DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 12 August 2015

PERMAISURI HATI BAB 21

PERMAISURI HATI BAB 21



SAYUP -sayup kedengaran suara di sebelah bilik. Mata aku celik luas-luas. Aku pandang sekeliling. Aku kebingungan. Bukankah semalam aku telah bernikah dan semalam juga adalah malam pertama aku dan err.. Ya Allah. Aku bangun dari pembaringan. Sungguh aku sudah gila. Bagaimana aku boleh tertidur di sini. Apa yang perlu aku jelaskan pada Rafael?
Aku mengatur langkah ke bilik air, mencuci muka dan berwuduk. Kemudian. Perlahan-lahan, tombol pintu bilik aku pulas. Kakiku bagai dipaku. Eh..mana dia? Bilik itu kosong tanpa penghuni. Aku masuk dan duduk di birai katil. Rasa sungguh bersalah kerana membiarkan dia keseorangan semalam. Doaku, janganlah dia salah faham akan tindakanku itu. Sungguh, aku alpa. Memandangkan jam sudah menghampiri pukul 6 pagi, aku bersolat dahulu.
Selesai mengaminkan doa, pintu dikuak. Jantungku mula kencang. Batang tubuhnya terpacak di muka pintu dengan baju yang sudah bertukar. Aku kira dia sudah mandi kerana kelihatan wajahnya masih basah. Namun, mungkin juga bekas air wuduk. Matanya tajam merenungku. Aku turut mengamatinya. Mata berbicara tanpa kata.
Dia masuk dan menutup pintu. Bergerak ke pinggir dinding untuk mengambil sejadah. Aku mengetap bibir. Sah! Dia terluka dengan perbuatanku semalam.
“Saya…saya.. awak..awak nak solat ke?”. Aku tergagap-gagap.
Diam. Dia sekadar membisu. Sejadah dibentangkan. “ Can we talk?”.
“ I nak solat. Boleh you diam?”. Sinis suaranya. Aku terkedu lantas membisu di birai katil.
 Aku memerhati dia bersolat. Tenang aku melihat keadaannya. Siapa sangka Rafael yang dulu aku kenalinya sebagai bosku sudah menjadi suamiku dengan hanya sekali lafaz. Aku mengurut dahi. Bagaimana aku hendak menerangkan perihal semalam? Aku takut jika dia membuat andaian yang bukan-bukan. Tentulah dia sakit hati dengan tingkah lakuku.
“Sorry”. Ujarku perlahan sekali selepas dia selesai bersolat.
Diam. Aku gelisah.
“I’m so truly sorry”
Dia masih sama. “Rafael….!”.
Tanpa menoleh, Rafel membalas. “Sorry for what?”.
Aku menarik nafas. “For last night”.
“What happened last night?”. Soalnya berteka-teki.
“ Saya minta maaf kalau awak marah. Saya tahu saya tak patut tidur di bilik lain”.
“Kenapa tidur di bilik lain? You don’t like me?”.
“No!!”. Suaraku lantang. Aku tidak mahu dia salah sangka. “No..Please don’t think like that. Semalam tu salah saya. Saya tunggu awak …”.
“Kenapa tunggu I?”.
Err.. aku bingung. “ I don’t know.. I just wait..”. Balasku bersahaja dan aku lihat senyuman di dua ulas bibirnya.
“Tapi awak berbual lama sangat dengan abang saya!”.
Rafael menoleh ke arahku setelah melipat sejadah. Dari mukanya, aku tahu dia sedang menunggu penjelasanku.
“Lepas tu ke saya bilik air dan ke bilik anak-anak kita. Saya tertidur dekat sana.”.
Rafael duduk di sisiku. Mukanya didekatkan ke mukaku. “Anak-anak kita?”.
Aku angguk. Berdebar dengan renungan matanya.
“You sounds so lovely. I like it”. Dan satu kucupan hinggap di pipi. Aku terpaku. “I ask no explanation but you did give me. Thanks for that, dear. Anyway, I definitely wait for you last night for several hours but you didn’t showed up. Do you know what should happened between the two of us last night?”. Bisik Rafael berserta satu senyuman paling nakal. Aku mengetap bibir. Malu tiba-tiba bila dia menyebut tentang hal itu.
“Ahh.. err.. saya.. kenapa tak kejutkan saya?”.
Rafael mengangkat kening. “Waktu I nak masuk bilik pun… macam dah nak jatuh khemah kat depan rumah tu bila abang-abang you gelakkan I. Kalau tiba-tiba dia nampak I keluar cari you, for sure terbangun semua saudara mara yang  lena kat luar tu”.
Aku tergelak. Kasihan dia.. tentu dia diusik abang-abangku semalam. “ Abang- abang saya memang macam tu. Semua blues… geram betul”.
“Bashira..!!”. Panggilnya tiba-tiba. Satu yang aku perasan, Rafael selalu memanggilku dengan nada yang romantik sebegitu bila dia mahu aku hanya memberi perhatian padanya. Ya! Hanya untuk dia.
“Kenapa?”.
“Betul you tertidur semalam?”.
“Kenapa? Awak tak percaya ke?”.
“Bukan sebab you tak nak kita bersama? Bukan sebab you nak lari dari I?”.  Bibirnya menyentuh cuping telinga. Rasa hangat menyerbu diri. Rafael sudah memelukku erat. Kucupan di pipi sudah meliar ke leher. Aku membiarkan. Auranya membuatkan aku tidak mampu menolak.
Mata kami saling bertentangan. “ Saya betul-betul tertidur”. Tegasku.
Pipiku dikucup lagi. “Dah lama I tunggu saat ni. Saat untuk bersama dengan you. Hanya kita berdua”.
“I tunggu you supaya kita boleh solat sunat bersama semalam”.
“Saya minta maaf”. Aku kesal kerana membiarkan impiannya berkecai.
“Don’t. I don’t need your sorry. What I need now is you”. Ucapannya membuatkan aku bertambah gementar. Hatiku gemuruh. Aku sekadar membisu. Membiarkan perbuatannya.
Aku gugup. Mengigil tidak tentu hala. “Err..saya belum mandi”.
Rafael merenungku tajam sebelum tergelak kecil. Bibirku dikucup lembut. “So?”.
“Ahh..err..”.
“You dah bersedia?”.
“Hah?”. Mataku terbeliak dan sekali lagi bibirku dikucup, aku bagaikan berada di awang-awangan. Usapannya yang mulanya lembut mula bertukar ghairah dan ketika aku mendengar mulutnya terkumat-kamit membaca doa, meminta perlindungan Allah.. aku memejamkan mata, membalas usapannya.
Tiada sebarang ucapan di antara kami. Yang ada hanyalah usapan penuh makna. Dan pagi itu, Rafael membawaku terbang jauh ke awan biru, menikmati gelora cinta bersama.


SINARAN cahaya matahari yang menerobos ke ruang jendela membuatkan mataku terasa agak sakit. Waktu itu juga aku terasa pinggangku dipeluk erat. Agak susah untuk aku melepaskan diri dari pelukan tersebut.
Aku menelan liur melihat Rafael yang lena. Adegan-adegan romantik tadi terlayar di mindaku. Pipiku merona merah. Malu tidak tertanggung. Aduhai ! Bagaimana aku mahu berhadapan dengannya. Aku merenung Rafael. Lagaknya seperti keanak-anakkan. Manja sekali. Aku amati seraut wajahnya yang memukau. Bibir yang terbentuk cantik, keningnya yang lebat, hidung yang mancung dan kulit muka yang cerah. Rafael lelaki yang hebat.
Tiba-tiba aku kepingin untuk menciumnya. Melihat dia yang tidak bergerak, aku membawa  bibirku ke pipinya. Perlahan dan lembut. Saat kami bersatu tadi, aku tahu aku sudah memberikan hatiku padanya. Hati untuk dia cintai dan dia kasihi. Aku mahu dia tahu, aku ikhlas menerima dia sebagai suami.
Aku kaget bila jam di dinding sudah hampir 12 tengah hari. Bibirku terbuka lantaran terkejut yang amat sangat. Aku perlu keluar. Aku cuba alihkan tangan sasa Rafael yang melingkari pinggangku tetapi kurasa amat sukar.
“Shira..”. Suara Rafael yang agak serak memanggilku.
“Dah lambat ni”. Balasku tanpa memandangnya tapi Rafael langsung tidak melepaskan diriku..
“Sayang..”. Dia merentap tubuhku dan aku jatuh ke dalam pelukannya lagi sekali. Tubuh kami kembali bersatu. Dia kucup leherku. Aku membiarkan sahaja dia melepaskan keinginannya.
“I enjoyed our first. Thank you..my lovely Shira”. Gemersik suaranya menyentuh hati. Terpempan aku menerima ucapan terima kasihnya. Aku sungguh terharu kerana dia menghargaiku sampai begitu sekali.
“Kenapa muram ni? Tak suka?”.
Aku geleng. “ Tak adalah. Saya pun nak ucapkan terima kasih pada awak kerana sanggup terima saya sebagai isteri walaupun awak dah tahu kekurangan saya. Saya bahagia sangat. Tak pernah terlintas di hati, saya akan mengecapi semua ini sekali lagi. Tanpa awak, tak mungkin saya rasa semua ni”.
You suka?”. Nakal suaranya.
Aku menunduk malu dengan soalan direct itu. Tidak menggeleng dan tidak pula mengganguk. Aku mahu dia memahami hatiku, biarpun tanpa aku mengucapkannya.
“Malulah tu…It okay.. I faham tapi esok-esok tak mahu malu lagi tahu”.
Aku tersenyum dengan komennya. “Sekarang dah pukul 12… macam mana nak keluar. Saya malu..nanti mesti ramai kat luar tu. Mana nak sorok muka ni?”.
“Buat pekak je.. Kalau you layan..alamatnya pengsan jugak kita kat situ”.
“ I love your hair smell. So nice… dah lama I nak belai rambut panjang you ni”. Dia mencium sambil membelai rambutku.
“ Dah lama..bila awak tengok rambut saya?”.
Rafael tersenyum, namun aku rasakan sesuatu tidak kena pada senyumannya. “Tak  ingat waktu you ceroboh bilik mandi I dekat apartment Hasif”.
Errr.. mukaku kembali membera. “Tak ingat!”. Pantas sekali aku menjawab.
“Oh.. betul ke? I masih ingat rambut panjang you and betis you yang putih gebu tu. Tapi I tak sempat nak usha lama-lama. Sebab masa tu, I malu you tengok my hot and sexy body”.
“Awak!!”. Aku tampar dada bidangnya yang terdedah. Dan aku terkedu di situ ketika jemariku jatuh pada badannya. Rafael begitu asyik menilik wajahku. Aku mula berdebar-debar. Janganlah dia mula lagi sekali.
“Oh… stop calling me ‘awak’?”.
Aku kerut kening. “Then, what should I call you?”.
Dia jongket bahu. “ I serahkan pada you”.
“Abang!”.
“Nope…typical malay”.
“Papa”.
“What? You are not my daughter. Nanti I ingat Ekal or Era yang panggil I”.
“Hubby!”.
Rafael geleng.
“Love”
Dia gelak pula.
“Boss”.
“Of course not”.
Mukaku cemberut. “Datuk Rafael”.
Rafael terkekeh ketawa. “Ada ke panggil macam tu? Kena pancung dengan Rehan nanti”.
“Habis tu nak panggil apa?”. Rengekku. Tiba-tiba sahaja terasa mahu dimanja. Dan seperti memahami, dia memelukku. Terasa hari ini adalah hari paling indah dalam hidupku. Di bawah satu gebar ini, kami saling berbalas kata.
“Saya dah tak ada idea”.
“I panggil you Shira..apa kata you panggil I sayang”.
Aku pantas menggeleng. “Tak mahulah. Saya…err..no Shira panggil awak abang je la. It sounds okay, boleh ye”.”.
Lambat-lambat Rafael mengangguk. Aku tersenyum menang.
“Ehmmm.. Shira rasa baik kita keluar. Lagi lama..lagi susah. Tapi biar Shira keluar dulu ye”.
Nope..kita keluar sama-sama tapi sebelum tu abang nak peluk Shira puas-puas dulu. Nanti tak boleh nak peluk macam ni lagi. Ada je yang dengki. Especially Hasif. Bukan main kuat lagi gelakkan I..opss abang”.
Dia merangkul tubuhku ke dalam pelukan. Dan aku sekadar membiarkan. “Jangan lupa mandi wajib nanti”. Bisik Rafael  lembut. Aku menyembunyikan muka di dadanya.


AKU dan Rafael saling berpandangan. Muka dah macam terkena lada. Tidak tahu hendak ditaruh di mana mukaku ini. Ketika kami berpimpinan tangan keluar dari bilik. Abang Rehan bersuara, mengusik kami.
“Ingatkan ada orang tu tak nak keluar bilik”.
Abang Aidil menyampuk. “ Tu la Along. Angah pun terkejut.. lama betolll”.
“Orang dah lama tak dapat.. sekali ngap...takkan senang-senang nak lepas kot”. Ujar Alang pula. Dan ketiga-tiga lelaki itu terkekeh-kekeh ketawa sedang mata masih menala pada televisyen di rung tamu.
Rafael sekadar tersengih. Aku pula mengetap bibir.
“Ceh.. sengih je kau Rafa.. Bahagia nampak.. Tu kat bawah tu..bukan main banyak lagi pinggan mangkuk yang tak berbasuh..dah senang hati tu..boleh la tolong basuh sekali”.
“Aku on everytime.. Tapi bini aku kena join sekali”.
“Wah..cantek punya syarat!!”. Abang Rehan gelak.
“Mana saudara lain Long?”. Soalku. Ruang tamu itu sudah kosong.
“Semua dah balik. Kempunan diorang nak tengok  pengantin. Entah buat apa kat bilik”.
“Angah!”. Aku meninggikan suara.
Abang Aidil menjongketkan bahu. “Sorry sayang…”.
Weh, apa panggil wife orang ‘sayang’ ni”. Rafael buat muka seraya memeluk bahuku rapat ke dadanya, namun aku tahu dia sekadar main-main.
Serentak itu, kedengaran kuat suara abang-abangku ‘booo’ pada Raafel.
Aku tergelak sama. Geli hati melihat gelagat mereka.
“Mama..papa.. pergi mana? Era tak nampak pun mama”. Era muncul dari luar rumah. Sudah siap mandi dan berpakaian. Aku cium pipinya.
“Mama..tak pergi mana pun. Mama ada err..kerja”.
Abang- abangku bertepuk tampar sesama sendiri mendengar jawapanku. “Huhu.. ada kerja ke?”.
“Hoi..korang ni dah la dera aku dan Shira. Dah terbabas nak buat macam mana lagi”. Aku menjengilkan mata pada Rafael.
“Rafa..Lina.pergi makan. Akak dah sediakan makanan untuk korang. Lain kali bangunlah lambat lagi”. Perli Kak Zaleha.  
“Za.. mana budak-budak?”.
“Kat bawah tu bang…susun kerusi. Tok penghulu nak guna pulak kerusi tu. Dia dah tempah lama dah. Ada keduri rumah dia minggu depan. Haikal pun ada sekali. ”.
“Dah-dah..korang berdua pergi makan. Kitaorang pun nak join sekali”.
“Apahal pula kau nak join sekali?”.
“Weh!! Ni dah nak masuk lunch. Maksudnya kitaorang nak lunch. Kau tu je yang bengong. Breakfast entah ke mana. Lunch pun dah tak ingat time”. Tempelak Abang Hasif.
Rafael kulihat mengetap bibir. Lagaknya seperti geram kerana semua yang dikatakannya tidak kena, ada sahaja mulut yang mahu membidas.




ABAH dan emak juga turut serta. Aku segan dengan mereka. Entah apa kata ibu bapaku bila kami baru tunjuk muka sekarang. Kami makan di bawah khemah yang masih terpasang. Hanya tinggal keluargaku sahaja. Semua sudah pulang menuju ke destinasi masing-masing. Mengenangkan aku tidak sempat untuk menyalami sanak-saudaraku, ada rasa segan yang bertandang. Haikal dan Era makan sekali bersama anak saudaraku.
“Tambah lagi Rafael. Mak nampak kamu selera benar”.
“Hmmm…sedap masakan mak. Rafael pun memang lapar ni”.
“Macam mana tak lapar…kang dah penat buat..”.
Dush..! Aku tumbuh bahu Abang Aidil dengan kasar sekali. Padan muka dia. Tak habis-habis lagi. Semua dah gelak. Abang Rehan sudah hampir tersembur nasi dalam mulut. Kak Zaleha geleng kepala.
“Huh!! Ganasnya.. kau tak takut ke Rafa?”.
Rafael melirik ke arahku. Sinaran matanya seakan berbicara sendiri.
“Alang, janganlah kacau Rafael nak makan. Mengusik je kerja budak ni”. Tegur Abah. Aku menjelir lidah pada Abang Aidil yang masih bersisa dalam tawanya.
“Entah..awak tu tak kahwin lagi. Sibuk je hal orang”. Emak menambah.
“Mama… Ekal nak tambah nasi”. Haikal melaung tiba-tiba.
“Mior pun nak!!”.
“Okay..meh mama ambil atas rumah. Ekal dengan Mior tunggu sini tahu. Era.. nak tak?”.
 “Era dah kenyang la mama”.
Aku masuk ke dalam rumah. Mencedok nasi di dalam periuk. Amboi..lapar benar Haikal nampaknya.
Ketika aku berjalan kembali untuk ke khemah. Aku tersentak. Kelibat Nizam yang sedang berdiri mendukung Haikal memeranjatkanku. Apa dia buat di sini? Aku sama sekali tidak mengharapkan kehadirannya. Bahkan tidak pernah terlintas di benakku dia akan ke majlis perkahwinanku. Kini, semua mata beralih ke padaku.
“Mama.. ayah datang”. Haikal menjerit keriangan.
Aku tidak memberi reaksi. Sekadar berjalan dan meletakkan bekas nasi di meja. Langsung aku tidak pandang Nizam.
“Emak masuk dulu la”.
Aku menoleh ke arah Rafael namun Rafael langsung tidak mempedulikanku. Dia sibuk dengan nasi di pinggan. Aku tidak tahu bagaimana reaksinya dengan kehadiran Nizam.
“Nizam..makan la sekali”. Abah mempelawa.
“Tak apalah Abah.. Saya datang nak eeerr…cakap dengan Lina sekejap”.
“Jumpa Lina..? Kau tak payah nak buat hal kat sini. Lepas apa yang kau dah buat pada dia, kau masih tak malu ke datang sini? Kalau ikutkan hati aku..dah lama aku bunuh kau, kau tahu tak?”. Selar Abang Rehan tiba-tiba. Aku terperanjat.
“Abang..!”. Kak Zaleha menenangkan Abang Rehan.
“Along..apahal cakap macam tu? Hormat sikit pada tetamu. Dah tinggalkan mereka di situ. Nizam, abah naik dulu”.
Abang Rehan mendengus kasar. Dia mengajak anak-anaknya dan Era naik ke rumah. Abang Aidil dan Abang Hasif juga meninggalkan kami setelah menegur Nizam sepatah dua. Tinggal Rafael yang masih tegap di kerusi.
“Haikal pergi naik dulu ye. Mama nak cakap sekejap”.
“Ayah dah nak balik ke? Ayah tidur la rumah nenek. Kan kita selalu tidur sini”.
Nizam serba salah. “Abang bawa Haikal ke kereta sekejap”.
Sepeninggalan Nizam, aku mengigit bibir. 
“Abang!”.
“Apa?”. Rafael mengamatiku.
“Shira tak ajak dia. Shira tak sangka dia akan datang. Shira minta maaf kalau abang tak selesa”.
“Tak apa. Kan abang yang jemput dia. Cuma.. wrong timing. Majlis kita dah selesai. Abang nak anggap yang dia berniat nak jumpa Haikal. But then to my suprises, he wants to see his ex.. who has become my wife. Dan sekarang ni tanpa segan silu nak jumpa Shira. Tak tahu adab langsung”.
“Shira takkan cakap dengan dia kalau abang tak suka”.
Indeed ! Abang tak suka”. Muka masam Rafael buat aku terpinga-pinga. Rafael mengangkat pinggan dan masuk ke dalam rumah. Cemburukah dia?
Aku kaku di situ.
Dan Rafael tidak menegur aku selepas itu sekalipun berkali-kali aku cuba menarik perhatiannya. Sehingga menjelang petang, Nizam yang aku rasa membawa Haikal berjalan-jalan dengan keretanya, tidak muncul-muncul. Aku resah sendiri.
“Tak balik lagi Nizam?”.  Abang Hasif duduk di pangkin. Aku menggeleng.  “Tak nak pujuk Rafael?”.
“Lina dah tegur dia. Buat tak nampak je”. Aku mencebik.
“Kalau Alang jadi Rafa pun, Alang sakit hati. The first day of your marriage, he came to see you. What the hell is that? Nizam pun satu hal.. ada ke patut datang hari ni. Saja nak create problem la tu. Haa..Rafa ada dekat belakang rumah dengan Era. Lina pergi la pujuk dia. Kesian”.
“Emak dengan Abah ke mana?”.
“Rumah jiran. Along pun dah lesap, balik ke rumah mak mentua dia di Pontian satu family”.
Aku tahu Abang Rehan masih marah dengan kedatangan Nizam. Aku resah dengan situasi sekarang. Kedatangan Nizam tanpa diduga membuatkan aku bermasalah dengan Rafael. Aku tidak suka dengan keadaan ini. Baru sekejap kami mengecap kebahagiaan.

2 comments: