. Yakin lelaki itu tidak akan mendekatinya.

Keesokan paginya, Mikayla tersedar saat tangannya dialihkan Saef. Saat itu baru dia sedar, dia yang memeluk Saef. Mulalah dia buat-buat sambung tidur. Kononnya tidak sedar perbuatannya itu. Berharap apabila dia terjaga nanti, memori itu tiada dalam fikirannya.

Memori yang lebih dahsyat yang dia tidak tahu telah berlaku semalam, bajunya terselak. Dan si Saef yang begitu taat sekali sebagai suami mithali, tolong tutupkan. Kenyang lelaki itu melihat apa yang Mikayla tidak mahu dia lihat. Memang kenyang! Bersiri-siri tayangan perdana dibuat oleh Mikayla dalam keadaan dia tidak sedar untuk Saef.

No comments:

Post a Comment