DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 12 August 2015

PERMAISURI HATI BAB 18

PERMAISURI HATI BAB 18



Mukaku masam mencuka. Rafael pula berdiri dipagar dengan muka bengang. Haikal dan Era sudah aku tumpangkan di rumah jiran. Aku hanya buat bodoh sahaja melihat ketegasannya. Aku tidak akan mengalah kali ini.
“ Kita akan pergi dengan kereta I, Bashira”. Ucapnya.
Aku menjongket bahu. “Saya tak nak naik kereta buruk awak tu. Kalau awak nak pergi dengan kereta awak, so just go, I will drive myself and follow you, okay”.
“Kereta buruk?”. Muka Rafael berkerut. “Bashira, you jangan sakitkan hati I. You tahu tak I beli kereta ni berapa puluh ribu?”.
“Tak nak tahu. Okay, can we stop now? Saya rasa elok kita gerak sekarang. Saya nak undur kereta ni”.
Aku membuka pintu kereta namun tangan sasa Rafael menghalang. Dia mengetap bibir geram. Aku menyembunyikan senyum. Begini rupanya bosku geram.
This time, you win dear..”. Bisiknya  di telingaku. Aku menelan liur, menahan debar. “ Biar I drive kereta baru you ni..”.
Aku tergelak, tahu yang dia menyindirku. Dia menjeling tajam.
“I nak bawak you jumpa parents I nanti..”. Ujar Rafael bila kereta sudah bergerak di jalan raya.
“Ahh..”. Aku terperanjat. “Kenapa tak beritahu saya? Awak ni!! Lain kali beritahu la awal-awal. Saya takut la”.
Dia menoleh ke arahku. “You nak takut apa?”.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. “Macam mana kalau parents awak tak suka saya?”. Aku  mulai bimbang akan penerimaan orang tua Rafael. Aduh! Matilah aku kali ini !
“You jangan risau, Bashira… They will say nothing. Dia akan terima you. Lagipun, I tak kisah apa yang diorang nak fikir pasal you. Yang akan kahwin tu I..”.
Aku jadi tidak senang mendengar nada suaranya yang agak menjengkelkan bagiku. Tapi aku sekadar membisu.
“Kita nak cari cincin kat mana ni?”.
“Surprised”.
“Bashira!!”. Panggil Rafael.
Aku menoleh dan mengangkat kening.
“Masa kahwin dulu, you bersanding tak?”.
Aku pelik dengan soalannya. “Tak… masa tu kan masing-masing tak kerja. Mana cukup duit. Awak?”.
Rafael tergelak kecil. “Lagilah tak. I hanya buat akad nikah and that’s all. Kawan I je yang datang. One of them  is Hasif. So, since kita tak pernah bersanding. Why don’t we try”.
“Kita dah bincang tentang ni”.
“Biar I yang tanggung semuanya. I cuma nak kita rasa macam mana duduk atas pelamin. I tahu you pun teringin nak cubakan”.
“Kita dah tak ada masa. Lagipun membazir sahaja. Beribu-ribu duit habis hanya untuk pelamin. I don’t think it is a good idea”.
“I still want to make it”.
“Rafael!!!”. Aku bersuara tegas. Dia tergelak.
“Shira…”.
Aku terpaku tiba-tiba dengan panggilan itu. “Awak panggil siapa ni?”.
“You la.. Mulai hari ni I nak panggil you Shira.. nickname from Bashira..could I?”.
“Saya tak biasa la. Panggil saja Lina”.
No.. nanti abang-abang you panggil, you ingat I pula. I want to be the special one in your heart”.
Hatiku mulai berdebar-debar mendengar ucapan romantis itu.
“I tahu kita masih belum kenal hati masing-masing. You pun tak cintakan I. Tapi I mahu kita cuba.. cuba mencintai antara satu sama lain. I mahu perkahwinan ni adalah perkahwinan kali terakhir dalam hidup I. I nak you jadi permaisuri hati I”.
Aku menggenggem jemariku. Kata-katanya sungguh syahdu. Betapa besar harapan Rafael agar kami sama-sama membina hati, menguatkan rasa. Ya Allah.. semoga dia lelaki terakhir dalm hidupku.. Hatiku berbisik perlahan.
“Insyallah!”.
“Jom..kita dah sampai..”.
Aku terkebil-kebil melihat kedai emas di hadapanku. “Rafael, kita nak beli kat sini ke?”. Aku menjerit ke arahnya.
“Of course…kat mana lagi”.
“Tapi mahal kat sini.. tak naklah..”.
“No way..come”. Rafael membuka pintu kereta untukku.
Aku berpeluk tubuh. “Kita balik!!”.
“Kenapa degil ni? I nak belanja you cincin ni tahu. Cepatlah keluar..”.
“Tak payah nak bagi ayat menggoda sangat.. Saya cakap tak nak beli kat sini”.
“Jangan sampai I dukung you masuk kedai”. Aku terkejut bila dia mengacah-ngacah mahu memeluk tubuhku. Aku pantas keluar dari kereta sambil meghadiahkannya jelingan tajam.
“This time, you win dear”.
Dia membulatkan mata sebelum tersenyum geli hati. Aku tergelak kecil.





No comments:

Post a Comment